Monday, February 28, 2011

Cukup la dgn TERIMA QASEH!!!

Salam

kadang orang bertanya pada saya itu dan ini..
pasal penyusuan susuibu, pasal breastpump, pasal babywearing, pasal cloth diaper, pasal anak dan macam-macam pasal lagi..

dan saya dengan teruja akan cuba terangkan apa yang saya tau.. mana yang boleh saya tolong saya tolong, mana yang boleh saya bagi tips dan pendapat akan saya utarakan.. mana yang tak boleh saya tolong saya akan cuba search dan tanya pada mereka yang lebih pakar. Saya suka dan rasa puas bila dapat tolong orang dan jawab persoalan dan permasalahan orang bukan nak tunjuk bagus tapi saya letakkan diri saya pada tempat orang yang bermasalah itu perlukan pertolongan dan pendapat.

Tapi saya agak rasa kecewa bila orang tu terus hilang macam tu jer.. orang tu terus senyap. maksud saya jika persoalan diutarakan melalui chat fb atau inbox fb atau sms.. saya pun bagai nak rak menaip tolong jawabkan dan bagi pendapat.. tapi orang tu tak balas apa-apa pun.. senyap macam tu je.. kalau chat tu pun terus diam dan tiba-tiba dah tak online lagi dah. ok la if dia terpaksa offline tapi tak bolehkah msg balas kat inbox?

Bukan saya mahukan balasan apa-apa. Tapi tak bolehkah sekadar ucapan terima qaseh? ya saya sedar tak semua pendapat saya tu betul dan saya bukan pakar motivasi, kaunselor or what so ever.. tapi sekurang-kurangnya saya cuba mendengar dan cuba beri pendapat apa yang patut. Tolong la balas apa yang patut tanda paham atau dengan sikit ucapan terima kasih atau paling malas nak taip TQ atau OK sudah, sekurang-kurangnya saya  tau dia baca dan paham apa yang saya cakap tu.. if not saya tertanya-tanya dia ni paham ke apa aku cakap? dan tiba-tiba hilang je.. adusss penat akak diknon.

lagi worst orang yang tanya tu saya tak kenal.. tapi satu tempat kerja.. bila dah kenal dah first time terserempak.. nak senyum pun teragak-agak.. cakap pun lebih kurang.. adooiii la.. dalam msg dan chat tanya macam-macam dan ramah mesra sampai boleh masuk dalam kain.. in real life macam sombong la pulak.. pelik akak! dia orang ni ada split personaliti ke? kat alam maya je mesra.. kat luar jadi orang lain sombong la pulak.. jangan kata nak cakap terima kasih.. tegur dan senyum pun taknak.. adoii!

hmm kadang saya sangat pelik dengan perangai orang kita ni yang kononnya kaya dengan budi bahasa..
baik orang putih dan orang kuning lebih baik bahasanya. Saya ada jugak berinteraksi dengan orang macam-macam kaler di alam maya ni.. kadang bukan takat tq, tapi siap tiap *hugs and kisses* lagi.. haa kau ada?
hmm renung-renungkan la kawan... hmm saya dah banyak kali kena macam ni.. dia orang ni macam halimunan.. tanya pastu hilang.. penat la akak.. tu yang terfikir nak blog it out..

bukan saya harapkan segala pertolongan kecil saya perlu dibalas.. cuma sekadar kreadit untuk saya sebagai inspirasi untuk terus membuat kebaikan dan mengingatkan agar budi bahasa yang indah itu perlu dikekalkan.

nota qaseh: Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Budi Pekerti Amalam Mulia

Qaseh...
alynn fazz

Friday, February 25, 2011

Rasa

Kenapa harus ada rasa ini..
kenapa?????????

tuhan berilah ku kekuatan..
pegang pada kebenaran..
buang segala kekufuran

kuatkan iman
ya Rahman..
kuatkanlah iman hambamu ini..
jangan diikut nafsu dan suara hati..
bawa la rasa ini pergi..

aku tak berdaya..
sesekali ada gelodak dalam jiwa
ingin membawa aku kepadanya

Tuhan jangan biarkan aku
walau sekelip mata

nota qaseh: mengapa ada rasa.. hmmm...

Qaseh...
alynn fazz

Thursday, February 24, 2011

Comel!

hari ni  dpt 3 parcel

bestnyer..

apa bendanya tu.. ha ini dia


Cloth diaper All In One (AIO) dan All In 2 (AI2)! 6 One size dan satu size M. Banyakkan.. haa kau.. sekali beli 7 terus.. campur semalamnya sampai ada 9.. bukan apa ni dengan mission nak fully pakaikan asyraf cloth diaper hari-hari even kat umah babysitter. mudah-mudahan gigih la nak membasuh nanti.. ngeee.

ok mari kita lihat.. pembelian pertama
1st from mybabypiystop.com, 2cds, cloth wipes sunglasses n surprising free gift: a pair of socks! I likee.. Tq Angie
Bum Genius Organics OS AI2, Flip OS dan GroVia terry cloth wipes. beli sunglases tu saje je sbb konon nye ada UV protection, Iskandar suka sangat pakai spek hitam ni.. beli murah kat kedai 2 hinggit tu.. selalu pakai takut rosak mata.. mama pengasuh dia samapai panggil izz S jibeng.. hehehe. kene beli 2.. kang berebut 2 beradik tu.. :p



Pembelian ke-2
2nd, from miabambina.com, 3 Grovia CDs n surprising free gift cloth wipe! I likeee.. Tq farrah




Pembelian ke-3
3rd from mycheekyboo.com, 2 cds: Cushie Tushies All in One dan Babybehinds Petite All In One size M .  Dan juga  2 cloth wipes.
tp Babybehinds petite tu sgt petite even size M. macam size baby dan sungguh comel..color purple tu sungguh cantik..  takpelah boleh simpan untuk next baby.. ngeee..


hmm so CD stash saya dah cukup ke untuk fully Cloth diapering Asyraf? hmm cukup kot.. owh saya belum beli baldi untuk diletakkan kat rumah pengasuh nanti.. tak pe sat gi nak pi kedai siam nak beli baldi pulak..  :)


Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, February 22, 2011

Gro baby

lama gilerrr tak beli cd..

ni lepas baca entry miss Farrah ni terus teruja nk fully CDing Asyraf..
masih belum terlambatkan.. ada setahun lg ni nak pakai diaper.. bleh jimat lagi..

so selepas persetujuan En.Suami.. saya pun buat pembelian pertama pada tahun ini di Miabambina dengan misi untuk pakai lampin moden sepenuhnya.. ayuh chaiyokkk!! 



Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiulawal ~ Salam Maulidur Rasul

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Semulia Manusia.. sebaik-baik akhlaknya..
pemimpin yang hebat
Suami yang baik dan penyayang
Ayah yang pengasih

tiada kata dapat mengambarkan kehebatan kemuliakan akhlak baginda
dan Baginda amat menyayangi ummatnya..



Biar beribu kali kulihat video ni.. airmata akan tetap mengalir.. sayangnya Rasullah SAW pada kita..

Qaseh...
alynn fazz

Monday, February 14, 2011

ISNIN

Isnin datang lagi..
dulu datang dengan kemalasan diri..
kalau boleh tiada isnin dalam diari..

tapi sejak isnin itu..
aku terus menunggu..
isnin datang lagi..
datang membawa erti
hilangkan rindu..
yang tersemat dilubuk hati.

namun..
seperti isnin yang indah itu tiada lagi..
yang ada cuma isnin yg bosan
dan penuh lamunan.

mana perginya?
tak kunjung tiba
ku sudah siap sedia
masih tersemat harapan
agar isnin datang bertandang
membawa kebahagian.

isnin datang lagi
dengan harapan membawa ku pergi..
dan aku terus menanti..
tapi yang ada cuma sepi..

Qaseh...
alynn fazz

Thursday, February 10, 2011

Korean Fesyen

Korea..

drp fesyen baju, rambut, kasut sampai la kepada drama, penyanyi dan artis group nya mmg sangat menawan hati saya.. dia orang punya tarian pun best.. dia orang pandai choreograph tarian.. kalau artis dia orang buat perfomance memang meletop.. showmanship bagus..

dan saya salah seorang yang telah terpengaruh dgn angin fesyen daripada korea nih..

baru 2 ari lepas saya order rini dah sampai bagus betul.. dan terus try.. hasil nya..

just nice.. ngam-ngam toi dengan badan.. errr sila abaikan backgrund  yang semak tu.. macam biasa posing dalam bilik fail aka bilik gerakan kami di ofis.. ngee



makeup gaya 50's lipstik merah menyala makngah.. ngee
owh mek suka uols.. ok tak.. bak kata auntie saya.. "Dress 2 kill...for your ownself..hubby..and your career..and u feel good with it!..confident..satisfaction..of course happiness.."  and i absolutely agreed!!!

nota qaseh: saya suka pakai cantik-cantik..

Qaseh...
alynn fazz

Wednesday, February 9, 2011

Hepi besday dear Hubby!!

oooo suda 35 tahun..

hubby darling..
moga panjang umur, murah rezeki..
sukses
kekal jodoh kita
dan bahgia dunia akhirat..
aminn..

hadiah pospone.. xsempat beli.. nanti yerk.. ngee..

luv u! muahhh!

Qaseh...
alynn fazz