Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Doa untuk Kekasih











Entry kali ini ditujukan khas buat seorg sahabat yg saya sayangi.. mengenalinya selama hampir 17 thn, saya simpati dn apa yg telah dialaminya.. perpisahan dgn kekasih hati.. amat melukakan.. tp mungkin terselindung hikmah disebaliknya.. saya bukanlah org yg layak untuk memberi pendapat mengenainya.. cuma saya hanya boleh katakan.. muhasabah diri.. mungkin apa yang berlaku disebabkan kesilapan diri sendiri.. jika cinta boleh bertaut kembali.. pujuk la..rayu la. dan sama2 perbaik diri.. fikir si kecil yg masih mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari kedua-dua org yg rapat dgnnya.. 





dan perbanyakkanlah doa dan mohon keampunan drp Allah SWT agar diberi taufik & hidayah dan penyelesaian yg terbaik.. 

saya terigt doa in yg saya sering baca dulu .. kepada anda sahabat.. amalkan la.. dan sekiranya sudah ditakdir jodoh smpai sini .. terima la dengan redha.. teruskan kehidupan dgn baik dan sempurna.. Allah Maha Mengetahui..  anggap la salah satu ujian dlm hidup.. ambil ia sebagai pedoman moga dipertemukan kekasih yg lebih baik dan jgn lupa tggjwb pada si kecil mesti diteruskan.. 







Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dan saya teringat email kiriman seorang teman mengenai pasanangan kita di akhirat kelak (oh mudah-mudahan kita tergolong dlm orang-orang yang menghuni syurga.. amin ya robbal alamin..)



MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK? 

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.



Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

nota qaseh: wahai tuhan.. ku tak layak tuk ke syurgaMu.. namun tak pula.. aku sanggup ke nerakaMu.. kekal kan jodohku hingga ke akhir hayat..

Qaseh...
alynn fazz

Sunday, August 22, 2010

Muhasabah diri + Doa

hmm..

alhamdulillah kita dah masuk miggu ke 2 berpuasa di bulan ramadhan ni..
lama pulak tak nulih.. sejak first Ramadahn ritu..

sebenarnya saya berhutang 2 entry atas permintaan 2 org sahabat.

sorg msg saya di fb mohon untuk diberikan doa yg sesuai untuknya yang jauh diperantau..
dan sorg minta diberi sedikit nasihat.. owh.. nmpak sunguh berat permintaan ni.. yelah acik bukan nye kaunselor nor ustazah uols nk bg nasihat dan doa bagai.. namun (kekeke siap letak peerkataan namun bagai.. mcm nk buat cerpen.. hihihi) saya cuba utk penuhi nya.. InsyaAllah..

sebelum tu.. nk buat curahan hati la dulu.. baru-baru ni berlaku sedikit kekecohan di forum kegemaran saya.. yg saya dok layan ari2.. tiap masa dan ketika.. saya yg membacanya sedikit terkesima (pergghh ayat.. hahaha).. agak terkezut la jugak.. pada mulanya saya tidak menyebelahi mana2 pihak.. sbb kedua2nya (dan bg saya semua member forum baik2 belaka.. tidak sesekali sekelumit buruk sangka ada pada mereka.. yelah kami berkongsi minat yg samakann) saya kenali dan sayang kedua-duanya..

namun perkara ni berpanjangan hingga ke fb seorg yg terlibat.. saya yg bersimpati turut la ringan tangan ni gatal memberi komen tanpa saya berfikir pnjg penglibatan saya dlm hal ini akan menyeruhkan keadaan dan secara tidak lgsg saya turut terbabit hingga mneyebabkan salah seorgnya mungkin berkecil hati dan yg lain turut tidak menyenangi tindakan saya.. (ya saya tidak bukti mereka tidak suka.. tp saya dapat rasakan.. dapat rasakan aura dan gelombang negatif org tak suka tu sampai kepada saya). dan setelah diselidik dan bertanya.. ternyata tindakan saya tidak betul.. dan rupanya ada sebab tindakan diambil.. ( ish kalian paham ke? takpe la tak paham pun janji saya just nk luahkan jer.. huhuhu..) sepatutnya sekiranya saya ingin masuk campur sekali pun (tak masuk campur lg bagus hokey! ketuk kepala sendiri 10 kali!) saya bertanya terlebih dahulu dan dgr drp kedua-dua belah pihak.. ni main dgr sebelah pihak pastu nk pandai2 nk buat kesimpulan dan bg pendapat.. (hadoi.. adalah sgt bongok yer.. ko hinggat ko kaunseler ko acik alin oooii.. hebat sgt ke ko!adus..ketuk kepla lg 10 kali!)

Namun (kekeke adekah saya menggunakan perkataan ni dgn betul.. ambil exam karangan spm belum tentu dpt A.. kekeke) disebalik apa yg berlaku.. mambuatkan saya tersedar.. saya MUHASABAH DIRI.. hmm ini semua salah saya.. lain kali jgn sibuk masuk campur hal org.. tgn saya ni patut ikut mulut saya yg berat ni (ye saya bukan peramah saya seorg yg pendiam dan pemalu hehehe.. betul! saya tak pandai sembang.. mak saya ckp saya mulut berat hihihi). yg pasti kene fikir dan baca balik sebelum tekan button 'post' or 'reply' tu ye.. hrp maklum.. peringatan utk diri sendiri..

perkara ini terjadi di bulan Ramadhan.. bulan yg penuh barakah.. saat kita perlu mengejar pahala berlipat ganda.. saat syaitan diikat.. tp kita masih tewas dgn nafsu yg tak kurang hebatnya.. Astagfurillah.. perkara ini benar2 buat saya terpikir.. muhasabah diri.. salah saya dan kekhilafan saya..

sebenarnya saya dah lama lihat fenomena (fenomena la pulak.. lantak la nk guna jugak.. hehe) mcm ni berlaku dlm byk forum.. sejak 4thn dulu lg.. (dulu rajin join forum Dr. Tuah Iskandar).bukan saja di forum malah dilaman komunikasi yg lain seperti facebook , frenster dan lain2.. adakala gurauan disalaherti dan ada juga org terasa hati disebabkan salah tafsiran. sbb berbicara di alam siber maya ini kita hanya dapat baca je, dengan cara penerimaan fikiran kita. kita tak boleh nampak memek muka dan tak boleh dengar intonasi suaranya samada bergurau ker, serius ker, nada berlagak ker.. so apa yg kita baca dan paham mungkin bleh jd wrong interpretation. padahal org yg nulis tu tak bermaksud pun mcm tu.. daripada salah tafrisan dan salah penerimaan akan bermula la bibit-bibit (sudah.. bibit la pulak.. hehehe) persengketaan.. dan ianya berlanjutan dgn cmpur tgn org lain yg mula meyokong mana2 pihak..

so saya menasihati dan mengingatkan diri sendiri dan kalian sekiranya kita berkomunikasi di alam maya ini..
1) Always be positive.. jauhi drp segala buruk sangka yg bukan2.. hati dan  fikiran kene terbuka.

2) Berhati2 dalam mengeluarkan kata dan pendapat.. fikir 3 kali ( kalau boleh 100 kali ) sebelum tekan button 'post' atau 'reply'.

3) Berhati-hati juga dalam gurauan.. kalau keterlauan boleh mengundang persengketaan if gurauan itu agak kasar atau tidak boleh diterima oleh seseorang. bg saya if baru kenal di alam maya ni tak yah bergurau .. kita tak kenal hati budi luar dan dalam.. tetiba nk bergurau mcm kita dah kenal bertahun-tahun.. tp if tak bergurau mcm tak happening la pulak kan.. yela ko nk bergurau pun hagak-hagak la.. hokey.

4) Jangan cepat percaya hanya dgn apa yg kita baca.. adakalanya apa tersurat mempunyai pelbagai maksud tersirat (wah.. ayat.. paham ke kalian? paham-paham jela ye) begitu juga dgn penulisnya.. kadang kita sangka baik tp sebaliknya dan ada kala kita baca bahasanya agak kureng.. out spoken.. laser  tp jauh dilubuk hatinya, dia seorang yg baik..

5) Hormat pendapat dan pandangan orang lain sekali pun kita tidak bersetuju dgn pandangan itu. berbahas la dgn berhemah tanpa menyakiti hati org lain

6) Akhir sekali jalinkan perhubungan tali silaturahim dengan sesiapa saja dgn niat KERANA ALLAH TAALA. bukan dgn niat tertentu.. seperti. "oh aku kena baik dgn org tu sbb dia ada tu.. " dan oh aku kena baik dgn org ni sebab dia ada ni.. untung aku kalau kawan dgn dia" sesungguhnya niat berkawan yg tidak ikhlas seperti ini percayala perhubungan itu tidak akan berkekalan kerana punya maksud tersirat. Moga kita dijauhkan daripada mempunyai niat2 tak baik seperti ini.

7) dan sekiranya kita telah sedaya mungkin menjaga keharmonian dan perhubungan yg baik tetapi masih ada org yg tidak senang dgn diri kita.. anggap la itu sebahagian daripada ujian dan dugaan untuk kita.

Di usia sebegini (ceh dan-dan baru sedar diri acik dah tuo.. eh bkn tuo.. matang yer.. yelah bmw 3 series.. susut nilai sket je tau.. ) saya tak mahu mencari musuh.. apa yg diharap agar org menyukai saya tanpa ada salah sangka.. saya berkawan dgn seikhlas hati.. dengan ini saya dengan rasa rendah diri mohn ampun dan maaf kepada pihak yang terlibat dan kepada member-member forum tersebut sekiranya ada yang tidak senang denga tindakan saya..

Lanjutan drp perkara ini .. saya muhasabah diri dan membuatkan saya teringat pada kenalan yg jauh diperantauan yg mahu saya berikn doa utk dijauhkan drp fitnah org.. mulanya saya hanya upload satu kisah di fb mengenai serog gadis yg terselamat drp dirogol kerana berdoa dan megngantung pengharapan pd ALLAh SWT. dan sy berikan komen dgn memberi sepotong doa Sti Aisyah (if saya tak silap la) beliau selalu berdoa.. "Ya Allah Ya tuhanku .. jgn biarkan diriku dalam sekelip mata pun.. aminn..."

pada kenalan tersebut.. ada byk himpunan doa yg telah tekumpul dan boleh kita dapati dipasaran.. tp bg saya doa yg lahir dari hati dibaca dgn penuh pengharapan walau dalam bahasa apapun yakin la Allah Maha Mendengar.. if baca doa dlm bahasa arab tp tak paham maksud nye pun tak guna gak kan..dan tidak perlu mengarang doa dgn bahasa berbunga2.. sekadar permintaan dr hati tulus ikhlas. dan yakin la Allah Maha Mendengar. dengan rahmatNya moga2 doa kita dimakbulkan..

ini la doa yg saya selalu baca..

Ya Allah ya tuhanku..
lindungi la diriku,  dan keluargaku
jgn biarkan diri kami walau sekelip matapun..
lindungi la kami drp segala kebencian, perbuatan jahat, hasad dengki , fitnah dan sihir manusia
lindungi la kami drp segala perbuatan jahat dan  sihir makhluk-makhluk mu yg lain
dan lindungi la kami drp segala godaan hawa nafsu dan bisikan  syaitan yg direjam..

dan doa ini saya ambil drp FB En .Mohamad Shuhmy Shuib

Laa haulawala Quwwata Illa Billah.. Ya Allah yang Maha Melihat, tunjukilah bahwa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berikanlah kemampuan kepada hamba untuk mengikutinya. Dan Ya Allah yang Maha Mendengar, tunjukillah bahwa yang salah itu adalah salah dan suatu kesalahan yang benar-benar salah serta berilah kemampuan kepada hamba untuk menjauhinya. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang paling nyata bagi setiap hamba-Mu, maka dari itu, jauhkanlah hamba dari godaan syaitan yang terkutuk, jauhkanlah hamba dari hembusan-hembusan bujuk rayu syaitan. Bukakanlah tabir-tabir kebenaran yang tertutup Ya Robb... Tunjukilah hamba kepada jalan kebenaran, jalan yg Engkau Ridhoi, bukan jalan mereka yg tersesat.. Laa Illaha illa anta , subhanaka inni kuntu minadzolimin... astaghfirullohhal 'azim,, Laa haulawalla Quwwata Illa billah...Istajib du'a ana Ya Robb, Ya Sami' Ya Bashir Ya Awwal, Ya Akhir, Ya Dzul Jalaali Wal Ikroom.

Buat kenalan td.. percaya la..Allah telah membuka pintu hati u.. kejahilan dalam agama bukan bererti kita lupa dengan Pencipta. Kasih Allah sgt luas.. Diberikan hidayah dan rahmatnya kepada seluruh umatnya.. dan berdoalah selalu tanda kita sebagai hamba amat memerlukan Penciptanya..


Nota Qaseh: "ya Allah ya Tuhanku.. jangan sesatkan diri ku setelah Kau beri petunjuk..."

Qaseh...alynn fazz

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..

Ramadhan kembali lg.. alhamdulilah kita dipertemukan sekali dgn ramadhan bulan yg penuh keberkatan..

sempena ramadhan saya celok doa ni drp sini.. mari amalkan..
Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.
Doa Hari - 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang
Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dari Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari - 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!

Doa Hari - 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Ke sesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari - 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.
Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu.
Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari - 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari - 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk
Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapa t Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari - 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari - 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan
Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari - 9
Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa H ari - 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang
Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari - 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari - 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas
Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari - 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Kulakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.
Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari - 15
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'.Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Ala m Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari - 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa
Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari - 18
Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan
Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari - 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah
Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari
Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran
Yang Terang.

Doa Hari - 20

Yaa Allah! Bukakanl ah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari - 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.
Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada
Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas,Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari - 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari - 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang
Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para
Peminta.

Doa Hari - 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari - 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib
ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari - 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan
Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Te rhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari - 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah
Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari - 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di,Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam dan disudahi dengan Aminnnnn.......

Mudah-mudahan dirahmati kita sekelian oleh Allah S.W.T.


Laa haulawala Quwwata Illa Billah.. Ya Allah yang Maha Melihat, tunjukilah bahwa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berikanlah kemampuan kepada hamba untuk mengikutinya. Dan Ya Allah yang Maha Mendengar, tunjukillah bahwa yang salah itu adalah salah dan suatu kesalahan yang benar-benar salah serta berilah kemampuan kepada hamba untuk menjauhinya. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang paling nyata bagi setiap hamba-Mu, maka dari itu, jauhkanlah hamba dari godaan syaitan yang terkutuk, jauhkanlah hamba dari hembusan-hembusan bujuk rayu syaitan. Bukakanlah tabir-tabir kebenaran yang tertutup Ya Robb... Tunjukilah hamba kepada jalan kebenaran, jalan yg Engkau Ridhoi, bukan jalan mereka yg tersesat.. Laa Illaha illa anta , subhanaka inni kuntu minadzolimin... astaghfirullohhal 'azim,, Laa haulawalla Quwwata Illa billah...Istajib du'a ana Ya Robb, Ya Sami' Ya Bashir Ya Awwal, Ya Akhir, Ya Dzul Jalaali Wal Ikroom.
Qaseh...alynn fazz