Showing posts with label Asuhan Positif. Show all posts
Showing posts with label Asuhan Positif. Show all posts

Friday, October 16, 2009

Tips Membina Ìzzah, Yakin Diri (Self-esteem) dalam Diri Anak-anak

Anda boleh mengamalkan 20 tips di bawah untuk tujuan ini:

  1. Berikan kasih sayang, perhatian dan buat mereka rasa selamat tanpa kira rupa paras dan kebolehan mereka.
  2. Galakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.
  3. Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak. Kita hendaklah membetulkan ‘perbuatan’ salah laku mereka, bukan diri mereka.
  4. Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikan kepadanya. Jangan jemu mengulang peraturan ini dan pastikan anda konsisten dengan peraturan ini.
  5. Galakkan anak membuat pilihan sendiri. Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagi kanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkan mereka memilih.
  6. Bina pengalaman baru dalam diri anak. Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal.
  7. Jangan malu meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan.
  8. Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu. Perkara itu perlu dilakukan SELALU dan SEGERA untuk memberikan kesan.
  9. Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka. Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri kerja di depan anak. Jangan mengongkong anak dengan satu cara melakukan sesuatu.
  10. Menggunakan disiplin secara positif. Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupan seharian mereka seperti waktu makan, belajar dan bermain teratur.

Baca huraian 10 tips penting ini selanjutnya di sini.

Rosnah Ahmad dalam Pendidikan awal penentu kejayaan, keperibadian anak, 13 April 2005, Wadah Wanita Islam

Monday, October 12, 2009

Pesanan Ayahanda Lukman Hakim

Luqman ayahanda yang sangat bijaksana. Dalam al-Quran terakam satu surah khas untuk ayahanda Luqman. Bacalah...

13. Sesungguhnya Aku (Allah) memberi hikmah kepada Luqman. Oleh itu, "Bersyukurlah kepada Aku. Barang siapa yang bersyukur kepada Aku, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Sekalipun ada manusia yang tidak bersyukur kepada Aku, Aku tetap juga Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

14. Ingatlah kata-kata Luqman kepada anak-anaknya, ketika beliau memberi pengajaran kepada mereka. Beliau berkata, "Wahai anakandaku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar," dan

15. Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayah dan ibu mereka. Ibu kamu telah mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudianmenyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan ibu kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.

16. Nabi Luqman berkata, "Aduhai anakandaku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

17. Wahai anakandaku, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Sesungguhnya, semua itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah, dan

18. Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan angkuh.

19. Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.

Surah Ke-31: Luqman (ayat 13 - 19)

Petikan Artikel diambil dari http://ratuhati.com/

Thursday, October 1, 2009

Teknik Menghukum Anak

Perlu diingat bahawa menghukum anak bukan hanya dengan memukulnya sahaja, tetapi hukuman boleh diberi dalam pelbagai cara, malahan kadang-kadang pemberian hukuman dengan cara memukul sangat tidak berkesan malah dapat menimbulkan impak yang negatif.

Di bawah ini disenaraikan cara-cara memberi hukuman sebagai pendidikan kepada anak, diulangi, sebagai pendidikan kepada anak. Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.
  1. Pandangan mata yang sinis. Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.
  2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.
  3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.
  4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la...) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.
  5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.
  6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.
  7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.
  8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata "Wahai penipu!"
  9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.
  10. Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: "Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun."

Dihantar oleh ahli: FYE

dipetik dari http://www.ratuhati.com/index.php/asuhan-positif/470-teknik-menghukum-anak

Kaedah Sichida dalam Mendidik Anak

{mosimage}Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarnya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu costnye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje... dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat dia sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well
gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak
kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. Kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong senyap dik....berbanding Jangan bising dik..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Sumber: Email yang diforwardkan (Siapa tahu penulis asal tulisan ini sila beritahu...)

http://www.ratuhati.com/index.php/asuhan-positif/375-kaedah-sichida-dalam-mendidik-anak

Tahap-tahap dalam mendidik anak-anak....

Dari bayi hingga ke usianya 7 tahun

{mosimage}Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa. dibelai dengan penuh kasih sayang, diajak bermain, bergurau dan seumpamanya dijaga seperti menatang minyak yang penuh.

Natijahnya agar anak sentiasa sedar dan fikir bahawa ibu bapa adalah rujukan terbaik
bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi.

Dari usia 8 hingga 14 tahun

Dalam pada anak diasuh dengan penuh kasih sayang, anak mesti dididik dengan penuh disiplin dan diajarkan tentang pengagihan tanggungjawab tak kira di rumah atau pun di sekolah.

Dari usia 15 hingga 21 tahun

Ketika ini anak hendaklah didekati secara berkawan. Ibu bapa tidak lagi boleh marah-marah yang melampau pada anak kerana jiwa remaja mereka akan memberontak.
Jangan sesekali mengherdik apalagi memukul anak-anak tersebut.

Dari usia 21 ke atas

Berikan kebebasan kepada anak dalam membuat keputusan sendiri atas apa yang ingin mereka kerjakan. Dalam pada itu, ibu bapa mesti sentiasa pantau, pesan, doa dan nasihat anak tersebut semoga hala tuju mereka betul.



Sumber : Dr Fadzillah Kamsah http://www.ratuhati.com/index.php/asuhan-positif/216-didik-anak-ada-tahapnya

Kata TIDAK! Tukar Dialog Anda

Sampai satu ketika, anak anda akan suka buat ujikaji "Sebab dan Akibat".. Kadang-kadang bila kita pangku dia, tetiba, dia ketuk kepala kita.. Sebabnya, dia nak tengok reaksi kita...

  • Akibatnya, kita pun jerit..
    "JANGAN pukul kepala ibu! Sakit!"
  • Apa kata anda bertegas, katakan begini...
    "Kalau Abang buat lagi, abang kene turun dari pangku ibu"

Kadang-kadang anak anda suka bergayut kat ibunya kan... Bila kita berdiri buat sarapan di dapur, selalunya kaki kita jadi mangsa.... dipeluk-peluknya... kadang-kadang siap buat macam tiang dekat playground tu lagi..

  • Biasanya dialog kita macam ni....
    "TAK mahulah peluk-peluk kaki mama."
  • Apa kata anda tukar kepada...
    "Mama tengah prepare sarapan kakak ni... Kakak main dengan sudu dan mangkuk tu dulu ye..."
    (Kita beri alternatif kepada anak-anak selain daripada apa yang ingin dia buat.. Jadi anda tak perlu sebut "TAK")

Selalunya anak kecil, suka bereksplorasi... Semua nak diusiknya... Paling tak best kalau di rumah orang atau ketika ada tetamu di rumah.. Tunjuk skill lah katakan.... Gelas, bunga, macam-macam lagi semua ingin disentuh...

  • Selalunya dialog kita begini...
    "JANGAN sentuh bunga tu."
  • Cuba tukar kepada...
    "Ummi tak mahu kakak buat macam tu..."
    (Kita tak cakap jangan, tapi kita tekankan tentang kemahuan kita kepada anak, bunyinya sedikit tegas)

Kucing antara binatang kesayangan kanak-kanak. Kalau jumpa, mula-mula dijeritnya, kemudian dipegangnya. Cara memegangnya tu ikut mana dia sempat... Bukan sebab ganas, tapi kanak-kanak belum mengerti tentang itu...

  • Dialog kita selalunya...
    "JANGAN tarik ekor kucing tu!"
  • Tukar dialog anda kepada...
    "Lembut sikit... kesian kucing tu... gosok kucing tu macam ni aje..."
    (Tunjukkan cara yang betul supaya lama-kelamaan anak anda akan semakin faham dan tahu)

Soket elektrik antara kegemaran anak anda. Anak anda suka bereksperimen dengan bunyinya...

  • Tambahan lagi bila anda cakap..
    "JANGAN usik!" Lagi dia nak usik...
  • Cuba anda alih perhatian dia....
    "Mari sini kat ummi..."
    Pangku dia dan nyanyikan lagu kegemarannya...
    (Anak anda memang mahukan perhatian anda. Berikan dia perhatian sebelum dia 'memintanya')

Bagaimana pula anak anda? Dan dialog anda?

dipetik dr www.ratuhati.com

Adab Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

Petikan ini diambil dari http://www.ratuhati.com/index.php/asuhan-positif/162-adab-menyambut-kelahiran-anak-dalam-islam

Ucapan Tahniah

{mosimage}Ucapan tahniah wajar diberikan kepada mereka yang mendapat cahayamata kerana ia boleh menimbulkan perasaan kasih sesama muslim.

Digalakkan juga mendoakan buat anak tersebut sebagaimana yang dianjurkan oleh seorang ulama’ iaitu Hasan al-Basri : Moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.”

Doa lain ialah : Aku memohon keselamatan untukmu dengan berkat kalimat Allah yang sempurna, daripada segala syaitan yang membuat kebinasaan dan dari segala pandangan mata yang dengki.

Azan dan Iqamah

Seelok-eloknya bayi diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya sebaik sahaja ia lahir. Orang terbaik yang melakukannya ialah bapanya.

Rahsia azan dan iqamah ialah supaya kalimat pertama yang didengarinya adalah seruan mulia membesarkan Tuhan dan kalimah syahadah.

Tahnik

Tahnik dilakukan dengan mengunyah sedikit kurma sehingga lembut dan memindahkan sedikit airnya ke lidah anak yang baru dilahirkan dan jari digerakkan ke kiri dan kanan dengan lembut meliputi keseluruhan bahagian dalam mulut bayi. Ini dapat merangsang deria rasa dan menguatkan urat saraf bayi. Orang yang paling baik melakukannya adalah orang-orang yang soleh dan berilmu. Dan hendaklah ia mendoakan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.

Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadis di antaranya.
Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata. Ertinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.

Akikah, Bercukur dan Memberikan Nama Yang Baik

Dari segi syara‘, aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut di kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Dalam mazhab Syafie, hukumnya adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat digalakkan). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama ." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Aqiqah dituntut bukan sahaja untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, tetapi juga bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan ibu bapa terhadap anugerah cahaya mata atau zuriat. Di samping itu ia juga merupakan latihan untuk umat Islam dalam melakukan sedikit pengorbanan.

Berkhatan/Bersunat

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Asuhan Positif : Hassan Al-Banna sebagai Suami & Ayah


"Kami sangat mencintai ayah...sangat cinta. Kami mentaati keinginannya kerana kami cinta kepadanya, bukan karena kami takut padanya. Sampai jika ayah pergi, kami semua sangat merasa kehilangan..."

Itulah kata-kata Ir. Roja mengenai almarhum ayahnya, Hassan al-Banna. Ayah yang hebat, sehebat ketokohannya memimpin Ikhwanul Muslimin, organisasi yang ditubuhnya. Semasa pemergian ayahnya ke alam baqa, Ir Roja baru menjangkau umur lima tahun. Umur yang masih mentah. Namun kesan didikan seorang ayah yang hebat, ia mampu membentuk jiwa anak-anaknya yang masih mentah.

Semasa Kecil

Hassan al-Banna lahir dalam keluarga yang sederhana. Dia menerima didikan agama daripada bapanya, seorang lulusan Universiti Al-Azhar. Bapanya memainkan peranan besar dalam membentuk peribadi anak-anaknya. Mereka membudayakan ilmu dan ibadah dalam keluarga. Keluarganya mempunyai sebuah perpustakaan yang besar dan juga kerap mengadakan perbincangan dan kelas ilmu di rumah.

Beliau telah menghafal al-Quran semenjak umurnya 12 tahun. Umur yang kebanyakan anak-anak zaman sekarang hanyut dengan permainan video.
Inilah warisan seorang ayah. Ilmu yang diturunkan kepada anaknya melahirkan individu yang cemerlang.

Isteri dan Ibu untuk Anak-anaknya

"Wahai Ummu Wafa, Istana Kita menanti di Syurga.."

Tidak sukar untuk mendidik jiwa yang sedia menerima. Imam Hassan al-Banna memilih Ummu Wafa sebagai isterinya dengan mengambil kira sikap bakal isterinya yang komited dengan Islam. Keluarganya sederhana tetapi dermawan dan baik hati.
Setelah pernikahan, dialah isteri yang setia menemani suaminya dan bersifat cukup dengan apa yang ada. Sehingga perabut di rumahnya terpaksa diambil hampir kesemuanya untuk kegunaan dakwah juga dia tidak berasa gundah. Peribadi mulia seorang isteri ini secara tak langsung menambahkan semangat juang suaminya. Bersama, ketika susah dan senang, sehinggalah ajal menjemput suaminya 12 Februari 1949.

Permata Hati Ayah

"Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya..."
Wafa, Ahmad Saiful Islam, Dr Tsana, Ir Roja dan Dr Istisyhad, lima orang puteri, seorang putera menjadi hiasan hidupnya… Walaupun beliau syahid dan meninggalkan anak-anaknya ketika umur anak sulungnya 17 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan ibunya, tetapi didikan itu meresap dan menjadikan anak-anaknya insan yang berjaya.

Amalan Hassan Al-Banna dalam Mendidik Keluarga

Siapa lagi yang lebih layak menilai seorang lelaki sebagai bapa, jika bukan anak…

  1. Makan bersama, jadi keutamaan
    Walaupun sangat sibuk, beliau tetap berusaha untuk makan bersama keluarga.
    Tsana: “Beliau sangat mengerti apa yang dikatakan Rasulullah, “Sesungguhnya badanmu mempunyai hak, keluargamu juga punya hak...”
  2. Tidak Ada Suara Keras di Rumah Kami
    Tsana: “… kami tidak melihatnya seperti kebanyakan orang yang kerap berteriak atau bersuara keras di dalam rumah, akibat dari tekanan mental dan fizikalnya setelah penat bekerja”.
  3. Mahu Tahu Masa Kecilku? Rujuk Fail Ayah
    Tsana: “Ayah- semoga Allah merahmatinya- menyediakan masing-masing kami satu map khusus, yang digunakan untuk menghimpun semua hal yang khusus tentang kami untuk perbaikan atau kemajuan di sekolah, bahkan termasuk masalah makan. Ya, tentang masalah makan dan ubat-ubatan yang kami minum sejak kami lahir, juga tentang sakit yang pernah kami derita sejak kami lahir… “
  4. Sangat Lembut Terhadap Anak-anak Hasilnya, Kami Menuruti Tanpa Harus Diperintah
    Saiful Islam: “Ayah-semoga Allah merahmatinya- sangat lembut perasaannya. Beliau sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Beliau mempunyai kemampuan yang menjadikan kami menurut tanpa memerlukan perintah untuk mentaatinya. Kami menganggap beliau mempunyai wibawa yang sedemikian besar yang menjadikan kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya.”
  5. Mengajar Berinfaq
    Hassan al Banna tidak melupakan tentang pentingnya mendidik anak untuk menginfaqkan wangnya ke jalan Allah, seterusnya memberi manfaat kepada orang lain.
    Saiful Islam: “Ayah memberi kami sepuluh ma’adin untuk kami infaqkan seluruhnya setiap hari Jumaat setelah solat jumaat. Ayah tak pernah lupa dengan kebiasaan ini. Demikianlah aku jadi mengerti setelah itu, bahawa ternyata ayah mengirim salah seorang ikhwan untuk mengintip aku bagaimana aku menginfaqkan seluruh wang pemberiannya itu, sehingga ayah merasa tenang dengan penggunaan wang yang diamanahkan kepada aku.”
  6. Menasihati Tidak Secara Langsung
    Tsana: “Aku ingat ketika saudaraku Saiful Islam yang sangat suka membaca cerita komik. Ketika itu ayah tidak mengatakan kepadanya, agar buku itu tidak dibaca. Tapi ayah pergi dan memberinya kisah-kisah kemuliaan Islam seperti kisah Antarah bin Syadad, Shalahuddin Al Ayyubi dan lainnya. Sehinggalah akhirnya Saiful Islam meninggalkan sendiri buku Arsin Lobin dan lebih banyak membaca buku dari ayah. Ayah suka mengarahkan kami dengan tidak secara langsung agar apa yang kami lakukan itu tumbuh dari diri sendiri, bukan dari perintah ataupun tekanan siapapun.”
  7. Berinteraksi Secara Wajar Dengan Masyarakat
    Tsana: “Ayah membiarkan kami ikut pembelajaran di sekolah. Ayah juga mengizinkan kami berinteraksi secara wajar dengan jiran dan masyarakat. Dalam masa itu, jiran masing-masing saling mengenal. Ayah juga tidak melarang kami bermain dengan teman-teman kami di waktu tertentu, juga untuk hadir dalam berbagai pertemuan di pejabat Ikhwan. Mereka menyediakan meja untuk kami.”
  8. Tidak membeza-bezakan layanan antara anak
    Tsana: “Tidak ada perbezaan sikap ayah tehadap anak laki-laki mahupun perempuan. Bahan dalam pemberian hukuman tidak ada perbezaan. Tetap ada keseimbangan dan keadilan dalam pendidikannya.”
    Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW
    “Persamakanlah anak-anak kalian dalam pemberian. Andai aku boleh memilih pengutamaan, nescaya aku lebih memilih mengutamakan perempuan.” (HR Thabrani dalam Kabiir dari Ibnu Abbas ra)
  9. Rak-Rak Buku Yang Menjadi Saksi
    Hasan Al Banna sangat mengambil berat pendidikan anak-anaknya. Itu tercermin dalam hal berikut:
    a. Setiap anak punya ruangan sendiri berisi buku mereka dalam perpustakaan keluarga.
    b. Memberi wang bulanan untuk anak-anaknya membeli buku yang mereka minati.
  10. Keterlibatan Yang Bijaksana Mengenai Sekolah
    Tsana: “Aku ingat sebuah peristiwa yang terjadi antara aku dengan saudaraku Wafa. Ketika ia mulai memakai jilbab di sekolah, seorang guru sekolah yang mengajarkan pelajaran etika keperempuanan menyampaikan bahwa pakaian muslimah menurutnya tidak sejalan dengan peraturan sekolah... Ketika itulah, Hasan Al Banna segera menghubungi guru tersebut melalui telefon. Al Banna meyakinkan guru dengan kewajiban menutup aurat dan memakai jilbab. Hasilnya positif...”
  11. Ayah Memberi Kami Hukuman
    Tsana: “Jarang sekali ayah menghukum kami. Kecuali bila ada sesuatu yang memang dianggap kesalahan berat atau terkait dengan pelanggaran perintahnya yang sebelumnya sudah diingatkan kepada kami. Jika kami bersalah dalam masalah ini, tentu saja kami mendapatkan hukuman, sebagaimana metode punishment and reward dalam pendidikan. Tapi itu jarang terjadi. Aku dua kali mendapat hukuman dari ayah. Kali pertama ketika aku keluar tanpa memakai sandal, dan kedua ketika aku memukul pembantu di rumah... “
    “…Suatu ketika aku duduk di atas tangga itu dan melihat ayah datang dari kejauhan. Aku segera bangun dan menghampirinya tanpa menggunakan sandal. Padahal ayah sudah menyiapkan sandal untuk bermain dan sepatu untuk ke sekolah. Aku pergi begitu saja, lupa memakai sandal. Ketika itu ayah hanya melihatku sebentar saja, hanya sepintas. Dan saat itu pula aku sadar bahwa aku pasti akan mendapatkan hukuman. Aku segera kembali ke rumah.
    “Setelah para ikhwan pulang, ayah masuk ke ruang makan dan memanggilku. Aku datang dengan langkah lambat karena takut. Ayah berkata, “Duduklah di atas kerusi, dan angkat dua kakimu.” Ayah lalu memukul kakiku dengan pembaris pendek. Setiap belah kaki dipukul sepuluh kali. Tapi terus terang aku sebenarnya ingin tertawa, karena pukulannya pelan sekali sampai aku tidak merasakannya. Ayah hanya ingin membuat aku mengerti bahwa aku telah melakukan kesalahan.”
  12. Ayah dan Ibu Kami, Pasangan Romantis dan Harmonis
    Tsana: “Pernah suatu hari ayah pulang agak malam dan ibuku sedang tidur. Ketika itulah saya melihat penerapan firman Allah SWT, “Dan (Dia) menjadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang”. Ketika itu ayah tidak membangunkan ibu sama sekali, ayah menyiapkan sendiri makanannya dan seluruh keperluannya untuk menjamu tetamu yang datang. Ayah kulihat masuk ke dapur dan mempersiapkan makan malam sendiri. Ayah tahu letak semua rencah dan perabutan di dapur. Secara pantas, ayah menyiapkan makanan, kuih dan minuman untuk para Ikhwan. Ayah juga menyediakan roti dan menyusun meja makan sampai kemudian mereka makan malam bersama.”

Petikan dari buku
Cinta di Rumah Hassan al-Banna
Mohammad Lili Nur Aulia
Alam Raya Enterprise

dan diambil dari http://www.ratuhati.com/index.php/asuhan-positif/1086-hassan-al-banna-sebagai-suami-dan-ayah