Showing posts with label Jumpsacbaby. Show all posts
Showing posts with label Jumpsacbaby. Show all posts

Friday, June 8, 2012

JS Mesh Water Sling

Ritu rumah panas.. pakai la Jumpsac Mesh Water Sling



so Mesh sling ni walaupun tujuan sebenar Mesh Sling dibuat adalah untuk dipakai semasa bermain-main air samada di kolam renang atau di gigi sungai (READ "bermain-main air" bukan gi terjun dalam air dengan anak ye puan-puan.. lemas anak tu kang ;p) , tapi boleh juga dipelbagaikan penggunaannya semasa cuaca panas. Samada bersiar-siar di zoo negara, dalam khemah semasa kenduri kawin atau pun di rumah. Sangat selesa la pakai time panas sebab airy terasa angin masuk..

copy paste je my comment kt page Group Malaysia Babywearers


The fabric looks like the kain buaian but a bit rough and thicker. Ya could be slippery for a heavier baby, but can wrapup and tie the tail around the ring to avoid slippery. I really like it. My baby is 6.5kg and the mesh support it well n i feel really comfort wearing Arash with it.




Suka color biru dia, combine dengan gold ring sangat la menarik.
Dan kali ni pakai sangat selesa.. Dulu saya ada juga beli mesh sling ni color black. Tapi dah jual sebab Syaz owner Jumpsac dah restock color blue ama dah berkenan color blue ni,. Tapi dulu pakai macam sakit bahu dan susah nak adjust, agaknya sebab salah pakai kot.. now yang ni selesa.. dan i really love it!! 


Pada mak-mak yang nak bawa anak gi water park ke or berkelah ditepian pandai sambil nak BW anak.. boleh dapatkan Mesh sling ni di Jumpsac Baby ya..






Babywearing rocks!


Qaseh...
alynn fazz

Monday, October 18, 2010

Review: The New Version of JumpSac Orbit SSC

ini gambar En.somi yg ambil.. dia taknk kasi tunjuk rambut saya so dia ambil gambar tanpa kepala.. huhuhu jeles ke bang  org tgk rambut akar kayu i? huhuhu.
Salam sejahtera ke atas kalian..


kali ni saya nak review Jumpsac Orbit SSC Moss Camo new version.
new version ni telah ditambah baik dan berbeza dari segi ketebalan pad di shoulder dan waist strap.
ok la short review.. kali ni mmg BEST! tp saya cuma sempat pakai lebih kurang 20minit back carry dan front carry sekejap je cuma nk try.. tp dah bleh rasa syiokk uolss..


Corak/Print
Encik Suami sangat suka dengan print ni.. haruslakan print ala-la asykar (ikut pelat org dolu-dolu mcm mak saya) cenggini mmg org jantan suka.. nmpak ganaz la konon kannn.. bg saya ok la print ni.. cantik gak la.. tp saya lebih suka corak yg lebih feminine gitu even saya carry ank jantan.. ngeh ngeh ngeh.



Strukturnya..
keseluruhan SSC ni ringan.. best..


Body panel
agak lebar.. tp sesuai sgt utk toddler.. tgk pada gambar Asyraf mmg ngam-ngam duduk dan memang memenuhi badan Asyraf..( kekeke saya baca balik saya pun tak paham apa ya saya tulih nih.. kekeke.. ish susahnk explain ar..)
dan juga agak tinggi kira bahagian belakang tu bleh lipat la lg.. terfikir if Syaz ( maker & owner Jumsacbaby) bleh buat head/backrest mcm Kanga XT lg best..



Straps..
oh yg ni yg paling best.. dan yg pasti ni lah yg ditambah baik dlm new version ni.. saya tak brp suka old version yg ada padded yg tebal di bahu dan pinggangnya.. bila front carry tak tahu kenapa waist strap tu cm menyucuk kt tulang selangka saya ni..( oh kurus sgt ke haku ni?). tp kali ni soft padded.. rasa sgt selesa. Front carry dan back carry takde masalah.. love it.
dan ada  extra length of the strap shoulder.. mcm lidah gitu.. rasa tak perlu kot.. mmg rasa leceh ar.. nk kena masukkan lidah tu inside the body panel - baru lebih comfy. eh korang paham ker.. tak pela if tak paham pun..ngeee...

Kesimpulannya saya suka.. luv it.. dan yg terbaru.. syaz ada bikin (dah mcm singaporean pulak dan mcm zmn dulu-dulu guna perkataan ni.. heee) embroidery yg sgt cantik.. 


picture taken from JS FB
ok pada sesiapa yg berminat ingin memiliki JS Orbit ini, bleh la layari laman sesawang (kekekeke dah mcm radio 24 guna perkataan ni)  Jumpsac.
To Syazrina & Jumpsac terima kasih atas peluang memberi saya mencuba SSC Orbit ini.


Qaseh...
alynn fazz

Thursday, March 25, 2010

Jumpsac:Luxury linen Ring Sling


Review: Jumpsac: Luxury linen RS.. fully embroidery on ivory

masa mula order mmg want tis one coz neatural colour.. ivory.. senang nk match dgn baju kurung.. n its linen so xpanas if pakai on special occasion like outdoor wedding..

tp once i received it.. a bit surprising.. coz its beautiful (on my eyes la..) IRL.. i likee.. full embroidery with soft colour.. kt dlm gambar xnmpak sgt..

balik kerja terus snap pic.. kebetulan hari tu pakai baju kurung yg sgt match.. n kebetulan baju kurung baru.. tudung baru n RS baru..huhuhu.. lg la i likeeeeeee..


tp DH komen xberapa menyerlah if pakai g kenduri.. he said my RS Raw silk lagi cantik.. of coz la kan.. fabric lain.. silk nmpak shining... but for me this is also beautiful..n i said to him tis one for outdoor.. xla panas sgt.. dia juga yg cakap, hari tu silk tu panas (ada pakai mp rawsilk rs once masa indoor wedd.. igt air condition ..rupanya kipas shiling jer.. berpeluh2 me n asyraf..

performence cm biase xyah disangkalkan lg.. sgt bes.. n its luxury linen.. soft n rasenye bleh broken lg n became more softer after tis..

keseluruhan .. im satisfied.. berbaloi-baloiiiiiiiiiiiiiiii

servis Jumpsacbaby.com..
penghantaran melalui pos laju.. Shipping kos RM8


Di wrap dengan rapi


Disertakan dengan pamplet instruction cara2 memakai RS dengan pelbagai posisi

tgk! luxury linen RS sgt kecil bila dipekkan.. hanya sebesar pamplet tu jer.. i likee.. senang if nk msk hand bagkan..


so dapatkan Ring Sling anda sekarang di Jumpsac skang.. Anda bleh order drp saya.. nk byr ansur2 pun bleh.. tp RS dpt once payment dah selesai semua.. huhuhu.. BEST!

Qaseh...
alin arman

Wednesday, March 10, 2010

Publisiti Babywearing: in News.. Berita Harian

Semalam ada publisiti pasal babywearing di News paper Berita Harian. bes sgt.. kreadit gambar discan oleh Noa



saya copy artikel ni drp Blog Aishah

Dakapan erat kunci keakraban si kecil dan ibu bapa

MELIHAT kelibat ibu moden menggendong bayi menggunakan sehelai kain yang diikat secara manual bagaikan fenomena baru di kalangan ibu bapa generasi moden. Ia mengingatkan kembali kepada teknik lama yang masih digunakan secara meluas di kawasan pedalaman.

Namun, kaedah menggendong bayi atau babywearing memberi banyak kelebihan sehingga mendorong lebih ramai wanita bekerjaya melakukannya.

Pegawai Perhubungan Awam Malaysian Babywearers, Adriana Thani, berkata kaedah babywearing atau mengendong bayi mempunyai banyak kelebihan antaranya kebaikan dari sudut fisiologi di mana bayi yang digendong terbukti tidur dengan lebih senang dan kurang kerap menangis.

"Pakar kanak-kanak juga menyarankan kaedah ini kepada bayi pramatang, juga bayi yang memerlukan perhatian khas kerana kajian mendapati bayi yang selalu disentuh serta dibelai menunjukkan tumbesaran lebih cepat dan lebih sihat.

"Selain itu, kaedah mengendong bayi juga dapat menguatkan keakraban antara si pemakai dan si bayi kerana apabila si bayi dibelai rapat pada badan ibu, bayi dapat membiasakan dirinya dengan pergerakan pemakai," katanya.

Kata Adriana, ibu bapa yang kerap mengendong bayi sedar akan kebolehan untuk mengenal pasti perilaku bayi mereka dengan lebih pantas selain dapat mengeratkan lagi komunikasi di antara ibu dan anak malah kehendak bayi dapat dipenuhi dengan lebih cepat.

Tambah ibu muda kepada dua cahaya mata itu, babywearing memberi peluang kepada pemakai untuk melakukan kerja lain seperti mengemas rumah, membeli barangan keperluan sambil mendakap bayi mereka.

Di Malaysia, ada pelbagai kelengkapan babywearing yang ada dalam pasaran adalah pouch, ring sling, mei tai, soft-structured carrier (SSC) dan wrap.

Setiap jenama yang wujud untuk jenis pengendong sesuai untuk kegunaan berdasarkan lingkungan berat dan usia tertentu. Justeru, pengguna disarankan membuat kajian terlebih dulu untuk mengetahui jenis dan jenama pengendong yang paling sesuai untuk kegunaannya.

"Sebenarnya, kebanyakan kaedah atau alat babywearing wujud ketika ini sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir mahupun kanak-kanak yang sudah besar, perbezaannya hanya terletak kepada kelainan posisi yang digunakan dalam penggunaan pengendong itu.

"Bayi baru lahir misalnya boleh dipakai dalam pouch atau dalam posisi cradle carry. Kanak-kanak berumur tiga tahun juga boleh dipakai dalam pouch, cuma dia lebih sesuai dipakai dalam posisi hip carry .

"Jadi, sekali lagi saya tekankan, seorang pemakai perlu membuat kajian tersendiri bagi mengetahui apakah jenis pengendong sesuai untuk dirinya dan bayi," jelasnya.

Melihatkan betapa mudahnya Adriana menggendong bayinya yang berusia setahun, mungkin ini adalah jawapannya kepada ibu bapa yang gemar membawa anak kecil mengembara atau ke kawasan sibuk.

Kata Adriana, babywearing dan kereta tolak bukan perkara berlawanan kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri dan wujud sebagai teknik keibubapaab yang saling melengkap.

"Bagaimanapun, kekurangan kereta tolak bayi adalah apabila ibu bapa aktif zaman sekarang perlu ke tempat yang tiada kemudahan penggunaan kerata tolak bayi, pusat beli-belah dan juga lapangan terbang yang sesak sehingga membataskan pergerakan," katanya.

Bagi ibu bapa yang berhasrat mencuba kaedah ini buat pertama kali, Adriana berkata, cara terbaik ialah memastikan kedudukan bayi yang baru lahir sangat penting bagi memastikan si kecil boleh bernafas dengan mudah.

"Pastikan dagu bayi tidak terkena dadanya kerana ia boleh menyebabkan ia sukar untuk bernafas. Selain daripada itu, pemakai harus memastikan bayi terletak dalam posisi duduk jika menggunakan tummy-to-tummy carry, hip carry atau back carry," katanya.

Panduan mudah untuk mengetahui sama ada kaedah yang digunakan betul adalah dengan memastikan bayi berada dalam kedudukan optimum iaitu punggungnya terletak lebih rendah dari lututnya.

"Ini menandakan bahawa bayi sudah terletak dengan selesa dan selamat dalam alat gendongannya, manakala untuk bayi yang lebih besar, si pemakai mesti peka terhadap alam sekitar.

"Pastikan tiada unsur merbahaya seperti barangan tajam atau panas di kawasan sekeliling di mana bayi boleh mencapainya dan apabila di kedai, pastikan bayi tidak terambil barangan tanpa membayar kerana tidak pasal-pasal ibu bapanya pula kena tanggung malu. Anda perlu berhati-hati kerana saya sudah pun melaluinya," katanya tersenyum.

Gambar ni diambil drp Aishah n noa. Aishah snap sendiri n Noa scan dari Berita Harian sebab tiada dalam Berita Harian online.


ada juga demo pakai Mei Tai.. sonang jo..



Model dan jurucakap adalah Adriana Thani (very hot mama with kind heart..sila terjah blog beliau.. lots of tips n parenting skill) bersama 2nd son Afraz Alman (umur setahun).. both of them looks so cute n glam.. bleh tgk jugak di FB Jumpsac

so apa lg kalian pada siapa yg ada ank kecil yg mahu dikendong.. sila dptkan satu babywearing carrier..Jumpsac.. bleh order dari saya juga.. huhuhu..

Qaseh...
alin arman

Wednesday, February 24, 2010

Jumpsacbaby Mei Tai

this is my reviews about Jumpsac MT..
bila dpt je.. timing baekk punya, terus blk kg..
mmg bersyukur sbb ada MT ni.. asyraf xnk sgt dgn org.. so i have to carry him.. termasuk time masak n mengemas..

shoulder strap : lightly padded.. xterlalu lebar tak terlalu kecil

waist strap: lightly padded.. if pakai back carry mmg sgt selesa kt pinggang.. kt depan tak rase sgt padded tu.. ( sbb perut byk lemak..ahaks..).. n xterlalu panjang.. jus nice..

body panel: mula2 nmpak besar.. first pakai rase xselesa n rase besar for me n sikecil asyraf.. tp bila pakai kt umah.. kasi adjust betul2.. then baru best.. rupanya tadi xpakai betul..

colour n print : i luv it.. mmg nk colour yg xnmpak kotor if pakai selalu n nk print yg ala2 korean + mexican skit..
kesimpulannya mmg sgt best.. this is the best MT for me so far.... MT ni siap dgn drool pads colour orange n mesh hood. tp mesh hood to xtau nk letak kt ner..
tq syaz n jumpsac for beautiful n good MT

im satisfied.. sape2 nk jugak bleh tgk design lain kt Jumpsac FB or laman sesawang( kekeke.. sesawang??) err laman web ler.. Jumpsac.com








Qaseh...
alin arman

Tuesday, December 15, 2009

JumpSac Baby Slings-outing Jusco

JumpSac Baby Slings & Carriers are awesome, gorgeous and droolworthy!
Go and take a look at them now at http://jumpsacbaby.com.
Become a fan at the JumpSac Baby Facebook Fan Page at http://facebook.com/jumpsac



Babywearing is a life saver.. sgtt sesuai utk asyraf yg tak berapa suka ddk dlm stroller n kt umah ku kena ada depan mata dia.. so sgt senang bagikku nk buat kerja sambil dukung.. kupunya ring sing pun bought from jumpsac.. sgt selesa.. n mmg berbaloi2 beli..
mommy bleh buat kerja coz hands free even smbil asyraf melekat di badan (meragam nk dukong..)


papa pun kadang bw asyraf.. bila penat balik kerja, mommy tgh sibuk, asyraf nk dukong, papa sarung sling.. tgk tu muka penat.. asyraf plak masuk je sling terus tdo..
skang Jumpsac baby ada jual Mei Tai (MT) dan Soft Structured Carrier (SSC).
daku n hubby pun dah try it out SSC Jumpsac. kiterog ank beranak g la Jusco Taman Equine (TE).. hubby wearing IZZ with SSC. ok la sedap katanya tp agak ketat.. mayb syaz kene panjangkan lg tali (shoulder strap tu..)selain ut.. mmg best n tak terase berat..







qaseh,
alin arman

Sunday, December 13, 2009

surirumah-kenduri ank bos-buku


semalam ku jd surirumah, jumaat cuti keputeraan sultan selangor.. hubby kerja..
pg smpai tghari aku masih bleh jlnkn tugas sbg surirumah dgn 2 nak kecil.. tp smpai petang aduh.. cabarannya makin bertambah..
aduhai.. cmne la agaknye surirumah yg lain dgn ank2 kecil 2,3 org..
(izzati if baca entry ni sila tujukan pada mak na.. maksu nk tanya pengalaman mak kakak dulu.. )

hari ni plak g kenduri rumah bos, ank kawin.. babywearing asyraf ngan ring sling.. ada gak mata memandang.. n one of the bos aku ada ckp "sekarang susah tgk org kendong ank cmni.. klau ada pun org ckp mcm indon" aku tersenyih je smbil jwb "xkisah la tn. hj. janji sy senang nk mkn kenduri.. if not susah nk mkn.. lg pun bleh hand free" smbil trus berlalu.. jauh di sudut hatiku berkata "ada aku kesah!"



nursing in public.. sape yg xsuke tgk.. jgn tgk!!


dah mcm even MARDI.. barisan para ursherette.. kekeke..

pastu g alamanda, baby wearing asyraf guna buckle-tai's leen (snuggbaby) ok la..

first time bawa izz dgn stroller.. senang skit.. dia skang if g shopping cm malas nk berjalan n asik nk dukong jer.. agaknye dia mula perasaan org selau usha n cuit dia.. so dia dah ada perasaan takut skang.. bagus gak.. if dlu daku n hubby sgt takut kot2 dia kena culik.. tak takut kt org lgsg.. n skang izz nk plak duduk diam dlm stroller .. yela seranok org duk tolak..


masuk MPH.. wah teruja dia tgk banyak buku.. kejap pegang buku ni..kejap pegang buka lain plak.. mmg byk buku bagus2.. tp sori la izz.. mommy n papa xmasuk gaji lg la.. nanti gaji mommy beli buku byk2 ya.. kami beli satu je buku.. RM 9.90... hehehe..


kusyuk ank mommy baca buku yer..
tgk tu.. org suh smile.. tetap tersenyih!..ngeeee..

Tuesday, August 11, 2009

Baby boy bersunat/khatan ( Male Infant's Circumcision)

Salam n Good Day..

baby bersunat? bleh ker? tak bahaya ker? tak susah ker nak jaga? siannya.. kecil lagi dah kene sunat?


me n asyraf @ hosp. Annur ready for circumcision, wearing him in Jumpsacbaby ring sling

tula persoalan yang selalu timbul bila kita bercakap pasal baby bersunat. Dan persoalan2 ini jualah yang bermain di fikiranku dan juga hubby bila doktor pakar kanak2 (paedratik) Klinik Pakar Kanak2 Annur menyarankan pada kami untuk mengsunat/khatan (circumcision) asyraf yg pada ketika itu berusia 3bulan. tp kami tak terus bersetuju n ambil keputusan tuk fikir n cuba minta 2nd opinion paed yg lain. baby asyraf ketika itu nmpak susah nk kencing, keras2 badan dia bile nk pee n kadang2 berdarah, ada blood stain tp xbykla.

blood stain urine asyraf kt cloth diaper dia..

pastu bile usia dia menjangkau 4 bln makin kerap pee dia ada blood stain n kadang nangis bile nk pee.. sian.. so kterang pergi plak klinik Paed yg lain(Azzahra), n paed ni pn ckp benda yg sama kulit dibahagian penis menutup saluran kencing, ada saluran tp sgt sempit, thats way bile air kencing banyak ada pressure n sebabkan tisu dibahagian penis terluka n berdarah.. so to solve it have to sunatkn la..

kami bersyukur gak la di zmn serba moden ni, ilmu n info bleh dpt hanya di hujung jari, hubby mula search internet psl baby sunat ni, tp xramai org kite yg bercerita psl baby bersunat walaupn paed ckp ramai yg dah buat even sebaik saja lepas dilahirkn.. yg ada website indon yg bercerita psl ni.. n ada cakp psl ring.. kami mcm.. ??? blur lg.. yg lain website us n oversea.. so ni ygku rase ku patut kongsi ngan uols smua.. so kterang pn decide nk sunatkn asyraf sbb sian sgt.. n oppoitnment kt annur sbb tu yg paling cepat kt azzahra n hosp putrajaya kene tungu lama lg..

Prosedur
so on sabtu lebih kurang kul 11 lebih asyraf pn menjalani prosedur sunat oleh surgeon Dr. Rashid di Hosp. Annur.. Doc tu pn explain n tunjuk alat yg akn dugunakan dipanggil PLASTIBELL CIRCUMCISION DEVICE atau pn panggilan biase RING..

n hubby pn ckp mcm yg dia baca kt website indon tu tp xde tunjuk plak gambar.. n kupn letak asyraf kt katil n misi trus bedung asyraf (smbil kuamik kamera nk snap n rakam)

smpai saat doc ukur penis asyraf..


aku xsanggup nk amik gambar nor rakam.. trus simpan kamera n ku bdiri kt kepala asyraf.. smbil usap2 kepala dia.. masa ni dia duk senyum2 lg.. doc mula sapu antiseptic iodin kt seluruh penis n celah kangkang.. n mula saat yg xsanggup kutgk.. doc inject anaesthesia (ubat pelali) n asyraf pn waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sekuat2nya.. mcm gambar nila.. tp ni bkn asyraf tau.. bkn gambar sebenar.. hehehe
sian ank... smpai terkencing2 asyraf.. kudpt bygkn sakitnyer... doc inject kt pangkal penis bah atas n kiri kanan, kiranya 3 suntikan.. adola... sian ankku.. meraung smpai pejam mata xbuka2 n peluh mula bermanik didahinya.. ku hanya mampu mengusap kepala smbil berlagu zikir tuk tenangknnya.. smbil hubby n abgnya izz tgk doc wat operasinye.. si izz sibuk panggil "ashak2" (pelat) dgn xde perasaan.. hehehe...

so ape yg kuceritakn seterusnya ni berdasarkn crita hubby pd ku (sbb kuxsanggup tgk.. ngeri+ sian..) doc trus tgk penis smbil test kepit penis nk tgk ubat pelali dh jln ke blum.. adala dlm 3 minit baru penis xada tindak balas means ubat pelali dah berjalan , baru la doc truskn gunting skit bahagian kulit, masukkan ring (plastibell device) n gunting lebihan kulit yang nk dibuang pastu ikat ring ngan tali.. ish ku pn xreti nk crita.. tp bleh tgk kt cni.. http://www.cirp.org/library/procedure/plastibell/ or cm gambar bwh ni.
sepanjang prosedur berjln asyraf meraung xberenti, taula mayb sbb sakit bekas inject tu masih terasa or dia nk lepaskn dari bedung n nk didukong.. dah selesai terus asyraf pn berenti nangis n bleh senyum kt aku.. hehehe.. bagus ank mummy ni... kuatkn...


Penjagaan selepas bersunat
Doc kata ubat pelali ni biasenya bertahan 2jam, n doc advise cuci luka ngan air suam bercampur sikit garam, ubat cuci luka lain xdiberi, aku mula terigt mcm luka lepas bersalin cuci ngan air garam jer.. agaknye zmn skang dorg dh wat research luka lebih berkesan cpt kering ngan air garam jer.. ramai igt sakit.. tp tak sakit.. ku dlu luka bersalin teruk gak jahit pnjg nk cepat baik ku duduk dlm air garam.. xrase apapn.. n luka cpt baik n benang cepat tanggal. hubby tanya gak bleh cuci ngan dettol x? doc kata nanti lg sakit lgpn garam dh cukup.. n tukar diaper dengan kerap sebaik saja baby pee.. (bleh tau sbb mula2 baby akn mengais sakit nk pee.. my hubby kata experient dia dlu lepas sunat, penis rase ngilu masa nk pee) n doc suh monitor if any reason blow happen cpt2 bawa g hosp blik
-if bleeding xhenti2
-luka xkering n bernanah
-disfuntcioning penis. xmeregang (kemungkinan masa suntik terkene darah darah sbbkn penis xberfungsi.. bahye ni dikemudian ari..)
tp doc ckp perkara ni sgt jarang berlaku.. Luka akn sembuh sepenuhnya n ring akan jatuh dgn sendirinya selepas 7 hari.. doc hanya bekalkn ngan paracetamol tuk menahan sakit.

ni pun bkn gambar penis asyraf.. asyraf itam skit.. hehehe..

lps smua selesai kususukn asyraf sementara tunggu ubat, tgh2 nyusu tu tiba2 asyraf meraung sekuat2.. hah dah mula rasa sakit la tu.. agaknye ubat pelali tak lama bertahan dlm badan asyraf.. yela pelali ni pn ikut ketahan badankn.. lg la untuk baby dos pelali tu sgt rendah sbb bleh memudaratkn baby. ada gak doc yg langsung xguna pelali kt baby tp dorg sgt terlatih ar so dorg buat prosedur sgt cepat so baby xdela sakit sgt.. tp yela sakit la gak kn.. ikutkn kite luka skit pn sakit ni plak buang sebahagian kulit.. so asyraf xsempat 2jam , dlm masa 15min, dia dah rase sakit.. hubby la yg dukong n tenangkn dia smpai tertdo.. baru kami balik.. tp sebelum tu singgah jap kt Manjaku.. ku beli teething tuk asyraf wat hadiah (dh mula suka masuk tgn dlm mulut)..

asyraf on 3day.. dh bleh gelak.. maen ngan moo teething n blankie teething yg aku bli wat hadiah.. smpai terbalik kene muka blankie tu diwatnyer.. suka btul.. terkekek gelak

smpai umah smpai malam asyraf xla meragam sgt tp tiap kali pee tiap kali tu la meraung.. n aku tgk still ada darah lg, penis dia bengkak n lebam.. ish ku n hubby mula risau so we decided g Klinik terdekat.. tp ble check ngan doc tu.. aku cm nk hangin.. bleh tak doc tu kata dia xpenah tgk ring ni.. yg dia tau cara clamp.. hekelleh.. pastu esoknyer kami bawa asyraf g klinik Pakar kanak2 (nk pegi hosp blk jupe surgeon tu, dia xkeja plak that time).. n doc yg dia katakn pakar tu pn bleh kata xpenah tgk gak.. ya ampunn... so ape maknenye title Paedriatic kalau xtau.. yela even time blaja dulu xde la technologi ni patutnye doc2 ni kene la upgrade diri, elert la ngan kaedah n technologi perubatan terkini.. pelek la ku doc2 kt Malaysia ni...

akhirnya kutringat cebisan kulit asyraf misi bg bawa blk misi tu letak dlm bekas ring yg digunakan tu

nila cebisan kulit yg dibuang.. nmpak sikit jer.. tp yg skit ni la yg blok air kencing drp kuar..

n aku tgk nama ring ni kt belakang bekas tu, PLASTIBELL CIRCUMCISION DEVICE trus aku google ha.. sekali kuar smua ada Results 209,000 web pasal plastibell circumsion device. ada kaedah, penjagaan n siap ada video lg.. ring ni dah dicipta oleh seorg doc US pd thn 1950 lg nk digunakan sejak 1953 (ku nk cari blk website tu dh xjupe dh malas nk google..korg bleh google tgk satu2 kalau nk tau..) apasal la doc kte xtau ar.. dorg xabis blaja ker??? musykil sungguh.. baik aku yg takde ijazah kedoktoran ni bleh dpt byk ilmu perubatan via internet jer.. video tu tunjuk presedur sama ar ngan doc wat presedur kt asyraf www.icyou.com . kt web lain plak ada langkah penjagaan.. n aku bernafas lega...(sigh).. rupanya normal.. xde masalah.. mmg cmtu.. ring akan hitam bekas darah beku n lebam bekas inject, bengkak akan beransur ilang... so dpt kusimpulkn kaedah2 bersunat?khatan ada mcm2.. ada yg pakai clamp, Plastibell device (ring) http://en.wikipedia.org/wiki/Plastibell n ada yg sorg doc Msia cipta nama ISMAIL CLAMP bleh tgk kt cni.. http://www.ismailclamp.com/index.htm .

so ni ku dpt drp one website.. http://www.circinfo.com/prepandcare/icc.html sungguh detail

After-care -- Gomco or Forceps Guided

Bleeding
If there should be excessive bleeding:- using the thumb and index finger, make a ring around the top of the penis and squeeze tightly for FIVE MINUTES. If the bleeding does not stop contact the doctor immediately for advice or go to the nearest hospital casualty department.
Stitches
If stitches have been used, these will fall out by themselves within 7-10 days and no special action needs to be taken about them.
Dressings
Your baby may have only a light dressing over the wound itself or the doctor may have applied a bandage to the whole penis. In either case, if the dressing falls off early do not worry. There is no need for another dressing to be applied, but you can use a light one if you wish.
If the first dressing has not already fallen off within 24 hours it must be removed by soaking in a warm bath. Gently release the dressing, stopping whenever you start to feel any resistance to its removal ­ let the water soak off the clotted blood and then continue.
Bathing
Once the first dressing is off, the baby should be given a daily bath as usual, but add some salt to the bath water to promote healing. If the doctor has given you some antiseptic powder then use it as directed, otherwise do not put any antiseptics on the wound or in the bath water.
Adhesion
The glans may be a little raw from separation of adhesions. A little petroleum jelly (Vaseline) smeared on the wound and glans each time the baby is changed will prevent the two fusing together and forming 'skin bridges'.
Possible Problems
Notify the doctor immediately if:
  • There is persistent bleeding
  • There is excessive swelling
  • The stitches have not fallen out after 14 days
  • The baby fails to settle

When the Boy Becomes Older

When your son grows older he may notice the difference between his circumcised penis and the uncircumcised penises of his friends. You should prepare him for this by explaining that he has been circumcised and why you chose to have him done.
The Gilgal Society has a leaflet (All about being circumcised) which may be useful in explaining things to a 7-10 year old.
so uols if baby korg terpaksa n di advised oleh paed untuk disunatkan.. jgn panik.. bersabar dlu n minta 2nd opinion dr paed laen n if mmg btul baby susah nk pee n dh ada blood stain, jgn lengah2.. sian baby sakit tu nk pee... before nk wat prosedur tanya la dlu kaedah apa yg dipakai n dptkn info skit pasal alat/ device tu bkn apa bleh xla terkejut n pelek ble tgk nanti n sbgai lgkah persedian tuk kite.. n if dh sunat jus cuci ngan air garam, the next day tu bile luka dah kering skit masa mandi bleh rendam (dudukkn baby) dlm air garam tuk cepat baik.. ok tula pengalaman ku mgsunatkn my baby asyraf yg masa tu berusia 4bln 3mggu. huhuhu.. ank mummy ni dh jd org bujang ar.. cm pengasuh dia ckp.. asyraf dh bleh kawin.. kawin? huhuhu...


asyraf after 3days.. bleh senyum n gelak kekek..

ok tula citer psl sunat.. lotih dh ni menaip if ada typo sori la yer.. ada masa ku edit nanti..

qaseh,
AlinArman