Monday, February 28, 2011

Cukup la dgn TERIMA QASEH!!!

Salam

kadang orang bertanya pada saya itu dan ini..
pasal penyusuan susuibu, pasal breastpump, pasal babywearing, pasal cloth diaper, pasal anak dan macam-macam pasal lagi..

dan saya dengan teruja akan cuba terangkan apa yang saya tau.. mana yang boleh saya tolong saya tolong, mana yang boleh saya bagi tips dan pendapat akan saya utarakan.. mana yang tak boleh saya tolong saya akan cuba search dan tanya pada mereka yang lebih pakar. Saya suka dan rasa puas bila dapat tolong orang dan jawab persoalan dan permasalahan orang bukan nak tunjuk bagus tapi saya letakkan diri saya pada tempat orang yang bermasalah itu perlukan pertolongan dan pendapat.

Tapi saya agak rasa kecewa bila orang tu terus hilang macam tu jer.. orang tu terus senyap. maksud saya jika persoalan diutarakan melalui chat fb atau inbox fb atau sms.. saya pun bagai nak rak menaip tolong jawabkan dan bagi pendapat.. tapi orang tu tak balas apa-apa pun.. senyap macam tu je.. kalau chat tu pun terus diam dan tiba-tiba dah tak online lagi dah. ok la if dia terpaksa offline tapi tak bolehkah msg balas kat inbox?

Bukan saya mahukan balasan apa-apa. Tapi tak bolehkah sekadar ucapan terima qaseh? ya saya sedar tak semua pendapat saya tu betul dan saya bukan pakar motivasi, kaunselor or what so ever.. tapi sekurang-kurangnya saya cuba mendengar dan cuba beri pendapat apa yang patut. Tolong la balas apa yang patut tanda paham atau dengan sikit ucapan terima kasih atau paling malas nak taip TQ atau OK sudah, sekurang-kurangnya saya  tau dia baca dan paham apa yang saya cakap tu.. if not saya tertanya-tanya dia ni paham ke apa aku cakap? dan tiba-tiba hilang je.. adusss penat akak diknon.

lagi worst orang yang tanya tu saya tak kenal.. tapi satu tempat kerja.. bila dah kenal dah first time terserempak.. nak senyum pun teragak-agak.. cakap pun lebih kurang.. adooiii la.. dalam msg dan chat tanya macam-macam dan ramah mesra sampai boleh masuk dalam kain.. in real life macam sombong la pulak.. pelik akak! dia orang ni ada split personaliti ke? kat alam maya je mesra.. kat luar jadi orang lain sombong la pulak.. jangan kata nak cakap terima kasih.. tegur dan senyum pun taknak.. adoii!

hmm kadang saya sangat pelik dengan perangai orang kita ni yang kononnya kaya dengan budi bahasa..
baik orang putih dan orang kuning lebih baik bahasanya. Saya ada jugak berinteraksi dengan orang macam-macam kaler di alam maya ni.. kadang bukan takat tq, tapi siap tiap *hugs and kisses* lagi.. haa kau ada?
hmm renung-renungkan la kawan... hmm saya dah banyak kali kena macam ni.. dia orang ni macam halimunan.. tanya pastu hilang.. penat la akak.. tu yang terfikir nak blog it out..

bukan saya harapkan segala pertolongan kecil saya perlu dibalas.. cuma sekadar kreadit untuk saya sebagai inspirasi untuk terus membuat kebaikan dan mengingatkan agar budi bahasa yang indah itu perlu dikekalkan.

nota qaseh: Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Budi Pekerti Amalam Mulia

Qaseh...
alynn fazz

2 comments:

Ummi Iman said...

sabar kaklynn..
hurmm... insya allah.. klu kita berjumpa di MARDI @ memane.. sy x kan sombong.. huhu =)

saya der terbaca info² di blog akak ni terutamanya psl babywearing.. tp sy x say tengs lagik.. =)
tQ atas infO kak =)

alin said...

ummi Iman,

hehehe.. ok nanti tegur tau.. akk ni rabuh n tak cam org.. but jgn segan nk tegur.. hehhee entry ni takde mende pun sebenarnya..
tp sbb selalu kena.. kdg mcm cakap sorg-sorg kt chat box of msg inbox.. org tanya.. kita beria jwb pastu org tu hilang.. byk kali kene.. rasa ckp dgn kayu pun ada.. hehehe.. frust org tak bg respon blk.. tak ckp tq pun xpe just ok tanda org tu paham.

kt blog ni sape pun bleh baca.. takyah ckp tq la dik.. klin la kene ckp tq sbb sudi baca blog merapu akk nih.. hehehhe