Thursday, May 31, 2012

HERBA MANDIAN AURA


Ok sebetulnya entry ni nak buat untuk blogshop aku, tapi tersilap bleh pulak terbuat kat personal blog. ngee..


So alang-alang aku nak buat review la sket.. 


Aku memang jual herba mandian ni.. lama dah dekat 3 tahun.. dan aku sendiri memang guna ni lepas pantang Asyraf.. dan pantang baru ni pun guna ni juga la. Mandian herba ni tak semestinya untuk orang lepas pantang je, untuk gadis/mak dara/mak-mak orang semua boleh if nakkan segar badan dan buang bau badan.




Review aku mudah macam iklan Nor Khairiah berlakon tu..


"ia mudah, ia cepat, ia senang!"


Masa berpantang Asyraf dulu, 3 tahun lepas, mak aku pun rebuskan herba mandian ni walaupun daun-daun boleh dapat sekitar rumah.. tapi mak tetap pakai herba mandian ni.. senang katanya takyah susah-susah terbongkok ambil daun.. 


Dan senang juga pada ibu-ibu dalam pantang nak mandi.. especially macam aku ritu yang takde helper  (mak pulak tak sihat hari tu nak datang rumah) so serba-serba kena handle sendiri.. mandi senang je, nape senang? sebab lepas mandi tu tak payah susah-susah nak kutip daun yang berselerak kat lantai, pakai uncang herba mandian ni takde masalah daun berselerakkan..


Mandi daun-daun herba ni bagi orang utara sangat penting. Dan memang aku pun suka.. sebab bila lepas bersalin badan agak letih dan tak bermayakan.. so lepas mandi ni je memang rasa lebih segar. Bau daun-daun herba ni macam aromatherapy yang bagi aura segar. Selalunya mandi daun herba ni orang buat sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut sebaik saja lepas bersalin. Mandi pagi-pagi la sehari sekali. Tapi seeloknya seminggu la.. lagi lama lagi bagus. Ada orang buat sebulan dan ada yang buat sepanjang tempoh berpantang 44hari.. itu lagiii bagus. Tapi aku malas la nak rebus air sebab kena buat sendirikan.. so aku mandi seminggu je.. :p


Mak aku bagi tips, lepas mandi herba ni, jangan terus lap badan.. biar la dalam 1-2 minit (takleh lama-lama kang sejuk badan tak elok pulakkan dalam pantang) kira biar air herba tu meresap masuk dalam badan. 


Macam aku cakap kat atas tak semestinya untuk orang dalam pantang je.. siapa-siapa pun boleh guna untuk kesegaran badan dan nyah bau badan. Kalau korang nak beli, bleh beli kat aku. lihat blogshop aku Qaseh Alam.. setakat ni aku la yang jual paling murah.. aku bagi promosi  sampai tengah bulan ni je.. pas ni harga naik sikit sebab kos naik (packaging baru). Dan aku bagi free gift lagi.. rangkaian cloth pad yang aku jual juga.

So aku paste entry herba mandian ni daripada blogshop Qaseh Alam aku. Sape nak boleh email aku kat qasehalam [at] gmail [dot] com.  




**************

Qaseh Alam memperkenalkan Herba Mandian Aura dengan pek baru dan kandungan herba yang telah dipertingkatkan mutu.

                       



Herba Mandian Aura 
harga masih RM 12.50 SATU PEK.. MURAHHH UOLS BERBANDING YANG LAIN



Herba Mandian Aura keluaran Aura Inner Marketing merupakan produk herba persediaan tradisi yang dirumus khas untuk para wanita. Digunakan untuk wanita selepas bersalin dan boleh juga digunakan oleh semua wanita sebagai aromatherapi untuk kesegaran badan.


(PEK LAMA)
   
(PEK BARU)



Dihasilkan daripada 7 jenis daun herba terpilih yang mengandungi khasiat tersendiri dan telah lama digunakan sejak lama dulu.
 
Antara daun herba yang digunakan ialah:

Daun Capa
Daun Meringan
Daun Serai Wangi
Daun Inai
Daun Pandan
Daun lamuni
Daun pisang kelat 


Kini produk ini telah dinaiktaraf untuk meningkatkan kualiti produk bagi menjamin kepuasan pelanggan. Semua dedaun herba diproses menjadi lebih halus supaya air rebusannya lebih pekat dan lebih beraroma. 




Kebaikan Mandian Herba:
Ia adalan amalan tradisi orang Melayu dahula kala dan masih diteruskan sehingga kini kerana keberkesanannya membantu menyegarkan kembali badan terutamanya kepada ibu selepas bersalin. Mandian herba ini dapat mengatasi masalah kebas-kebas dengan menlancarkan peredaran darah, membuang anign, melembutkn urat saraf, mengurangkan sengal tulang, sendi dan otot akibat proses meneran sewaktu melahirkan. Selain itu herba mandian ini juga bertindak sebagai aromaterapi dengan haruman pati daun yang dapat membantu mengurangkan rasa stress di samping dapat membuang angin dan melancarkan peredaran darah.

Kelebihan  Herba Mandian Aura :
Mandian Herba ini dipek dalam bungkusan yang lebih moden supaya mudah digunakan sewaktu dalam pantang. Hanya rebus uncang herba air dan sedia untuk digunakan.Tak perlu lagi mengutip daun yang bertabur selepas mandi (menyusahkan ibu atau penjaga dalam pantang untuk membongkok membersihkan bilik mandi) 

Cara Penggunaan: 
Semasa dalam pantang mandian herba daun sehari sekali di awal pagi. Rebus uncang Mandian Herbabersama 3 gayung air (anggaran 2 liter air) sehingga mendidih. Setelah itu, air rebusan ini boleh dicambur dengan air biasa mengikut tahap kepanasan yang bersesuaian dengan keselesaan anda. Setiap pek boleh digunakan sehingga 2 kali mandian (2 hari). Setiap uncang boleh digunakan lebih dari sekali atau sehingga pati atau warna atau aromanya hilang. Untuk penjimatan, 2 pek boleh direbus sekali untuk 4 kali mandian (4hari) dan 3 pek tuk semingu (6 kali mandian)

DENGAN PEK BARU QASEH ALAM MASIH MENGEKALKAN HARGA LAMA.
DAN QASEH ALAM BERMURAH HATI UNTUK MEMBERI RANGKAIAN BARANGAN CLOTH PAD SECARA PERCUMA APABILA ANDA MEMBELI SET  Herba Mandian Aura  UNTUK MENGGALAKKAN WANITA MENGGUNAKAN DAN BERTUKAR KEPADA PENGGUNAAN CLOTH PAD YANG LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN DALAMAN ANDA DAN JUGA LEBIH SELESA. 

Pakej:

SET A : Hanya RM 36 untuk 1 kotak yang mengandungi 3 uncang  (anggaran mandian 6 hari) PERCUMA MAMA PATCH SOAKER PAD BERNILAI RM8.00


SET B : Hanya RM 70 untuk 2 kotak yang mengandungi 6 uncang  (anggaran mandian 14 hari) PERCUMA PANTY LINER BERNILAI RM10.00



SET C : Hanya RM175 untuk 5 
kotak yang mengandungi 15 uncang  (anggaran mandian 35 hari) PERCUMA BISKY BOSKY REGULAR PAD BERNILAI RM15.00 

  



SET D : Hanya RM240 untuk 7
 kotak yang mengandungi 21 uncang  (anggaran mandian 49 hari)  PERCUMA MAMA PATCH HEAVY PAD 13" (POST-PARTUM PAD) BERNILAI RM24.00  






BAGI SETIAP PENBELIAN SET  Herba Mandian Aura .. ANDA LAYAK MENIKMATI POTONGAN 5% BAGI SETIAP PEMBELIAN CLOTH PAD DI QASEH ALAM.. UNTUK MENILAI RANGKAIAN PRODUK CLOTH PAD QASEH ALAM KLIK DI SINI.. 


 Selamat berbelanja di Qaseh Alam :)



* Setiap penghantaran akan dikenakan cas penghantaran pos laju sebanyak RM 9.00
bagi set A dan RM 10.00 untuk set B, C dan D (Semenanjung Malaysia).

Qaseh...
alynn fazz

Saturday, May 26, 2012

Lama tukar baru..

tilemm tilamm lama.. tukar baru..
tilemm... tilamm lama tukar baru..

eh!

hahaha.. tetiba entry tilam la pulak :p

tak la.. kali ni nak cerita pasal tudung...
tudung lama tapi tukar gaya baru.. tudung yang dimaksudkan ialah.. tudung bawal..


suka sangat cara ni lebih mudah.. kau orang pun boleh cuba.. tengok tutorial ni.. 





lagi satu style.. tutorial seperti di bawah:..



lawakan awek ni.. saya suka tengok awek ni.. cun, manis dan sejuk mata memandang.. tak over..  lagu background pun best,..tak pasti orang kita ke or saudara indonesia.. yang pasti lawa dan tutorial dia mudah, tak over macam tutorial yang lain.. kadang tu minah-minah yang buat tutorial tu duk buat muka dan aksi cas-cas comel.. macam minta penampar je.. hahaha,, dan ada gak yang tutorial panjang berjela.. nak betulkan tudung pun sampai 3-4 minit.. tu belum lagi yang jenis pakai pin banyak.. haiyoo...dan yang amik video tapi background kat belakang semak yang amat.. hai macam-macam..


yang ni paling best,, layann..





kah kah kah.. tang pakai tuala tu jadi sangat!
tapi bagus gak mamat ni..senpat bagi nasihat gak..
pada sesiapa yang belum memakai tudung, pakai lahh. Banyak tutorial yang korang boleh belajar dekat YOUTUBE..

okla layannn

Qaseh...
alynn fazz

Friday, May 25, 2012

Im Back!!

Haluuuuuuuuuuuuuuu..

eh Assalam..

wah lama menyepi genap 3 bulan kannn..

yeye saya dah selamat lahirkan putera ke-3, 3 bulan yang lalu.. ngee..
sory ye.. duk pantang dan cuti bersalin kat rumah, mak malas nak hapdet blog.. mak layan citer korea uols! best! terasa cam anak dara korea plak.. ngeee..
Masa ni Arash dah berumur sebulan setengah.. romper yang kubeli baru sampai.. Arash pulak membesar bagai johan.. baju newborn pun dah tak muat.. tapi ku pakaikan jugak.. hahhaha

Ok la malas nak nulis panjang-panjang.. saya copy jela pengistiharan dan ucapan biasa tiap kali lepas beranak. Dan ucapan ini akan di ulang tayang pada setiap kelahiran anak saya seterusnya juga (kalau ada rezeki lagi lepas ni.. macam nak beranak ramai je ngeee) Err, mohon doakan saya dapat anak perempuan pula lepas ni yer aminn..;). Ni macam pengistiharan puasa or raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pula kannn.. cuma akan ditukar tarikh, masa dan nama anak tu nanti la.. dan ayat yang terakhir tu pun mudah-mudahan sama la juga. So ni la pengisytiharan dan ucapan tersebut::-


Syukur alhamdulillah.. selamat melahirkan Arash Muzaffar Syah secara normal, seberat 3.17kg, pada Sabtu 25 Feb 2012; 3 RabiulAkhir 1433H, pukul 3.16 pagi di Hospital Putrajaya. Terima kasih di atas doa semua..dengan rahmat Allah.. kelahiran yang mudah..
dan ini copy pula cerita saat kelahiran Arash pada member-member di FB.

mmg cepat n natural birth.. nk drip air pun tak sempat.. start rasa mild contraction kul 12am, kul 1am makin kuat. I sempat took hot shower n solat.. kul 2am makin sakit n 230 gerak gi hosp. smpai hosp putrajaya. pkul 245am 3.16am dah beraknak. meloncat smua misi n mid wife bila check dah buka 9cm.. dorg igt lmbat lg sbb tgk i cool n just zikir.. tp agak frust sbb time tu kat labour room i sorg je.. so 1 group cheer leading ar suh i push .. i dah set mind not to push just wanna use breathing teknik, tak kesampaian.. so ada 1st degree tear. sorg mid wife yg conduct tu main seluk2.. tak suka.. tp takpe la baby sihat n alert..n smua staff hosp baik sgt..syukur.. 

Baby alert.. mata duk kelip-pok-kelip-pok pandang sekeliling tak tidur pun.Tak macam abang-abang dia.. lepas keluar dari perut terus zasss tidur.. hahahha lalok kot kesan ubat pelali yang kasi kat mommy.. ni Mommy tak de langsung pakai pelali so memang baby alert.



Rasa nak cerita la sikit.. pada mulanya.. dah start rasa mild contraction dan sakit-sakit pinggang khamis malam jumaat tu.. ingatkan dah nak bersalin dah.. sekali pagi jumaat tu dah hilang smua sakit. dan pagi tu nampak dah ada birth show.. ada blood stain.. sikit jela.. disebabkan tak sakit saya gamble pergi jugak la ofis.. kang duduk seorang kat rumah pun susah jugak.. kang terberanak sensorang pula kann..

dan seperti biasa, hari Jumaat adalah hari.. ye memang bagi kaum Adam kene solat Jumaat.. tapi bagi kaum hawa terutamanya bekerja di sektor awam, hari Jumaat adalah hari untuk menjoyah.. huahuahua..)
so saya dengan geng serangkai (geng opis yang disayangi ;)) gi la menjoyah di Jusco eh Eon dah sekarang ni kan namanya.. kebetulan nak ambil kek red velvet yang saya tempat di Nina's cake.. teringin nak makan red velvet uols.. kang takut dah terberanak dah tak buleh makan pula kann ( hahahha padahal dalam pantang pun ku bantai makan jugakk hahahhaha eh sila jangan ikut ya.. risiko dibawah tanggungan sendiri :p)
sementara tunggu En.Azli (en. Suami kepada Pn. Nina, owner Nina's cake) sampai, kami makan dulu la kat foof court. Biasala.. dah kalau geng sembang, tak sah gelak sakan kannn.. hari tu plak member buat lawak tak hingat.. saya punya gelak sampai terlupa yang diri ni sarat mengandung.. Nasib baik tak terberanak time tu.. hahhaha..

2nd day


Di pendekkan cerita.. mungkin di sebabkan banyak berjalan, menjoyah dan gelak ketawa tengah hari tu.. birth show makan ketara.. dan masuk pukul 8 dah rasa selesa kat perut dan cakap kat En. Suami kene stanby.. call weekend maid yang selalu kami panggil tu untuk datang kat rumah tengok-tengokkan anak-anak sementara En. Suami dan saya ke hospital. Tapi saya masih lagi relaxkan diri. Teringat  CD hypnobirthing nak pasang sekali tertinggal kat ofis la pulak.. hadoi.. so just recall dan ingat jela apa yang saya baca dalam buku hypnobirthing tu.. Pukul 12 start sakit.. tapi boleh tahan.. 


okla kau orang dah baca kan cerita saya kat atas tu kira sambung sendiri la yer.. hahahha just nak tambah.. kira luahan hati jugak ni.. masa sakit tak hingat dalam pukul 1.30 pagi.. lepas mandi solat, saya gi makan roti dan kurma.. kunun nak bagi tenaga la kan sekali time sakit tak hinggat tu dalam kul 2.. bluekkkkkk... saya muntah! hahhahah habes kuar balik apa yang dimakan.. dan sendiri mau ingat.. patut la dalam labor room misi dan doctor semua tak kasi makan apa dah.. ngee..lepas muntah.. salin baju (tadi dah pakai baju lawa sket walaupun nak gi hospital je kot) pakai t-shirt dan kain batik je hahhha.. sakit pinggang menjadi-jadi.. baca dalam buku hypnobirthing tu untuk hilang rasa sakit kena buat position polar bear atau dalam bahasa kita yang paling mudah adalah menongeng.. tapi takde maknanye pada saya.. still sakit juga.. 


time ni tengok En. Suami.. laaaaaaaaaaaaaaaaa dia boleh pi tiduq plak kat sofa tu... haiiizzz mak mula la nak hangin.. tapi tetiba tak jadi nak hangin. Nak beranak mana boleh buat dosa dengan en. Suami lagi kot. ngee.. mood insaf...pelan-pelan pi kat dia.. sambil kejut manja cakap nak minta maaf (dalam hati  nak je cakap jangan la tidur pulak bang ooii!) dan seperti biasa jawapan dia.. "Hubby dah maafkan dah.." err sejuk hati ku.. ngee..


Dalam pukul 2.30 dah makin kerap contraction so En, Suami cakap mesti mau gerak pi hospital now.. mak follow jela.. deshusss.. 15mins dari serdang sampai ke hosp. Putrajaya pukul 2.45pagi. Hosp. bersalin lengang! takde orang.. misi kat kaunter tu boleh tanya 
"kenapa puan?" nak je cakap..
"takde apa-apa saja je datang melawat.. " cer tukar soalan tu..
"puan dah rasa nak bersalin ke? " logik la sikit kann.. 
pastu misi ni semua ingat saya lambat lagi bersalin even saya cakap saya dah ada contraction.. depa ingat mild contraction kot sebab saya relax dan zikir je bila sakit.. siap suruh pi timbang badan dulu.. haiya.. hoi mak sakit tau.. ingat main-main ke.. huhuhuh...yela sebab tiap kali sakit tu saya cuma cakap " kejap-kejap.. sakit" naik atas katil muka dah kerut-kerut.. dan misi tu tanya lagi.. "puan sakit sangat ke?' masa ni malas dah nak jawab just angguk kepala je.. n baru depa check jalan.. sekali misi tu cakap " eh dah full dilate.. 9cm.. tolak masuk labor room.. kekkeke kelam kabut semua... misi yang duk baring -baring dalam bilik pun meloncat bangun.. 


First latch.. pandai nenen..


Terus mid wife siap nak pecahkan air ketuban.. 
saya siap minta.. "err boleh tak air ketuban ni pecah sendiri" 
dan dah agak jawapan dia..
" kalau tunggu pecah sendiri kang lambat pulak puan, " 
so saya pun pasrah jela.. sekali katanya dah nampak kepala baby.. yang saya ni still tak rasa nak teran pun.. apa lagi bersorak sakan la depa suh push.. Kali ni birth position saya, memang terasa nak baring je.. sebab saya rasa mengantuk.. badan tak angkat langsung.. just angkat kepala dan En. Suami ampu bahu.. yang dulu mmg angkat badan terus.. dada kene lutut. kali ni tak larat la.. agak nya sebab faktor usia juga kot.. :p so 15 mins lepas sorakan cheer leading nurses.. lahirla Arash.. yang syiok.. mid wife terus letak baby atas badan.. means depa memang selak baju saya dan memang skin-to-skin dengan baby.. oh bahagia sungguh! hilang dah semua sakit-sakit.. lama jugak la depa biar baby atas badan.. dan tali pusat pun depa tak terus potong.. kira bagus la.. depa update jugak lakan penyelidikan terkini pasal sentuhan kulit ibu dan baby dan pasal tali pusat kene berhenti berdenyut sebelum dipotong bagi pastikan baby bernafas sendiri. 




Lepas baby keluar.. dah uri pulak lambat keluar.. adala dekat 15minit juga. Yang saya dah cuak dah.. dan doa tak berenti jangan la uri lekat kat dalam. Tapi ikutkan natural birth memang normal uri lambat keluar kadang sampai setengah hari baru keluar.. tapi takmau la macam tukan.. tambah lagi kat hospital.. kalau beranak kat rumah takpela.. ni kat hospital lambat sangat.. mesti potong kasi keluar jugak kan.. ish tamau.. syukur la uri keluar juga.. dan masa menjahit tu saya tak rasa apa-apa ahh heaven... tak macam sebelum-sebelum ni.. time menjahit tu adalah azab you.. ee sakit! syukur kali ni tak terasa pulak cuma kaki gigil sangat.. nak kata sejuk tak rasa sejuk pun tapi bila misi selimutkan dengan dua selimut baru berenti gigil.. yela kot saya sejuk.. tapi pelik tak rasa sejuk pun.. hahaha what ever la..


Dan bila misi duk puji anak bersih dan minta petua makan apa.. saya cuma senyum dan cakap minum air kelapa.. memang takde lendir mucus yang banyak.. tapi seorang misi tu bagi tau.. sebenarnya mucus tu pun ada fungsinya juga.. sebagai pelindung pada kulit baby so kulit baby sihat.. Saya tatau la pulak kebenarannya (malas nak tanya pakcik google) tapi kemungkinan betul la kot, sebab kulit Arash merah-merah dan ada rashes sampai kena mandikan dengan sabun apa ntah.. 3 hari baru hilang. So saya ambil iktibar la juga.. maybe if preggy lagi lepas ni.. kena control.. jangan belasah minum air kelapa banyak sangat.


Misi-misi tu pun duk puji juga pasal senang beranak dan cakap saya  pandai push.. dan mula la interview dulu pun senang ke beranak.. saya cakap memang sakit tak lama la.. tapi  saya mengandung susah.. macam-macam alahan.. so may be tang bersalin tuhan bagi mudah.. dan rasanya kita kena banyak guna kuasa minda dan berserah pada Allah.. insyaAllah.. Misi-misi tu pun ingat saya bersalinkan anak sulong.. wah mak terasa muda you.. ok la cukup-cukup..kang uols muntah hijo plak ku duk angkat bakul.. nge...


Ok now mari kita lihat apa komen peminat-peminat No.1 saya sebaik saja saya bersalin..




Peminat Pertama:
En. Suami : Sayang nampak ok je.. tak nampak letih macam orang lepas bersalin pun.. macam baru lepas balik kerja je.. (wahhh! statement.. tapi kadang balik kerja muka serabai juga.. so macam baru lepas balik kerja time banyak kerja dan kusut or time balik kerja yang tak de kerja  or ngular.. yang mana satu bang?? ngee)



Tapi bila tengok balik gambar ni.. err macam setuju jugak la dengan En. Suami.. err macam berseri pulak.. hahhaha.. mode perasan.. apapun i lap u Hubby..


ok kita baca komen seterusnya daripada peminat kedua..

Asyraf: Mommy baby dah keluar ye.. eh.. mommy ada baby lagi satu dalam perut mommy.. 
(adoi! mak sabar jela.. terasa la la tu jugak mak nak buat sit up 100 kali kasi kempis perut fuh fuh fuh!)

dan statement yang paling tidak boleh dilupakan oleh peminat ke-3:-

Izz: Mommy ni macam cik Un la.. (weekend maid saya)
waaaaaaaaaaa INI MAK SENTAP UOLS.. DISAMAKAN DENGAN MAID.. SEBAB  PAKAI KAIN BATIK! 

Latest pic! rambut tumbut kat tengah je :p

itula kisah nye.. err kata malas nak nulis pepanjangkan.. sekali hambik.. jadi karangan juga.. ngee


Nota Qaseh: Selamat hari Ibu (sayangnya saya kat mak.. i luv u mak) selamat hari guru.. n Happy 3months Birthday Arash Muzzafar Syah!
Mak Tok dan cucu ke-11.. love this pic so much!! PRICELESS



Qaseh..
alynn fazz