Tuesday, November 15, 2011

Mengenai Ring Sling

Salam..

Ada seorang teman bertanyakan saya mengenai ring sling ni lepas baca enty ni
hmm nak citer macam mana taktau.. accualy boleh baca kat forum MBW (Malaysian Babywearers), so saya ambil penulisan mengenai ring sling ni daripada moderator Norley aka scudmami dan tambahan daripada forumer yang lain (pah zarihan , sarah, yasmin dan bbrp forumer yang lain ) tapi saya jelaskan sikitla dalam bahasa kita dan ada sikit penambahan dan juga link terus kepada website yang menjual RS yang berkaitan.

Apa itu Ring Sling (RS)?
  • RS ialah salah satu carrier atau alat memudahkan parent untuk mengendong bayi/anak. 
  • RS ni merupakan carrier yang telah ditambahbaik daripada penggunaan kain batik atau sebarang kain yang digunakan oleh ibu bapa (nenek moyang kita) sejak beratus tahun dulu lagi. 
  • Diperbuat daripada sehelai kain yang panjangnya dari 1m - 1.5m (68"-80").Juga menggunakan 2 ring untuk mengikat kain sling tersebut. 
  • Dikenali sebagai one shoulder carrier sebab berat baby tertumpu pada sebelah bahu sahaja.

Jenis Kain/fabrik
  • pure linen: Linen ni kalau baru agak keras dan ambil masa untuk dilembutkan means kena pakai secara lasak/guna selalu untuk lembutkan dia.. tapi ada juga linen yang dah sedia lembut macam Jumpsacbaby Pure Irish linen. Kebaikan linen: sangat supportive sesuai untuk carry toddler dan juga airy ada ruang pengudaraan dan sejuk dipakai sesuai untuk cuaca kita. 
 Jumpsacbaby RS Pure Irish Linen: Damaks on Red Chili. Lembut walaupun brand new. Oh love the stunning and hot red color!! <3
Psling linen Gradiation Ombrage: color macam hijau baju askar.

  • linen blend: Campuran linen dengan cotton atau ada juga linen dan bamboo atau campuran dengan material lain.
Jumpsacbaby Linen Blend: DIVA.. beautiful brown and pink. Tapi mula beli agak kejung sikit.. lepas pakai basuh dan berapa kali pakai baru soften. RS ni sudah bersama pemilik yang baru;)

  • Kasuri LinenLinen yang ditenun menggunakan teknik khas di jepun hanya terdapat pada RS jenama Psling Jepun
  • Cotton: Cotton kita tahu mestilah sedap pakai sebab sejuk tapi agak nipis dan lembut. seseuai untuk Newborn. 
  • Shijira Cotton: Cotton yang ditenun menggunakan teknik khas di jepun hanya terdapat pada RS jenama Psling dan Femmebelly (dulu dikenali dengan nama Petitbelly) dari Jepun
Psling Shijira:Brick Blue. Juga bakal menemui pemilik yang baru :)
  • Silk: Sutera..pastinya kilauannya memikat hati.. sangat sesuai dipakai terutamanya pada majlis-masjlis tertentu seperti kenduri kawin, dinner dan sebagainya. Sutera ni pun macam-macam jenis, ada rawsilk, dupioni silk dll. Saya boleh bagi review dua jenis je sebab ni je yang ada dalam RS stash saya.
Rawsilk: sangat best sebab sejuk bila kene skin. Sangat sesuai dengan cuaca kita dipakai di luar atau dalam rumah yang tiada penghawa dingin. Sesuai untuk newborn juga. dan masih ada kilauan sutera yang memikat ;). Mamapatch dan Jumpsacbaby ada menjual RS daripada fabric rawsilk.
RS Mamapatch Rawsilk RS. Sejuk bila pakai time panas
Dan sangat stunning dipakai time kenduri kawin ;). 

Dupioni silk: ok tak panas tapi takde cooling effect macam rawsilk tapi kilauan dia lebih terserlah dan memikat hati. Mostly brand RS imported ada carry RS dupioni silk, macam Comfy Joey, Sakura Bloom dan Kalea Baby .

Comfy Joey Dupioni Silk Single layer: Gold Field.. ini RS will be my legacy RS.. sgt cun!!

  • Mesh/Solar Veil (SV):selalunya RS menggunkan fabric mesh dan SV digunakan sebagai water sling untuk dipakai time bawa baby mandi di pool atau sungai. Boleh juga digunakan masa bawa berjalan diluar dalam keadaan panas macam di Zoo dan sebagainya. Fabrik SV ni mempunyai bahan yang boleh menghindarkan terik matahari. Sangat popular oleh western mama pakai time summer. Tapi harus diingat untuk memberi mesh atau sv sling ni, kita kene beli size kurang satu ukuran.. err contohnya if RS biasa kita pakai size M, so untuk mesh/sv sling kita kene ambil size S. Sebab fabrik bentuk jaring ni menyebabkan dia akan memanjang.. errr pahamkah? kira ambil satu size kecil la.. Setakat ni local made RS yang carry Mesh sling hanya Jumpsacbaby.
Jumpsacbaby Mesh Sling. Luv the colors ;)

  • Wrap Conversion RS: RS yang diperbuat daripada kain wrap (kain yang ditenun khas untuk dijadikan pengendong bayi). Wrap ni pun ada byk jenis fabric cotton, linen, bamboo, silk, wool dan macam2 lagi.
  • Double layered 2 fabrics: Gabungan dua jenis fabrik kira dua lapisan contoh linen dan silk atau linen dan cotton. 
Double layered linen/silk by Kalea Baby. My latest RS.. :p


Shoulder style
Saya rasa dalam pemilihan ring sling, jenis shoulder style merupakan perkara pertama yang diutamakan ketika membeli sebab shoulder ni la merupakan kunci pada keselesaan kita ketika memakainya. Terdapat pelbagai jenis juga mengikut keselesaan dan citarasa pemakai.
  • Gathered Shoulder: kain terus dimasukkan dalam ring tak sebarang jahitan tambahan.. huhuhu saya tak tau nak cerita macam mana la. contoh RS Jenama Kalea Baby/Snuggbaby (local made)
RS Belgium Linen. Ni bukan saya punya, ni travelling RS. This is Liza Yaacub's RS owner of Snuggbaby. Travelling carrier niorang punya kasi pinjam dan travel dari seorang ke seorang. Nak join travelling carrier (so dapatlah chance nak rasa carrier yang best dan mahal sila join Malaysian Babywearers sekarang! (hahhaha promote lagi.. ;).

  • Pleat: dibahagian bahu di dijahit pleat err macam mana nak citer tatau tengok gambar jelah
pic from Ocah. WCRS guna wrap Girasol Symphuo
  • Hotdog: saya sendiri tak pernah tengok IRL( in real life) macam mana hotdog shoulder ni.. tapi tengok gambar macam nilah.Contoh RS Ocah WCRS ada bikin hotdog shoulder
pic from Ocah. WCRS guna wrap Hoppediz Sandstein
   
Ni pandangan belakang shoulder hot dog. Pic from Ocah. WCRS guna wrap Didymos Limited Edition Jade Jim.
Jumpsacbaby RS. Lightly padded. My 2nd RS, its hot pink and its customed. but now stay with new owner ;)

  • Accordion shoulder: kain pada bahu disusun macam kain baju kurung atau menyerupai alat muzik accordian sebab tu dipanggil arcodian shoulder .;). Shoulder accordian ni, sangat selesa dan rasa macam ada padded, padahal takde. ni sebab kain disusun berlapis-lapis kat bahu tu, so rasa tebal dan selesa di bahu. Disebakan arcordion shoulder ni jugak, Psling ada Right shoulder dan left shoulder. Right shoulder untuk mereka yang carry anak disebelah kiri (kalau dukong dengan tangan, barehand guna tangan kiri). Manakala Left shoulder untuk mereka yang biasanya dukong anak belah kanan (kalau dukong dengan tangan guna tangan kanan), tu sebab saya cakap macam kain baju kurung ada orang pakai belah kanan dan ada orang pakai belah kiri, so susunan tu ikut la belah kanan or kiri. Tapi ni bukan la masalah besar, walaupun psling tu dah tulis contohnya untuk Left shoulder, mereka yang right shoulder still boleh pakai. kene tengok kat forum MBW ni.. baca la ye.. lotih acik nak explain satu-satu.. ;p. Contoh RS Psling
Alat muzik Accordian macam ni la susunan kain RS yang ada accordian shoulder. Pic dari pakcik google.

Psling Accordion Shoulder
  • Hybrid shoulder: selalunya gabungan 2 jenis shoulder. contoh RS Comfy Joey
Comfy Joey Hybrid Shoulder. Gabungan Pleat dan Gathered Shoulder

Ring
Ring juga memainkan peranan jugak sebab ring kena tahan lasak dan mampu menampung berat baby. Dan pastinya ring perlu memegang kain agar tidak licin dan terletak.
Ada banyak jenis ring dan size digunakan. Biasanya ring size small digunakan untuk jenis kain agak licin macam mesh dan SV, medium plak selalu digunakan untuk fabrik silk. manakala large biasa dan banyak digunakan untuk kebanyakkan RS. Jenis ring pulak:
  • Aluminum:  banyak digunakan untuk kebanyakkan RS
  • Silver: Setahu saya hanya terdapat pada RS jenama Psling sahaja. dikatakann ringnya diperbuat daripada silver tahan lasak dan antibacteria. Ring boleh memikul berat sehingga 2000 kg!!. Size nya lebih kurang size medium ring alum dan agak penyet :p. yang bestnya Ring Psling ni ada warna gold yang memang nampak macam emas betul! soooo bling-bling uols
  • Nylon: tak ramai yang gemar RS yg ada nylon ring sebab agak licin dan RS tidak terletak elok. tapi ada juga mama yang suka..
Tengok ring Psling.. gold you!.. macam emas betulkan.. psling dalam gambar ni sebenarnya Left Shoulder (LS, untuk pemakai yang carry anak belah kanan, bahu sling dibelah kiri) tapi saya right shoulder (RS) lagi pun masa ni tatau lagi LS ke RS kubelasah saje.. :p. This also travelling RS not mine but Zanamikan MBW's member.


Panjang RS
mengikut ketinggian dan juga jenis badan pemakai dan citarasa pemakai nak tail tu panjang mana. Ada yang suka labuh ada yang suka pendek. Sebaiknya paras paha atau atas lutut sikit. Bagi yang BF, mungkin suka labuh sikit sebab senang nak nyusu tail boleh jadi nursing cover dan untuk carry newborn style tummy to tummy kene tail labuh sikit. Ukuran boleh refer Jumpsacbaby.com punya ukuran.

Sizing Table for All JumpSac Ring Slings (except for the JumpSac Mesh Water Slings)
  Height Body type
skinny - averageplus size/chesty
 You are « 5' 1" (155 cm)XSS
 5' 1" (155 cm) < You are « 5'5" (165 cm)SM
 5'5" (165 cm) < You are « 5' 8" (173 cm)ML
 You are > 5' 8" (173 cm)Lcustom size


guna tail as nursing cover. 
BF in upright position
menyusu baby dalam keadaan menegak.

Tail
Ekor yang lurus atau V-shape. Dan untuk menambah kecantikan RS, ada jugak tambahan accesoris macam sequine tambahan corak dan kain lain.

Bahagian tail yg V-shape. This was my costumed linen blend Jumpsacbaby RS. Now with new owner.

Comfy Joey Dupioni Silk siap ada sequine di bahagian tail. Also not mine.. Travelling Comfy Joey RS now this beauty at MBW's library. (ada library carrier so member boleh buat permohonan nak pinjam)

RS untuk Newborn
Sebaiknya menggunakan fabric lembut macam cotton atau linen yang dah broken in yang dah lembut ataupun silk dan bamboo.

BW Asyraf, 3months in Jumpsacbaby RS linen blend.  RS yang dipinjam dari Jumpsacbaby. Picture credit to Liza Yaacub


RS untuk toddler
Biasanya linen la paling sesuai untuk carry toddler sebab ciri dia yang tahan lasak supportive dan jugak airy.

BW Asyraf, Setahun 7 bulan in Psling linen. Also travelling Psling by Zanamikan


Harga

harga RS ni bergantung pada jenis kain selalu pure linen dan silk agak mahal dalam lingkungan RM170-RM275. RS daripada cotton dan linen blend biasanya murah dlm lingkungan RM125-RM170.
  • Jenama tempatan seperti JumpsacBaby, SnuggBaby, Mama Patch menawarkan harga yang mampu milik dan kualiti setanding dengan jenama luar negara. 
  • Dan semestinya Jenama RS dari luar negara yang well known macam Sakura Bloom, SBP, Comfy Joey, Kalea Baby agak mahal sebab harga dalam US Dolar
  • RS yang paling mahal adalah dari Jepun iaitu Psling. Brand new RS Psling berharga 33,600 yen kalau di convert ke RM boleh mencecah RM1K! (ye sila telan air liur!!). Harganya mahal sebab kualiti kain yang ditenun khas seperti shijira (cotton) dan Kasuri (linen) dan penggunaan silver ring yang anti bakteria dan tahan lasak disamping arcordian shoulder yang sangat selesa dan best! Psling memang lain dari yang lain. Tu la sape nak memiliki Psling kena la ushar selalu kt FSOT TBW cari 2nd hand dan harga yang mampu milik (dalam RM300-RM450 jugak la). Saya ada dua psling tapi dah jual sebab warna tak sesuai dengan saya :p.. (sapa nak beli boleh RM300 je... boleh tgk kat sini ) tapi mmg best tengah hunting psling idaman hati..ngee, dan ada jugak jenama RS dari jepun jugak Femmebelly RS daripada fabrik shijira berharga dalam RM250. 
  • Wrap conversion RS mmg sah la mahal sebab harga wrap tu sendiri dah mahal convert jadi RS mahal la jugak.. dalam lingkungan RM300-400.

Apapun bagi saya, saya membeli RS mengikut kecantikannya, color, dan bila masa untuk dipakai. macam kasut kena ada selipar nk gi jamban, kasut sukan, kasut gi opis, kasut gi shopping dll.. tu sebab saya ada banyak RS.. untuk bawa ank main air, bawa anak jalan-jalan, kendong ank time kenduri, kendong anak time panas dll.Yang penting RS mesti mau matching dengan outfit/baju kita baru la kelasssssssssss ko maria.. hahhaha... 

Antara RS yang saya ada. Hoarding the red linen and gold silk. white dah jual. kiri sekali rawsilk for sale.
Qaseh...
alynn fazz

19 comments:

Bardboo said...

bagusnya entri ni..panjang lebar penerangan tentang rs..saya dah pernah beli rs ni..tapi tak geti pakai..last2 saya tinggalkan aja kat malaysia..

alin said...

thanks Bardboo.. ni hasil tulisan dan perbincangan forumer Malaysian Babywearers. saya cuma alin bahasa melayu dan buat tambahan sikit dan bg link. Just wanna spread the love of babywearing. U skang kat mana Bardboo?

mrs cekodok said...

salam kak alin, pd pendapat akak, RS mane yang plg sesuai saya nak beli for the 1st time? baby dah 9 bulan (6.8 kg)..n mak saya jg komplen susah nk bw dia g dapur..so mtk akak bg suggestion yg mane plg best with the most affordable price. tq

alin said...

Assalam Mrs. Cekodok..

if dah 9 bulan, k.lin cadangkan beli RS linen atau daripada kain wrap.. boleh beli kat Jumpsac baby.. link ada kat atas tu.. kain wrap walaupun 100% cotton tapi sgt suppportive dan selesa dipakai.. HTH :)

Seri Nian said...

asalam kak. di malaysia mana nak beli ni ya....dia sekali dengan ring ke?

Anisah Husna Ismail said...

Assalamualaikum.

wah.. teruja baca post puan tentang ringsling. banyaknya koleksi RS puan.

Saya newbie. baru beli RS semalam. Tak pernah try lagi bawa anak jalan guna RS.

Puan Husna
www.husnanetwork.com

ksyakura said...

Baru nak explore n aiming to buy.good info.thanks!

Booty Martinez said...

kak..yg akak nak jual tu..brp harga? nak beli kalau hasben bagi.

Cik Iman said...

baru nak berjinak dengan ring sling nie, banyak gak benda nak kena tahu haaaa

unexpected life said...

Hi..best entry ni..rasa mcm nk jadi rs mommy jugak..nak tanya sis ada pakai ssc x atau semua rs at all time anywhere?

alin said...

Maaf lama tak buka blog baru perasan
-Seri Nian
byk dah jual.. kt jumpsacbaby.com, snuggbaby.com.. jomgendong.com n kalau google byk kedai online org kita jual. Ring sling mmg sekali sling

Booty Martinez..
ni semua koleksi lama.. byk dah jual. tinggal sket je yg betul2 sayang :)

Shufishumi said...

Wah..teruja bc entry ni..btw, terima kasih Sbb sedikit sebanyak bantu Sy cr ring sling yg sesuai... Excited nk p cari rs ni..thanks again:-)

Shufishumi said...

Wah..teruja bc entry ni..btw, terima kasih Sbb sedikit sebanyak bantu Sy cr ring sling yg sesuai... Excited nk p cari rs ni..thanks again:-)

Ziera Hamzah said...

mane nk cari Ring macam tu?

Ziera Hamzah said...

mane nk cari Ring macam tu?

Ziera Hamzah said...

mane nk cari Ring macam tu?

alin said...

Salam Ziera Hamzah,

Sori tak perasan ada komen,
ring sling ni banyak dah dijual skang ni ada jual online dan ada juga di kedai jualan bayi dan kanak-kanak mcm tiny tapir, fabulous mom.

kalau online puan boleh tgk balik kt entry saya tu.. kalau snuggbaby dan jumpsac, puan klik kt nama tu ada hyperlink terus ke kedah online dorg.

or just search snuggbaby.com, jumpsacbaby.com, jomgendong.com, mamapatch.com, tinytapir.com, faboulousmom.com, neezaneedle.blogspot.com,

ok enjoy tinjau-tinjau
happy babywearing :)

Gerimis Badai said...

Entry yg sgt2 membantu..sye tgh berfikir2 nk beli rs tuk bby 2 bulan..anak k3 bru terdedah..tq tuk infonye yg sgt membantu..

Nurul Nurasikin Othman said...

waa..mantap & padat psl RS..tq sis🤗🤗🤗tgh cr RS utk my newborn