Thursday, January 28, 2010

"Why you don't send formula to Haiti?"

slm kalian,

Saya baru baca artikel about tajuk diatas di blog Pn. Shida , yang beliau ambil drp facebook Emma Kwasnica.

Artikel bertajuk "Why you don't send formula to Haiti?" yang ditulis oleh Dr. Carlos Gonzalez, seorang Pediatrician drp Barcelona, Spain
belaiu juga adalah:
Founder of the Asociación Catalana Pro Lactancia Materna.
Member of the La Leche League International Advisory Board
Evaluator for the UNICEF Baby Friendly Hospital Initiative.
Since 1992 he has taught more than 100 breastfeeding courses to health care providers.

Publications:
• Mi niño no me come (1999)
• Bésame mucho, cómo criar a tus hijos con amor (2003)
• Manual práctico de lactancia materna (2004)
• Un regalo para toda la vida, guía de la lactancia materna (2006)sgt bagus artikel

ini sekadar petikan drp artikel tersebut..sila la baca artikel sepenuhnya ya..

**********************************************

"...of course some children need artificial milk in times of war; but for these few formula can be found without enormous loads of free samples. And those children, in those conditions, have such a high death rate that we can no longer think "the mother is free to decide if she wants to breastfeed or formula-feed." In these conditions we must do everything we can to promote relactation even if it has been months since the mother breastfed, or find a wet-nurse. And sadly, it is not difficult to find them...because babies are weaker than adults - and in any catastrophe there are more mothers without babies than there are babies without mothers...

Any donated artificial milk (and even donated breastmilk...) to Haitian babies ultimately prevents them from getting breastmilk at their own mothers' breast, the impact of which is NOT benign. Breastfeeding is the single most effective way to ensure the health and survival of babies in any disaster zone. Please don't send milk. Send your money to an aid agency with experience in supporting lactation/re-lactation/cross-nursing on the ground (AFASS-type relief efforts)."

ternyata.. Allah sudah menyediakan yang terbaik untuk memudahkan hambanya.. terutama dikala bencana menimpa.. mana nk dicari formula milk.. if bekalan smpai.. kene berebut2.. atau kene tunggu giliran.. dan cukupkah utk bekalan ank kita? smpai bila? hmm.. kn mudah diberi susuibu.. dan ianya cukup berkhasiat utk tumbesaran yg baik terutama dikala bencana menimpa dimana bekalan makanan sgt terhad.. tp ank kita masih boleh membesar dgn sihat dgn susuibu.. saya pernah membaca berita ketika gempa bumi berlaku, seorg bayi terselamat dibawah runtuhan kerana dpt menyusu drp ibunya.. Allah Maha Besar.. dipermudahkan hambaNya.. so mengapa kita masih memilih yg sukar? dan tidak memilih yang terbaik utk anak? kita dikurniakan sepasang payu dara untuk apa? bkn utk suami.. ianya hak ank.. BF bkn sesuatu yg sukar.. kita hanya perlukan semangat, sedikit ilmu dan sokongan. dan sekiranya masih mencari apa jua alasan.. ianya cuma ALASAN! fikir-fikirkanlah..



nota qaseh: ku berdoa: "Ya Allah perbanyakkan susu hambaMu ini dan beri la semangat dan izinkanla daku meneruskan penyusuan utk ankku, khalifahMu dan umat Muhammmad S.A.W.. sehingga umurnya menjangkau 2thn.. permudahkanlah.. aminn.."

Qaseh...
alin arman

Wednesday, January 27, 2010

milk supply drop! ish..

saya baru nk update blog..
sekali bos besar bg kerja plak..
baek boss.. sy yg menurut perintah..

tp saya nk cerita jugak.. cerita sedih..
ari ni saya pump susu dpt 4oz jer.. uhuk uhuk..
tatau la sebab apa.. xpenah jd mcm ni lg nih..
agaknyer sbb saya dah pump sekali sehari lately.. so milk supply drop gila2..
hmmm.. ada amik pic.. nanti la saya up pic.. nk blk dah ni..


Qaseh...
alin arman

Thursday, January 21, 2010

kawan-saya-akhlak mulia


salam kalian..

*saya*
hmm.. terlalu banyak yang nk dicerita.. pelbagai kejadian berlaku di sekeliling saya lately, baik di ofis mahupun pada family.. semua berpunca drp masalah yang sama.. iaitu AHKLAK.. ia byk menyedarkan saya.. opss sebelum tu..aha anda pelikkah membaca blog saya ini saya membahasakan diri dgn "saya"? hehehe.. inilah salah satu perubahan +ve yang saya mahu lakukan.. walaupun bg saya penggunaan nama "aku" tiada salahnya, tapi tak tahu la org kata ianya agak kasar.. tp bg saya ia menampakkan kita lg mesra dgn seseorang.. lg dekat dihati (mcm kita berdoa.. kita meminta dgn Allah pun kita bahasakn diri dgn "aku " kn?), sbb tu di opis dengan rakan yang muda2 pun saya membahasakn diri "aku", rasa mesra n kamcing... tapi DH (dear Hubby) selalu tegur.. tak elok katanya.. so saya rasa elok juga saya berubah.. nila salah satu azam saya pd tahun 2010.. untuk memperbaiki ahklak agar lg mulia.. (dgn menggunakan bahasa2 yg molek dan sedap didgr..

*akhlak*
saya juga sedang berusaha dan cuba untuk mengurangkan kata2 berunsur negative seperti BODOH, BANGANG, SENDOL, SIOT, & yang seumpamanya.. diganti dengan kata2 mulia seperti BERTUAH, CERDIK SGT (marah pun keluar perkatan baik juga.. tp mcm perli la eh phm ker?)dan lain2.. bukan apa sbb adakala perkataan ni sering terkeluar apbila kita marah tak kira tempat kt umah pun boleh.. so saya tak mo dah, nanti didgr oleh ank2 kn tak bagus.. tambahan lagi izz sekarang makin cepat meniru dan menangkap perkataan yg saya dan hubby lafaz kn so kena hati2.. jadi saya berusaha utk berubah menjadi yg lebih baik.. perbaiki peribadi dan ahklak menjadi lebih mulia.. utk jd contoh yg terbaik buat anak2 saya.. InsyaAllah..

*kawan-ujian*
Masalah yang membabitkn keluarga tak mau la saya nyatakan di sini.. cuma yg ingin saya kongsikan ialah mengenai KAWAN/ SAHABAT.. Dalam pada saya berusaha untuk berubah menjadi yang baik.. tiba2.. saya diuji.. Innalillah (lafaz sekiranya kita ditimba bencana atau musibah.).. tiba2 saya dilemparkan dengan kata2 kesat dan keji.. aduh! sungguh tak sangka.. dan ianya dtg from the guy who was my bes friend.. hmm.. manusia cepat berubahkan.. kadangkala kemewahan dan kesenangan hidup boleh melalaikan dan membuatkan kita lupa dan memjadi bongkak smpai dah tak kenal mana kawan mana lawan. nauzubillah.. saya terima ianya sebagai dugaan. tp jauh disudut hati masih tidak percaya dan perasaan sedih menguasai hati.. lupakah dia? kita kan kawan baik dulu? biarlah.. saya doakan dia capai apa yg dihajati dan mudah2n dia tidak terus hanyut dan lupa diri..

*Kawan vs seteru (musuh)*
org kata if kita benci seseorg jgn benci sepenuh hati.. dan begitulah sebaliknya.. saya cukup setuju.. sbb kita tak akan tahu, mayb satu hari nanti kita terpaksa minta tolong drp org yang paling kita benci tu.. dan org yg paling kita benci itu mayb dia lah juga yg menghukurkan bantuan..so bagi saya even org tu tidak saya senangi tidak la smpai membenci.. saya masih beri peluang.. ya MANUSIA SENTIASA BERUBAH.. jgn letakkan diri kita sebagai tuhan dgn sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.. kita tak kan tau org yg jahat sekarang, if diberi hidayah akan berubah lebih baik drp kita.. dan sekiranya kita tidak betul2 kenal seseorg itu jgn la kita berperasangka yg bukan2.. kita xkan tau seseorg itu malainkan kita betul2 kenal..

*berkawan seikhlas hati*
dan bagi saya biarlah ikhlas dlm menjalin hubungan silaturahim dgn org.. berkawan biar ikhlas.. bukan ats sebab2 tertentu.. sbb dia kaya/lawa/hensom or berpangkat sbgai contoh.. "saya kene kawan dgn dia, sbb dia pandai buat blog nanti dia bleh ajar saya" atau.. "kene kawan dgn dia sbb dia pndai makeup nanti dia bleh ajar saya makeup".. or "dia ada kereta.. kene kawan dgn dia nanti senang bleh pinjam kereta".. dan pelbagai lg sbb nk berkawan yg tak ikhlas.... dan percayalah.. hubungan yg disebabkan "sesuatu" takkan kekal.. ikhlas la berkawan kerana Allah taala..


*kawan.. sahabat..*
bagi saya sahabat adalah kawan baik kita.. baiknya sama seperti hubungan adik-beradik.. tangis & ketawa bersama.. ada persefahaman dan susah senang bersama macam hubungan suami isteri.. itula dinamakan sahabat.. even kadang-kala ada terusik hati dan tergigit lidah.. tp kita boleh memaafkan dgn senang hati dan kita boleh bertolak ansur.. setakat ni saya ada sahabat di ofis yg saya sudah anggap mcm keluarga sendiri.. susah senang bersama.. ara, lina, ieja.. sgt memahami saya.. dan mereka lah org pertama yg akan membantu saya tak kira apapn termasuk duit ringgit or keringat.. mereka juga la org pertama yg akan saya ceritakan permasalahan saya.. mereka juga la yg akan menenangkakan saya dan menyabarkan saya dan berada di belakang saya (selain DH of coz lakan)saya byk terhutang budi dgn mereka.. dan sahabat terbaru saya saya maz & faridah.. saya doakan persahabatan ini kekal dan jgnla Allah beri ujian kpd kami dgn memusuhi sesama sendiri.. Moga Allah pelihara hubungan baik sesama kami smpai ke akhir zaman.. aminn.. kalin.. saya sayang kalian tau.. *hugs n kises*


Disebalik apa yg berlaku buat saya tersedar.. Allah Maha Menyayangi.. diberi ujian utk kita berfikir dan muhasabah diri.. menjadi yg lebih baik dr semlm.. dan belajar memaafkan org.. saya cuba untuk jadi yang terbaik dllm semua segi..

*Aura +VE?*
oleh itu saya perlukan aura yang +VE utk meresap ke jiwa saya (saya percaya setiap org mempunyai gelombang tertentu.. gelombang ini akan sentiasa connect dgn org lain melalui minda separa sedar atau subconscius mind .. jd saya akan cuba dekati org yg saya percaya mempunyai gelombang +ve.. maksudnya org yg BAIK.. dan org itu dekat dgn saya.. hanya di depan mata org itu adalah TIPAH! siapakah tipah??? TIPAH TERTIPUKAH? atau TIPAH SI ISTERI PERTAMA JAMIL (dlm cerita P.Ramlee : MADU TIGA)? atau TIPAH JUAL GORENG PISANG? SIAPA??? JENG.. JENG.. JENG...nantikan entry saya yg akan datang..

Qaseh...
alin arman

Thursday, January 14, 2010

Wajah Blog-Petua-Dara

Akhirnya..

ku ambil keputusan untuk mengekalkan wajah blog ni (wah wajah la plak.. hehehe) ini.. dah malas dah nk cari len.. dah byk masa terbuang.. hehehe.. ku mula jatuh cinta dgn wajah blog ni dah lama.. sejak menjengah ke blog member mbw aishah wah terpesona daku seketika tgk blog dia.. kemas n mudah dibaca .. girlie skit.. ok la.. pastu try cari yg ala2 cmni.. dah jupe.. tp ala susuah la plak nk download kene download satu2.. gambar lain teks lain.. ah susah ar.. so daku minta izin aishah nk guna teplete sama gak..(berbahse bahsi skit.. kang kata tiru tanpa izin plak kan xbaekkn... tiru dgn izin xpe kan aishah hehe) tp daku punya wajah blog ada 3cloum, aishah wajah blog yg asal 2 column her.. so adala laen skitkn.. tgk la if bleh daku kan guna header baru.. letak gambar anak2.. if ada masala nk godek2.. (kene byk blaja psl edit kt html ni.. byk yg xtau..)ok mayb daku akan kekal kn wajah blog ni sampai la dah boring nanti bleh tukar templete laen plak hehehe..

pastu jengah2 blog2 yg lain terpesona daku pada petua dibawah.. dpt from from wan anie ayuh mari amalkn beramai2 supaya bleh jadi mcm ank dara n cantik berseri2 gitu.. hehehe utk keharmonian suami isteri.. xyah nk pakai minyak senyonyong bagai (ITU ADALAH BERDOSA TAU!) kan ISLAM ITU INDAH! semua dah ada.. cuma amalkan saja.. mudah2n doa dan hajat kita yg baik akan dimakbulkan InsyaAllah..

Ustazah Fatma Az-Zahra menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum.
Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri2 semoga ada manafaatnya.


masa daku masih anak dara (25.01.06).. tapi sudah disunting sebagai tunangan orang..
skang mak dara suda.. kekeke

Qaseh...
alin arman

Thursday, January 7, 2010

new templete

new templete lg..

kalian jgn pening tgk blog daku nih.. DLM PEMBINAAN..
SO KEJAP2 WARNA AKAN BERTUKAR .. KEJAP2 FOND AKAN BERTUKAR..
SMPAI LA AKU PUAS HATI.. ok dah design struktur blog ni bleh tukar2 colour yg kita mau.. so aku akan bereksperimentasi dgn warna2 yg adooo..
hrp bersaber yo..

Qaseh...
alin arman

Monday, January 4, 2010

Mencari Keberkatan MASA

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.
Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.
Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.
Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.
Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.
Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.
Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.
Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.
Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).
Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)
“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).
Kata Nabi Isa: (maksudnya)
“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).
Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).
Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.
Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.
Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.
Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Qaseh...
alin arman

Saturday, January 2, 2010

new year.. 2010

tahun baru.. cepatnya masa berlalu..
cam biase taun baru mesti ada azam baru..
byk?.. cuma ku nk sebut satu jer kt cni..
tahun 2010 ni ku xmo lmbat lg g opis..
InsyAllah.. punch xmo merah lg..

eh lg satu.. mungkin.. kekekeke.. mugkinkah?.. ada keinginan nk tambah ank.. kekeke.. mungkin je korang.. mungkin preegy tis yr.. tp deliver thn depan.. hahahah..
segalanya mungkin...

Qaseh..
alin arman