Thursday, October 1, 2009

Kata TIDAK! Tukar Dialog Anda

Sampai satu ketika, anak anda akan suka buat ujikaji "Sebab dan Akibat".. Kadang-kadang bila kita pangku dia, tetiba, dia ketuk kepala kita.. Sebabnya, dia nak tengok reaksi kita...

  • Akibatnya, kita pun jerit..
    "JANGAN pukul kepala ibu! Sakit!"
  • Apa kata anda bertegas, katakan begini...
    "Kalau Abang buat lagi, abang kene turun dari pangku ibu"

Kadang-kadang anak anda suka bergayut kat ibunya kan... Bila kita berdiri buat sarapan di dapur, selalunya kaki kita jadi mangsa.... dipeluk-peluknya... kadang-kadang siap buat macam tiang dekat playground tu lagi..

  • Biasanya dialog kita macam ni....
    "TAK mahulah peluk-peluk kaki mama."
  • Apa kata anda tukar kepada...
    "Mama tengah prepare sarapan kakak ni... Kakak main dengan sudu dan mangkuk tu dulu ye..."
    (Kita beri alternatif kepada anak-anak selain daripada apa yang ingin dia buat.. Jadi anda tak perlu sebut "TAK")

Selalunya anak kecil, suka bereksplorasi... Semua nak diusiknya... Paling tak best kalau di rumah orang atau ketika ada tetamu di rumah.. Tunjuk skill lah katakan.... Gelas, bunga, macam-macam lagi semua ingin disentuh...

  • Selalunya dialog kita begini...
    "JANGAN sentuh bunga tu."
  • Cuba tukar kepada...
    "Ummi tak mahu kakak buat macam tu..."
    (Kita tak cakap jangan, tapi kita tekankan tentang kemahuan kita kepada anak, bunyinya sedikit tegas)

Kucing antara binatang kesayangan kanak-kanak. Kalau jumpa, mula-mula dijeritnya, kemudian dipegangnya. Cara memegangnya tu ikut mana dia sempat... Bukan sebab ganas, tapi kanak-kanak belum mengerti tentang itu...

  • Dialog kita selalunya...
    "JANGAN tarik ekor kucing tu!"
  • Tukar dialog anda kepada...
    "Lembut sikit... kesian kucing tu... gosok kucing tu macam ni aje..."
    (Tunjukkan cara yang betul supaya lama-kelamaan anak anda akan semakin faham dan tahu)

Soket elektrik antara kegemaran anak anda. Anak anda suka bereksperimen dengan bunyinya...

  • Tambahan lagi bila anda cakap..
    "JANGAN usik!" Lagi dia nak usik...
  • Cuba anda alih perhatian dia....
    "Mari sini kat ummi..."
    Pangku dia dan nyanyikan lagu kegemarannya...
    (Anak anda memang mahukan perhatian anda. Berikan dia perhatian sebelum dia 'memintanya')

Bagaimana pula anak anda? Dan dialog anda?

dipetik dr www.ratuhati.com

No comments: