Showing posts with label Ruqyah Perawatan Islam. Show all posts
Showing posts with label Ruqyah Perawatan Islam. Show all posts

Tuesday, April 28, 2015

Rawat Sakit Batu Karang dengan Ruqyah

Sakit Batu karang

Aku terpanggil untuk ceritakan pasal sakit batu karang dan ruqyah rawatan secara Islam. Kat ofis aku dah beberapa orang ngidap sakit batu karang ni. Tapi apa yang aku nak share kat sini ialah kaedah salah seorang pegawai kat ofis aku la.. dia tak buat operation lagi. Tapi dia dapat petua kaedah rawatan Islam atau ruqyah menggunakan ayat al-Quran. Alhamdulillah dah sembuh dan berjaya keluar batu karangnya tanpa pembedahan dengan izin Allah.

pic from google


Kebanyakkan kita taukan pasal sakit batu karang ni atau "kidneystone". Sape yang tatau korang boleh google sendiri la. kang aku cerita kat sini panjang berjela plak entry aku. Jenuh korang nak membaca. Aku cerita sikit la..

A kidney stone is a hard, crystalline mineral material formed within the kidney or urinary tract.
dalam website http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/urologi-saluran-kencing

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.
pic courtesy from http://drzubaidi.com/blog/batu-karang-dan-darah-dalam-air-kencing/



Penyakit batu karang ni selalunya jadi kat lelaki la. Tapi ada je jadi kt perempuan. Selalu kat pundi kencing atau pundi hempedu. Kat ofis aku pun bos dan beberapa orang pegawai lelaki  dah ada penyakit batu karang ni. Dari cerita depa la.. memang sakit.. nyeri plak aku dengar. Dalam perawatan Islam ada juga ruqyah menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk merawat penyakit batu karang ni. Macam ruqyah demam panas yang aku penah share dulu.. aku yakin sebab yang bagikan penyakit Allah dah Dia lah yang Maha Menyembuhkan.  Tapi aku nak ingatkan la apa pun pesakit kena ikut nasihat doktor pakar la ye. Kita iktihar la mana yang boleh. Semua atas izinNya

So ni aku kongsikan kedah ruqyah Sakit batu karang.

1) Surah Al Baqarah ayat 74 dan Tembikai

Amalkan Surah al Baqarah ayat 74

A074
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74) |

Amalkan baca ayat ini 1X atau 3X pada air suam sebelum minum pagi. 

Ruqyah dan petua ni pun pegawai aku cakap ada ustaz bagi tau gak. Pegawai aku cakap, kena makan buah tembikai. Cari yang paling besar sekali. lepas tu kau kena habiskan sebiji tembikai tu sorang. Selagi tak habis, jangan berhenti. Sambil makan sambil baca ayat 74 surah Al-Baqarah ni. Pegawai aku cerita dia abiskan dalam masa 2 jam kot. Yelah giler kau sebiji besar buah tembikai tu kau kena makan sorang mau tak berjam nak abiskan.


Then lepas abis tu memang confirm kembung dan kenyang giler kot. kenyang air la. Lepas abis makan tembikai confirm kau rasa nak kencing sangat. Then masa ni kau akan asik nak kencing. Kencing kau dari pada keruh sampai jernih dan sampaila keruh semula bercampur darah dan jika diizinNya akan keluar sekali batu karang yang ada tu. Kau kena tahan la. pegawai aku tu cerita mmg sakit sampai nangis la. Tapi alhamdulillah bagi dia rawatan ruqyah dan tembikai ni berkesan. Sebab memang keluar 4 betul batu besar beras yang memang doktor scan nampak dalam pundi kencing dia.
Aku cuma nak tambah la, time sakit tu maybe korang atau pesakit boleh baca doa nabi yunus dalam perut ikan yu tu.. (yelah macam perempuan sakit time bersalin lakan.. banyakkan zikir doa tu. untuk ringankan rasa sakit tu).

Ayat ni memang macam kena sangat dengan batu karangkan. Sebab Allah ayat ni sebut pasal batu, ada yang pecah lalu kat sungai sebab takutkan Allah. So yakinla dalam hati masa duk baca tu niatkan agar batu karang tu pun pecah dan jatuh mengalir dalam air kencing.


Ada juga just bagi beberapa surah untuk diamalkan, aku dapat dari satu blog yangg aku dah lupa nama dia.. dia just letak surah yang patut diamalkan oleh pesakit

Batu Karang
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
3. Selawat Syifa

Dalam surah al -hayrs ayat 21 tu pun ada sebut pasal gunugn yang pecah kerana takutkan Allah, sangat kena juga dengan batu karang.

dan aku sertakan kaedah ruqyah lain bersama amalan surah dan makanan lain yang patut diamalkan. ada banyak kaedah. boleh cuba.


******************************************************************************

2) Delima dan beberapa surah

ustaz Sharhan Shafie ada juga kongsikan kaedah perawatn Islan untuk rawat sakit batu karang ni dengan menggunakan delima dan beberapa surah. Ustaz bagi tips, nak ambil buah delima ni kalau kat pokok bagi salam dulu.. bukan salam biasa, salam nabi Illyas, sebelum itu bagi salam kepada pemilik pokok, kalau pokok tu bukan pokok kita, dan masa ambil tuniat la ambil untuk merawat penyakit. Delima ni bukan diambil isi, tapi kulit dan sarang biji delima tu direbus, baru la diminum. Ada ustaz bagitau detail dalam video ni.

https://www.youtube.com/watch?v=2ITj95t-jk8



Then bila aku google memang ada rawatan Islam yang jugakkaedah lain aku dapat.


*******************************************************************************

3) Beberapa Surah, Madu dan Teknik Tepukan dan Hembusan

http://www.quranic-healing.com/2012/10/teknik-ruqyah-untuk-penyakit-batu-karang.html

sediakan air minum dan satu botol madu, kemudian lakukan ruqyah standart bersamaan dengan si sakit dengan posisi peruqyah berada di belakang si sakit, setiap selesai satu atau beberapa ayat tiupkan ke air dan madu dan juga ke arah pinggang si sakit dengan niat menghancurkan batu karangnya. 

Baca  surah Al-Ahqaf ayat 25, 


A025
"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.
(Al-Ahqaaf 46:25) |


surah Al-waqiah ayat 65, 


A065
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
(Al-Waaqi'ah 56:65)

dan surah Al-hasyr ayat 21, 

A021
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(Al-Hasy-r 59:21

setelah itu si sakit disuruh berdiri dan bacakan al-anfal ayat 17 beberapa kali di telapak tangan,


A017


Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal 8:17) 

kemudian sambil membaca suroh Al-Ahqaf ayat 25, Al-Waqiah ayat 65 dan Al-hasyr ayat 21 seperti diatas  tepuk tepukkan telapak tangan yang diruqyah tadi ke arah perut bagian bawah pada bahagian yang  sakit  dengan niat untuk menghancurkan batu karangnya. 

Setelah selesai minum air ruqyah itu 3 atau 4 x sehari, untuk satu gelas/setengah gelas air bersama satu sudu makan madu. Wallohu a’lam, Demikian semoga ada manfaatnya.


*******************************************************************************


4) Surah Al- Mukminum ayat 115-118 dan Nanas

cara ni dari blog http://www.rawatanislam.org/2010/03/nanas-sembuhkan-penyakit-batu-karang.html

Kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari.Sebaiknya sebelum minum,air nanas itu dibacakan fatehah 3x dan al mukminun ayat 115-118 3x dan tiup 10 saat pada air tu.




2 )Bacakan ruqyah pada air mineral dan ulang pada ayat 22-24 surah Al HASYR beberapa kali sambil niat memecahkan batu karang dan gunakan untuk mandi dan minum








*****************************************************************************

5) Beberapa Surah Al-Quran bersama Minyak Zaitun, Lemon, Epal dan Garam

dan kaedah ni pula di blog http://oliveasli.blogspot.com/2014/04/cara-membuang-batu-karang-atau-batu.html

Surah al-Anbiyaa’ ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75 hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55


(Korang cari sendirila ye.. letih aku nak masukkan satu-satu ayat-ayat ni..)

Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah al-Anbiyaa’ sebanyak tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah al-Qasas tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan.  

Ayat-ayat dari surah al-Anbiyaa’ dan ayat-ayat di atas berfungsi untuk memecahkan atau menghancurkan batu-batu karang di dalam buah pinggang atau di dalam pundi kencing.  Bila batu-batu ini hancur dan jadi halus seperti pasir, maka senang ia dapat dikeluarkan daripada tubuh pesakit melalui proses buang air kecil.  

Manakala secara praktik pula anda boleh mengikuti langkah yg dicadangkan oleh pakar pemakanan ini Lai Chiu-Nan, Ph.D. 

Cara-caranya:
Untuk 5 hari pertama, minum 4 gelas jus epal setiap hari atau makan 4-5 biji epal setiap hari (pilih mana-mana yang anda suka). Jus epal berfungsi untuk melembutkan batu karang.
Pada hari ke-5 makan seperti biasa tetapi pada hari ke-6 elakkan pengambilan makan malam.
Pada pukul 6 petang, makan 1 sudu teh garam Epsom (magnesium sulphate) bersama-sama segelas air suam.
Pada pukul 8 malam, ulangi perkara yang sama dilakukan pada jam 6 petang.  Magnesium sulphate berfungsi untuk membuka saluran pundi hempedu.

Pada pukul 10 malam, ambil separuh cawan minyak zaitun bersama separuh cawan jus lemon yang segar. Campurkan hingga sebati dan minum. Minyak berfungsi sebagai pelincir untuk memudahkan batu karang keluar melalui laluannya.
Pada keesokkan paginya anda akan menjumpai batu berwarna hijau di dalam najis anda.
“Pada kebiasaannya, batu-batu tersebut akan timbul,” kata Chiu Nan. “Anda mungkin mahu mengiranya. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang telah berjaya mengeluarkan 40, 50 atau 100 biji batu. Ianya sangat banyak!.

***************************************************************************************
ha itula berjela kaedah alternatif. Tapi lagi sekali aku ingatkan, dapatkan rawatan dan nasihat doktor juga.
Sekurang-kurangnya pengesahan doktor. Kalau tak kritikal dan masih boleh dirawat, boleh la cuba kaedah perawatan ni. Disertai dengan yakin pada Yang Maha Kuasa. 

Firman Allah SWT : Yang bermaksud: "Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)


Tapi if dah teruk sangat dan doktor kata takde cara lain melainkan operate, ikutla nasihat doktor.. selagi tak melarat. Apapun pun jangan berhenti berdoa. Dia yang Maha Menyembuhkan.. Insha Allah.. 
Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkan atau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai ’Bala’ balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakan ubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. Maha Penyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenis penyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelian makhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yang jelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah dan menjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.


Semoga bermanafaat dan selamat beramal :)



Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, January 29, 2013

Rawat Demam Panas dengan Doa

Salam Ukwah..

Sekarang musim demam eh? kami anank-beranak kena demam selsema minggu lepas.. Shukur dah sihat semua. Ni adik susuan Arash.. si Pearl admitted kat spital demam dan kahak.. sian Pearl. dah 3 hari dah..
moga Pearl cepat sembuh.. aminn..

Dulu masa Iskandar kecil dia memang selalu demam. Boleh dikatakan tiap bulan. Masa tu aku heran gak la aku bagi susu badan yang kaya dengan antibodi tapi kenapa Iskandar mudah kena demam. Aku rasa sebab ilmu penyusuan aku masa tu tak cukup. Orang kata tak abis belajar hahahah.. yela aku hanya bagi bekalan susu beku semata-mata masa hantar kat pengasuh.. sepatutnya bagi 60 % susu perahan segar dan lg 40 % tu baru susu beku. Susu beku nikan dah kurang separuh dia punya antibodi. aku tatau time tu hahahha.. Tapi apapun walaupun susu perahan beku, masih lagi berganda khasiat dia daripada susu formulakan.. Tula agaknya sebab Iskandar ni mudah kena penyakit.. asik la demam. Aku siap kena sound dengan boss je.. biasa la jenis boss tak paham kan cenggitu la..

Izz masa umur setahun demam. Tuala basah mesti letak atas kepala je.. 

Tapi kalau la aku tau ada ruqyah/ doa yang boleh kita amalkan untuk merawat demam ni mesti aku dah buat time tu. Ni aku baru tau.. tu pun mak aku bagi tau ( love u mak.. mmmmuahhh) suruh baca doa Nabi Ibrahim masa kena bakar dulu untuk turunkan suhu time Arash demam ritu. Lepas tu baru teringat nak tanya pakcik Google pasal Perawatan Demam kaedah Islam.. Aku percaya ada mesti ada cara perawatan Islam. So membawa aku ke blog saudara ini http://murabbiy.wordpress.com/2010/12/23/doa-bagi-merawat-demam-panas-2/


 Terima kasih kepada beliau berkongsi doa dan tips ni.


Tengok muka mak budak yang sakit.. muka tak boleh blah.. mengalahkan orang sakit.. yela anak sakit  mak kena berjaga malam, mata panda.. tengok dah macam zombie.. :p

eee muka 6 tahun yang lalu.. muka muda. rasa cam dah berusia sangat aku ni skang


Aku dah try dua kali. Alhamdulliah berkesan. First time sebulan yang lepas. Time aku aku kena jadi emcee dinner opis. Sekali En. Arman call kata Iskandar dah gigil-gigil. Memang dia demam masa tu. tapi dah bagi ubat demam aku ingat ok la. rupanya temperature dia terus naik sampai gigil. Aku rashing balik, ambil air, asam jawa aku , tenyeh-tenyeh asam dengan air dalam besen dan air mineral aku baca la doa untuk demam masukkan sebahagian dalam air asam jawa tu, sebahagian lagi sapu muka dan bg minum. Air asam tu aku jelum kepala Iskandar.. banyak kali juga la ganti dan rendam tuala tu.. dan syukur esok pagi dengan izin Allah dah reda panas dia dan terus boleh bersilat ultraman balik. hehehe. Arash pun ada deman ritu dan aku buat kaedah yang sama.. syukor berkesan juga. yang penting kita kena yakin. Tapi ubat demam kenala makan juga ye puan-puan.. kira kita kasi bergabung la kaedah Islam/Lama dan moden.. gitu..
Eh lupa nak cakap. Aku buat ruqyah ni sebagai tambahan kepada ubatan yang doktor kasi tau. Apapun kalau anak demam bawa pi klinik, makan ubat yang doktor kasi dan sambil tu boleh la buat perawatan secara Islam jugak.
Demam tapi still aktif.. :)


Langkah #1: Sediakan bahan berikut:
1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil
Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut 
1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)
Sambung dengan doa berikut;
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau;
. Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

Kesemua  rangkaian doa tersebut.

Langkah #3: Proses rawatan
1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral (air zam-zam lagi bagus) sehingga habis nafas.
2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil. ( Aku letakkan sekali asam jawa aku campur kaedah perawatan Islam dan petua orang Melayu lama)
3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.
4.  Tuam tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk dan jelum kepala (gunakan kain yang lain).
Langkah #4: Usaha tambahan
1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)
2. Jika panas berterusan;
a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit
3. Dapatkan rawatan doktor
Nota editor:
1. Langkah tersebut dilakukan adalah sebagai ikhtiar awal sebelum pesakit mendapat rawatan daripada doktor
2. Sekiranya air doa sudah berkurangan, ia boleh ditambah dengan memasukkan air mineral (bukan air masak)
 Ok kita dah tau doa dan kedah perawatan untuk deman panas ni.. Now meh kita baca sedikit sebanyak mengenai demam panas ni pulak..


Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”


Demam adalah daripada percikan api neraka dan 
Sejukkannya dengan Air





Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)



Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:
Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

# Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
# Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
# Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Membaca Ruqyah
Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”
“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”
Berpunca daripada Bahang Neraka?
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”
Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.
Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.
Maksud Air
Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”
Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.
Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)
Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.
Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)
Jangan Mencela Demam
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

Dengan Arwah Mama (Mak Mertua) time ni kat zoo.. sepupu nak gi zoo.. kami malas nak masuk so lepaking ke luar je sambil makan rimau.. eh limau :p
Setiap ujian dan musibah yang Allah swt timpakan kepada hamba-Nya yang sabar dan redha, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam




tengok gambar ni.. terasa rindu pada arwah Mama.. moga mama sentiasa tenang disana.. al-fatihah

Qaseh...
alynn fazz