Showing posts with label Ring Sling. Show all posts
Showing posts with label Ring Sling. Show all posts

Friday, June 8, 2012

JS Mesh Water Sling

Ritu rumah panas.. pakai la Jumpsac Mesh Water Sling



so Mesh sling ni walaupun tujuan sebenar Mesh Sling dibuat adalah untuk dipakai semasa bermain-main air samada di kolam renang atau di gigi sungai (READ "bermain-main air" bukan gi terjun dalam air dengan anak ye puan-puan.. lemas anak tu kang ;p) , tapi boleh juga dipelbagaikan penggunaannya semasa cuaca panas. Samada bersiar-siar di zoo negara, dalam khemah semasa kenduri kawin atau pun di rumah. Sangat selesa la pakai time panas sebab airy terasa angin masuk..

copy paste je my comment kt page Group Malaysia Babywearers


The fabric looks like the kain buaian but a bit rough and thicker. Ya could be slippery for a heavier baby, but can wrapup and tie the tail around the ring to avoid slippery. I really like it. My baby is 6.5kg and the mesh support it well n i feel really comfort wearing Arash with it.




Suka color biru dia, combine dengan gold ring sangat la menarik.
Dan kali ni pakai sangat selesa.. Dulu saya ada juga beli mesh sling ni color black. Tapi dah jual sebab Syaz owner Jumpsac dah restock color blue ama dah berkenan color blue ni,. Tapi dulu pakai macam sakit bahu dan susah nak adjust, agaknya sebab salah pakai kot.. now yang ni selesa.. dan i really love it!! 


Pada mak-mak yang nak bawa anak gi water park ke or berkelah ditepian pandai sambil nak BW anak.. boleh dapatkan Mesh sling ni di Jumpsac Baby ya..






Babywearing rocks!


Qaseh...
alynn fazz

Monday, January 23, 2012

She + Raw Silk Rock!

ingat tak Elleville Zara Silk She yang saya beli ritu..

disebabkan panjang 4.7m.. (size yang ngan dengan saya size 5, 4.2 m) so saya hantar ke Syazrina owner Jumpsac baby untuk hemmed (potong) kasi pendek 3.6m dan selebihnya buat RS. Memang agak susah sebab pendek, saya saya suruh syaz tambah dengan Raw Silk warna purple.

So nila hasilnya..

                                                 

 Inspiration  from JS Raw Silk Lavender Gradiation.. im not a fan of purple (was.. dulu la not now :p) tapi saya suka tgk shade raw silk purple ni.. cantik pulak. 

picture from Jumpsac website


Cukup puas hati... sangat cantik! and Syaz done a great job. Tak nampak pun sambungan idan boleh pakai depan belakang. The only purple RS yang memang akan kekal bersama saya sampai tutup kilang anak :p.

                                                      

Raw Silk JS ni feel dia beza sket dengan Raw Silk Mama Patch. A bit keras tapi rasa lama-lama lembut la.. 
tak tau la ada cooling effect macam raw silk Mama Patch ke tidak.. rasa macam takde.. tapi takpe janji cantik.




simply  love it!


Qaseh...
alynn fazz

Friday, December 16, 2011

Psling Rose Kasuri

at last.. it here!!
suspen sungguh menanti Psling ni..


Punya la lama tunggu.. dekat 3 minggu.. rupanya tersimpan kt HR opis.. dorang lupa kot nak inform..
haizz.. sampai saya pmed the seller (saya beli as usual from FSOT TBW) minta track no.. sekali, petang tu ada phone call dari HR kata parcel dah lama sampai since 5 December lagi.. hush! katanya tak dapat call saya.. tapi yang pelik, saya ada terima parcel lain dalam 3 minggu ni jugak.. pesal tak bagi sekali? sah lupa la tukan.. takpela.. maafkan jela.. 
track parcel ni.. 

Label/Receipt Number: EC70 5594 279U S
Class: Express Mail International®
Status: Delivered

Your item was delivered in MALAYSIA at 3:38 pm on December 05, 2011.


Detailed Results:
   Delivered, December 05, 2011, 3:38 pm, MALAYSIA  Customs clearance processing complete, December 04, 2011, 1:57 pm, MALAYSIA  Customs Clearance, December 04, 2011, 12:00 pm, MALAYSIA  Processed Through Sort Facility, December 04, 2011, 11:59 am, MALAYSIA  Processed Through Sort Facility, November 27, 2011, 7:21 pm, ISC NEW YORK NY(USPS)  Arrived at Sort Facility, November 27, 2011, 7:20 pm, ISC NEW YORK NY(USPS)  Electronic Shipping Info Received, November 26, 2011  Processed through USPS Sort Facility, November 26, 2011, 8:31 pm, PITTSBURGH, PA 15290

means the mama posted it on 26th November.. 4hb 12 dah sampai kat sini, 8 hari dah sampai dah.. 5hb dah sampai kat opis saya.. tapi saya ni duk la tunggu-tunggu.. 

the color is brighter in real life


AW.. i really falll in loveeeeeee at the first look!
ini ialah ring sling jenama Psling menggunakan fabrik linen yang ditenun secara khas di Jepun dan dinamakan Kasuri linen

yang ni dinamakan ROSE KASURI.. wah color sangat saya suka!!
brownish purple..  love it!
ni left shoulder.. tapi boleh je pakai on my right shoulder.. 
(pada yang taktahu Psling Ring sling memang ada left dan right shoulder.. boleh baca kat post saya pasal Ring Sling kat sini.)


length pun ok je.. err agak labuh.. tp still ok wtih me. before this i was hunting for Black Kasuri but i think i done with it. i found the one that i love it now.. 

So exited as usual.. balik je semangat nak carry Asyraf.. Anak-anak pun pantang tengok BW gear mesti suruh carry punya.. 




Dah Izz pun meronta-ronta minta dukong... so layan jelah..


Asyraf pulak nangis bila carry abang dia.. hmmm



argghhh! sudahnya mak sakit pinggang uols.. apa taknya carry budak 14.5kg dalam saya preggy 29weeks.. adusss... tapi memang terbukti la Kasuri linen sangat supportive!  so berbaloi la..
tapi cukup la satu psling kasuri.. dulu teringin nak black color tapi color rose ni lagi menawan.. agak-agak dah buhsan nanti suh elly dye kan la.. huhuhu..


nota qaseh: err RS yang ke 6 ke yang ke 7 ntah.. :p

Qaseh...
alynn fazz

Thursday, December 15, 2011

3 Fluffies arrived today..yeayy!!




- 3 kitties for my 3 heroes from Monkey Sock
- Wrap Natibaby Rivea (bamboo/cotton)
- Psling Rose Kasuri

review later ya..



Qaseh...
alynn fazz

Monday, December 5, 2011

Preloved:3 Ring Sling untuk di jual

1. Psling, imported from Japan. Bought it on Januari from sweet mama here. Linen 100%, Silver rings, Length - around 76 inches without rings. The grad is smooth and it goes from black to sage green. Excellence Used Condition. 
Asking price is less than what I paid RM290 
Reason for selling: Nak beli color lain ;p





2. Selling my custom Mama Patch Raw Silk RS . Excellence Used Condition.
love the fabric raw silk very much. cooling to skin so suitable to wear outdoor and stunning 
shining fabric that suitable to wear it on special occasion like wedding ceremony.
 RM140 shipped.
Reason for selling: Nak beli color lain ;p




3. Brand: Kalea Baby
Lenght/Size: 70"/ S size
Ring size/color: big/slate
Fabric: double layer linen and silk: sebelah linen sebelah silk, but i not sure what kind of silk.. look like dupioni silk {dont know, i guess}
Color: Peach and brown
Shoulder stlye: Kalea Gathered Shoulder
Good Used Condition
Selling for RM240 shipped
Reason for selling: Color too girly.. ;p



berminat? email saya di qasehalam@gmail.com
juga ada di blog http://qasehalam.blogspot.com/

Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, November 15, 2011

Mengenai Ring Sling

Salam..

Ada seorang teman bertanyakan saya mengenai ring sling ni lepas baca enty ni
hmm nak citer macam mana taktau.. accualy boleh baca kat forum MBW (Malaysian Babywearers), so saya ambil penulisan mengenai ring sling ni daripada moderator Norley aka scudmami dan tambahan daripada forumer yang lain (pah zarihan , sarah, yasmin dan bbrp forumer yang lain ) tapi saya jelaskan sikitla dalam bahasa kita dan ada sikit penambahan dan juga link terus kepada website yang menjual RS yang berkaitan.

Apa itu Ring Sling (RS)?
  • RS ialah salah satu carrier atau alat memudahkan parent untuk mengendong bayi/anak. 
  • RS ni merupakan carrier yang telah ditambahbaik daripada penggunaan kain batik atau sebarang kain yang digunakan oleh ibu bapa (nenek moyang kita) sejak beratus tahun dulu lagi. 
  • Diperbuat daripada sehelai kain yang panjangnya dari 1m - 1.5m (68"-80").Juga menggunakan 2 ring untuk mengikat kain sling tersebut. 
  • Dikenali sebagai one shoulder carrier sebab berat baby tertumpu pada sebelah bahu sahaja.

Jenis Kain/fabrik
  • pure linen: Linen ni kalau baru agak keras dan ambil masa untuk dilembutkan means kena pakai secara lasak/guna selalu untuk lembutkan dia.. tapi ada juga linen yang dah sedia lembut macam Jumpsacbaby Pure Irish linen. Kebaikan linen: sangat supportive sesuai untuk carry toddler dan juga airy ada ruang pengudaraan dan sejuk dipakai sesuai untuk cuaca kita. 
 Jumpsacbaby RS Pure Irish Linen: Damaks on Red Chili. Lembut walaupun brand new. Oh love the stunning and hot red color!! <3
Psling linen Gradiation Ombrage: color macam hijau baju askar.

  • linen blend: Campuran linen dengan cotton atau ada juga linen dan bamboo atau campuran dengan material lain.
Jumpsacbaby Linen Blend: DIVA.. beautiful brown and pink. Tapi mula beli agak kejung sikit.. lepas pakai basuh dan berapa kali pakai baru soften. RS ni sudah bersama pemilik yang baru;)

  • Kasuri LinenLinen yang ditenun menggunakan teknik khas di jepun hanya terdapat pada RS jenama Psling Jepun
  • Cotton: Cotton kita tahu mestilah sedap pakai sebab sejuk tapi agak nipis dan lembut. seseuai untuk Newborn. 
  • Shijira Cotton: Cotton yang ditenun menggunakan teknik khas di jepun hanya terdapat pada RS jenama Psling dan Femmebelly (dulu dikenali dengan nama Petitbelly) dari Jepun
Psling Shijira:Brick Blue. Juga bakal menemui pemilik yang baru :)
  • Silk: Sutera..pastinya kilauannya memikat hati.. sangat sesuai dipakai terutamanya pada majlis-masjlis tertentu seperti kenduri kawin, dinner dan sebagainya. Sutera ni pun macam-macam jenis, ada rawsilk, dupioni silk dll. Saya boleh bagi review dua jenis je sebab ni je yang ada dalam RS stash saya.
Rawsilk: sangat best sebab sejuk bila kene skin. Sangat sesuai dengan cuaca kita dipakai di luar atau dalam rumah yang tiada penghawa dingin. Sesuai untuk newborn juga. dan masih ada kilauan sutera yang memikat ;). Mamapatch dan Jumpsacbaby ada menjual RS daripada fabric rawsilk.
RS Mamapatch Rawsilk RS. Sejuk bila pakai time panas
Dan sangat stunning dipakai time kenduri kawin ;). 

Dupioni silk: ok tak panas tapi takde cooling effect macam rawsilk tapi kilauan dia lebih terserlah dan memikat hati. Mostly brand RS imported ada carry RS dupioni silk, macam Comfy Joey, Sakura Bloom dan Kalea Baby .

Comfy Joey Dupioni Silk Single layer: Gold Field.. ini RS will be my legacy RS.. sgt cun!!

  • Mesh/Solar Veil (SV):selalunya RS menggunkan fabric mesh dan SV digunakan sebagai water sling untuk dipakai time bawa baby mandi di pool atau sungai. Boleh juga digunakan masa bawa berjalan diluar dalam keadaan panas macam di Zoo dan sebagainya. Fabrik SV ni mempunyai bahan yang boleh menghindarkan terik matahari. Sangat popular oleh western mama pakai time summer. Tapi harus diingat untuk memberi mesh atau sv sling ni, kita kene beli size kurang satu ukuran.. err contohnya if RS biasa kita pakai size M, so untuk mesh/sv sling kita kene ambil size S. Sebab fabrik bentuk jaring ni menyebabkan dia akan memanjang.. errr pahamkah? kira ambil satu size kecil la.. Setakat ni local made RS yang carry Mesh sling hanya Jumpsacbaby.
Jumpsacbaby Mesh Sling. Luv the colors ;)

  • Wrap Conversion RS: RS yang diperbuat daripada kain wrap (kain yang ditenun khas untuk dijadikan pengendong bayi). Wrap ni pun ada byk jenis fabric cotton, linen, bamboo, silk, wool dan macam2 lagi.
  • Double layered 2 fabrics: Gabungan dua jenis fabrik kira dua lapisan contoh linen dan silk atau linen dan cotton. 
Double layered linen/silk by Kalea Baby. My latest RS.. :p


Shoulder style
Saya rasa dalam pemilihan ring sling, jenis shoulder style merupakan perkara pertama yang diutamakan ketika membeli sebab shoulder ni la merupakan kunci pada keselesaan kita ketika memakainya. Terdapat pelbagai jenis juga mengikut keselesaan dan citarasa pemakai.
  • Gathered Shoulder: kain terus dimasukkan dalam ring tak sebarang jahitan tambahan.. huhuhu saya tak tau nak cerita macam mana la. contoh RS Jenama Kalea Baby/Snuggbaby (local made)
RS Belgium Linen. Ni bukan saya punya, ni travelling RS. This is Liza Yaacub's RS owner of Snuggbaby. Travelling carrier niorang punya kasi pinjam dan travel dari seorang ke seorang. Nak join travelling carrier (so dapatlah chance nak rasa carrier yang best dan mahal sila join Malaysian Babywearers sekarang! (hahhaha promote lagi.. ;).

  • Pleat: dibahagian bahu di dijahit pleat err macam mana nak citer tatau tengok gambar jelah
pic from Ocah. WCRS guna wrap Girasol Symphuo
  • Hotdog: saya sendiri tak pernah tengok IRL( in real life) macam mana hotdog shoulder ni.. tapi tengok gambar macam nilah.Contoh RS Ocah WCRS ada bikin hotdog shoulder
pic from Ocah. WCRS guna wrap Hoppediz Sandstein
   
Ni pandangan belakang shoulder hot dog. Pic from Ocah. WCRS guna wrap Didymos Limited Edition Jade Jim.
Jumpsacbaby RS. Lightly padded. My 2nd RS, its hot pink and its customed. but now stay with new owner ;)

  • Accordion shoulder: kain pada bahu disusun macam kain baju kurung atau menyerupai alat muzik accordian sebab tu dipanggil arcodian shoulder .;). Shoulder accordian ni, sangat selesa dan rasa macam ada padded, padahal takde. ni sebab kain disusun berlapis-lapis kat bahu tu, so rasa tebal dan selesa di bahu. Disebakan arcordion shoulder ni jugak, Psling ada Right shoulder dan left shoulder. Right shoulder untuk mereka yang carry anak disebelah kiri (kalau dukong dengan tangan, barehand guna tangan kiri). Manakala Left shoulder untuk mereka yang biasanya dukong anak belah kanan (kalau dukong dengan tangan guna tangan kanan), tu sebab saya cakap macam kain baju kurung ada orang pakai belah kanan dan ada orang pakai belah kiri, so susunan tu ikut la belah kanan or kiri. Tapi ni bukan la masalah besar, walaupun psling tu dah tulis contohnya untuk Left shoulder, mereka yang right shoulder still boleh pakai. kene tengok kat forum MBW ni.. baca la ye.. lotih acik nak explain satu-satu.. ;p. Contoh RS Psling
Alat muzik Accordian macam ni la susunan kain RS yang ada accordian shoulder. Pic dari pakcik google.

Psling Accordion Shoulder
  • Hybrid shoulder: selalunya gabungan 2 jenis shoulder. contoh RS Comfy Joey
Comfy Joey Hybrid Shoulder. Gabungan Pleat dan Gathered Shoulder

Ring
Ring juga memainkan peranan jugak sebab ring kena tahan lasak dan mampu menampung berat baby. Dan pastinya ring perlu memegang kain agar tidak licin dan terletak.
Ada banyak jenis ring dan size digunakan. Biasanya ring size small digunakan untuk jenis kain agak licin macam mesh dan SV, medium plak selalu digunakan untuk fabrik silk. manakala large biasa dan banyak digunakan untuk kebanyakkan RS. Jenis ring pulak:
  • Aluminum:  banyak digunakan untuk kebanyakkan RS
  • Silver: Setahu saya hanya terdapat pada RS jenama Psling sahaja. dikatakann ringnya diperbuat daripada silver tahan lasak dan antibacteria. Ring boleh memikul berat sehingga 2000 kg!!. Size nya lebih kurang size medium ring alum dan agak penyet :p. yang bestnya Ring Psling ni ada warna gold yang memang nampak macam emas betul! soooo bling-bling uols
  • Nylon: tak ramai yang gemar RS yg ada nylon ring sebab agak licin dan RS tidak terletak elok. tapi ada juga mama yang suka..
Tengok ring Psling.. gold you!.. macam emas betulkan.. psling dalam gambar ni sebenarnya Left Shoulder (LS, untuk pemakai yang carry anak belah kanan, bahu sling dibelah kiri) tapi saya right shoulder (RS) lagi pun masa ni tatau lagi LS ke RS kubelasah saje.. :p. This also travelling RS not mine but Zanamikan MBW's member.


Panjang RS
mengikut ketinggian dan juga jenis badan pemakai dan citarasa pemakai nak tail tu panjang mana. Ada yang suka labuh ada yang suka pendek. Sebaiknya paras paha atau atas lutut sikit. Bagi yang BF, mungkin suka labuh sikit sebab senang nak nyusu tail boleh jadi nursing cover dan untuk carry newborn style tummy to tummy kene tail labuh sikit. Ukuran boleh refer Jumpsacbaby.com punya ukuran.

Sizing Table for All JumpSac Ring Slings (except for the JumpSac Mesh Water Slings)
  Height Body type
skinny - averageplus size/chesty
 You are « 5' 1" (155 cm)XSS
 5' 1" (155 cm) < You are « 5'5" (165 cm)SM
 5'5" (165 cm) < You are « 5' 8" (173 cm)ML
 You are > 5' 8" (173 cm)Lcustom size


guna tail as nursing cover. 
BF in upright position
menyusu baby dalam keadaan menegak.

Tail
Ekor yang lurus atau V-shape. Dan untuk menambah kecantikan RS, ada jugak tambahan accesoris macam sequine tambahan corak dan kain lain.

Bahagian tail yg V-shape. This was my costumed linen blend Jumpsacbaby RS. Now with new owner.

Comfy Joey Dupioni Silk siap ada sequine di bahagian tail. Also not mine.. Travelling Comfy Joey RS now this beauty at MBW's library. (ada library carrier so member boleh buat permohonan nak pinjam)

RS untuk Newborn
Sebaiknya menggunakan fabric lembut macam cotton atau linen yang dah broken in yang dah lembut ataupun silk dan bamboo.

BW Asyraf, 3months in Jumpsacbaby RS linen blend.  RS yang dipinjam dari Jumpsacbaby. Picture credit to Liza Yaacub


RS untuk toddler
Biasanya linen la paling sesuai untuk carry toddler sebab ciri dia yang tahan lasak supportive dan jugak airy.

BW Asyraf, Setahun 7 bulan in Psling linen. Also travelling Psling by Zanamikan


Harga

harga RS ni bergantung pada jenis kain selalu pure linen dan silk agak mahal dalam lingkungan RM170-RM275. RS daripada cotton dan linen blend biasanya murah dlm lingkungan RM125-RM170.
  • Jenama tempatan seperti JumpsacBaby, SnuggBaby, Mama Patch menawarkan harga yang mampu milik dan kualiti setanding dengan jenama luar negara. 
  • Dan semestinya Jenama RS dari luar negara yang well known macam Sakura Bloom, SBP, Comfy Joey, Kalea Baby agak mahal sebab harga dalam US Dolar
  • RS yang paling mahal adalah dari Jepun iaitu Psling. Brand new RS Psling berharga 33,600 yen kalau di convert ke RM boleh mencecah RM1K! (ye sila telan air liur!!). Harganya mahal sebab kualiti kain yang ditenun khas seperti shijira (cotton) dan Kasuri (linen) dan penggunaan silver ring yang anti bakteria dan tahan lasak disamping arcordian shoulder yang sangat selesa dan best! Psling memang lain dari yang lain. Tu la sape nak memiliki Psling kena la ushar selalu kt FSOT TBW cari 2nd hand dan harga yang mampu milik (dalam RM300-RM450 jugak la). Saya ada dua psling tapi dah jual sebab warna tak sesuai dengan saya :p.. (sapa nak beli boleh RM300 je... boleh tgk kat sini ) tapi mmg best tengah hunting psling idaman hati..ngee, dan ada jugak jenama RS dari jepun jugak Femmebelly RS daripada fabrik shijira berharga dalam RM250. 
  • Wrap conversion RS mmg sah la mahal sebab harga wrap tu sendiri dah mahal convert jadi RS mahal la jugak.. dalam lingkungan RM300-400.

Apapun bagi saya, saya membeli RS mengikut kecantikannya, color, dan bila masa untuk dipakai. macam kasut kena ada selipar nk gi jamban, kasut sukan, kasut gi opis, kasut gi shopping dll.. tu sebab saya ada banyak RS.. untuk bawa ank main air, bawa anak jalan-jalan, kendong ank time kenduri, kendong anak time panas dll.Yang penting RS mesti mau matching dengan outfit/baju kita baru la kelasssssssssss ko maria.. hahhaha... 

Antara RS yang saya ada. Hoarding the red linen and gold silk. white dah jual. kiri sekali rawsilk for sale.
Qaseh...
alynn fazz