Sunday, January 27, 2013

Playgroup Arash.. mommy yang mandi peluh :p

Salam ukhwah..

fuh fuh fuh!

berpeluh-peluh mommy dibuatnya..
nasib baik minggu lepas memang asik duk belatih menari untuk persembahan Puspanita MARDI,
so otot-otot semua memang dah regang if not mau lengoh-lengoh badan semua..

Apa kes nih?
Alkisahnya.. petang tadi gigihkan diri bawa Arash pi playgroup kt GBOB.

Apa kebendanya Playgroup ni?
ok ni aku kopipes dari blog GBOB


1. Apakah Playgroup @ GBOB ?
Playgroup @ GBOB adalah satu program yang direka khusus untuk bayi baru lahir  (New Born) sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ia merupakan satu sessi "bermain sambil belajar" yang tidak formal bagi bayi dan kanak-kanak ini agar mereka menjadi bayi dan kanak-kanak yang riang, tidak kekok untuk bersosial dan berkawan dengan rakan sebaya, bersedia menghadapi dunia baru disamping meningkatkan kemahiran motor kasar & halus serta pengukuhan otak kanan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu.

Bukan itu sahaja, Playgroup ini juga merupakan medan untuk anda dan anak-anak membina hubungan yg erat dan memahami dunia mereka. Selepas puas bekerja mencari rezeki dan meninggalkan anak dirumah/ nurseri selama 5 hari, Playgroup ini adalah salah satu cara untuk anda "menebus" masa-masa berharga dengan anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan berfaedah.

GITU... Ada faham? ngeee..

So.. Dengan misi nak menebusla masa-masa berharga dengan anak dengan aktiviti yang santai dan berfaedahSO dengan Arash so aku pun masukkan la Arash dalam playgroup level 2. Level is for 6-12 months. Alhamdulillah Allah izinkan juga bawa Arash attend class ni. Arash tidur kul 12.30 tghari, kelam kabut solat n siap kul 145ptg gerak gi Puchong. Sampai lewat sket kul 2 suku, Teacher Watie baru je buat sesi introduction  nasib baik tak lewat sangat. Arash masuk keta kul 145 tu dia dah jaga kasi nenen dan sepanjang dalam kereta dia tak tidur tapi melepek jela. So masa class awal tu dia macam moody sket la.. suruh clap pun tak mo.. takpe.


Tapi after Teacher Watie mula keluarkan alat bantuan mengajar : BOLA.. apa lagi terus dia meluru nak pi ambil. Sekali Teacher suruh mak-mak semua pegang baby masing-masing sambil hayun baby untuk tendang bola tu.. Aku mula-mula ok la.. memang selalu pun buat macam tu kat rumah. If tak silap Arash since 7 bulan kot memang dah kaki tu tergedik-gedik nak tendang bola bila tengok abang-abang dia main bola. So biasa dah. Tapi aku biasa buat kejap-kejap je.. bukan apa lengoh gak la if pegang lama-lama macam tu. Tapi kali ni memang mandi peluh dibuatnya.. kena tendang bola tu non stop ikut tempoh lagu apa ntah.. lagu la vida lova apa kejadah ntah.. lagu tu plak lama.. pergh.. aku rasa muscle kat lengan dahnaik dah hehehhe..
haa itu baru satu aktiviti..

Banyak gak la aktiviti dan pengisian dalam playgroup ni even dalam masa 1 jam je. Teacher Watie pandai handle dan bantu rangsang 5 deria Baby yang sangat penting dalam level 2 ni. Aku puas hati la.. Time main parachute  Arash nangis la jugak tak biasa.. dan lagi sekali aku mandi peluh.. hahahha. Lagi satu Teacher ada ajar sign language. Aku memang dah amalkan since Iskandar lagi. Tapi yang simple jela macam eat drink sleep, bath, milk, cat bird more. Tahun lepas aku ada beli buku sign language kt BBW, tapi lupa nak tengok.. hahaha.. baru semalam aku tengok. Baru teringat nak apply kat Arash banyak lagi sign. Dalam class ni Teacher ajar banyak lagi.. so aku sgt la suka..:)

Aku takde la tangkap gambar apa.. tak sempat dik non. So lagi sekali aku cilok gambar dari blog GBOB.

Aktiviti Parachute. Gambar coutesy from GBOB


Aku rasa takyah dah joging or exersize bagai.. seminggu sekali exersize dalam kelas Arash dah banyak kalori terbakar.. hahhaha..

Ni aku ambil dari blog GBOB
Untuk Stage 2 (6-12 bulan), kami akan terus mengambangkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan selain terus menekankanstimulasi terhadap kelima-lima deria anak. Peringkat ini merupakan satu peringkat di mana anak sudah mula takut dengan orang yang tidak dikenali, dan ingin selalu berdamping dengan ibu atau bapa, maka dengan adanya kelas Playgroup ini, anak anda akan diasuh untuk menjadi lebih berani, pandai bersosial dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan menjadi bayi yang gembira @ happy baby. Selain itu, dalam Stage 2 ini juga, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menggalakkan anak merangkak dan meneroka persekitaran stimulasi yang ada disekeliling mereka. Terdapat juga Sessi untuk mengukuhkan otak kanan mereka setiap minggu. 

Kesimpulannya.. HIGHLY RECOMEMDED! meh la join sape-sape yang stay berdekatan Puchong tu ;)

Nak tau lebih lanjut boleh baca kt blog GBOB

Qaseh...
alynn fazz

No comments: