Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Ibu Singa Nak Jadi Ibu Mithali katanya ;)

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar SAW..

Maulidur Rasul hari tu.. Aku sempat la join Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak anjuran Genius Baby On Board.

Alhamdulillah.. lama dah dok follow Teacher Watie punya blog.. sejak time Iskandar lagi.. Masa tu Teacher Watie baru ada seorang anak, Qarissa,, baby lagi. Masa tu kagum giler aku tengok baby dah boleh baca. Macam tqk percaya pun ada. So memang nak belajar la dengan Teacher Watie. Tapi ni baru la gigih dan dapat jugak join seminar kelolaan beliau.  Join seminar ni bukan apa.. Sebab Azam tahun baru juga. Nak jadi ibu yang baik.. gituuu..

Gambar dengan Teacher Watie (yang anggun di tengah). Yang  ayu  disebelah kiri sekali tu  Maria,  peserta seminar ECE juga duk sebelah aku. Dan yang paling selekeh tanpa secalik bedak dengan beg susu disisi dan  beg sling chepo-saploh-hinggit kat depan tu adalah aku. Teruk na la hai muka dan gaya aku ni. Dah macam orang kamboja meniaga kain kat pasar malam dah. :p Kisahnya nak cepat pagi tu konon nak calit bedak dalam keta je masa on the way tu. sekali tertinggal pulak beg mekap. Nah natural beauty la gitu. Baju tu plak sebenarnya lawa la bagi mata aku. (err perlu ke bagitau baju lawa.. hehehe).Baju hadiah birthday dari sahabatku. Thanks Serangkai. Sekali tak nampak plak di halang oleh sling beg tu.. gitu kisahnye..



Aku bukan tatau kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ni.. lama dah tau.. tapi tula aku ignore.. dan ingat nanti anak-anak tu boleh catch up kat kindy nanti..

So pasai pa join semunar ECE ni plak? haa.. sebab utama aku join seminar ni sebab aku nakkan solusi atau penyelesaian masalah pada karenah anak-anak aku dan macam mana aku nak kawal sesuatu situasi tu dengan bijak. Aku akui aku dan En. Arman ni jenis parent yang terpekik terlolong dah macam tarzan dan garang macam rimau (err tarzan? rimau? macam hutan la pulak :p... tetiba teringat macam citer tarzan :P) tambah lagi sangat la cepat tangan.. tak kata En. Arman, aku pun sama. Tatau la kenapa aku kalau dengan anak ni punya la baran.. kadang dengan En. Arman pun. Eh!

Bak kata En. Arman la.. dengan orang lain tak reti plak nak marah-marah dan laser-laser.. Aku jawab err sebab sayang kot! ngee... Korang pun mesti pernah baca post luahan hati aku Am I A Good Mother?
Itu baru satu cerita dan ikut kan kes kecil je tu.. sebenarnya banyak jugak la kes besar-besar yang aku hilang akal marah anak-anak ni.. belum citer aku meroyan marahkan Asyraf lagi sampai.. hmmm malas la nak citer.. kang korang report polis kata aku dera anak plak.. ngee..

Tapi aku sedar.. aku dan En. Arman dan banyak buat silap dalam mendidik anak-anak.. bukan tak pernah baca parenting book, tengok kat tv, baca motivasi.. dah applied cara Nanny 911 dah.. tapi tak berjaya sangat.. Dan aku sedar bukan anak-anak yang bermasalah, tapi aku dan En. Arman as a parent yang bermasalah.. masalah takleh control emosi, perasaan marah tu, dan masalah tak tau nak handle anak-anak..

Sebab tu la aku join seminar ni.. tapi macam salah seminar je kan.. huhuhu.. patut pi class Anger Management kot! :p.. tapi aku belasah jela.. dan sebab kedua sebab aku nakkan jawapan macam mana nak ajar Iskandar ni membaca dan minat belajar.. pening aku tatau nak buat macam mana. Dia susah nak fokus bila kita ajar.. Cikgu kat kindy pun ada cakap, Iskandar salah seorang murid yang ada masalah nak belajar. Nak buat macam mana? so aku join la seminar ni dengan harapan ada jawapan pada permasalahan aku..




Early Childhood Education.
Aku tau pendidikan untuk anak bermula sejak 9 bulan usia dalam kandungan lagi. Pernah baca arikel "Mengapa Yahudi Bijak" memang aku ada amalkan sepanjang aku mengandung amalan depa ni. Tapi lepas je baby keluar aku macam takde masa. Ye itu alasan jangan ikut. So aku serah kat cikgu kat tadika mengajar anak-anak aku. Aku ingat takpe, nanti cikgu depa ajar.. Pandai la nanti.. ternyata pendapat tu salah ye puan-puan.. apa yang hilang tidak akan berganti.. itu satu kerugian.. usia anak-anak sejak lahir sehingga usia 6 tahun adalah satu tempoh kritikal dan sangat bernilai emas untuk kita meneroka dan memperkembangkan potensi dan kebolehan anak-anak. Ternyata aku dah buang masa emas dan bernilai pada Iskandar.  Iskandar dah nak masuk 6 tahun Ogos ni. Tapi aku percaya there is always a hope. Aku ada masa lebih kurang 7 bulan untuk aku bayar hutang memenuhi perkembangan otak Iskandar. In shaa Allah. Aku percaya aku masih ada masa, aku boleh berubah dan aku percaya Iskandar juga boleh. Setiap anak-anak tu dilahirkan genius dengan akal yang sempurna. Kita cuma perlu bantu depa rangsangkan je. Dan shukur, langkah aku join seminar ni dapat buka mata dan minda aku dan ternyata tindakan aku ni satu langkah yang betul.


cilok gambar from page FB GBOB. Peserta. Nape aku takde? Cis.. takde bukti lak.. huhuhu.. Ni time lunch break.. ada masa lagi 10minit sementara nak sambung balik, aku  tak siap lagi, solat dan pump  susu.  Tapi ada bukti gak.. tu tengok ada nama aku Alin.. nampak tak? nampak tau? baik korang cakap nampak! if not.. hehehehe.. tu kat meja kosong depan sekali tu. Semangat uols duduk depan sekali.. dont play-play.. hahaha bukan apa aku ni kan rabun-tapi-takde-spek-mata.. kang tak nampak plak.. so harus duk depan. Ngee.. tu yang satu lagi kerusi kosong tu Maria gambar dia kat atas yang ayu tu. So Maria if U baca blog ni bleh la amik gambar tu buat bukti datang seminar.. Gambar yang ni yang En. Suami Teacher Watie amik ni kita tak de.. hehehe..


Dan secara kesimpulannya dapat aku rumuskan..

  1. Apapun kita mesti positif.. hehehe mesti korang kata.. la ni je kesimpulannya.. yelah.. kesimpulannya kita kena sentiasa positif.. tak percayakan?.. betullakan.. marah tu kan sifat negatif? so lepas ni takyah nak marah-marah sangat la.. marah boleh tapi kena ada caranya.. dengan maksud lain mengajar membetulkan kesilapan anak-anak dengan cara yang paling berkesan. takyah la sampai nak pukul-pukul. 
  2. Fahami  perasaan dan fitrah anak-anak. tengok badan pun tau kan depa kecil lagi.. yang ko sampai nak pukul tu kenapa? Orang dewasa yang buat kes jenayah pun kena masuk mahkamah dan ambil masa untuk hakim jatuhkan hukum.. yang ko senang-senang nak hukum anak dengan pukul-pukul ni dah kenapa? soalan ni memang khas buat aku.. supaya aku sedar diri.. *sambil tangan tampar-tampar muka berkali-kali agar sedar cepat* :p
  3. Apa yang paling penting ialah masa bernilai bersama anak-anak. Dan azam aku tahun ni salah satunya.. nak jadi ibu yang terbaik buat anak-anak aku dan luangkan masa bernilai dengan depa. Macam mana aku balik lambat sekali pun, aku akan buat satu atau dua aktiviti learn and play dengan depa.


Tula yang aku dapat rumuskan.. rumusan ni kena padat dan ringkas cikgu aku kata dulu. sebenarnya.. banyak yang aku dapat. Lotih aku nak citer satu-satu pi la seminar ni kalau nak tau. Tapi apa yang penting sekali aku dah dapat jawapan pada permasalahan aku. Syukur alhamdulilllah.. Terima kasih kepada Teacher Watie yang telah berkongsi ilmu bernilai ni.. didoakan moga Allah merahmati keluarga beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah sentiasa dan moga Allah kurniakan ilham dan ilmu yang berguna pada beliau agar dapat dicurahkan pada kita semua... Amin..

So kalau nak tau apa yang aku dapat.. join la seminar ni.. highly recomended! :)




Anak-anak Mommy.. sekiranya nanti hangpa baca blog mommy ni.. mommy nak bagi tau, mommy buat semua ni untuk hangpa. Mommy akui mommy dah buat silap.. mommy selalu marah-marah, kadang pukul-pukul.. sekali lagi mommy minta maaf banyak-banyak. Bukan mommy tak sayang bukan mommy tatau hangpa sakit.. tapi mommy jahil. Tatau cara mana yang terbaik. :'(. Tapi now mommy dah tau. Mommy janji mommy akan berubah.. mommy akan selalu dengar, jawap soalan, main sama-sama, akan ada masa selalu, peluk dan cium selalu, dan akan selalu bagi kata-kata semangat.. Mommy sayang anak-anak mommy.. Hangpa la salah satu sebab mommy mohon agar Allah panjangkan usia mommy. Amin.. Moga hangpa akan jadi anak yang soleh dan berguna pada semua..hangpala anak-anak syurga Mommy.



Qaseh Mommy...
alynn fazz

Wednesday, December 21, 2011

Jangan la jadi radio buruk!!

Zaman skang ni lagi mudah kita nak ngumpat dan sebar citer sana sini kan..

kadang tu citer pasal gosip artis la.. citer itu citer ni.. letakdan share kt FB la tweet la dan blog la.. kalau citer yang bagus untuk dikongsi bersama tak pelah. ni citer yang mengaibkan.. tak pasal-pasal dapat dosa kering tolong sebar aib orang.. tak kisah la artis ke sape ke dan memanga sekali pun kita tak suka artis tu  tapi tak yah la menyampai-nyampai.. kadang citer tu bukan sah betul pun.. tak pasal-pasal kita pun dapat saham dosa fitnah sekali..

serius saya kadang rasa jengkel dengan orang yang suka naaa share benda-benda macam gini...
cukup la kita dok baca kt ruangan gossip sama ada di media cetak atau elektronik.. dan bersembang pasal benda ni kt opis or dengan member-member.. (ya saya mengaku saya ikuti jugak dan bersembang gak pasal ni) tapi cukup la takat tu.. takyah la jadi radio buruk gi sampai-sampai kt FB la share sana sini.. tak pasal orang yang tatau dapat tau melalaui kita.. dah dapat saham dosa.. lantak pi la orang tu nak kawin berapa juta.. baju masuk muzium ke zoo ke.. nak pakai baju ke nak bogel la lantak pi la kat depa.. memang la benda tu tak baik.. tapi yang kita pi sampai-sampai pun dapat dosa jugak..!!

lagi satu kes.. pasal ex-student petronas yang tengah hot skang ni yang katanya dah kawin sesama jenis.. kita pun tak pasti kebenaranya.. mmg gambar byk dah keluar paper n ruangan gosib di website.. tapi takyah la kita tambah menghangatkan lagi dengan jadi radio buruk sebarkan lagi benda ni..

bukan apa.. cubala fikir.. orang tu ada keluarga ada mak ayah.. kita sebar-sebar lagi.. macam mana perasan mak ayah dia.. mesti sedih dan malu.. cukup-cukup la.. sianla kat keluarga budak tu.. fahami la perasan ibu yang melahirnya budak tu.. jangan la kita gi tambah derita hati ibu tu... pastu duk kutuk-kutuk lagi.. saya sentiasa ingat pesanan kakak saya.. dia tak berani nak cakap anak orang macam tu macam ni.. (perangai buruk) sebab dia pun ada anak.. dan kita pun tatau masa depan anak kita macam mana.. even kita dah didik elok tapi mana tau dugaan Allah.. anak jadi tak elok.. (ingat iman tak boleh diwarisi) macam mana kita rasa.. so takyah cakap anak orang la.. jadikan iktibar cukup! dan doalah moga anak orang tu berubah jadi baik dan anak kita jugak kuat iman dan tak hanyut!

pastu ada plak parti politik cuba meneguk di air yang keruh.. marah kemain dgn budak tu sampai bakar-bakar gambar bagai! hello!! korang ingat dengan buat mcm tu budak tu akan balik kepangkal jalan ke? (kalau betul terpesong la).. tolongla!! takdenye.. adalah lebih baik korang yang berhimpun ramai-ramai tu gi surau ke masjid ke buat solat hajat.. jemaah ramai-ramai minta doa moga Allah buka pintu hati budak tu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..itu la dakwah dan cara yang sebaiknya.. ni main buat demo bakar-bakar gambar apa kejadahnya.. tak baloi pun.. nampak na just nak publisiti murahan.. konon nak tunjuk parti yang prihatin.. benda mcm ni pun nak dipolitikkan.. puiii!! nyampah!! budak tu pun kata dia masih berpegang ajaran islam.. syukur.. so rasanya peranan ulama dan kita smua untuk berdoa moga terbuka pintu hatinya untuk kembali ke keluarga dan temui jalan yang benar.. aminnn

saya perati lg skang ni bayk yang nak berdakwah dan nk tunjuk benda bagus tapi tak tau cara.. tatau nak berdakwah dan tarik secara baik dan halus.. cuba la ikut cara dakwah yang betul.. cara Nabi SAW itu yang terbaik.. macam setengah ibu yang berkobar kata amalkan natural parenting katanya pastu duk kutuk plak org yang tak buat mcm dia buat.. dengan niat nak sebarkan benda yang baik.. mcm tu ke? orang menyampah lagi ada.. yang tu  nanti saya citer lain kali la.. dah byk ngomel ni...

Nota Qaseh: baca je cukup takat tu.. takyah jadi radio buruk sebar sana-sini.. "Ya Allah jangan sesatkan diriku setelah ko berikan pertunjuk aminn.." dan nak ajak orang buat kebaikan gunalah cara yang baik yer..


Qaseh...
alynn fazz

Monday, February 28, 2011

Cukup la dgn TERIMA QASEH!!!

Salam

kadang orang bertanya pada saya itu dan ini..
pasal penyusuan susuibu, pasal breastpump, pasal babywearing, pasal cloth diaper, pasal anak dan macam-macam pasal lagi..

dan saya dengan teruja akan cuba terangkan apa yang saya tau.. mana yang boleh saya tolong saya tolong, mana yang boleh saya bagi tips dan pendapat akan saya utarakan.. mana yang tak boleh saya tolong saya akan cuba search dan tanya pada mereka yang lebih pakar. Saya suka dan rasa puas bila dapat tolong orang dan jawab persoalan dan permasalahan orang bukan nak tunjuk bagus tapi saya letakkan diri saya pada tempat orang yang bermasalah itu perlukan pertolongan dan pendapat.

Tapi saya agak rasa kecewa bila orang tu terus hilang macam tu jer.. orang tu terus senyap. maksud saya jika persoalan diutarakan melalui chat fb atau inbox fb atau sms.. saya pun bagai nak rak menaip tolong jawabkan dan bagi pendapat.. tapi orang tu tak balas apa-apa pun.. senyap macam tu je.. kalau chat tu pun terus diam dan tiba-tiba dah tak online lagi dah. ok la if dia terpaksa offline tapi tak bolehkah msg balas kat inbox?

Bukan saya mahukan balasan apa-apa. Tapi tak bolehkah sekadar ucapan terima qaseh? ya saya sedar tak semua pendapat saya tu betul dan saya bukan pakar motivasi, kaunselor or what so ever.. tapi sekurang-kurangnya saya cuba mendengar dan cuba beri pendapat apa yang patut. Tolong la balas apa yang patut tanda paham atau dengan sikit ucapan terima kasih atau paling malas nak taip TQ atau OK sudah, sekurang-kurangnya saya  tau dia baca dan paham apa yang saya cakap tu.. if not saya tertanya-tanya dia ni paham ke apa aku cakap? dan tiba-tiba hilang je.. adusss penat akak diknon.

lagi worst orang yang tanya tu saya tak kenal.. tapi satu tempat kerja.. bila dah kenal dah first time terserempak.. nak senyum pun teragak-agak.. cakap pun lebih kurang.. adooiii la.. dalam msg dan chat tanya macam-macam dan ramah mesra sampai boleh masuk dalam kain.. in real life macam sombong la pulak.. pelik akak! dia orang ni ada split personaliti ke? kat alam maya je mesra.. kat luar jadi orang lain sombong la pulak.. jangan kata nak cakap terima kasih.. tegur dan senyum pun taknak.. adoii!

hmm kadang saya sangat pelik dengan perangai orang kita ni yang kononnya kaya dengan budi bahasa..
baik orang putih dan orang kuning lebih baik bahasanya. Saya ada jugak berinteraksi dengan orang macam-macam kaler di alam maya ni.. kadang bukan takat tq, tapi siap tiap *hugs and kisses* lagi.. haa kau ada?
hmm renung-renungkan la kawan... hmm saya dah banyak kali kena macam ni.. dia orang ni macam halimunan.. tanya pastu hilang.. penat la akak.. tu yang terfikir nak blog it out..

bukan saya harapkan segala pertolongan kecil saya perlu dibalas.. cuma sekadar kreadit untuk saya sebagai inspirasi untuk terus membuat kebaikan dan mengingatkan agar budi bahasa yang indah itu perlu dikekalkan.

nota qaseh: Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Budi Pekerti Amalam Mulia

Qaseh...
alynn fazz

Wednesday, September 1, 2010

Salam MERDEKA!



Slmt Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 MALAYSIA! even dah terlewat sehari.. (semalam takde mood nk mencoret..) proud to be Malaysian! terima kasih tidak terhingga atas perjuangan pejuang terdahulu dlm memerdekakan Malaysia.. syukur atas segala nikmatNya...


Dalam memperkatakan pasal kemerdekaan.. 1 Malaysia.. saya lama terfikir kemana kan bertahannya Bahasa kebangsaan kita? Bahasa Malaysia.. makin dilupakan.. saya sangat panas telinga if orang berbangsa Melayu sendiri.. ( if org bukan melayu saya tak kisah) .ini dah la dilahirkan dibumi Malaysia.. tp tak pndai berbahasa ibundanya sendiri..  terutamanya golongan aktif seni aka artis.. apa yang saya maksudkan sebutan Bahasa Malaysia nya PELAT! mengalahkan budak setahun yg baru nk belajar bercakap.. sebutan "R", "T", "S" dan ada kalanya "D" tidak jelas.. Bahasa Melayu/Malaysia bagi semua huruf diatas terutamanya "R" disebut dengan jelas.

Paling sakit telinga bila dengar lagu Melayu yang dinyanyikan oleh penyanyi melayu atau kumpulan terutamanya kumpulan yg digelar " Indi".. lagu dah sedap.. tapi nyanyi tak berbutir perkataannnya.. nyanyi tu sebut la betul2 perkataan tu.. sakit telinga tau.. teringat cikgu Vokal yg Shafinaz selalu tegur dlm program realiti tv kt penyanyi yg baru nk jadi penyanyi ni supaya sebut betul2.. bagus.. saya sgt setuju..ok la dah byk lak celoteh ni.. MERDEKA!




Nota qaseh:  SAYA ANAK MALAYSIA

Qaseh... alynn fazz

Sunday, August 22, 2010

Muhasabah diri + Doa

hmm..

alhamdulillah kita dah masuk miggu ke 2 berpuasa di bulan ramadhan ni..
lama pulak tak nulih.. sejak first Ramadahn ritu..

sebenarnya saya berhutang 2 entry atas permintaan 2 org sahabat.

sorg msg saya di fb mohon untuk diberikan doa yg sesuai untuknya yang jauh diperantau..
dan sorg minta diberi sedikit nasihat.. owh.. nmpak sunguh berat permintaan ni.. yelah acik bukan nye kaunselor nor ustazah uols nk bg nasihat dan doa bagai.. namun (kekeke siap letak peerkataan namun bagai.. mcm nk buat cerpen.. hihihi) saya cuba utk penuhi nya.. InsyaAllah..

sebelum tu.. nk buat curahan hati la dulu.. baru-baru ni berlaku sedikit kekecohan di forum kegemaran saya.. yg saya dok layan ari2.. tiap masa dan ketika.. saya yg membacanya sedikit terkesima (pergghh ayat.. hahaha).. agak terkezut la jugak.. pada mulanya saya tidak menyebelahi mana2 pihak.. sbb kedua2nya (dan bg saya semua member forum baik2 belaka.. tidak sesekali sekelumit buruk sangka ada pada mereka.. yelah kami berkongsi minat yg samakann) saya kenali dan sayang kedua-duanya..

namun perkara ni berpanjangan hingga ke fb seorg yg terlibat.. saya yg bersimpati turut la ringan tangan ni gatal memberi komen tanpa saya berfikir pnjg penglibatan saya dlm hal ini akan menyeruhkan keadaan dan secara tidak lgsg saya turut terbabit hingga mneyebabkan salah seorgnya mungkin berkecil hati dan yg lain turut tidak menyenangi tindakan saya.. (ya saya tidak bukti mereka tidak suka.. tp saya dapat rasakan.. dapat rasakan aura dan gelombang negatif org tak suka tu sampai kepada saya). dan setelah diselidik dan bertanya.. ternyata tindakan saya tidak betul.. dan rupanya ada sebab tindakan diambil.. ( ish kalian paham ke? takpe la tak paham pun janji saya just nk luahkan jer.. huhuhu..) sepatutnya sekiranya saya ingin masuk campur sekali pun (tak masuk campur lg bagus hokey! ketuk kepala sendiri 10 kali!) saya bertanya terlebih dahulu dan dgr drp kedua-dua belah pihak.. ni main dgr sebelah pihak pastu nk pandai2 nk buat kesimpulan dan bg pendapat.. (hadoi.. adalah sgt bongok yer.. ko hinggat ko kaunseler ko acik alin oooii.. hebat sgt ke ko!adus..ketuk kepla lg 10 kali!)

Namun (kekeke adekah saya menggunakan perkataan ni dgn betul.. ambil exam karangan spm belum tentu dpt A.. kekeke) disebalik apa yg berlaku.. mambuatkan saya tersedar.. saya MUHASABAH DIRI.. hmm ini semua salah saya.. lain kali jgn sibuk masuk campur hal org.. tgn saya ni patut ikut mulut saya yg berat ni (ye saya bukan peramah saya seorg yg pendiam dan pemalu hehehe.. betul! saya tak pandai sembang.. mak saya ckp saya mulut berat hihihi). yg pasti kene fikir dan baca balik sebelum tekan button 'post' or 'reply' tu ye.. hrp maklum.. peringatan utk diri sendiri..

perkara ini terjadi di bulan Ramadhan.. bulan yg penuh barakah.. saat kita perlu mengejar pahala berlipat ganda.. saat syaitan diikat.. tp kita masih tewas dgn nafsu yg tak kurang hebatnya.. Astagfurillah.. perkara ini benar2 buat saya terpikir.. muhasabah diri.. salah saya dan kekhilafan saya..

sebenarnya saya dah lama lihat fenomena (fenomena la pulak.. lantak la nk guna jugak.. hehe) mcm ni berlaku dlm byk forum.. sejak 4thn dulu lg.. (dulu rajin join forum Dr. Tuah Iskandar).bukan saja di forum malah dilaman komunikasi yg lain seperti facebook , frenster dan lain2.. adakala gurauan disalaherti dan ada juga org terasa hati disebabkan salah tafsiran. sbb berbicara di alam siber maya ini kita hanya dapat baca je, dengan cara penerimaan fikiran kita. kita tak boleh nampak memek muka dan tak boleh dengar intonasi suaranya samada bergurau ker, serius ker, nada berlagak ker.. so apa yg kita baca dan paham mungkin bleh jd wrong interpretation. padahal org yg nulis tu tak bermaksud pun mcm tu.. daripada salah tafrisan dan salah penerimaan akan bermula la bibit-bibit (sudah.. bibit la pulak.. hehehe) persengketaan.. dan ianya berlanjutan dgn cmpur tgn org lain yg mula meyokong mana2 pihak..

so saya menasihati dan mengingatkan diri sendiri dan kalian sekiranya kita berkomunikasi di alam maya ini..
1) Always be positive.. jauhi drp segala buruk sangka yg bukan2.. hati dan  fikiran kene terbuka.

2) Berhati2 dalam mengeluarkan kata dan pendapat.. fikir 3 kali ( kalau boleh 100 kali ) sebelum tekan button 'post' atau 'reply'.

3) Berhati-hati juga dalam gurauan.. kalau keterlauan boleh mengundang persengketaan if gurauan itu agak kasar atau tidak boleh diterima oleh seseorang. bg saya if baru kenal di alam maya ni tak yah bergurau .. kita tak kenal hati budi luar dan dalam.. tetiba nk bergurau mcm kita dah kenal bertahun-tahun.. tp if tak bergurau mcm tak happening la pulak kan.. yela ko nk bergurau pun hagak-hagak la.. hokey.

4) Jangan cepat percaya hanya dgn apa yg kita baca.. adakalanya apa tersurat mempunyai pelbagai maksud tersirat (wah.. ayat.. paham ke kalian? paham-paham jela ye) begitu juga dgn penulisnya.. kadang kita sangka baik tp sebaliknya dan ada kala kita baca bahasanya agak kureng.. out spoken.. laser  tp jauh dilubuk hatinya, dia seorang yg baik..

5) Hormat pendapat dan pandangan orang lain sekali pun kita tidak bersetuju dgn pandangan itu. berbahas la dgn berhemah tanpa menyakiti hati org lain

6) Akhir sekali jalinkan perhubungan tali silaturahim dengan sesiapa saja dgn niat KERANA ALLAH TAALA. bukan dgn niat tertentu.. seperti. "oh aku kena baik dgn org tu sbb dia ada tu.. " dan oh aku kena baik dgn org ni sebab dia ada ni.. untung aku kalau kawan dgn dia" sesungguhnya niat berkawan yg tidak ikhlas seperti ini percayala perhubungan itu tidak akan berkekalan kerana punya maksud tersirat. Moga kita dijauhkan daripada mempunyai niat2 tak baik seperti ini.

7) dan sekiranya kita telah sedaya mungkin menjaga keharmonian dan perhubungan yg baik tetapi masih ada org yg tidak senang dgn diri kita.. anggap la itu sebahagian daripada ujian dan dugaan untuk kita.

Di usia sebegini (ceh dan-dan baru sedar diri acik dah tuo.. eh bkn tuo.. matang yer.. yelah bmw 3 series.. susut nilai sket je tau.. ) saya tak mahu mencari musuh.. apa yg diharap agar org menyukai saya tanpa ada salah sangka.. saya berkawan dgn seikhlas hati.. dengan ini saya dengan rasa rendah diri mohn ampun dan maaf kepada pihak yang terlibat dan kepada member-member forum tersebut sekiranya ada yang tidak senang denga tindakan saya..

Lanjutan drp perkara ini .. saya muhasabah diri dan membuatkan saya teringat pada kenalan yg jauh diperantauan yg mahu saya berikn doa utk dijauhkan drp fitnah org.. mulanya saya hanya upload satu kisah di fb mengenai serog gadis yg terselamat drp dirogol kerana berdoa dan megngantung pengharapan pd ALLAh SWT. dan sy berikan komen dgn memberi sepotong doa Sti Aisyah (if saya tak silap la) beliau selalu berdoa.. "Ya Allah Ya tuhanku .. jgn biarkan diriku dalam sekelip mata pun.. aminn..."

pada kenalan tersebut.. ada byk himpunan doa yg telah tekumpul dan boleh kita dapati dipasaran.. tp bg saya doa yg lahir dari hati dibaca dgn penuh pengharapan walau dalam bahasa apapun yakin la Allah Maha Mendengar.. if baca doa dlm bahasa arab tp tak paham maksud nye pun tak guna gak kan..dan tidak perlu mengarang doa dgn bahasa berbunga2.. sekadar permintaan dr hati tulus ikhlas. dan yakin la Allah Maha Mendengar. dengan rahmatNya moga2 doa kita dimakbulkan..

ini la doa yg saya selalu baca..

Ya Allah ya tuhanku..
lindungi la diriku,  dan keluargaku
jgn biarkan diri kami walau sekelip matapun..
lindungi la kami drp segala kebencian, perbuatan jahat, hasad dengki , fitnah dan sihir manusia
lindungi la kami drp segala perbuatan jahat dan  sihir makhluk-makhluk mu yg lain
dan lindungi la kami drp segala godaan hawa nafsu dan bisikan  syaitan yg direjam..

dan doa ini saya ambil drp FB En .Mohamad Shuhmy Shuib

Laa haulawala Quwwata Illa Billah.. Ya Allah yang Maha Melihat, tunjukilah bahwa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berikanlah kemampuan kepada hamba untuk mengikutinya. Dan Ya Allah yang Maha Mendengar, tunjukillah bahwa yang salah itu adalah salah dan suatu kesalahan yang benar-benar salah serta berilah kemampuan kepada hamba untuk menjauhinya. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang paling nyata bagi setiap hamba-Mu, maka dari itu, jauhkanlah hamba dari godaan syaitan yang terkutuk, jauhkanlah hamba dari hembusan-hembusan bujuk rayu syaitan. Bukakanlah tabir-tabir kebenaran yang tertutup Ya Robb... Tunjukilah hamba kepada jalan kebenaran, jalan yg Engkau Ridhoi, bukan jalan mereka yg tersesat.. Laa Illaha illa anta , subhanaka inni kuntu minadzolimin... astaghfirullohhal 'azim,, Laa haulawalla Quwwata Illa billah...Istajib du'a ana Ya Robb, Ya Sami' Ya Bashir Ya Awwal, Ya Akhir, Ya Dzul Jalaali Wal Ikroom.

Buat kenalan td.. percaya la..Allah telah membuka pintu hati u.. kejahilan dalam agama bukan bererti kita lupa dengan Pencipta. Kasih Allah sgt luas.. Diberikan hidayah dan rahmatnya kepada seluruh umatnya.. dan berdoalah selalu tanda kita sebagai hamba amat memerlukan Penciptanya..


Nota Qaseh: "ya Allah ya Tuhanku.. jangan sesatkan diri ku setelah Kau beri petunjuk..."

Qaseh...alynn fazz

Wednesday, February 3, 2010

Ada apa dengan nama?

saya: Iskandar nama apa? what is ur name?
Izz: Ayish Istandar Syah! (Arizz Iskandar Syah)
saya: Adik nama apa?
Izz: Ashaf Raiyan Syah! (Asyraf Rayyan Syah)
saya: Papa nama apa?
Izz: Aman Syah! (Arman Syah)
saya: Mommy nama apa?
Izz: Fazidah!
saya: Faz.lin.da
Izz: Fazidah!
saya: faz.lin.da
Izz: Fazidah!!!
saya: kekekekeeke.. pandai! ank mommy!

dlm semua nama, izz xpandai sebut nama saya.. susah kot nk sebut linda tu..

lamakan saya xblogging psl anak2.. bkn apa xde masa.. smlm dah beria2 nk update psl ank2 sekali kt umah stremyx problems plak.. ok la berbalik pd izz.. izz skang (di saat entry ini ditulis) izz dah berusia 2 tahun 5 bulan (29 bln). dah byk ckp.. vocab pun dah byk dia tahu melayu n english. kami as parent mmg campur2 ckp sbb nk bg izz pandai english (xmcm mommy dier..hehehe), lg pun pengasuh izz, singaporean.. mmg selalu speak in english.. tp saya perhatikan izz xpandai sebut perkataan yg ada K contoh nama dia iskandar jd istandar.. lg satu if perkataan english yg ada er contohnya bumper, dia akn sebut bumpel.. tp izz punya sebutan english lg sedap drp ckap melayu.. hehehe..

"Raja yang di hormati"
dari sebelum kawin.. saya berkenan dgn nama ISKANDAR. bila kawin ckp kt DH nk bg nama ank lelaki Iskandar.. x sangka DH pun suka nama tu.. masa saya pregnant, FIL mimpi nama ank kami Iskandar.. eh mcm dah diberi petunjuk.. cuma kt depan tu, DH nk huruf pangkal 'A' mcm nama dia, so saya nk letak Afdlin coz amik skit nama saya, tp DH xbrp berkenan lg pun xde makne.. so saya ikut je la DH letak Arriz kt depan bermaksud 'yg dihormati' tp sepatutnya Aariz.. double aa bermaksud 2 harkat panjang sebutannya dlm bahasa arab. tp DH kata sian nanti dia yg first plak dlm kelas so tukar letak double rr.. tp saya suh letak double zz.. DH xsetuju.. xpela.. saya beralah.. tp bila saya tulis kt mana2 nama izz saya akan tulis Arizz (double zz) bkn Arriz (double rr) mcm dlm my kid izz.. hehehe.. so nama izz, Arizz Iskandar Syah bermaksud 'Raja yang dihormati'. tp if tulis dlm forum ke or fb. saya akn tulis nama izz dgn 'izz' sbb ringkas n pendek..

kami panggil izz dgn nama 'iskandar'.. tp pengasuhnya panggil izz, saya tak kisah sbb izz pun ada makne yg baik.. izz bermaksud 'kekuatan' tp iskandar bahasakan diri dia 'tandar'.. kekeke.. xsedap btul bunyi dia.. so kitorg suh dia bahase kan diri dia 'izz'.. n dgn adik, 'abang izz', tp kdg tu tersasul.. bila adik ambil mainan dia, dia akn ckp..

"dont!.. dont touch! tandar punyer!"
saya or DH pun betulkan "abang izz punya.."
izz pun sebut blk "dont.. aaabangg izz punyer!"

bila adik xlepaskan mainan.. dulu dia gigit tgn adik.. tp bila dah kene marah, skang tak gigit dah.. tp mengadu kt saya or DH.

"mommy nenok adik ni.." or
"mommy nenok asyaf ni.."
kekekeke.. tgk dah bunyi nenok.. tapi huruf 'F' izz bleh sebut dgn elok.. selalu panggil asyraf dgn 'asyaf'

"kemulian pintu syurga"
masa cerita "bella" kt tv (lakonan elly mazlin), ada watak RAYYAN (lakonan Ako Mustaffa) saya terus tersuka nama RAYYAN.. terus cari makna.. Rayyan : dalam bahasa arab sebutannya Roy.yan. bermaksud pintu syurga bagi orang yang berpuasa..
tp bila ckp dgn DH.. dia kata xbes ar.. saya xpeduli, terus simpan nama tu tuk 2nd son. masa preggy 2nd son.. saya tanya DH nk bg nama apa? DH kata 'Asyraf'.. dan kebetulan saya mmg suka nama tu dr form 3 lg.. bknla sbb nama xbf ke apa.. xde pun xbf nama tu.. tp suka.. sedap didgr oleh telinga saya dan maksud pun baik 'kemulian'.. n sekali DH kata full name 'Asyraf Rayyan Syah' .. saya kata eleh dulu kata xsuka nama Rayyan.. dia kata dulu.. skang ok.. hehehe.. siap dlm perut lg dah DH dah panggil Asyraf Rayyan.. tp masa lahir kami cuba pk nama lain.. tp cm xbes.. so genap seminggu.. kami decide nama 2nd son.. 'Asyraf Rayyan Syah' bermaksud 'kemulian pintu syurga'.. dan kami panggil 'asyraf'..

ada apa dgn nama?
penting.. sbb nama itu satu doa.. esp. apa yg keluar dr mulut mommy.. so saya pentingkn nama yg baik.. sebab tu saya panggil nama ank2 dgn nama penuh "iskandar" dan "Asyraf"..

saya ada terbaca if nk bagi nama ank yg ada makna pun kene tgk juga makna.. jgn la letak makna yang terlampau tinggi maknanya mcm nama2 syurga disambung dgn nama2 nabi.. bkn apa takut si empunya nama tak berbawa dgn nama tu.. dia akan jadi sebaliknya.. tula sebab, ada org namanya sedap dan bagus tp dia jd nakal or jahat.. mungkin sbb tu.. Waallahualam.. dulu ada juga teringn n bg nama iskandar.. Iskandar Zulkarnain.. tp takut dia tak berbawa maksud nama tu.. lg pun DH xbrp berkenan nama Zulkarnain.. xjd la letak..

saya pun selalunya akan panggil nama org dgn nama yg si empunya nya sendiri suka.. dlm kelas saya dulu saya la sorg yg panggil kawan saya dgn nama yg org lain xpanggil.. eh phm ker.. cthnya la kawn saya nama shidah.. saya tanya nk panggil apa.. nama yg awk suka.. shidah ckp panggil along la. so saya sorg panggil dia along.. lg sorg.. ayu.. org lain pnggil dia siti (sbb ada sorg lg nama ayu) tp saya sorg panggil ayu.. mulanya saya tanya suka ke org panggil siti? dia kata xbrp suka, biase org panggil ayu.. bkn apa saya nk bila saya panggil nama org tu. org tu dgr rase seronok kita panggil dgn nama yg dia suka..

faz-lynn-fazlin-alin-linda-
itu adalah antara panggilan org kepada saya dari zmn sek. smpai skang.. family pula panggil saya dgn nama inda atau adik sbb saya ank bongsu.. tp sejujurnya saya lebih senang if org panggil saya dgn nama lynn tp lynn bermaksud yg lembut atau alin bermaksud yg tinggi. dam sejujurnya saya agak kurang senang if org memanggil saya dgn nama linda.. dr kecil lg xtau kenapa.. mayb sbb masa bdk2 dulu ada sorg bdk lain yg duk dekat rumah saya pun nama linda (saya tak kenal sgt), so saya tak nak sama dgn bdk tu.. lagi pun linda xde makna. drp panggil linda, saya lg suka org panggil nama penuh saya FAZLINDA.. tp xkisahla panggil apa pun.. kt tempat kerja ni org panggil saya linda, sbb dah ada lin kt satu ofis ni.. patut masa mula2 dulu saya suh dorg panggil alin or faz kn? tp skang dah terlambat.. semua kt ofis dah kenal LINDA.. hmm redha jela.. hehehe..

mmg nama saya tu xde makna.. menurut cerita mak.. ayah n mak xde idea nk bg nama kt saya dulu.. ayah mesti nak huruf pangkal 'F' n ada z di tengah.. hmm last2.. sape tau bg nama kt saya.. mak bidan yg mengurut mak masa dlm pantang.. mak bidan tu kata.. bg "nama FAZLINDA la.. mcm nama ank makcik.. ank makcik tu pndai .. msk universiti.."

..kekeke.. siap ckp masuk U lg.. yelah zmn dulu xramai org msk U kn.. mmg kira cerdik la.. bdk 'FAZLINDA' tu.. eh.. kira saya kena panggil makcik la kan.. sy baru lahir tp dia dah msk U.. so bila ayah dgr je nama tu. terus ayah pun letak la nama saya FAZLINDA.. smpai skang saya teringin nk jupe 'makcik FAZLINDA tu.' yela nk tgk jugak org yg menjadi inspirasi kpd nama saya tu kan.. hehehe..

okla pnjg plak entry psl nama ni.. sbg selingan.. ni gambar izz n asyraf dgn rumah palstik baru.. heheeh.. ni mommy n papa yg teruja nk beli.. sbb izz selalu buat semak mainan tu kitorg beli rumah senang izz izz main dlm tu nk sepah dlm umah tu pun xpe.. kekeke. tp rase berbaloi lg jugak.. dia suka duk dlm tu.. ok la layann..






Qaseh...
alin arman

Thursday, January 28, 2010

"Why you don't send formula to Haiti?"

slm kalian,

Saya baru baca artikel about tajuk diatas di blog Pn. Shida , yang beliau ambil drp facebook Emma Kwasnica.

Artikel bertajuk "Why you don't send formula to Haiti?" yang ditulis oleh Dr. Carlos Gonzalez, seorang Pediatrician drp Barcelona, Spain
belaiu juga adalah:
Founder of the Asociación Catalana Pro Lactancia Materna.
Member of the La Leche League International Advisory Board
Evaluator for the UNICEF Baby Friendly Hospital Initiative.
Since 1992 he has taught more than 100 breastfeeding courses to health care providers.

Publications:
• Mi niño no me come (1999)
• Bésame mucho, cómo criar a tus hijos con amor (2003)
• Manual práctico de lactancia materna (2004)
• Un regalo para toda la vida, guía de la lactancia materna (2006)sgt bagus artikel

ini sekadar petikan drp artikel tersebut..sila la baca artikel sepenuhnya ya..

**********************************************

"...of course some children need artificial milk in times of war; but for these few formula can be found without enormous loads of free samples. And those children, in those conditions, have such a high death rate that we can no longer think "the mother is free to decide if she wants to breastfeed or formula-feed." In these conditions we must do everything we can to promote relactation even if it has been months since the mother breastfed, or find a wet-nurse. And sadly, it is not difficult to find them...because babies are weaker than adults - and in any catastrophe there are more mothers without babies than there are babies without mothers...

Any donated artificial milk (and even donated breastmilk...) to Haitian babies ultimately prevents them from getting breastmilk at their own mothers' breast, the impact of which is NOT benign. Breastfeeding is the single most effective way to ensure the health and survival of babies in any disaster zone. Please don't send milk. Send your money to an aid agency with experience in supporting lactation/re-lactation/cross-nursing on the ground (AFASS-type relief efforts)."

ternyata.. Allah sudah menyediakan yang terbaik untuk memudahkan hambanya.. terutama dikala bencana menimpa.. mana nk dicari formula milk.. if bekalan smpai.. kene berebut2.. atau kene tunggu giliran.. dan cukupkah utk bekalan ank kita? smpai bila? hmm.. kn mudah diberi susuibu.. dan ianya cukup berkhasiat utk tumbesaran yg baik terutama dikala bencana menimpa dimana bekalan makanan sgt terhad.. tp ank kita masih boleh membesar dgn sihat dgn susuibu.. saya pernah membaca berita ketika gempa bumi berlaku, seorg bayi terselamat dibawah runtuhan kerana dpt menyusu drp ibunya.. Allah Maha Besar.. dipermudahkan hambaNya.. so mengapa kita masih memilih yg sukar? dan tidak memilih yang terbaik utk anak? kita dikurniakan sepasang payu dara untuk apa? bkn utk suami.. ianya hak ank.. BF bkn sesuatu yg sukar.. kita hanya perlukan semangat, sedikit ilmu dan sokongan. dan sekiranya masih mencari apa jua alasan.. ianya cuma ALASAN! fikir-fikirkanlah..



nota qaseh: ku berdoa: "Ya Allah perbanyakkan susu hambaMu ini dan beri la semangat dan izinkanla daku meneruskan penyusuan utk ankku, khalifahMu dan umat Muhammmad S.A.W.. sehingga umurnya menjangkau 2thn.. permudahkanlah.. aminn.."

Qaseh...
alin arman

Thursday, January 21, 2010

kawan-saya-akhlak mulia


salam kalian..

*saya*
hmm.. terlalu banyak yang nk dicerita.. pelbagai kejadian berlaku di sekeliling saya lately, baik di ofis mahupun pada family.. semua berpunca drp masalah yang sama.. iaitu AHKLAK.. ia byk menyedarkan saya.. opss sebelum tu..aha anda pelikkah membaca blog saya ini saya membahasakan diri dgn "saya"? hehehe.. inilah salah satu perubahan +ve yang saya mahu lakukan.. walaupun bg saya penggunaan nama "aku" tiada salahnya, tapi tak tahu la org kata ianya agak kasar.. tp bg saya ia menampakkan kita lg mesra dgn seseorang.. lg dekat dihati (mcm kita berdoa.. kita meminta dgn Allah pun kita bahasakn diri dgn "aku " kn?), sbb tu di opis dengan rakan yang muda2 pun saya membahasakn diri "aku", rasa mesra n kamcing... tapi DH (dear Hubby) selalu tegur.. tak elok katanya.. so saya rasa elok juga saya berubah.. nila salah satu azam saya pd tahun 2010.. untuk memperbaiki ahklak agar lg mulia.. (dgn menggunakan bahasa2 yg molek dan sedap didgr..

*akhlak*
saya juga sedang berusaha dan cuba untuk mengurangkan kata2 berunsur negative seperti BODOH, BANGANG, SENDOL, SIOT, & yang seumpamanya.. diganti dengan kata2 mulia seperti BERTUAH, CERDIK SGT (marah pun keluar perkatan baik juga.. tp mcm perli la eh phm ker?)dan lain2.. bukan apa sbb adakala perkataan ni sering terkeluar apbila kita marah tak kira tempat kt umah pun boleh.. so saya tak mo dah, nanti didgr oleh ank2 kn tak bagus.. tambahan lagi izz sekarang makin cepat meniru dan menangkap perkataan yg saya dan hubby lafaz kn so kena hati2.. jadi saya berusaha utk berubah menjadi yg lebih baik.. perbaiki peribadi dan ahklak menjadi lebih mulia.. utk jd contoh yg terbaik buat anak2 saya.. InsyaAllah..

*kawan-ujian*
Masalah yang membabitkn keluarga tak mau la saya nyatakan di sini.. cuma yg ingin saya kongsikan ialah mengenai KAWAN/ SAHABAT.. Dalam pada saya berusaha untuk berubah menjadi yang baik.. tiba2.. saya diuji.. Innalillah (lafaz sekiranya kita ditimba bencana atau musibah.).. tiba2 saya dilemparkan dengan kata2 kesat dan keji.. aduh! sungguh tak sangka.. dan ianya dtg from the guy who was my bes friend.. hmm.. manusia cepat berubahkan.. kadangkala kemewahan dan kesenangan hidup boleh melalaikan dan membuatkan kita lupa dan memjadi bongkak smpai dah tak kenal mana kawan mana lawan. nauzubillah.. saya terima ianya sebagai dugaan. tp jauh disudut hati masih tidak percaya dan perasaan sedih menguasai hati.. lupakah dia? kita kan kawan baik dulu? biarlah.. saya doakan dia capai apa yg dihajati dan mudah2n dia tidak terus hanyut dan lupa diri..

*Kawan vs seteru (musuh)*
org kata if kita benci seseorg jgn benci sepenuh hati.. dan begitulah sebaliknya.. saya cukup setuju.. sbb kita tak akan tahu, mayb satu hari nanti kita terpaksa minta tolong drp org yang paling kita benci tu.. dan org yg paling kita benci itu mayb dia lah juga yg menghukurkan bantuan..so bagi saya even org tu tidak saya senangi tidak la smpai membenci.. saya masih beri peluang.. ya MANUSIA SENTIASA BERUBAH.. jgn letakkan diri kita sebagai tuhan dgn sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.. kita tak kan tau org yg jahat sekarang, if diberi hidayah akan berubah lebih baik drp kita.. dan sekiranya kita tidak betul2 kenal seseorg itu jgn la kita berperasangka yg bukan2.. kita xkan tau seseorg itu malainkan kita betul2 kenal..

*berkawan seikhlas hati*
dan bagi saya biarlah ikhlas dlm menjalin hubungan silaturahim dgn org.. berkawan biar ikhlas.. bukan ats sebab2 tertentu.. sbb dia kaya/lawa/hensom or berpangkat sbgai contoh.. "saya kene kawan dgn dia, sbb dia pandai buat blog nanti dia bleh ajar saya" atau.. "kene kawan dgn dia sbb dia pndai makeup nanti dia bleh ajar saya makeup".. or "dia ada kereta.. kene kawan dgn dia nanti senang bleh pinjam kereta".. dan pelbagai lg sbb nk berkawan yg tak ikhlas.... dan percayalah.. hubungan yg disebabkan "sesuatu" takkan kekal.. ikhlas la berkawan kerana Allah taala..


*kawan.. sahabat..*
bagi saya sahabat adalah kawan baik kita.. baiknya sama seperti hubungan adik-beradik.. tangis & ketawa bersama.. ada persefahaman dan susah senang bersama macam hubungan suami isteri.. itula dinamakan sahabat.. even kadang-kala ada terusik hati dan tergigit lidah.. tp kita boleh memaafkan dgn senang hati dan kita boleh bertolak ansur.. setakat ni saya ada sahabat di ofis yg saya sudah anggap mcm keluarga sendiri.. susah senang bersama.. ara, lina, ieja.. sgt memahami saya.. dan mereka lah org pertama yg akan membantu saya tak kira apapn termasuk duit ringgit or keringat.. mereka juga la org pertama yg akan saya ceritakan permasalahan saya.. mereka juga la yg akan menenangkakan saya dan menyabarkan saya dan berada di belakang saya (selain DH of coz lakan)saya byk terhutang budi dgn mereka.. dan sahabat terbaru saya saya maz & faridah.. saya doakan persahabatan ini kekal dan jgnla Allah beri ujian kpd kami dgn memusuhi sesama sendiri.. Moga Allah pelihara hubungan baik sesama kami smpai ke akhir zaman.. aminn.. kalin.. saya sayang kalian tau.. *hugs n kises*


Disebalik apa yg berlaku buat saya tersedar.. Allah Maha Menyayangi.. diberi ujian utk kita berfikir dan muhasabah diri.. menjadi yg lebih baik dr semlm.. dan belajar memaafkan org.. saya cuba untuk jadi yang terbaik dllm semua segi..

*Aura +VE?*
oleh itu saya perlukan aura yang +VE utk meresap ke jiwa saya (saya percaya setiap org mempunyai gelombang tertentu.. gelombang ini akan sentiasa connect dgn org lain melalui minda separa sedar atau subconscius mind .. jd saya akan cuba dekati org yg saya percaya mempunyai gelombang +ve.. maksudnya org yg BAIK.. dan org itu dekat dgn saya.. hanya di depan mata org itu adalah TIPAH! siapakah tipah??? TIPAH TERTIPUKAH? atau TIPAH SI ISTERI PERTAMA JAMIL (dlm cerita P.Ramlee : MADU TIGA)? atau TIPAH JUAL GORENG PISANG? SIAPA??? JENG.. JENG.. JENG...nantikan entry saya yg akan datang..

Qaseh...
alin arman

Wednesday, December 2, 2009

wean off and FM.. brand apa yg bagus?

recently i got a msg form fb.. the msg is like this..


Alin just want ur opinion about this topic.
I ingat nk introduce my bby yg dah 1thn 3bln FM. selama nie bby bf. so dia dah biasa la menyelak je baju i if nk bf. i rasa i kena bg dia FM cos i have to take medicine yg nnti effect kat bby if dia bf. so u ada x cara2 nk ajar bby i how to introduce FM. i rasa mcm susah je.maklumla since dia lahir until today dia minum susu cap gantung.
so if u xkeberatan dptla u bg opinion or the way how or u tau brand apa yg bagus....tq alin :-)

and this is my answer

slm sue..
hmm.. i pun bkn la expert n rasenya bkn la org yg sesuai tuk bg solution for ur problems nih.. tp i can just bg apa yg i rase btul.. tp u kene minta nasihat dari mereka yg pakar.. jap lg i bg link..

b4 that.. pardon me for asking.. u mmg perlu amik those medicine ker? yg mmg doc prescribe? n doc ada bgtau x, mmg xbleh for bf moms n effect on breastmilk? if all the answer yes.. so u terpaksa la stop bf.. tp sori to say.. sian la kt ur dear daughter (DD) baru 1thn 3bln.. x smpai 2thn lg kn.. tp if dah terpaksa nk wat cmne..

wean off

nk introduce FM to fully BF baby/toddler mmg agak susah.. base on my experrient tgk my niece n my officemate's baby/toddler.. ada yg smpai amik air doa..(tu last solution tp mmg berjaya). sbb utama i rase the taste is totally different.. dia dah biase n agak sukar n tukar.. yela mcm kita punya selera dah biase mkn nasi or benda yg kita suka then tiba2 kena tukar.. mmg payah kn.. so same la ngan baby/toddler.. lg satu coz baby/toddler akan teringin nk kemam our soft nipples cm gian gitu.. hehehe

so i think u tak leh wean off terus secara mendadak.. kena slow2 introduce her to fm.. lg satu nk tanya dia nk ke minum dlm botol.. if dia xnk botol, u bleh bagi dlm cup or sippy cup.. like i said last time choose sippy cup yg menarik n dia suka to attract her to drink in that sippy cup.

brand apa yg bagus?

depents to the baby/toddler.. ada yg sesuai ada yg tak.. kene try n error.. sesuai ni dr segi.. dia nk ke tak, sedap ke tak.. pastu hadam ke tak.. nk tau badan dia hadam ke tak tgk dia popo ok x? ada sembelit tak? if sembelit kene tukar means tak sesuai.. FM milk ni kan dr lembu.. lembu ada 4 perut utk hadam makanannya.. tp kita ada satu jer perut so mmg lambat hadam la.. (even they produce andmake it to their best nk samakn susu lembu ngan human milk tp mana nk samakn dgn yg Allah cipta susu mansia utk manusia, susu lembu utk lembu..) n kdg ada FM yg mmg agak susah nk hadam. n somestimes ada baby/toddler yg ellergy to protein susu lembu.. so kene amik soys milk.. i dah tak igt brand name.. rase ada 2 brands di pasaran. bleh tgk label ada sebut from soya.

for me, my elder son mmg from born until 1 year mix BF n FM (sbb i kurang ilmu xtau cara nk handle n wat ebm.. ketuk kepala sendiri!). than stop bf when he jus 1 year old (i preggy again).. he wean off himself sbb my BM dah kurang.. dia xpuas n lapa.. hehehe.. so izz dr 5bln (i think.. dah xigt) ada prob sembelit.. from newborm amik S26 (mahal)dah start nmpak prob sembelit, pastu tukar S20 gold (lg mahal) tak ok jugak pastu tukar Anmum ok smpai setahun sembelit lg..tukar paling murah Dugro (Dumex)ok.. tp nmpak mcm tak kenyang.. sbb kejap2 nk susu.. i ada rase, mmg agak manis.. i think thats why my son kerap nk susu sbb lapar mayb formulanya kurang susu tp lebih manis (sb tu harga murah kot.. dunno..), pastu tukar lg Neslac.. ok smpai skang..

keburukkan FM

u kene try mana yg sesuai ngan ur DD.. mmg susu yg mahal tu ada byk kandungan dan kelebihan nutrient yg dimasukkan tu.. tp one of paed (paediatrician) yg i jumpa masa DS sembelit dulu ada ckp.. pilih FM yg biase jer.. elak yg byk sgt benda yg dimasukkn dlm FM tu.. means yg byk sgt formula (yg kebanyakknya chemicals) .. kdg byk sgt pun memudaratkn juga coz sometimes the body cant absorb pun those formula.. n terus ke buah pinggang sebagai bahan kumuhan.. n yg paling menakutkan.. akan effect buah pinggang if they cant functioning better to kumuhkn bahan2 ni.. (yela kidney budakkan tak matang lagi..) mcm kes melamine dlm fm kt China tula.. (nauzubillah.. jgn la ada kes cmtu or kene kt anak2 kita plak..)

refuse to take any type of cow's milk

ada jugak some baby/toddler yg langsung tak mau FM.. so for the solution u bleh bg fresh milk.. or if dia tak nk lgsg any kind of cows milk.. u bleh bg soy milk yg dlm kotak tu ke.. or u bleh buat sendiri..home made soy milk.. n u kene bg makan makanan yg high in protein to replace milk..
i think that it.. hrp dpt menjwb persoalan u.. tp please.. please.. find another opinion.. this is jus my 2 cents.. mayb btul or may b not.. coz im not pakar pemakanan nor lactation counselor.. i think u can ask lactation counselors

1. Puan Nor Kamariah ada fb.. founder susuibu.com or
2. Puan Suraya kt blog ada contact no. bleh call or email..
3. Puan Farah Farhan dlm blog bleh contact
3. Puan Rita Rahayu dlm web ni ada contact..

ok sue..
good luck ya.. apapun jgn dipaksa.. buat dgn cara yg lembut.. n akhir sekali if tak bleh wean off jugak cuba cari ustaz or iman ke yg bleh buat air doa.. InsyaAllah cari ni mmg berkesan..

Wednesday, July 22, 2009

akhirnya.. blog ku wujud jua..

akhirnya.. setelah lama berangan2 nk ada blog sendiri n asik dok baca blog org lain.. n ari ni xde kerja n ada kesempatan so aku pn merealisasikan impian tuk punya blog sendiri.. dok tungu hubby wat website.. xde juga so baik aku wat la blog sendiri.. hehehe.. so kt cni aku akn curahkan segala yg terbuku pndpt n perasaan akukt cni.. xkisah la igf xde org baca pn janji aku suka sendiri.. hehehe..