Showing posts with label 3rd baby. Show all posts
Showing posts with label 3rd baby. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Pa&Ma Mac 2013: behind the scene

Oh yeah.. Arash dalam Pa&Ma keluaran Mac 2013 uols..


Dapatkan sekarang *wink* ;)

Orang tanya macam mana Arash boleh terpilih jadi cover ni?.. Alkisahnya.. aku nak hantar borang untuk Arash sertai Pertandingan Bayi Pa&Ma 2012 tahun lepas.. tapi masa tu lepas raya puasa.. dengan cuti la so aku tak sempat nak hantar borang tu.. sampai la dah due date.. tapi aku masih berharap.. aku selamba hantar juga even dah tarikh tutup. Bukan apa. or orang Pahang kata selok sangat nak masuk, sebab terbayangkan hadiah dia banyak gila kot.. banyak sponsor la katakan.. hadiah saguhati pun hamper tinggi separuh pinggang.. semua branded punya barang plak tu.. syiok. teringat dulu Abang Iskandar pun ada masuk Pertandingan Bayi Pa&Ma ni tahun 2009.. ada entry kat sini

Ternyata pencalonan Arash dah tak diterima. Pemilihan dah dibuat.. So aku tak kisah sangat la.
Sekali dapat phone call dari orang karangkraf. PA&MA Cik Intan, terperanjat gegurl tau.. katanya sori sebab Arash tak dapat masuk semi final Pa&Ma .. sebab dah tutup pencalonan. Tapi dorang nak buat fotografi for Arash as a cover page.. wahhh.. Mak suka!.. hahaha dengan harapan dapat la hadiah apa-apa kann :p. Cik Intan suruh bawa baju Sweater dan dua-tiga helai baju yang cantik-cantik. Gigih ni aku ngan En. Arman cari baju semata-mata untuk fotografi ni. Tapi beli kat Jusco je terhad la pemilihan. Sweater tu tatau nak beli macam mana.. bukan duk ada pun. Arash sejuk aircond pun dia bleh berpeluh. So memang takde la sweater. Kita orang belasah beli selai sweater dan 4 baju baru.. huhuhu..

So arrangement dibuat on 20 November 2012. Gile kau.. time tu aku punya la sibuk nak MAHA 2012. Yelah MAHA kan start 23 November.. tapi seb baik part aku tak la kritikal sgt.. jadi emcee untuk majlis pelancaran padi jer untuk first day MAHA tu.. so aku pun gigih minta cuti dari Boss Cantik aku.. dapat la gi. Macam biasa tengahari Arash tidur, so sepanjang dari umah Serdang ke Pejabat Karangkraf di S.Alam Arash tidur.. dah sampai pun dia tidur lagi. So call penyelaras Cover Pa&Ma, Cik Intan dia kata ok bleh tunggu jap dia pun tengah pump susu. ok la.. lebih kurang 10 minit Arash bangun, agaknya dia rasa kereta dah tak berjalan, dan dan jaga. Aku pun bagi la makan dulu.. dah kenyang senang bagi kerja huhuhu..

Masuk je terus Intan tegur dan bawa kita orang ke studio.. Tapi kena menjelajah satu pejabat Karangkraf tu.. Melopong gak la aku.. punya la ramai staf dan besar ofisnya.. semua department aku dapat tengok, Karangkraf sebab studia dia kat belakang sekali.

Masuk studio.. kosong.. yang ada beberapa batang lighting.. aku macam pelik la jugak. Bukan apa, aku terbanyakan studio colour full, penuh mainan utk budak.. kira macam taska la atau palyroom. takpe jangan banyak tanya ikut jela arahan :p. Photog dah tunggu kami dengan beberapa orang lagi staf karangkraf. Cik Intan tanya ada bawa baju tak? Kami pun cakap la ada bawa 5 helai. Termasuk 2 helai sweater macam yang disuruh.. Cik Intan tengok sekali imbas dan ambil keputusan pakai baju yang disediakan jer.. Sweater tu sekali dengan topi, muat-muat je dengan Arash. Agak ketat gak la topi tu.

Bermulalah sesi fotografi. Arash memula nangis juga. Tapi lepas tengok bola yang kami bawa dan En. Arman main peranan as a clown dan cheer leader..baru la Arash senyum. Bukan senang ye nak dapatkan shot yang terbaik.. Sampai menonggeng-nonggeng cik Photog tu. Aku pun bermandi peluh.. sebab berapa kali kena angkat Arash letak kat center balik, dia duk la kedepan merangkak nak pi ambil bola tu.
 

 Berapa kali take, Arash mula rimas dengan topi tu.. dia nak buka.. lepas je terbuka topi terus dia buat bunyi
"aaaahhhhhh.." huhuhuh.. lega gamaknya.. alahai sian anak mommy.. topi tu ketat. Aku pun sapu-sapu dan urut-urut lembut dia kasi lega sket. pastu kena pakai balik.. 2-3 kali take dia buka lagi dan ualang sebut "aaaahhhh" siann..Dalam hati macam nak cakap bleh tak tak payah pakai topi tu.. aku ada je bawa topi tapi dorang tak tengok pun.. lebih kurang sebenarnya cuma color brown dan aku rasa cantik lagi kot. Tapi maybe dorang nak sama dengan baju tu kot. Dan pereka tema tu cakap nak buat Arash macam bear.. oo gitu kekdahnya.. tapi sayang tak nampak la rambut Arash yang mahal itu.. ngeee...
 
Arash dah kedepan nak ambil toys

Agak-gak setengah jam, Arash dah tak mo dah.. Lepas tu Cik Intan pasang lagu chicken dance. Apa lagi terus Arash berjoget sakan. Di goyang-goyang badan dan kepala dia.. hahahha Arash kan pantang dengar lagu mesti nak dance. Lagi la susah nak ambil gambar.. huhuhu. Aku ada rakam aksi tu dlm hp tapi dah delete sbb En. Arman pun ada rakam dalam S Note dia. sekali hp En. Arman hilang. abes semua gambar dan video Arash ni. Sayang betul. ok sambung balik tak berapa lama pastu, Arash tak mo dah. Then take a break. aku kasi nenan dulu. Kasi refesh. katanya dah dapat Photo yang cun, tatau la aku tak tengok pun. Pas tu aku dengan cik Intan kata kat cik Photog suh amik gambar Arash pakai baju yang kita orang beli baru tu. Tukar baju, tengok Arash nampak selesa sket la. Yelah dah buka topi dan tukar baju, baju sweater tu kan macam tebal sket. Ada ambil beberapa shot then Arash dan nak buat perangai.. bosan dah latu. Ok its a wrap. Done.

Usai sesi fotografi, kami terus diiring balik. Err ingat ada la minum-minum ke.. hahhhaa.. ko ingat ni gomen ke semua ada minum-minum.. ni swasta takdenye.. ok takpela.. aku tanya nanti dapat apa, Cik Intan ckp nanti dapat boucer Tesco..ooo ingat dapat hadiah apa-apa.. ok la marila kita berbelanja di Tesco nanti..huhuhu.. nilainya aku tatau lagi.. until now takdapat lagi. Bulan Mac ni la kot.

Balik je rumah petang tu nampak Arash letih sangat. Kasi mandi dan nenen dia terus tidur.. Sian penat agaknya.. Sedikit sebanyak aku ralat sebenarnya.. Bukan apa.. macam gi dera anak je. Penat sangat dia, gi pun teringat-ingat dia pakai topi ketat tu. Sian. Duk ulit-ulit Arash.. dengan aku-aku tertidur.. fuh mak pun penat nok.. berkejar, angkat dan bersorak bagai.. huhuhu.
   

Awal bulan Febuari tu, aku tengok kt FB page Pa&Ma, keluaran Mac dah siap, akan keluar start 12hb.. wah.. teruja..


Tapi aku dah beli 7hb lagi.. apek yang hantar surat khabat kat opis ni dah bawa.. oo teruja semua orang kat opis aku ni. betul la.. Arash macam bear dorang buat.. grafik je semua tu.. hahaha.. Sampai semua orang kat opis eh tak semua la.. ada gak la yang beli semata-mata nak tengok dan simpan buat kenangan gambar Arash dalam magazine :p. Termasuk geng aku yang tersayang Serangkai. Tq Uols. Muaah! dan sedara mara.. mak-ayah sedara Arash pun pakat beli.. cuma kat Kuantan lambat sket.. lepas raya Cina baru ada.. ok la semua pun dah tengok Arash. ;)

Aku bawa balik majalah tunjuk kat Arash.. dia macam pelik.. hahahha.. selalunya dia kalau tengok gambar baby mesti dia kiss.. ni macam dia fikir plak.. "macam kukenal rupa ni.. tapi di mana ya?" huhuhu..
yang abang-abang pun teruja.. siap tanya macam mana gambar Arash ada dalam majalah ni? masa bila?
huhuhu..


Tapi yang tak berapa syiok.. tang cover story kat tengah-tengah.. tajuk gempak tu.. "Arash Cepat paham" hahahha.. erkk.. macam poyo je kan bunyi dia.. huhuhu..


memang "INI SEMUA POYO!!!" hehehe..  kalau korang baca jangan salah anggap ye.. aku cuma jawab soalan cik Intan tanya melalui email. Dan aku ceritakan dan bandingkan Arash dengan abang-abang dia je.. aku tau ramai lagi budak lebih cerdik dari Arash. Takde niat nak bangga-bangga atau riak. Jangan salah anggap ye. Tapi semua dalam tu betul la.. aku ada amal makan badam dah biasakan komunikasi dengan Arash dengan sign language.


Ok la kalau nak tengok sendiri boleh beli Pa&Ma keluaran Mac 2013 ye uols.

Terima Kasih bebanyak untuk Majalah Pa&Ma terutama sekali Cik Intan Jaslina kerana memilih Arash untuk cover Mac 2013. 
Akhir sekali ada 2 helai baju Arash yang aku beli hari tu tak pakai lagi.. Sapa nak Brand Kiko. Aku jual murah-murah. Nanti aku upload foto. ;) 

Terima Qaseh atas semua pujiaan kata Arash comel.. doakan moga akhlaknya juga comel dan baik juga ya.. itu yang paling penting. :)

Qaseh...
alynn fazz

Monday, January 28, 2013

Ibu Susuan Arash

announcing: Ibu susuan Arash.. Mommy Sueci . Dan adik Gegil Arash.. Pearl Eiman. Thanks alot.. Moga keluarga ini sentiasa dirahmati Allah dan murah rezki selalu. aminn..

NI la keluarga susuan Arash.. Daddy Nazri, Mommy Sueci dan adik Pearl Eiman. Foto courtesy from Mommy Sue 

Pertemuan Pertama pada 3 oktober 2012. Masa tu Arash dah 8 bulan.

Pertemuan Pertama, muka aku memang sembab giler.. Muka orang sakit. memang tak larat sangat masa ni sebenarnya. Tapi Arash sangat mesra.. siap usik-usik adik dia. Pearl masa ni 6 bulan


Aku buat keputusan nak cari ibu susuan untuk Arash sebab:-

  1. Stok susu EBM aku dah habis.. boliaw! aku demam masa tu. So susu sikit. Pump dapat sikit je
  2. Arash ada isu lacotgen intolerent. dia elergi semua susu haiwan. Aku dah cuba. tapi still tak boleh. Macam mana aku tau tak boleh. kene sikit je susu tu terus naik ruam merah-merah kat muka dan dia gatal.
  3. Arash tak mau susu soya jugak. Dia boleh minum.. means tak elergy dengan soya, tak naik ruam meah-merah pun. Tapi dia sendiri tak mau minum.. dia minum sikit dah rasa, terus tak mau minum dah..



Jadi, aku takde solusi yang lain melainkan dengan ibu susuan.. Oh Indahnya Nur Islam... setiap permasalahan ada jalan penunjuknya.

Tapi sebelum buat keputusan bulat dan tekad aku mohon gak pada Perencana Yang Maha Agung. Solat hajat dan istiharah. Mudah-mudahan keputusan ini yang terbaik dan jodohkan ibu susuan yang terbaik untuk Arash. Dan Alhamdulillah.. bertemu dengan Mommy Sueci.

Aku iklan kt page Human Milk For Human Baby nakkan ibu susuan yang berdekatan dengan Serdang ni. Bukan apa senang nanti nak gi ambil stok dan juga moga silaturrahim ni berkekalan dan tak putus. Untuk elakkan perkara yang tak diinginilakan.. So Arash kenal Milk parent and adik-beradik susuan dia. Ramai yang respon jugak tapi ada yang duduk jauh-jauh, so teman geng MBW,  Juslixa bagi no Sueci. so bermula la ikatan ini. Thanks to Lix too.. :) Shukor




Bonding :)

Saje je Arash usik-usik Pearl


Pertemuan kedua.. Pearl takde mood



ok Arash merasa Ducati Daddy Naz.. amboii.. feeling nampak .. ngeee

Moga Arash membesar dengan baik dan sihat serta jadi anak yang soleh dengan doa-doa daripada ibu-ibunya.. Amin..



Qaseh...
alynn fazz

Sunday, January 27, 2013

Playgroup Arash.. mommy yang mandi peluh :p

Salam ukhwah..

fuh fuh fuh!

berpeluh-peluh mommy dibuatnya..
nasib baik minggu lepas memang asik duk belatih menari untuk persembahan Puspanita MARDI,
so otot-otot semua memang dah regang if not mau lengoh-lengoh badan semua..

Apa kes nih?
Alkisahnya.. petang tadi gigihkan diri bawa Arash pi playgroup kt GBOB.

Apa kebendanya Playgroup ni?
ok ni aku kopipes dari blog GBOB


1. Apakah Playgroup @ GBOB ?
Playgroup @ GBOB adalah satu program yang direka khusus untuk bayi baru lahir  (New Born) sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ia merupakan satu sessi "bermain sambil belajar" yang tidak formal bagi bayi dan kanak-kanak ini agar mereka menjadi bayi dan kanak-kanak yang riang, tidak kekok untuk bersosial dan berkawan dengan rakan sebaya, bersedia menghadapi dunia baru disamping meningkatkan kemahiran motor kasar & halus serta pengukuhan otak kanan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu.

Bukan itu sahaja, Playgroup ini juga merupakan medan untuk anda dan anak-anak membina hubungan yg erat dan memahami dunia mereka. Selepas puas bekerja mencari rezeki dan meninggalkan anak dirumah/ nurseri selama 5 hari, Playgroup ini adalah salah satu cara untuk anda "menebus" masa-masa berharga dengan anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan berfaedah.

GITU... Ada faham? ngeee..

So.. Dengan misi nak menebusla masa-masa berharga dengan anak dengan aktiviti yang santai dan berfaedahSO dengan Arash so aku pun masukkan la Arash dalam playgroup level 2. Level is for 6-12 months. Alhamdulillah Allah izinkan juga bawa Arash attend class ni. Arash tidur kul 12.30 tghari, kelam kabut solat n siap kul 145ptg gerak gi Puchong. Sampai lewat sket kul 2 suku, Teacher Watie baru je buat sesi introduction  nasib baik tak lewat sangat. Arash masuk keta kul 145 tu dia dah jaga kasi nenen dan sepanjang dalam kereta dia tak tidur tapi melepek jela. So masa class awal tu dia macam moody sket la.. suruh clap pun tak mo.. takpe.


Tapi after Teacher Watie mula keluarkan alat bantuan mengajar : BOLA.. apa lagi terus dia meluru nak pi ambil. Sekali Teacher suruh mak-mak semua pegang baby masing-masing sambil hayun baby untuk tendang bola tu.. Aku mula-mula ok la.. memang selalu pun buat macam tu kat rumah. If tak silap Arash since 7 bulan kot memang dah kaki tu tergedik-gedik nak tendang bola bila tengok abang-abang dia main bola. So biasa dah. Tapi aku biasa buat kejap-kejap je.. bukan apa lengoh gak la if pegang lama-lama macam tu. Tapi kali ni memang mandi peluh dibuatnya.. kena tendang bola tu non stop ikut tempoh lagu apa ntah.. lagu la vida lova apa kejadah ntah.. lagu tu plak lama.. pergh.. aku rasa muscle kat lengan dahnaik dah hehehhe..
haa itu baru satu aktiviti..

Banyak gak la aktiviti dan pengisian dalam playgroup ni even dalam masa 1 jam je. Teacher Watie pandai handle dan bantu rangsang 5 deria Baby yang sangat penting dalam level 2 ni. Aku puas hati la.. Time main parachute  Arash nangis la jugak tak biasa.. dan lagi sekali aku mandi peluh.. hahahha. Lagi satu Teacher ada ajar sign language. Aku memang dah amalkan since Iskandar lagi. Tapi yang simple jela macam eat drink sleep, bath, milk, cat bird more. Tahun lepas aku ada beli buku sign language kt BBW, tapi lupa nak tengok.. hahaha.. baru semalam aku tengok. Baru teringat nak apply kat Arash banyak lagi sign. Dalam class ni Teacher ajar banyak lagi.. so aku sgt la suka..:)

Aku takde la tangkap gambar apa.. tak sempat dik non. So lagi sekali aku cilok gambar dari blog GBOB.

Aktiviti Parachute. Gambar coutesy from GBOB


Aku rasa takyah dah joging or exersize bagai.. seminggu sekali exersize dalam kelas Arash dah banyak kalori terbakar.. hahhaha..

Ni aku ambil dari blog GBOB
Untuk Stage 2 (6-12 bulan), kami akan terus mengambangkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan selain terus menekankanstimulasi terhadap kelima-lima deria anak. Peringkat ini merupakan satu peringkat di mana anak sudah mula takut dengan orang yang tidak dikenali, dan ingin selalu berdamping dengan ibu atau bapa, maka dengan adanya kelas Playgroup ini, anak anda akan diasuh untuk menjadi lebih berani, pandai bersosial dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan menjadi bayi yang gembira @ happy baby. Selain itu, dalam Stage 2 ini juga, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menggalakkan anak merangkak dan meneroka persekitaran stimulasi yang ada disekeliling mereka. Terdapat juga Sessi untuk mengukuhkan otak kanan mereka setiap minggu. 

Kesimpulannya.. HIGHLY RECOMEMDED! meh la join sape-sape yang stay berdekatan Puchong tu ;)

Nak tau lebih lanjut boleh baca kt blog GBOB

Qaseh...
alynn fazz

Saturday, June 2, 2012

Manusia mati meninggalkan nama..

Pepatah mengatakan 'Harimau mati meninggalkan belang.. Manusia mati meninggalkan nama'

Jadi.. nama kena ada makna baik dan sedap..ngee..
Saya pernah cerita pasal makna nama-nama anak-anak saya kat sini dulu.

Now nak cerita pasal nama hero no.3 saya ni, Arash Muzaffar Syah
       

Kisahnya, saya memang dah lama berkenan nama Arash ni.. orang kata nama macam nama pelakon Arash Muhammad tu.. hahahha.. memang pun saya ambil nama dia. Tapi saya tak minat pun dia.. okla minat gak la dia berlakon tapi tak minat sangat.. err paham ker.. hahaha apa-apa jela.. Dan memang saya nak letak nama baby ni Arash Muhammad Syah. Sebab ingat pesan kakak saya, sekurang-kurangnya letak la seorang anak lelaki nama Muhammad. Tapi En.Suami tak setuju pulak. Katanya yang lain takde Muhammad, takkan tetiba seorang ni ada pulak. So he came out with Muzaffar bermaksud 'kemenangan' dan terus saya setuju... sambung dengan Syah jadila Arash Muzaffar Syah .. sedap juga so agreed! Tapi kadang saya panggil juga Arash Muhammad sebab nak gak wakil ada Muhammad. Lagipun sebab macam dah terniat so panggil la Muhammad walaupun di surat beranak takde :p.

Dan sekali lagi nama anak saya adalah gabungan nama yang diberi oleh saya dan En. Suami dan atas persetujuan bersama. Kita imbas kembali nama Izz, Arriz Iskandar Syah, Arriz: En.suami pilih, Iskandar: saya pilih. Asyraf, Ayraf Rayyan Syah, Asyraf: En. Suami pilih, Rayyan: saya pilih. So fair and square ^_^

Love this pic so much! Arash 1 week old
                                                                        

Bila orang tanya anak ni nama apa, bila saya sebut je nama, orang mesti ingat ambil nama sempena Dr, Sheikh Muszaphar angkasawan tu.. NO NO NO! kecuali kakak saya, dia dengar je nama terus dia kata.."memang macam kesultanan Melaka" yess! thats right! En. Suami ambil nama sempena nama Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Perak yang pertama, yang juga putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke-8. Menurut sejarah negeri Kedah pula, Raja ke-9 yang memerintah negeri Kedah pun bernama Sultan Muzaffar Shah, nama sebelum Islam baginda ialah Maharaja Derbar, kira sultan pertama memeluk Islam dalam pemerintahan raja Negeri Kedah. Nama Iskandar pun inspired from Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama. Gitu la sejarahnya.. so agak sikit perasan la nama anak-anak macam nama raja-raja.. hahhaa.. Eh nama Asyraf  pun ada gak nama raja.. nama dia kan Asyraf Rayyan Syah.. Nama 'Rayyan' tu nama raja Irish.. takpelah janji raja hahhaha..

Eh dah tersasar jauh.. lupa nak bagitau makna 'Arash' tu. Dalam arab 'Arasy' bermaksud singgahsana atau tempat bersemayam atau istana. Dalam bahasa Parsi pula Arash maksud kejujuran' atau 'bright'. Dan menurut sejarah Parsi, ada seorang Pemanah bernama 'Arash' yang telah diperintahkan oleh bangsa Turan untuk memanah bagi menandakan sempadan Parsi-Turan. Jadi beliau telah mendaki sebuah gunung dan terus memanah dengan anak panah berapi, sekuat hatinya. Anak panah itu terbang sehingga berjam-jam lamanya dan jatuh jauh di sebuah sungai iaitu sungai Oxus..(aku pun tatau kat mana.. korang google la ye kalau nak tau.. hahaha).. so orang anggap dia hero la. Jadi boleh la dikatakan Arash ni bermaksud hero.. hehhehe. Tapi kita ambil makna dalam arab jelakan.. Arash Muzaffar : 'Singgahsana Kemenangan'

gambar terkini.. demam dah 3hari.. batuk teruk sian anak mommy.. get well soon my hero!

ok ni saya ambil maksud nama anak-anak saya dari Behindthename

ISKANDAR/ALEXANDER
GENDER: Masculine
USAGE: ArabicIndonesian
OTHER SCRIPTS: إسكندر (Arabic)
Meaning & History
Arabic and Indonesian form of ALEXANDER
GENDER: Masculine
OTHER SCRIPTS: Αλεξανδρος (Ancient Greek)
PRONOUNCED: al-əg-ZAN-dər (English), ah-lek-SAHN-der (German), ah-lək-SAHN-dər (Dutch)   [key]
Meaning & History
Latinized form of the Greek name Αλεξανδρος (Alexandros), which meant "defending men" from Greek αλεξω (alexo) "to defend, help" and ανηρ (aner)"man" (genitive ανδρος). In Greek mythology this was another name of the hero Paris, and it also belongs to several characters in the New Testament. However, the most famous bearer was Alexander the Great, King of Macedon. In the 4th century BC he built a huge empire out of Greece, Egypt, Persia, and parts of India. Due to his fame, and later medieval tales involving him, use of his name spread throughout Europe.
The name has been used by kings of Scotland, Poland and Yugoslavia, emperors of Russia, and eight popes. Other notable bearers include English poet Alexander Pope (1688-1744), American statesman Alexander Hamilton (1755-1804), Scottish-Canadian explorer Sir Alexander MacKenzie (1764-1820), Russian poet Alexander Pushkin (1799-1837), and Alexander Graham Bell (1847-1922), the Scottish-Canadian-American inventor of the telephone.



 RAYYAN/RYAN
GENDER: Masculine
USAGE: IrishEnglish
PRONOUNCED: RIE-ən   [key]
Meaning & History
From an Irish surname which was derived from Ó Riain meaning "descendent of Rían". The given name Rían probably means "little king" (from Irish "king" combined with a diminutive suffix).

sebenarnya dalam Arab 'Rayyan' diambil dari sebuah pintu syurga dan bermaksud juga 'yang puas/tidak dahaga'



ARASH

GENDER: Masculine
OTHER SCRIPTS: آرش (Persian)
Meaning & History


Possibly means either "truthfulness" or "bright" in Persian. In Persian legend Arash was a Persian archer who was ordered by the Turans to shoot an arrow, the landing place of which would determine the new location of the Persian-Turan border. Arash climbed a mountain and fired his arrow with such strength that it flew for several hours and landed on the banks of the far-away Oxus River. 



ok mari kira lihat nama En. Suami pula..




ARMAN
GENDER: Masculine
USAGE: Kazakh
OTHER SCRIPTS: Арман (Kazakh)
Meaning & History
Means "dream" in Kazakh, of Persian origin.



oh mimpi maknanya dlm kazakh dan Parsi.. hehehe.. tapi dalam Arab 'Arman' bermaksud 'Inspirasi'

nama saya? takde makne ye dalam bahasa arab. Tapi kalau nama panggilan Lin ada la.. bermaksud 'lembut' dan Alin bermaksud "yang tinggi'


check sket nama Linda kat web ni

GENDER: Feminine
OTHER SCRIPTS: Линда (Bulgarian)
PRONOUNCED: LIN-də (English)   [key]
Meaning & History
Originally a medieval short form of Germanic names containing the element linde meaning "soft, tender". It also coincides with the Spanish word lindameaning "beautiful".

wahh.. beautiful u!!.. pasni if orang panggil saya linda mulalah mak perasan beautiful.. ahaks..
cer kita tengok nama Lynn pula
GENDER: Feminine & Masculine
USAGE: English
PRONOUNCED: LIN   [key]
Meaning & History
From an English surname which was derived from Welsh llyn "lake". Before the start of the 20th century it was primarily used for boys, but it has since come to be more common for girls. In some cases it may be thought of as a short form of LINDA or names that end in lyn or line.

hahaha.. asalnya nama lelaki.. hehe tak kisah lakan.. ni for fun je..

first family picture.. susah  betul nak ambil..




Qaseh... 
alynn fazz

Tuesday, January 24, 2012

Muncong!





Im 35 weeks pregnant! It means another 35 days to go.. The baby will be pop out, soonest by another 2 weeks or latest for another 6 weeks.





Qaseh...
alynn fazz

Sunday, December 4, 2011

Oh HE is really here! ;)


my 3rd heroes.. ;))

dah agak its a boy again.. sebab perut muncong orang kata boy sama macam 2 kali preggy abang-abang dia. Dan baby ni pun sama aktif dalam perut sama macam abang-abang dia.. rasanya lagi aktif. esp time malam-malam. dan bila mommy tengok bola lagi la dia aktif menendang-nendang sama.. nak jadi player football ke anak? ngee.. dan masa mommy tengok movie "Ombak Rindu" pun sangat la aktifnya.. nak jadi romantik macam Aaron Aziz ke? huhuhu.. Saya begitu pasti boy sebab time conceive tu time subur betul-betul so memang boy la.. if nak girl kena conceive time sehari sebelum subur..

Bukan tak teringin girl. Tapi tak kisah rezeki boy lagi.. ikutkan nak boys 4.. so dapat dah 3.. ok la.. girl if dapat sorang jadi la.. tapi nanti la.. next baby kot. if ada rezeki lagi.. boy or girl tak kisah.. janji sihat dah sempurna.. oh sihat tu satu nikmat yang tak ternilai,,

He is Smiling..  :).. first capture.. macam tau-tau je mommy, papa, abg izz and abg Asyraf tengah ushar Baby A yer.. :)




Hidung macam Abg Izz mulut tebal macam Abg Asyraf





ok baby dah bosan.. dia tak kasi org tengok muka dia dah.. main tutup muka pulak..





Nota Qaseh: Syukur atas kurniaanNya.. moga dipermudahkan saat melahirkan putera ini..

Qaseh...
alynn fazz

Monday, July 25, 2011

senyum.. tak perlu kata apa-apa


Syukur atas kurniaNya


4 weeks.. perut sudah moncit tp sebenarnya moncit lemaks ngee

I am now 9 weeks pregnant.. ;)) tapi tetap alahan macam both pregnancy sebelum ni.. refer doc yang sama pun dia kata patern yang sama.. muntah, tak lalu makan dah macam tapi basi.. lemau je. berat tinggal 43kg je. Tapi hopefully lepas 1st trimester ni abis la alahan.. yang sebelum ni alahan sampai nak dekat bersalin.. kadang jeles tengok orang lain pun preggy juga tapi relax je.. takde masalah.. tapi redha la.. rezeki masing-masing.. mudah-mudahan di permudahkan waktu bersalin nanti macam both kelahiran terdahulu..

Nota Qaseh: Tuhan berikan la kekuatan untuk harungi ujian ni.. for Dear Hubby, thank you so much because take over kerja-kerja rumah dan uruskan anak-anak. Cant imanging life without you. Love you So much!!!

Qaseh...
alynn fazz