Monday, June 4, 2012

Rimas!!! Potong!!!

Eeeeeee rimas!!

Potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak??? 
POTONG JE LAHHH!!! Rimas dah tak terurus.. dgn anak tak sihat.. tak cukup tidur dah macam zombie.. :p 
Lagi pun ni dah start nak gugur rambut banyak dah ni.. so harus bertindak now!


Hari ni half day.. sebelum gi kerja tengah hari tadi apalagi.. kucapai gunting.. gi  toilet and zasssss!!! pendek suda..


kemhor rambut baru :p..  dengan Arash yang masih tak berapa sihat..


Saya ada jugak skill potong rambut. Dulu ada gak potongkan rambut housemate. Dan banyak kali jugak potong rambut sendiri. Tapi tadi nak cepat agak herot berot gak.. lagipun mrmang nak gi salun nak cuci rambut sekali.. haiyo dengan anak kecil yang dah seminggu demam, mak tak sempat nak cuci rambut.. tau jela rambut panjang, amik masa jugak nak cucikan..tu yang nak potong pendek tu senang nak manage.


Lepas balik kerja tadi sempat la gi salon suh trim balik kasi cun sket.. cadang nak buat macam ni


comelkan. sesape yang tengah cari idea nak potong rambut pendek style apa boleh tengok blog ni .. pilih je nak buat rambut style apa   

Sekali dah hagak dah.. salon separa profesional kat Sri Serdang ni tak la pandai sangat memotong rambut so jadi la cenggini.. tu pun balik saya alter sket..


ye saya tak secantik retis diatas.. tapi puas hati gak la.. ringaaaannnn kepala  ai!



Yang bestnya kat salon tadi minachi (tapi slang dan gaya sebijik Chinese.. agaknya sekolah China dulu kot..terikut2 style chinese) yang potong rambut saya tu puji-puji mata brown macam pakai kontek lens la.. dan bila dah potong nampak muda la dan yang buat lagi terangkat bila dia bagi compliment kata macam minah korea la pulak.. hah? wahhh.. apa lagi saya pun balas "hamsahamida" hahahha.. terapung youu.. ye sila muntah :p
tang mana yang korea pun tatau.. :p okla dah orang pujikan.. tima kaseh jela.. tapi tang muda tu, mak setuju la noks.. memang terasa muda duaploh eh melampau sangat.. saploh tawun kurasa.. ahaks!


Muda tak.. hehhhee *mode perasan activated*



Tadi tengah hari pulun gunting sendiri sebab takut tak sempat gi salon hari ni. Hari ni kan Isnin, 11 Rejab. Bukan apa, mak saya pesan if nak potong rambut kena bulan (hijrah) naik, So rambut cepat tumbuh dan tumbuh elok.. entah betul entah tidak waallhualam.. dan ikut sunnah nabi potong rambut dan kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


Ada sahabat saya bagi tau (dia pun dengar kat mana ntah lupa dah) ada hikmat atau kelebihan pasaipa Nabi SAW suh potong pada 3 hari ni je.. sebabnya kalau kita potong kuku dan rambut, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat, penyakit yang tak elok dalam badan akan keluar melalui kuku dan rambut yang dipotong tu. sebaliknya if kita potong pada hari selain 3 hari tu, akan menandatangkan kemudaratan atau penyakit akan masuk melalui kuku dan rambut yang dipotong tu.. waallahualam.. tatau kebenarannya.. mungkin betul dan mungkin kajian secara saintifik telah dibuat, saya tak pasti. Tapi yang pastinya setiap apa yang dibuat dan disuruh nabi tu mesti ada kebaikkannya.. dapat pahala lagikan.. 




Okla tuje nak cerita hari ni. my new looks.. kat rumah je pun.. buat tatapan En. Suami.
eh lupa pulak nak cerita apa kata peminat-peminat no. 1 saya..

Peminat No.1
En. Suami : Macam Wan Sharmila  (yang berlakon sebagai Anida dalam citer Seindah sakura dengan Fasha Sanda tu) jer...
Saya: Eh mana ada lain la.. cer tengok betul-betul..
En. Suami: yelah..... tapi bagus la.. senang nak main! me: EH1 terkedu :p 

 itu saja komen dia.. +_+

Peminat No.2
Asyraf: wahh.. mommy potong rambut!
Saya: Cantik tak?
Asyraf: Cantik! tapi panjang la.. potong la macam Asyraf!
Saya: laa.. mommykan girl, rambut panjang la sikit.. mana boleh macam Asyraf.. Asyraf boy!
Asyraf: alaaa...

Peminat No.3
Izz: Eee mommy nih.. macam orang jahat la..
Saya: Orang jahat??? mana ada? orang jahat mana?
Izz: Ada.. orang jahat kat TV tu.. (merujuk kepada Wan Sharmila jugak yang pegang watak jahat dalam citer Seindah Sakura)
Saya: Izz ni macam papa la.. rambut mommy lain la.. rambut orang tu panjang lagi..
Izz: sama la.. macam orang jahat

waaaaaa.. izz ni kan selalu bagi statement dan komen yang tak membantu tau!





apa-apa jela.. yang pasti kurasa diriku begitu muda.. ahaks!!

Qaseh...
alynn fazz

No comments: