Wednesday, November 30, 2011

SHE is here ;)


Fast Shipping, and She is here!



Saya baru masuk kerja semalam (Selasa) after 1 week cuti kecemasan, anak masuk hospital. Yang tu saya citer lain kali la ya. Masuk kerja, tengok atas meja dah ada parcel.. wahhhh teruja.. tatau apa yang sampai dulu tapi dah agak mesti She. Buka parcel ya betul!. wahhh seminggu dah smpai.. again, fast shipping from US within 1 week.



Bought from TBW FSOT, second hand, mama yang jual is a first owner. Dia beli direct from Ellevill. tapi tak pakai. So dia jual. Memang ada bau dan feel baru.. Siap bagi beg envelop dari kain linen lagi.



My Newborn Wrap Carrier, Brand Zara Ellivelle
Nama: ZARA She
fabrik : Blend Silk Cotton (50 % silk and 50 % cotton)
Color: Natural Creamy
Size: 6 (4.7m)

ni description from Ellevill web..


"A beautiful and delicate wrap in white silk/cotton mix, 50 % silk and 50 % cotton. This wrap is thicker than the last Jade Caelum. The wrap portion is 100 % cotton and weft portion is 100 % pure silk. It is thin, soft and durable. Because of this, it is also very airy and flexible. 

The silk wrap from Ellevill have the same characteristic pattern as Ellevill Zara. They are one-colored and have therefore little contrast in the pattern. The rails are hemmed.

A perfect wrap for those who want extra luxury."


At first dapat tengok color tak macam yang saya gambarkan.. i wish it was white or at least off white.. tapi color dia sebenar creammy.. tapi shining silk tu mmg betul la.. apa pun i love it..

Gambar ni jelea menunjukkan warna yang sebenar

Agak nipis banding dengan zara biasa tapi sebab thread dia rapat so saya rasa ok la nk carry baby sampai setahun.

So dengan semangat dan keterujaan, terus nak carry Asyraf.. Asyraf pun apalagi dia tengok wrap je dia tau dah, dah standby kat belakang nak naik. tapi saya tak ingat dah cara nak wrap style Double Hammock (DH). So sempat tenguk Youtube dulu.. then ni la hasilnya..

Seronok sangat budak ni.. lama dah dia suh dukong  tapi mommy tak larat nak dukong.. ni pun sebab teruja dpt SHE

okla sedap jugak tapi tak berapa sesuai nak carry toddler.. lama-lama rasa gak sakit kat bahu.. tapi still supportive.


Buat DH pun still ada lebih kain.. so memang nak chop buat size 4 je (3.7m) lebihnya dah terpikir buat projek.. projek apa? tungguuuu...


Buat stlye Dh ni nampak seksi sikit la.. segan nak buat style ni if pakai kat luar.. kang orang ushar nenen saya jer.. :p.. tapi this style memang best..

yang kat belakang tu bukan nangis tapi tengah ketawa terkekek-kekek sebab seronok kena dukong..

nota qaseh: Kasih  punya pasal (sebab Asyraf lama dah minta suh carry dengan wrap pantang tengok wrap) dan keterujaan, carry la asyraf about 15minit.. esoknya aku sakit pinggang waaaaaaa..


Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, November 29, 2011

Hijrah.. Patut Berubah!!


Salam Maal Hijrah buat semua..

Hijrah.. bukan satu perkara yang mudah.. tapi dengan tekad dan semangat Insya Allah kita boleh berubah..

Saya ingin berhijrah.. untuk jadi hambaNya yang lebih baik. Yang penting saya mahu menjaga Solat.
masih banayk yang perlu saya perbaiki.. terutama selalu solat di akhir waktu.. Dan cuba sebaik mungkin untuk kusyuk dalam mengerjakan solat.


Salah satu usaha untuk kita kusyuk dalam solat ialah dengan memahami makna setiap bacaan.
Dan sebutan bacaan kita juga mesti betul dan jelas.. Sebab setiap bacaan dalam solat merupakan doa kita pada Allah. Seperti bacaan doa iftitah yang kita baca lepas angkat takbir, ada seorang penceramah beritahu kadang kita baca cepat-cepat sampai salah sebut..



Doa Iftitah
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 


*Harus diingat, kena berhati-hati semasa kita menyebut perkataan musyrikin dan muslimin dalam doa iftitah. Jangan sampai kita tertukar tempat. Jika kita tersilap menyebut 'muslimin' di tempat yang sepatutnya 'musyrikin', maka ayatnya akan berbunyi ".... dan aku bukanlah dari golongan kaum muslimin." Dan jika kita tersilap sebut perkataan 'musyrikin' di tempat yang sepatutnya 'muslimin', maka ayat yang kita baca akan bermaksud, "Dan aku dari golongan orang musyrikin." 
*diambil dari blog pandangan kasih

dan kena hati-hati juga bila lafazkn doa "hanifan musliman wa maa ana minal musrikin".  Maa bermaksud bukan,  aku bukan dari golongan musyrikin dan pada ayat akhir  "Lasyariika lahu wabidzaalika umirtu wa ana minal muslimiin.” bermaksud "aku dari golongan orang muslimin".. so hati-hati penggunaan Maa tu.. hanya pada ayat tengah bukan ayat akhir.






dan makna keseruhan bacaan dalam solat (diambil dari blog azizie.com)


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

selalunya kita baca cepat tampa hafami maksud bacaan tak sampai berapa saat duduk antara dua sujud terus kita sujud semula.. padahal waktu ni la doa yang sangat baik dibaca dengan betul dan penuh penghayatan.-alin
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


******************************************************************************** 


selain menjaga waktu solat saya cuba untuk menqado' solat-solat yang tertinggal dulu.. tatau la tak terhitung tapi saya cuba gantikan semula. Disamping saya ingin cuba amalkan solat sunat Dhuha. Banyak manfaat solat Dhuha ni.


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Doa solat Dhuha itu sendiri sangat indah dan cantik..

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. 
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, 
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh."


Sumber diambil dari tayibah.com


dan saya juga cuba mengamalkan zikir harian.. ya zikir yang sebaiknya dibaca 1000 kali. Tapi dapat 100 kali pun dah ok mula perlahan-lahan yang penting istiqamah.



sumber dari iman-nuha blog

gambar selingan lihat anak-anak solat jemaah bersama papanya.. melentur buluh biar dari rebungnya.. Mudah-mudahan jadi anak yang soleh.. aminnn



Izz suh tiger and cat dia solat jugak.. hahahah..


nota qaseh: Moga Allah sentiasa memberi hidayah ke jalan Nya yang lurus.. Ya Allah jangan sesatkanku setelah Kau beri petunjuk.. Aminn...

Qaseh...
alynn fazz

Thursday, November 17, 2011

33

Syukur ke hadrat Illahi memanjangkan usia hingga saat ni.. 17.11.11..
dah 33 thn wujud didunia ni.. moga dipanjangkan lagi usia tuk beribadat.. menjalan tggjwb sebagai ibu dan isteri dan khalifah di bumi Allah..Aminn..

hadiah paling best.. bila anak dah pandai wish mommy.. "happy Birthday Mommy!" tatau la seronok sangat dengar..

dan hadiah untuk diri sendiri.. dan tepat sampai hari ni.. Hot Milk Nursing Bra
wahhh teruja.. first time beli brand dari UK ni.. dan ni la first time seumur hidup saya pakai bra mahal (ya pengakuan berani mati..:p) selalu paling mahal bra Wacoal RM80 tu pun after sale..

Saya beli jenis "Her Tangled Web Tantalised" ha kau kemain namanya.. tengok gambar macam cun. ikutkan nak yang lain tapi saiz saya takde pulak. Yang ni pun cun jugak ambil la.. Saya just tumpang seorang member MBW  gak beli.. (Faridah. thanks Farid! ) kira beli banyak dapat free shipping. Dapat je hari ni tengok kualiti yaaa terbaekkk.. dan cantik!!! tak mcm nursing bra biasa.. dan yang paling penting.. bila pakai halamak!!! sangat laaaaaaaaaaa best giler uolsssssss...!!!!
apalagi ni nursing bra!! susah nak cari nursing bra yang best.. dan ini nursing bra sangat best dan sangat supportive! even takde wired.. sebab saiz saya susah gak nak cari yang sesuai sebab tau jelah.. badan kecil je.. tapi 2-buah-kurniaan-Ilahi ni boleh tahan gak la.. ngee.. memang giler la puas hati.. nyesal beli satu.. nak beli lagi.. paling best sebab kancing dia sampai 5 baris. Biasa 3 kan.. so memang sesuai pakai time preggy time badan mengembang dan lepas bersalin, time susu penuh or masa breast kosong... kira adjustable la.. best!! (tatau la dah berapa banyak best aku sebut! hahahhaha)

ok meh kita tengok.. highly recomended.. sekarang Hot Milk tengah buat sale sila klik link Hot Milk Lingerie

sangat puas hati.. memang hadiah terbaik untuk diri sendiri..hahhaha..

nota qaseh: KERANA NENENKU DIRIKU BEGITU BERHARGA! ahaks!
Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, November 15, 2011

Mengenai Ring Sling

Salam..

Ada seorang teman bertanyakan saya mengenai ring sling ni lepas baca enty ni
hmm nak citer macam mana taktau.. accualy boleh baca kat forum MBW (Malaysian Babywearers), so saya ambil penulisan mengenai ring sling ni daripada moderator Norley aka scudmami dan tambahan daripada forumer yang lain (pah zarihan , sarah, yasmin dan bbrp forumer yang lain ) tapi saya jelaskan sikitla dalam bahasa kita dan ada sikit penambahan dan juga link terus kepada website yang menjual RS yang berkaitan.

Apa itu Ring Sling (RS)?
  • RS ialah salah satu carrier atau alat memudahkan parent untuk mengendong bayi/anak. 
  • RS ni merupakan carrier yang telah ditambahbaik daripada penggunaan kain batik atau sebarang kain yang digunakan oleh ibu bapa (nenek moyang kita) sejak beratus tahun dulu lagi. 
  • Diperbuat daripada sehelai kain yang panjangnya dari 1m - 1.5m (68"-80").Juga menggunakan 2 ring untuk mengikat kain sling tersebut. 
  • Dikenali sebagai one shoulder carrier sebab berat baby tertumpu pada sebelah bahu sahaja.

Jenis Kain/fabrik
  • pure linen: Linen ni kalau baru agak keras dan ambil masa untuk dilembutkan means kena pakai secara lasak/guna selalu untuk lembutkan dia.. tapi ada juga linen yang dah sedia lembut macam Jumpsacbaby Pure Irish linen. Kebaikan linen: sangat supportive sesuai untuk carry toddler dan juga airy ada ruang pengudaraan dan sejuk dipakai sesuai untuk cuaca kita. 
 Jumpsacbaby RS Pure Irish Linen: Damaks on Red Chili. Lembut walaupun brand new. Oh love the stunning and hot red color!! <3
Psling linen Gradiation Ombrage: color macam hijau baju askar.

  • linen blend: Campuran linen dengan cotton atau ada juga linen dan bamboo atau campuran dengan material lain.
Jumpsacbaby Linen Blend: DIVA.. beautiful brown and pink. Tapi mula beli agak kejung sikit.. lepas pakai basuh dan berapa kali pakai baru soften. RS ni sudah bersama pemilik yang baru;)

  • Kasuri LinenLinen yang ditenun menggunakan teknik khas di jepun hanya terdapat pada RS jenama Psling Jepun
  • Cotton: Cotton kita tahu mestilah sedap pakai sebab sejuk tapi agak nipis dan lembut. seseuai untuk Newborn. 
  • Shijira Cotton: Cotton yang ditenun menggunakan teknik khas di jepun hanya terdapat pada RS jenama Psling dan Femmebelly (dulu dikenali dengan nama Petitbelly) dari Jepun
Psling Shijira:Brick Blue. Juga bakal menemui pemilik yang baru :)
  • Silk: Sutera..pastinya kilauannya memikat hati.. sangat sesuai dipakai terutamanya pada majlis-masjlis tertentu seperti kenduri kawin, dinner dan sebagainya. Sutera ni pun macam-macam jenis, ada rawsilk, dupioni silk dll. Saya boleh bagi review dua jenis je sebab ni je yang ada dalam RS stash saya.
Rawsilk: sangat best sebab sejuk bila kene skin. Sangat sesuai dengan cuaca kita dipakai di luar atau dalam rumah yang tiada penghawa dingin. Sesuai untuk newborn juga. dan masih ada kilauan sutera yang memikat ;). Mamapatch dan Jumpsacbaby ada menjual RS daripada fabric rawsilk.
RS Mamapatch Rawsilk RS. Sejuk bila pakai time panas
Dan sangat stunning dipakai time kenduri kawin ;). 

Dupioni silk: ok tak panas tapi takde cooling effect macam rawsilk tapi kilauan dia lebih terserlah dan memikat hati. Mostly brand RS imported ada carry RS dupioni silk, macam Comfy Joey, Sakura Bloom dan Kalea Baby .

Comfy Joey Dupioni Silk Single layer: Gold Field.. ini RS will be my legacy RS.. sgt cun!!

  • Mesh/Solar Veil (SV):selalunya RS menggunkan fabric mesh dan SV digunakan sebagai water sling untuk dipakai time bawa baby mandi di pool atau sungai. Boleh juga digunakan masa bawa berjalan diluar dalam keadaan panas macam di Zoo dan sebagainya. Fabrik SV ni mempunyai bahan yang boleh menghindarkan terik matahari. Sangat popular oleh western mama pakai time summer. Tapi harus diingat untuk memberi mesh atau sv sling ni, kita kene beli size kurang satu ukuran.. err contohnya if RS biasa kita pakai size M, so untuk mesh/sv sling kita kene ambil size S. Sebab fabrik bentuk jaring ni menyebabkan dia akan memanjang.. errr pahamkah? kira ambil satu size kecil la.. Setakat ni local made RS yang carry Mesh sling hanya Jumpsacbaby.
Jumpsacbaby Mesh Sling. Luv the colors ;)

  • Wrap Conversion RS: RS yang diperbuat daripada kain wrap (kain yang ditenun khas untuk dijadikan pengendong bayi). Wrap ni pun ada byk jenis fabric cotton, linen, bamboo, silk, wool dan macam2 lagi.
  • Double layered 2 fabrics: Gabungan dua jenis fabrik kira dua lapisan contoh linen dan silk atau linen dan cotton. 
Double layered linen/silk by Kalea Baby. My latest RS.. :p


Shoulder style
Saya rasa dalam pemilihan ring sling, jenis shoulder style merupakan perkara pertama yang diutamakan ketika membeli sebab shoulder ni la merupakan kunci pada keselesaan kita ketika memakainya. Terdapat pelbagai jenis juga mengikut keselesaan dan citarasa pemakai.
  • Gathered Shoulder: kain terus dimasukkan dalam ring tak sebarang jahitan tambahan.. huhuhu saya tak tau nak cerita macam mana la. contoh RS Jenama Kalea Baby/Snuggbaby (local made)
RS Belgium Linen. Ni bukan saya punya, ni travelling RS. This is Liza Yaacub's RS owner of Snuggbaby. Travelling carrier niorang punya kasi pinjam dan travel dari seorang ke seorang. Nak join travelling carrier (so dapatlah chance nak rasa carrier yang best dan mahal sila join Malaysian Babywearers sekarang! (hahhaha promote lagi.. ;).

  • Pleat: dibahagian bahu di dijahit pleat err macam mana nak citer tatau tengok gambar jelah
pic from Ocah. WCRS guna wrap Girasol Symphuo
  • Hotdog: saya sendiri tak pernah tengok IRL( in real life) macam mana hotdog shoulder ni.. tapi tengok gambar macam nilah.Contoh RS Ocah WCRS ada bikin hotdog shoulder
pic from Ocah. WCRS guna wrap Hoppediz Sandstein
   
Ni pandangan belakang shoulder hot dog. Pic from Ocah. WCRS guna wrap Didymos Limited Edition Jade Jim.
Jumpsacbaby RS. Lightly padded. My 2nd RS, its hot pink and its customed. but now stay with new owner ;)

  • Accordion shoulder: kain pada bahu disusun macam kain baju kurung atau menyerupai alat muzik accordian sebab tu dipanggil arcodian shoulder .;). Shoulder accordian ni, sangat selesa dan rasa macam ada padded, padahal takde. ni sebab kain disusun berlapis-lapis kat bahu tu, so rasa tebal dan selesa di bahu. Disebakan arcordion shoulder ni jugak, Psling ada Right shoulder dan left shoulder. Right shoulder untuk mereka yang carry anak disebelah kiri (kalau dukong dengan tangan, barehand guna tangan kiri). Manakala Left shoulder untuk mereka yang biasanya dukong anak belah kanan (kalau dukong dengan tangan guna tangan kanan), tu sebab saya cakap macam kain baju kurung ada orang pakai belah kanan dan ada orang pakai belah kiri, so susunan tu ikut la belah kanan or kiri. Tapi ni bukan la masalah besar, walaupun psling tu dah tulis contohnya untuk Left shoulder, mereka yang right shoulder still boleh pakai. kene tengok kat forum MBW ni.. baca la ye.. lotih acik nak explain satu-satu.. ;p. Contoh RS Psling
Alat muzik Accordian macam ni la susunan kain RS yang ada accordian shoulder. Pic dari pakcik google.

Psling Accordion Shoulder
  • Hybrid shoulder: selalunya gabungan 2 jenis shoulder. contoh RS Comfy Joey
Comfy Joey Hybrid Shoulder. Gabungan Pleat dan Gathered Shoulder

Ring
Ring juga memainkan peranan jugak sebab ring kena tahan lasak dan mampu menampung berat baby. Dan pastinya ring perlu memegang kain agar tidak licin dan terletak.
Ada banyak jenis ring dan size digunakan. Biasanya ring size small digunakan untuk jenis kain agak licin macam mesh dan SV, medium plak selalu digunakan untuk fabrik silk. manakala large biasa dan banyak digunakan untuk kebanyakkan RS. Jenis ring pulak:
  • Aluminum:  banyak digunakan untuk kebanyakkan RS
  • Silver: Setahu saya hanya terdapat pada RS jenama Psling sahaja. dikatakann ringnya diperbuat daripada silver tahan lasak dan antibacteria. Ring boleh memikul berat sehingga 2000 kg!!. Size nya lebih kurang size medium ring alum dan agak penyet :p. yang bestnya Ring Psling ni ada warna gold yang memang nampak macam emas betul! soooo bling-bling uols
  • Nylon: tak ramai yang gemar RS yg ada nylon ring sebab agak licin dan RS tidak terletak elok. tapi ada juga mama yang suka..
Tengok ring Psling.. gold you!.. macam emas betulkan.. psling dalam gambar ni sebenarnya Left Shoulder (LS, untuk pemakai yang carry anak belah kanan, bahu sling dibelah kiri) tapi saya right shoulder (RS) lagi pun masa ni tatau lagi LS ke RS kubelasah saje.. :p. This also travelling RS not mine but Zanamikan MBW's member.


Panjang RS
mengikut ketinggian dan juga jenis badan pemakai dan citarasa pemakai nak tail tu panjang mana. Ada yang suka labuh ada yang suka pendek. Sebaiknya paras paha atau atas lutut sikit. Bagi yang BF, mungkin suka labuh sikit sebab senang nak nyusu tail boleh jadi nursing cover dan untuk carry newborn style tummy to tummy kene tail labuh sikit. Ukuran boleh refer Jumpsacbaby.com punya ukuran.

Sizing Table for All JumpSac Ring Slings (except for the JumpSac Mesh Water Slings)
  Height Body type
skinny - averageplus size/chesty
 You are « 5' 1" (155 cm)XSS
 5' 1" (155 cm) < You are « 5'5" (165 cm)SM
 5'5" (165 cm) < You are « 5' 8" (173 cm)ML
 You are > 5' 8" (173 cm)Lcustom size


guna tail as nursing cover. 
BF in upright position
menyusu baby dalam keadaan menegak.

Tail
Ekor yang lurus atau V-shape. Dan untuk menambah kecantikan RS, ada jugak tambahan accesoris macam sequine tambahan corak dan kain lain.

Bahagian tail yg V-shape. This was my costumed linen blend Jumpsacbaby RS. Now with new owner.

Comfy Joey Dupioni Silk siap ada sequine di bahagian tail. Also not mine.. Travelling Comfy Joey RS now this beauty at MBW's library. (ada library carrier so member boleh buat permohonan nak pinjam)

RS untuk Newborn
Sebaiknya menggunakan fabric lembut macam cotton atau linen yang dah broken in yang dah lembut ataupun silk dan bamboo.

BW Asyraf, 3months in Jumpsacbaby RS linen blend.  RS yang dipinjam dari Jumpsacbaby. Picture credit to Liza Yaacub


RS untuk toddler
Biasanya linen la paling sesuai untuk carry toddler sebab ciri dia yang tahan lasak supportive dan jugak airy.

BW Asyraf, Setahun 7 bulan in Psling linen. Also travelling Psling by Zanamikan


Harga

harga RS ni bergantung pada jenis kain selalu pure linen dan silk agak mahal dalam lingkungan RM170-RM275. RS daripada cotton dan linen blend biasanya murah dlm lingkungan RM125-RM170.
  • Jenama tempatan seperti JumpsacBaby, SnuggBaby, Mama Patch menawarkan harga yang mampu milik dan kualiti setanding dengan jenama luar negara. 
  • Dan semestinya Jenama RS dari luar negara yang well known macam Sakura Bloom, SBP, Comfy Joey, Kalea Baby agak mahal sebab harga dalam US Dolar
  • RS yang paling mahal adalah dari Jepun iaitu Psling. Brand new RS Psling berharga 33,600 yen kalau di convert ke RM boleh mencecah RM1K! (ye sila telan air liur!!). Harganya mahal sebab kualiti kain yang ditenun khas seperti shijira (cotton) dan Kasuri (linen) dan penggunaan silver ring yang anti bakteria dan tahan lasak disamping arcordian shoulder yang sangat selesa dan best! Psling memang lain dari yang lain. Tu la sape nak memiliki Psling kena la ushar selalu kt FSOT TBW cari 2nd hand dan harga yang mampu milik (dalam RM300-RM450 jugak la). Saya ada dua psling tapi dah jual sebab warna tak sesuai dengan saya :p.. (sapa nak beli boleh RM300 je... boleh tgk kat sini ) tapi mmg best tengah hunting psling idaman hati..ngee, dan ada jugak jenama RS dari jepun jugak Femmebelly RS daripada fabrik shijira berharga dalam RM250. 
  • Wrap conversion RS mmg sah la mahal sebab harga wrap tu sendiri dah mahal convert jadi RS mahal la jugak.. dalam lingkungan RM300-400.

Apapun bagi saya, saya membeli RS mengikut kecantikannya, color, dan bila masa untuk dipakai. macam kasut kena ada selipar nk gi jamban, kasut sukan, kasut gi opis, kasut gi shopping dll.. tu sebab saya ada banyak RS.. untuk bawa ank main air, bawa anak jalan-jalan, kendong ank time kenduri, kendong anak time panas dll.Yang penting RS mesti mau matching dengan outfit/baju kita baru la kelasssssssssss ko maria.. hahhaha... 

Antara RS yang saya ada. Hoarding the red linen and gold silk. white dah jual. kiri sekali rawsilk for sale.
Qaseh...
alynn fazz