Wednesday, December 7, 2011

"Mommy! tengok ni TERSUNAT!!!!"

Kejadian berlaku malam tadi..

Saya tengah basuh kain (memasukkan kain dalam washing machine kaedahnya.. :p).
Sekali terdengar Izz jerit panggil papa..

"Papaaaaaa!!!! tengok ni tersunat!"

terus saya mematikan diri sambil menumpukan sepenuh perhatian pada dialog seterusnya..

"Papaaaa!! tengok ni! dah tersunaaaatttt...."" sambil ada bunyi rengekan hek hek hek  pada akhir ayat tu..

dalam hati berkata-kata
"Eh! betul ke apa yg aku dengar ni? biar betul! takkan anak aku tersunat bird dia sendiri? tapi pelik tak nangis pun.. rengek mengada-ngada ada la.. yang si Papa pun senyap je.. (waktu tu papa baru lepas basuh poo Asyraf dan pakaikan Asyraf diaper)"

Saya cuba bertenang dan slowly berjalan menuju ke Izz (yang masa tu tengah layan Ice Age 3) ..

Saya berdiri diantara Izz yang ada di ruang family room dan En. Suami yang ada di Living room.. sambil tanya..
"kenapa ni?" sambil sempat jeling kat En. Suami dan kelihatan jelas di ekor mata saya En. Suami dok senyum-senyum kambing..

"Mommy tengok ni.. TERSUNAT...." sambil menunjukkan botol susu dia..

saya masih blurr..

En. Suami terus cakap "tersunat pulak,,, " sambil terus senyih

dan izz terus merengik "tengok ni mommy! PUTING NI TERSUNAT!"

KAHHH.!! KAHHH! KAHHHHH!!!!!


apalagi.. saya terhambur la ketawa yang kuat.. sambil membetulkan perkataan Izz tu..

"Bukan TERSUNAT la anak.. TERSUMBAT!!!!

KAHHHHHHHH!!!!!!

Nota qaseh:.. kang mommy sunat betul-betul kangggggggggg....ahaks.. :)))))

Qaseh...
alynn fazz

3 comments:

Rozy said...

lorrr...hehehehheeh sabaq ja lah...tersunat...hehehhe

Glam Mama Adriana said...

Hahahahha!!! Lawak k!

alin said...

tula.. salah perkataan.. tersumbat rupanya.. dia bleh cakap tersunat plak..hehehe