Thursday, January 21, 2010

kawan-saya-akhlak mulia


salam kalian..

*saya*
hmm.. terlalu banyak yang nk dicerita.. pelbagai kejadian berlaku di sekeliling saya lately, baik di ofis mahupun pada family.. semua berpunca drp masalah yang sama.. iaitu AHKLAK.. ia byk menyedarkan saya.. opss sebelum tu..aha anda pelikkah membaca blog saya ini saya membahasakan diri dgn "saya"? hehehe.. inilah salah satu perubahan +ve yang saya mahu lakukan.. walaupun bg saya penggunaan nama "aku" tiada salahnya, tapi tak tahu la org kata ianya agak kasar.. tp bg saya ia menampakkan kita lg mesra dgn seseorang.. lg dekat dihati (mcm kita berdoa.. kita meminta dgn Allah pun kita bahasakn diri dgn "aku " kn?), sbb tu di opis dengan rakan yang muda2 pun saya membahasakn diri "aku", rasa mesra n kamcing... tapi DH (dear Hubby) selalu tegur.. tak elok katanya.. so saya rasa elok juga saya berubah.. nila salah satu azam saya pd tahun 2010.. untuk memperbaiki ahklak agar lg mulia.. (dgn menggunakan bahasa2 yg molek dan sedap didgr..

*akhlak*
saya juga sedang berusaha dan cuba untuk mengurangkan kata2 berunsur negative seperti BODOH, BANGANG, SENDOL, SIOT, & yang seumpamanya.. diganti dengan kata2 mulia seperti BERTUAH, CERDIK SGT (marah pun keluar perkatan baik juga.. tp mcm perli la eh phm ker?)dan lain2.. bukan apa sbb adakala perkataan ni sering terkeluar apbila kita marah tak kira tempat kt umah pun boleh.. so saya tak mo dah, nanti didgr oleh ank2 kn tak bagus.. tambahan lagi izz sekarang makin cepat meniru dan menangkap perkataan yg saya dan hubby lafaz kn so kena hati2.. jadi saya berusaha utk berubah menjadi yg lebih baik.. perbaiki peribadi dan ahklak menjadi lebih mulia.. utk jd contoh yg terbaik buat anak2 saya.. InsyaAllah..

*kawan-ujian*
Masalah yang membabitkn keluarga tak mau la saya nyatakan di sini.. cuma yg ingin saya kongsikan ialah mengenai KAWAN/ SAHABAT.. Dalam pada saya berusaha untuk berubah menjadi yang baik.. tiba2.. saya diuji.. Innalillah (lafaz sekiranya kita ditimba bencana atau musibah.).. tiba2 saya dilemparkan dengan kata2 kesat dan keji.. aduh! sungguh tak sangka.. dan ianya dtg from the guy who was my bes friend.. hmm.. manusia cepat berubahkan.. kadangkala kemewahan dan kesenangan hidup boleh melalaikan dan membuatkan kita lupa dan memjadi bongkak smpai dah tak kenal mana kawan mana lawan. nauzubillah.. saya terima ianya sebagai dugaan. tp jauh disudut hati masih tidak percaya dan perasaan sedih menguasai hati.. lupakah dia? kita kan kawan baik dulu? biarlah.. saya doakan dia capai apa yg dihajati dan mudah2n dia tidak terus hanyut dan lupa diri..

*Kawan vs seteru (musuh)*
org kata if kita benci seseorg jgn benci sepenuh hati.. dan begitulah sebaliknya.. saya cukup setuju.. sbb kita tak akan tahu, mayb satu hari nanti kita terpaksa minta tolong drp org yang paling kita benci tu.. dan org yg paling kita benci itu mayb dia lah juga yg menghukurkan bantuan..so bagi saya even org tu tidak saya senangi tidak la smpai membenci.. saya masih beri peluang.. ya MANUSIA SENTIASA BERUBAH.. jgn letakkan diri kita sebagai tuhan dgn sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.. kita tak kan tau org yg jahat sekarang, if diberi hidayah akan berubah lebih baik drp kita.. dan sekiranya kita tidak betul2 kenal seseorg itu jgn la kita berperasangka yg bukan2.. kita xkan tau seseorg itu malainkan kita betul2 kenal..

*berkawan seikhlas hati*
dan bagi saya biarlah ikhlas dlm menjalin hubungan silaturahim dgn org.. berkawan biar ikhlas.. bukan ats sebab2 tertentu.. sbb dia kaya/lawa/hensom or berpangkat sbgai contoh.. "saya kene kawan dgn dia, sbb dia pandai buat blog nanti dia bleh ajar saya" atau.. "kene kawan dgn dia sbb dia pndai makeup nanti dia bleh ajar saya makeup".. or "dia ada kereta.. kene kawan dgn dia nanti senang bleh pinjam kereta".. dan pelbagai lg sbb nk berkawan yg tak ikhlas.... dan percayalah.. hubungan yg disebabkan "sesuatu" takkan kekal.. ikhlas la berkawan kerana Allah taala..


*kawan.. sahabat..*
bagi saya sahabat adalah kawan baik kita.. baiknya sama seperti hubungan adik-beradik.. tangis & ketawa bersama.. ada persefahaman dan susah senang bersama macam hubungan suami isteri.. itula dinamakan sahabat.. even kadang-kala ada terusik hati dan tergigit lidah.. tp kita boleh memaafkan dgn senang hati dan kita boleh bertolak ansur.. setakat ni saya ada sahabat di ofis yg saya sudah anggap mcm keluarga sendiri.. susah senang bersama.. ara, lina, ieja.. sgt memahami saya.. dan mereka lah org pertama yg akan membantu saya tak kira apapn termasuk duit ringgit or keringat.. mereka juga la org pertama yg akan saya ceritakan permasalahan saya.. mereka juga la yg akan menenangkakan saya dan menyabarkan saya dan berada di belakang saya (selain DH of coz lakan)saya byk terhutang budi dgn mereka.. dan sahabat terbaru saya saya maz & faridah.. saya doakan persahabatan ini kekal dan jgnla Allah beri ujian kpd kami dgn memusuhi sesama sendiri.. Moga Allah pelihara hubungan baik sesama kami smpai ke akhir zaman.. aminn.. kalin.. saya sayang kalian tau.. *hugs n kises*


Disebalik apa yg berlaku buat saya tersedar.. Allah Maha Menyayangi.. diberi ujian utk kita berfikir dan muhasabah diri.. menjadi yg lebih baik dr semlm.. dan belajar memaafkan org.. saya cuba untuk jadi yang terbaik dllm semua segi..

*Aura +VE?*
oleh itu saya perlukan aura yang +VE utk meresap ke jiwa saya (saya percaya setiap org mempunyai gelombang tertentu.. gelombang ini akan sentiasa connect dgn org lain melalui minda separa sedar atau subconscius mind .. jd saya akan cuba dekati org yg saya percaya mempunyai gelombang +ve.. maksudnya org yg BAIK.. dan org itu dekat dgn saya.. hanya di depan mata org itu adalah TIPAH! siapakah tipah??? TIPAH TERTIPUKAH? atau TIPAH SI ISTERI PERTAMA JAMIL (dlm cerita P.Ramlee : MADU TIGA)? atau TIPAH JUAL GORENG PISANG? SIAPA??? JENG.. JENG.. JENG...nantikan entry saya yg akan datang..

Qaseh...
alin arman

7 comments:

aLoNg@Na said...

kak,mmg bgus content entry akak ni..suka plak membacanya..perubahan ke arah +ve ni mmg amat dialu2kn...berubah utk jd lbh baik kn kak...

yg ina jeles tu,nper gbr ina xder kt blog akak?..ina pn kwn akhlak-mulia pe?...hehehe..gurau je...

ChENTASaYA said...

adoi kak...menitiss air mata adik...mekasih xterhingga kerana menggangap adik sbg kawan kpd akak linda..(xbley ckp ko)..hahaha..
dan semoga hbgan kawan ni smpai bila2..insya'allah..aminnn...

nota kaki :kawan waktu gembira mmg senang dicari..kawan waktu susah sume cabott lari xmo tulun...~itu kawan makan kawan namenya.. :)
ayat tunggang langgang...hahaha

Wabit PwinseS said...

kak..org nak kawan sejati kak.jadilah kawan org.kesunyian ni.wakaka~

alinarman said...

na..
tima kasih atas sokongan hikhik..
na mmg kawan-akhlak mulia.. tp belum jd kawan-yg-akan-akk-susahkan nanti..
akak ni selalu nyusahkn kawan2 na.. mereka yg tabah spt ara, lina n ieja je yg bleh tahan.. hehehehe...

ieja aka chentasaya
dik.. xkisah pun if nk ber'aku-ko'yg pntg kita tau hati budi memasingkn.. n u not only my friend..
U R MY BES FRIEND.. LIMITED EDITION! :)

aainaa aka wabit (apa punya nama da..hehehe)
nk jd kawan sejati saya? bersediakah? saya ni selalu susah kn org? mahukah? boleyy.. tlg anta blk kerja bleyy? hehehehe

Wabit PwinseS said...

kak.amacam flower org.haha.senget aa kak linda.opss.lupa kena ada perubahan this year.ehem2.saya adalah salah seorang yang akan mengubah cara percakapan.yeaa~keke..

mommie nard said...

kak...sori lambat komen..sbb dah 2 minggu x de mood nak berblog.

best la kak entry ni...ade yg membuatkan nard tersedar..tp dlm masa sama..ada yg x boleh bat nard ni berlembut hati (part membenci tu)
tp nard cuba lah kak..doa kan nard berjaya utk berubah ekk.

pasni nak jugak bahasa kan diri saya..sbb sbnrnya sgt lembut bile kita berbahasa begitu..

alinarman said...

aainaa..
flower (kekeke) aainaa tu dah ok.. tp yg lama tyu akk xtau n delete camne.. biar jela..
n sila la berubah tuk lebih ayu.. kekeke..

nard..
entry ni sebenarnya tuk mengubat hati sendiri.. n peringatan utk diri sendiri agar berubah... if org yg baca pun mahu berubah, alhamdulillah.. dpt akk pahala :)..
tp bkn senang nk berubah.. slow2.. insyaAllah.. niat yg baik.. mudah2an dimakbulkan.. Amin..