Thursday, August 26, 2010

Not feeling well

It was started yesterday lepas sahur..
sudently saya rasa sakit perut sgt2.. mcm contraction nk bersalin
dan sakit membawa kepinggang.. ya ampun.. rasa mmg mcm nk bersalin..
dalam hati mula berkata-kata.. am i pregnant? are this sign of miscarriage?
mula-mula igt disebabkan saya pakai slimming krim kt perut n pinggang..(yelah ada org ckp saya dah takde shapekan..) kot kesannye smpai mcm tu sekali.. tp pelek la pulak pesal smpai sakit cenggitu kan..

tp sakit tu hilang after i poop.. then i was thinking mayb sbb nk poopkn.. tp pesal sakit smpai membawa ke pinggang.. tak pela janji dah tak sakit dah..

so saya pegi kerja macam biasa.. then petang dah waktu nk balik saya mula terasa bengkak di Breast sblh kanan.. tp tak risau sgt sbb nk balik dah bleh direct breastfeed asyraf.

tp Asyraf nenen sekejap je. yelah agaknya dah kenyang.. lepas buka puasa.. makin sakit n my B makin mengeras..sakit makin menjadi2.. dan diikuti dnegan sakit pinggang & perut mcm pagi td.. adus..
hah apesal pulak nih.. lepas solat saya terus ambil tuala dan basahkan dgn air panas dan tuam kt B.. errmm sah kene mastitis .. again!.. bengkak susu yg dah menyumbatkan salur darah smpai demam & sakit2 badan. pelik time puasa2 cenggini plak tetiba milk supply increasing.. sah ni la penangan air mata kucing ku teguk dan makan buahnya tiap kali lepas berbuka.. hmm.. tp pelik semalam pesal rasa mcm contraction.. hmm pelek ar.. nk urut pun sakit giler.. tp slowly saya perah susu bg keluar..  susu keluar pekat dan bewarna kekuing-kuningan.. sah dah ada infection.. bdn dah mula seram sejuk..
emosi pun apa la.. mula la.. nk mengadu.. org tak nk layan.. sob sob sedihnyer..

Then .. tiba2 dtg my 3yrs old HERO seorang ni.. agak nye dia dok perati apesal mommy pelek.. dok kerut2 dahi..
izz: "nape mommy?"
saya cuba menyukir senyuman..
Izz: "mommy sakit?.. demam yer?.."
saya anggukkan kepala..
izz: "mommy lay down.. now.. lay down la.."
saya turuti katanya sambil slowly baring..
izz : "meh cni tandar buat" (izz bahasa kan namanya tandar hehehe.. sambil ambil tuala saya td yg dah sejuk..
diletakkan ke kepala saya..
izz: "sian mommy..demam yer.. sakit?.. ok takpe.. tandar ada.."
diusap2nye kepala saya dengan tuala basah mcm selalu yg saya buat utk dia waktu demam.
dan akhirnya diletakkan tuala basah tu diatas kepala saya.
Izz: "dah mommy sleep yer"
oh hati keibuaan saya cukup tersentuh... diusia 3 tahun.. Izz tahu ibunya sakit dan tidak sihat.. melebihi naluri.. org dewasa..
rasa sakit td.. terus beransur kurang skit.. ish tatau la psikologi ker hape.. kekeke

keesokkan lepas sahur.. makin sakit.. sakit kepala, perut n pinggang.. breast masih bengkak.. saya btul2 flat.. n mula la dah nk mcm meroyan dah.. abis ank2 saya halau keluar bilik.. taktahan.. hmm smpai DH (Dear Husband) tak pergi kerja..

nk gak manja2 cenggini time sakit... ( gambar di ambil drp en.gugle)
to DH if u read this (ada ke dia nk baca? hmm).. im not pretending.. ni sakit betul.. ank yg kecil pun bleh tau.. beri la perhatian sikit lain kali ye dear...sekurangnya.. beri la sokongan dari segi emosi..  bukan setakat tanya nk g klinik ke tak...

nota qaseh: sakit itu ujian..

Qaseh... alynn fazz

Monday, August 23, 2010

Doa untuk Kekasih











Entry kali ini ditujukan khas buat seorg sahabat yg saya sayangi.. mengenalinya selama hampir 17 thn, saya simpati dn apa yg telah dialaminya.. perpisahan dgn kekasih hati.. amat melukakan.. tp mungkin terselindung hikmah disebaliknya.. saya bukanlah org yg layak untuk memberi pendapat mengenainya.. cuma saya hanya boleh katakan.. muhasabah diri.. mungkin apa yang berlaku disebabkan kesilapan diri sendiri.. jika cinta boleh bertaut kembali.. pujuk la..rayu la. dan sama2 perbaik diri.. fikir si kecil yg masih mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari kedua-dua org yg rapat dgnnya.. 





dan perbanyakkanlah doa dan mohon keampunan drp Allah SWT agar diberi taufik & hidayah dan penyelesaian yg terbaik.. 

saya terigt doa in yg saya sering baca dulu .. kepada anda sahabat.. amalkan la.. dan sekiranya sudah ditakdir jodoh smpai sini .. terima la dengan redha.. teruskan kehidupan dgn baik dan sempurna.. Allah Maha Mengetahui..  anggap la salah satu ujian dlm hidup.. ambil ia sebagai pedoman moga dipertemukan kekasih yg lebih baik dan jgn lupa tggjwb pada si kecil mesti diteruskan.. 







Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dan saya teringat email kiriman seorang teman mengenai pasanangan kita di akhirat kelak (oh mudah-mudahan kita tergolong dlm orang-orang yang menghuni syurga.. amin ya robbal alamin..)



MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK? 

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.



Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

nota qaseh: wahai tuhan.. ku tak layak tuk ke syurgaMu.. namun tak pula.. aku sanggup ke nerakaMu.. kekal kan jodohku hingga ke akhir hayat..

Qaseh...
alynn fazz

Sunday, August 22, 2010

Muhasabah diri + Doa

hmm..

alhamdulillah kita dah masuk miggu ke 2 berpuasa di bulan ramadhan ni..
lama pulak tak nulih.. sejak first Ramadahn ritu..

sebenarnya saya berhutang 2 entry atas permintaan 2 org sahabat.

sorg msg saya di fb mohon untuk diberikan doa yg sesuai untuknya yang jauh diperantau..
dan sorg minta diberi sedikit nasihat.. owh.. nmpak sunguh berat permintaan ni.. yelah acik bukan nye kaunselor nor ustazah uols nk bg nasihat dan doa bagai.. namun (kekeke siap letak peerkataan namun bagai.. mcm nk buat cerpen.. hihihi) saya cuba utk penuhi nya.. InsyaAllah..

sebelum tu.. nk buat curahan hati la dulu.. baru-baru ni berlaku sedikit kekecohan di forum kegemaran saya.. yg saya dok layan ari2.. tiap masa dan ketika.. saya yg membacanya sedikit terkesima (pergghh ayat.. hahaha).. agak terkezut la jugak.. pada mulanya saya tidak menyebelahi mana2 pihak.. sbb kedua2nya (dan bg saya semua member forum baik2 belaka.. tidak sesekali sekelumit buruk sangka ada pada mereka.. yelah kami berkongsi minat yg samakann) saya kenali dan sayang kedua-duanya..

namun perkara ni berpanjangan hingga ke fb seorg yg terlibat.. saya yg bersimpati turut la ringan tangan ni gatal memberi komen tanpa saya berfikir pnjg penglibatan saya dlm hal ini akan menyeruhkan keadaan dan secara tidak lgsg saya turut terbabit hingga mneyebabkan salah seorgnya mungkin berkecil hati dan yg lain turut tidak menyenangi tindakan saya.. (ya saya tidak bukti mereka tidak suka.. tp saya dapat rasakan.. dapat rasakan aura dan gelombang negatif org tak suka tu sampai kepada saya). dan setelah diselidik dan bertanya.. ternyata tindakan saya tidak betul.. dan rupanya ada sebab tindakan diambil.. ( ish kalian paham ke? takpe la tak paham pun janji saya just nk luahkan jer.. huhuhu..) sepatutnya sekiranya saya ingin masuk campur sekali pun (tak masuk campur lg bagus hokey! ketuk kepala sendiri 10 kali!) saya bertanya terlebih dahulu dan dgr drp kedua-dua belah pihak.. ni main dgr sebelah pihak pastu nk pandai2 nk buat kesimpulan dan bg pendapat.. (hadoi.. adalah sgt bongok yer.. ko hinggat ko kaunseler ko acik alin oooii.. hebat sgt ke ko!adus..ketuk kepla lg 10 kali!)

Namun (kekeke adekah saya menggunakan perkataan ni dgn betul.. ambil exam karangan spm belum tentu dpt A.. kekeke) disebalik apa yg berlaku.. mambuatkan saya tersedar.. saya MUHASABAH DIRI.. hmm ini semua salah saya.. lain kali jgn sibuk masuk campur hal org.. tgn saya ni patut ikut mulut saya yg berat ni (ye saya bukan peramah saya seorg yg pendiam dan pemalu hehehe.. betul! saya tak pandai sembang.. mak saya ckp saya mulut berat hihihi). yg pasti kene fikir dan baca balik sebelum tekan button 'post' or 'reply' tu ye.. hrp maklum.. peringatan utk diri sendiri..

perkara ini terjadi di bulan Ramadhan.. bulan yg penuh barakah.. saat kita perlu mengejar pahala berlipat ganda.. saat syaitan diikat.. tp kita masih tewas dgn nafsu yg tak kurang hebatnya.. Astagfurillah.. perkara ini benar2 buat saya terpikir.. muhasabah diri.. salah saya dan kekhilafan saya..

sebenarnya saya dah lama lihat fenomena (fenomena la pulak.. lantak la nk guna jugak.. hehe) mcm ni berlaku dlm byk forum.. sejak 4thn dulu lg.. (dulu rajin join forum Dr. Tuah Iskandar).bukan saja di forum malah dilaman komunikasi yg lain seperti facebook , frenster dan lain2.. adakala gurauan disalaherti dan ada juga org terasa hati disebabkan salah tafsiran. sbb berbicara di alam siber maya ini kita hanya dapat baca je, dengan cara penerimaan fikiran kita. kita tak boleh nampak memek muka dan tak boleh dengar intonasi suaranya samada bergurau ker, serius ker, nada berlagak ker.. so apa yg kita baca dan paham mungkin bleh jd wrong interpretation. padahal org yg nulis tu tak bermaksud pun mcm tu.. daripada salah tafrisan dan salah penerimaan akan bermula la bibit-bibit (sudah.. bibit la pulak.. hehehe) persengketaan.. dan ianya berlanjutan dgn cmpur tgn org lain yg mula meyokong mana2 pihak..

so saya menasihati dan mengingatkan diri sendiri dan kalian sekiranya kita berkomunikasi di alam maya ini..
1) Always be positive.. jauhi drp segala buruk sangka yg bukan2.. hati dan  fikiran kene terbuka.

2) Berhati2 dalam mengeluarkan kata dan pendapat.. fikir 3 kali ( kalau boleh 100 kali ) sebelum tekan button 'post' atau 'reply'.

3) Berhati-hati juga dalam gurauan.. kalau keterlauan boleh mengundang persengketaan if gurauan itu agak kasar atau tidak boleh diterima oleh seseorang. bg saya if baru kenal di alam maya ni tak yah bergurau .. kita tak kenal hati budi luar dan dalam.. tetiba nk bergurau mcm kita dah kenal bertahun-tahun.. tp if tak bergurau mcm tak happening la pulak kan.. yela ko nk bergurau pun hagak-hagak la.. hokey.

4) Jangan cepat percaya hanya dgn apa yg kita baca.. adakalanya apa tersurat mempunyai pelbagai maksud tersirat (wah.. ayat.. paham ke kalian? paham-paham jela ye) begitu juga dgn penulisnya.. kadang kita sangka baik tp sebaliknya dan ada kala kita baca bahasanya agak kureng.. out spoken.. laser  tp jauh dilubuk hatinya, dia seorang yg baik..

5) Hormat pendapat dan pandangan orang lain sekali pun kita tidak bersetuju dgn pandangan itu. berbahas la dgn berhemah tanpa menyakiti hati org lain

6) Akhir sekali jalinkan perhubungan tali silaturahim dengan sesiapa saja dgn niat KERANA ALLAH TAALA. bukan dgn niat tertentu.. seperti. "oh aku kena baik dgn org tu sbb dia ada tu.. " dan oh aku kena baik dgn org ni sebab dia ada ni.. untung aku kalau kawan dgn dia" sesungguhnya niat berkawan yg tidak ikhlas seperti ini percayala perhubungan itu tidak akan berkekalan kerana punya maksud tersirat. Moga kita dijauhkan daripada mempunyai niat2 tak baik seperti ini.

7) dan sekiranya kita telah sedaya mungkin menjaga keharmonian dan perhubungan yg baik tetapi masih ada org yg tidak senang dgn diri kita.. anggap la itu sebahagian daripada ujian dan dugaan untuk kita.

Di usia sebegini (ceh dan-dan baru sedar diri acik dah tuo.. eh bkn tuo.. matang yer.. yelah bmw 3 series.. susut nilai sket je tau.. ) saya tak mahu mencari musuh.. apa yg diharap agar org menyukai saya tanpa ada salah sangka.. saya berkawan dgn seikhlas hati.. dengan ini saya dengan rasa rendah diri mohn ampun dan maaf kepada pihak yang terlibat dan kepada member-member forum tersebut sekiranya ada yang tidak senang denga tindakan saya..

Lanjutan drp perkara ini .. saya muhasabah diri dan membuatkan saya teringat pada kenalan yg jauh diperantauan yg mahu saya berikn doa utk dijauhkan drp fitnah org.. mulanya saya hanya upload satu kisah di fb mengenai serog gadis yg terselamat drp dirogol kerana berdoa dan megngantung pengharapan pd ALLAh SWT. dan sy berikan komen dgn memberi sepotong doa Sti Aisyah (if saya tak silap la) beliau selalu berdoa.. "Ya Allah Ya tuhanku .. jgn biarkan diriku dalam sekelip mata pun.. aminn..."

pada kenalan tersebut.. ada byk himpunan doa yg telah tekumpul dan boleh kita dapati dipasaran.. tp bg saya doa yg lahir dari hati dibaca dgn penuh pengharapan walau dalam bahasa apapun yakin la Allah Maha Mendengar.. if baca doa dlm bahasa arab tp tak paham maksud nye pun tak guna gak kan..dan tidak perlu mengarang doa dgn bahasa berbunga2.. sekadar permintaan dr hati tulus ikhlas. dan yakin la Allah Maha Mendengar. dengan rahmatNya moga2 doa kita dimakbulkan..

ini la doa yg saya selalu baca..

Ya Allah ya tuhanku..
lindungi la diriku,  dan keluargaku
jgn biarkan diri kami walau sekelip matapun..
lindungi la kami drp segala kebencian, perbuatan jahat, hasad dengki , fitnah dan sihir manusia
lindungi la kami drp segala perbuatan jahat dan  sihir makhluk-makhluk mu yg lain
dan lindungi la kami drp segala godaan hawa nafsu dan bisikan  syaitan yg direjam..

dan doa ini saya ambil drp FB En .Mohamad Shuhmy Shuib

Laa haulawala Quwwata Illa Billah.. Ya Allah yang Maha Melihat, tunjukilah bahwa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berikanlah kemampuan kepada hamba untuk mengikutinya. Dan Ya Allah yang Maha Mendengar, tunjukillah bahwa yang salah itu adalah salah dan suatu kesalahan yang benar-benar salah serta berilah kemampuan kepada hamba untuk menjauhinya. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang paling nyata bagi setiap hamba-Mu, maka dari itu, jauhkanlah hamba dari godaan syaitan yang terkutuk, jauhkanlah hamba dari hembusan-hembusan bujuk rayu syaitan. Bukakanlah tabir-tabir kebenaran yang tertutup Ya Robb... Tunjukilah hamba kepada jalan kebenaran, jalan yg Engkau Ridhoi, bukan jalan mereka yg tersesat.. Laa Illaha illa anta , subhanaka inni kuntu minadzolimin... astaghfirullohhal 'azim,, Laa haulawalla Quwwata Illa billah...Istajib du'a ana Ya Robb, Ya Sami' Ya Bashir Ya Awwal, Ya Akhir, Ya Dzul Jalaali Wal Ikroom.

Buat kenalan td.. percaya la..Allah telah membuka pintu hati u.. kejahilan dalam agama bukan bererti kita lupa dengan Pencipta. Kasih Allah sgt luas.. Diberikan hidayah dan rahmatnya kepada seluruh umatnya.. dan berdoalah selalu tanda kita sebagai hamba amat memerlukan Penciptanya..


Nota Qaseh: "ya Allah ya Tuhanku.. jangan sesatkan diri ku setelah Kau beri petunjuk..."

Qaseh...alynn fazz

Wednesday, August 11, 2010

Masak-masak



Ramadhan tahun ini saya cukup teruja untuk memasak..
dah selalu makan luar.. time puasa ni nak la masak kann..

Ramadhan kali merupakan tahun ke-4 berpuasa sebagai seorang isteri..
so kali ni saya bertekad nk masak untuk berbuka & bersahur..
yela tahun pertama tak dapat sbb en.suami kerja jauh.. lmbat balk.. smpai umah dah dekat waktu berbuka so tapau jela..

tahun ke-2 pulak saya dalam pantang... so mmg tak puasa
tahun ke-3 saya mabuk.. morning sicknes.. baru preggy 2bln lebih..
lembik.. saya puasa 10 ari jer..

so alhamdulilah tahun ni baru la dapat menghayati ibadah berpuasa smbil menjalankan tanggungjawab sebagai seorg isteri. untuk menyediakan juadah berbuka & bersahur..


semalam saya masak sambal tumis ikan tenggiri berulam bendi rebus.. huh berjam la jugak nk sudah masak.. sebab.. en.suami takde ada urusan diluar, si kecil asyraf.. asik-asik terjaga.. berapa kali saya tutup api dan masak semula.. tp berbaloi la.. en.suami makan banyak sahur tadi.. huhuhu...

so berbuka petang ni cadang nk masak Ikan Siakap Stim..
tp kene p beli ikan dulu .. ada pasar malam rini.. harap2 ada la ikan siakap.. if not masak la apa yg adoo.. n malam suruh en.suami pi cari ikan siakap kt pasar borong plak.. tak dapat makan hari ni bleh masak untuk esok pulak..

dan untuk bersahur.. saya teringnn nak makan Spagetti Carbonara.. nyum nyum nyum..
hrp2 en. suami bersetujula kan..

so resepinya mcm ni.. saya cedok disini..

IKAN SIAKAP STIM


Bahan-bahan ( 5 org makan )

ikan siakap
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
5 ulas bwg merah*
serbuk lada hitam
sos tiram 4-5 camca besar
2 biji limau nipis di perah air
2 biji lada besar
1 biji buah tomato potong dadu
daun sup
garam secukup rasa
* ditumbuk/ blend
Cara-cara

bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..

Spaghetti Carbonara - Hidangan untuk 6-8 orang diambil dr sini dan gambar dari sini


Bahan-bahan

2 peket spaghetti
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (mayang)
1/2 cawan daging cincang
4 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menumis
keju parmesan parut
Cara-cara

rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.

nk senang pakai je sos carbonara ni.. kasi tuang je.. dah siap.. hahaha


nota qaseh: hmm xtau la sedap ke idak.. tp tgk org tu makan sampai bertambah2.. hmm mesti kene dgn tekak kannn.. :P

Qaseh...alynn fazz

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..

Ramadhan kembali lg.. alhamdulilah kita dipertemukan sekali dgn ramadhan bulan yg penuh keberkatan..

sempena ramadhan saya celok doa ni drp sini.. mari amalkan..
Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.
Doa Hari - 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang
Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dari Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari - 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!

Doa Hari - 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Ke sesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari - 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu.
Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu.
Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari - 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Soleh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari - 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk
Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapa t Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari - 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari - 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan
Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari - 9
Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa H ari - 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang
Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari - 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari - 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas
Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari - 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Kulakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan.
Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari - 15
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'.Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Ala m Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari - 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa
Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari - 18
Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan
Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari - 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah
Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari
Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran
Yang Terang.

Doa Hari - 20

Yaa Allah! Bukakanl ah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.

Doa Hari - 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku.
Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untukku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada
Penyebab-Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas,Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari - 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari - 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan-Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang
Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para
Peminta.

Doa Hari - 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari - 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib
ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari - 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan
Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Te rhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari - 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah
Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari - 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di,Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam dan disudahi dengan Aminnnnn.......

Mudah-mudahan dirahmati kita sekelian oleh Allah S.W.T.


Laa haulawala Quwwata Illa Billah.. Ya Allah yang Maha Melihat, tunjukilah bahwa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berikanlah kemampuan kepada hamba untuk mengikutinya. Dan Ya Allah yang Maha Mendengar, tunjukillah bahwa yang salah itu adalah salah dan suatu kesalahan yang benar-benar salah serta berilah kemampuan kepada hamba untuk menjauhinya. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang paling nyata bagi setiap hamba-Mu, maka dari itu, jauhkanlah hamba dari godaan syaitan yang terkutuk, jauhkanlah hamba dari hembusan-hembusan bujuk rayu syaitan. Bukakanlah tabir-tabir kebenaran yang tertutup Ya Robb... Tunjukilah hamba kepada jalan kebenaran, jalan yg Engkau Ridhoi, bukan jalan mereka yg tersesat.. Laa Illaha illa anta , subhanaka inni kuntu minadzolimin... astaghfirullohhal 'azim,, Laa haulawalla Quwwata Illa billah...Istajib du'a ana Ya Robb, Ya Sami' Ya Bashir Ya Awwal, Ya Akhir, Ya Dzul Jalaali Wal Ikroom.
Qaseh...alynn fazz

Monday, August 9, 2010

Happy 3rd Birthday Arriz Iskandar


Allah selamatkan Anak
Allah selamatkan Anak
Allah selamatkan Anakku Iskandar
Allah selamatkan Anak Mommy..

Today 090810 genap anak sulong saya Arizz Iskandar 3 tahun..
masih jelas dlm ingatan.. kelahirannya mudah.. walaupun saya dimomokkan dengan pelbagai cerita mengatakan yang selalunya kelahiran sulong mengambil masa yang lama dan sukar..tp alhamdulillah.. melahirkan Arizz Iskandar Syah bagi saya tak sesukar mana..

Terigt kembali saat melahirkan.. huhuhu.. klako pn ada.. ikutkn tarikh due on 11/08/07, Sabtu, so ada last appoitment dgn Dr. kt hosp. Putrajaya on that day khamis.. cm biase lebih kurang kul 8 lebih pg baru smpai. Slalu nk dtg early2 in d morning.. mmg tak dpt.. abis awal kul 8.30.. bisela..bgn lmbat..

Smpai jer tgk orgnye la ramai.. siap attendence yg tlg bg no. ckp ari ni ramai org kt klinik O&G.. so giliran awk mayb tgh ari ni.. aiseh... nsb la.. so dah dpt no giliran kt O&G, ajak en.suami g mkn dlu kt cafe hosp. tak tau nape.. mkn punyala byk.. mcm bela hantu raya.. slalu spnjg pregnant tak de selera mkn.. pg ni rase lapa giler.. abis semua jenis telur saya bedal... huhuhu..

After mkn baru saya sedar hp tak bawa.. en.suami dah bising saya slalu lupa.. en.suami lak kena g cyber cafe coz kena emailkn something urgent kt bos.. terpaksa la tiggalkn saya.. Slalu en.suami tak penah tiggal saya sowang kt klinik.. sedih gak... tp saya wat biase jer..

dlm kul 12 lebih dkt kul 1 tgh ari, baru dpt jupe Dr. ntah nape saya mmg rase letih sgt.. Dr. prasan tanya nape nmpak lain sgt.. saya story la dlm bbrapa ari ni dah tak leh tdo mlm.. rase lenguh2 kt pinggang.. so Dr. suruh baring n check laluan.. dia kata mayb dah nk due.. saya bleh wat muka blur.. dlm ati btul ke?? dan minta saya terus baring, nk tgk jalan katanya.. dan terus dia kata
"ok admitt wad sekarang jln dah buka 3 cm.." smbil panggil nurse..
saya terpinga2.. n bleh ckp..
"errmm nk bersalin dah ke doktor? tp saya tak sakit pun" doktor senyum n cakap yelah "puan tak sakit lg.. tp jalan dah buka 3 cm.. saya rase dlm petang ni jugak puan bersalin.." saya terus telan air liur.. takut... dan baru terigt aiseh..cmne ni.. nk bg tau en.suami ni hp tak bawa..

Dr. ni plak tak mo la tlg bg pinjam hp dia.. Dr. minta tlg misi call pakai telefon hosp. dlm ati kedekut btu Dr ni.. ish tak baik saya.. call tp en.suami tak angkat plak.. pastu misi pelatih disuruh bawa saya naik wad.. tp saya siap suruh tunggu jap, saya nk tgk en.suami kut2 dah smpai..

so keluar dr bilik tu saya ni merayau la kt depan hosp nk cari en.suami.. rupanya kecoh kt dlm O&G klinik hosp.tu misi semua dok cari saya.. panik jap dorg.. tp sblm tu ada la sorg mamat dgr kot kecoh-kecoh saya lari keluar n sempat tanya saya kenapa.. saya pun story la kata nk cari en.suami.. hp tak bawa.. dan terus dia bg hp dia kata
"pakai la bg msg kt suami.. ni hp syarikat takpe awk pakai la.." saya terus rasa terharu dan ucap tima ksih byk2.. tp lepas tu terfikir.. la bg msg je ker..kalau pakai call terus tak boleh ker.. kata hp syarikatkann.. huhuhu..tp tak pela janji dia bermurah ati lajugak kann.. then nk sent msg tu saya bleh blurr kejap.. eh hp en.suami brp ye no??? aduss.. keadaan mengong telah melanda.. pk2 punya pk.. ok la igt la jugak.. dpt la bg msg kt en.suami.. saya terus say thanks byk2 kt lelaki budiman tu.. n terus masuk dlm kt misi & mid wife yg terkiak2 dok panggil saya..

misi pelatih nk bawa saya ke labor room.. dia tanya
"puan bleh jln ke?" saya kata bleh.. sekali mid wife sound misi pelatih tu..
"eh puan ni dah nk bersalin.. ambil wheel chair.." saya yang kesian kt misi pelatih tu pulak tlg cover..
"eh tak pe misi.. saya masih boleh jalan.. tak sakit lg pun" then..ah sudah.. saya pulak yg kena dgn mid wife tu..
" eh puan tak boleh.. tak boleh.. jalan dah buka tu dah 3cm.. kang terberanak tgh jalan kang sape yg susah.." saya pun ok jela..hehehe.. seronok jugak rasa layanan mcm VIP pulak.. hahaha

smpai di wad saya pelek.. wahh.. bilik besar giler.. mcm dlm private hosp.. terus kene tukar baju, misi tunjuk toilet kt tepi tu..saya pun keluar toilet dgn pakai baju hosp. sekali misi tu tegur..
"eh salah pakai baju ni.. terbalik".. hah? terbalik??
"yg bahagian ikat2 ni kt belakang.." ooo.. saya pun masuk balik toilet n tukar.. tp eh.. seksi gilos!!.. dah la tak bleh pakai dalaman semua kannn.. baju tu pulak main ikat2 jer.. ofcoz la nmpak my seksi bum kannn.. ah lantak la.. saya pun keluar toilet smbil tersenyih2 dgn muka malu2 n tgn dok pegang baju kt belakng.. malu la konon nanti misi tu nmpak my bum.. hahaha.. padahal jap lg.. bukan tu je misi tgk depan belakang misi tgk.. hahaha

misi sumbat ubat tuk poo.. n suh saya poo.. n then saya tanya kt misi tu soalan bodoh lg.. yela mmg bodoh la kan tak tau.. tak tau kene tanya..
"err misi.. dah bleh poo ker?" misi tu mcm terpinga2.. agaknya dlm hati dia kata..eh minah ni nk berak pun tanya ker? hehehe.. tp dia jwb la jugak dgn saolan lain..
"err.. puan ada rase tak nk berak?"
"haah" jawab saya..
"ha.. pegi la berak.. hahaha.. dan misi siap tunggu kt luar.. kejap2 tanya dah ke belum.. agaknye takut saya bersalin kt dlm toilet kot.. hahaha

setelah menunaikan hajat..
saya baring semula dan dipakaikan alat ctg kt perut tuk dptkan kadar denyutan jantung baby.. adalah sgt rimas benda alah ni kalian.. rasa kacau je.. rasa nk baling buang pun ada...boring2 tunggu tu.. saya ringankan mulut bertanya dgn misi tu lg..
"misi.. bile saya nk masuk kt labor room?" n misi tu buat muka terkejut lg.. saya dah rase bersalah.. eh salah ke saya tanya ni?
"ini la labor room puan!" hah? hahahha..
"o yeke.. saya igt ni ward".. jwb saya.. misi tu balas.
"ward penuh..doktor suruh hantar puan ke labor room terus.." mengong! mana saya tau.. bilik cukup punya besar siap toilet dan tak nampak pun mcm labor room.. chantik jer.. hahaha.. dlm hati.. wah bangga.. dpt bersalin dlm bilik yg chantik & luas.. mcm kt private hosp.plak rasenya..

saya tanya kat Dr. yg dtg check selalu bile bleh deliver if dah buka 3cm, dia kata if ank sulong slalunya lambat.. maybe malam ni or pagi esok.. ish lamanyer.. tengah boring tunggu tu tak tau nk buat apa.. dlm hati ish betul ke ni nk bersalin.. takde rasa apa pun.. mcm mimpi jer.. sekali masuk seorang lagi misi tanya nak pakai epidural tak.. ni baru perkenal kt hosp kerajaan.. untuk yang lahir ank sulong jer..saya tanya
"free ker?.." free la jwb nya.. saya pn stuju.. alih2.. misi lain msk.. kata tak boleh sebab dia dah abis duty.. sebab misi tu seorang je terlatih untuk bagi epidural.. dia igt saya maybe lambat lagi nak deliver.. hmmm.. tak pelah.. tak de rezeki.. maybe Allah nak saya rase sakit besalin cmner..

lepas tu saya dah dok seorang2 dlm bilik tu.. adus mula la rase sedih..tunggu punya tunggu dah dekat pukul 2.. mana en.suami ni.. dah berair mata ni.. rasa takut pun ada.. dah la dgr mcm2.. masa tu rasa nak nangis sangat.. tapi tahan jer..pastu ada sorg misi lain masuk dia suruh saya lepaskan rambut jangsn ikat & tanya misi tanya ada bawa air selusuh tak? saya cakap ada kt en.suami kejap lg dia datang.. tak lama pastu en.suami sampai.. dia kata puas cari saya, tanya kt misi dorg kata saya dah masuk labour room .. cuak gak en.suami.. tadi tengok elok jer.. tiba2 nak bsalin dah.. huhuhu.. rupanya dia tak dapat msg saya.. ntah kat sape la saya sent tu.. huhuhu.. tak pela janji en.suami dah ada.. tapi tak leh ckp ngan mak n mak mertua.. n minta maaf.. sebab kt dlm LR dah tak leh pakai pon... aiseh..

saya minta en.suami balik ambilkan minyak selusuh yang mak mertua (arwah) buatkan tuk disapu & minum masa dah nak bersalin.. en.suami dah berat nak tinggalkn saya.. dia kata tak payahla.. tp saya kesian kt mak mertua penat dia buat if tak pakai.. saya kata lmbat lg ..nasib baik putrajaya ke serdang dekat jer.. so en.suami pun balik..

dalam pukul 4.00 petang sorg doktor masuk n check laluan lagi.. katanya dah 4cm dan boleh pecahkan ketuban.. masa doktor check laluan tu mmg saya tak sakit apapapun.. org kata masa dok check laulan tu sakit.. ntah maybe sebab bukaan dah besar so memang tak sakit.. pastu ada seorang misi pulak sedut air kencing guna satu tuib panjang.. adoi.. adala jugak rase perit.. lepas dia buat tu .. saya terasa macam nk pee lagi.. tapi misi tu cakap
"la saya baru keluarkan semua air kencing ni.. tu perasaan puan je tu.. " oo yeke.. hehehe.. okla.. lantak la.. if terkencing atas katil ni lantak la korg kann..
kt bilik sebelah dengar org dok teran.. n misi n Dr. jerit suruh
"teran... teran... push.. push!"... perghh!!... seram yer.. saya dengar macam cheer leading group dok bersorak plak.. saya dah kecut.. cmtu ker.. cm susah jer... takuttt....!!!!

pastu rasa air ketuban keluar.. mula2 sikit2.. lama makin banyak dan dah basah kain.. dan lepas tu en.suami pun datang balik.. lega sangat dah ada minyak selusuh..sapu kat perut dan minum skit.. pastu dan2.. rase sakit.. amboi mujarab betul minyak selusuh ni.. rasenyer masa tu dalam pukul 445 ptg kut.. mula sakit skit2.. en.suami ajak bersembang nak bg saya lupakan rasa sakit tu.. tapi makin lama makin sakit dan makin kerap..makk oiiiii... sakit tak tau nk habaq... saya siap minta maaf dan ampun kat en.suami.. en.suami cakap yelah tak de salah apa pn.. saya ckp mana tau kut ada.. "kalau ada pun dah maafkn dah... tahan yer..." kata en.suami.

misi datang tengok.. dia kata ada rase nak teran tak .. saya kata tak de lg... dia kata klau sakit sgt.. sedut gas kt sebelah katil.. saya rasa start sakit tak hinggat dlm pulul 5.30 ptg.. disebabkan sakit sgt. saya sambil ngadu kt en.suami .. sakit.. en.suami dah bergenang air mata.. diusap2 nye rambut saya n pegang tgn saya dgn kuat.. pastu dia suh sedut gas tu.. hmmmm... saya sedut.. tak ilang pun sakit... sama jer... ah buat sakit ati lagi ada la.. tak berguna betul benda alah ni..

pastu sakit makin kerap.... tiba rase cm nk teran... peliknya time ni saya dah tak rase sakit.. jus rase cm nk teran.. cm nk teran berak tu...time saya nk bersalin tu, ramai plak yg bersalin at the same time.. misi & doktor kt bilik lain.. saya cakap dgn en.suami suh panggil doktor.. dah rase kepala baby nk keluar dah.. saya rase kalau saya trus teran td mesti baby kuar.. tp saya tahan sambil kepit sket takut baby keluar tak de sape sambut... g pn terigt member kata jgn bazir tenaga..sekali masuk dekat 10 misi & doktor kelam kabut tarik katil jd half, n suruh saya berada dmlm posisi duduk & buka kaki seluas2nya smbil tangan pegang pergelangan kaki.

bagusnya misi2 & doktor kt hosp. putrajaya ni siap ajar en.suami, pangku bdn saya.. smbil sebelah tgh pegang bahu, sebelah lg pegang tgn saya.. ya ia amat membantu.. saya ada tempat bersandar di lengan en.suami & saya dapat kekuatan drp tgn en.suami..then trus dorg teriak ramai2 suruh teran.. dah mcm cheer leading group la pulak.."push! push!.. ok puan push!.. teran.." n ofcoz my en.suami punya suara la yg paling kuat.."push sayang! push!".. dan saya rasa sorg misi dok tolong bukakan laluan kat bawah tu ..tgn dia mcm dok gosok periuk kt saya punya laluan tu. tp tak sakit la.. memang masa ni dah tak sakit langsung.. just nk kasi keluar baby jer... saya pun pelek.. apesal dah tak sakit?

3kali teran tak kuar gak... saya dah ikut nasihat member cara teran, ambik nafas pnjg2 melalui idung..then teran smbil dekat bdn ke lutut (bukan angkat bontot tau) n dagu bertemu dada.. hembus nafas ikut idung gak..teran tanpa kuar suara.. tp saya terkluar gak sura teran tu...agaknya tu yg baby tak kuar tu.. misi & doktor belagak mcm cheer leadin g group dok teruskan sorakan.. n saya dgr. suh "ok sambung nafas.. sambung nafas.." sambung nafas? cmne tu? kaedahnya nafas jgn kasi habis kena taik nafas berulang kali tanpa habiskan nafas tu.. eh kalian phm ke nih? tak pelah nanti saya explain dgn detail teknik bersalin dan meneran dalam entry yg lain.. hehehe.. ok la baby tak kuar jugak.. mid wife suruh sya rehat kejaop dan suruh en.suami bg minum air selusuh skit... pastu teran sekali.. meluncur kuar la baby... pd pukul 6.47ptg..

Syukur Alhamdulillah.. tak sangka cepat plak saya bersalin.. sakit dalam masa sejam jer.. misi tunjuk ank dan tanya ank apa... "lelaki" jwb saya dan bg saya peluk jap.. hmmm muka papa dia.. alhamdulillah sempurna... mayb berkat doa en.suami, mak, mertua, adik beradik, air dan minyak selusuh.. dan doa salah sorg bos yg g umrah.. doa ahli kluarga n kwn2.. Allah izin n permudahkn saya bersalin... rase sakit sekejap jer.. Trima Kasih semua atas doa kalian..

tp yelah cmne pn bkn senang nk lahirkan ank.. kalau tak, tak de la Allah bg Pahala shahid if ibu meninggal time lahirkan ank... saya beranak tak la susah tp time nk jahit tu sakit giler... rahim saya terluka n byk darah ketul so Dr. apa lg seluk n masuk 2 gouse yg besar n cuci rahim saya cm cuci periuk okke.. adusss!!!! kena plak saya rase yg mnjahit tu pelatih... dekat 2 jm baru settle.. sakit tak yah ckp... saya rase sakit lagi time jahit drp sakit contraction... smpai saya minta cucuk pain killer lg sekali.. smpai ttdo.. sedar2 tak siap2 lg... saya tanya tak siap g ker.. dlm ati rase nk marah dah. tp sabe jer.. misi tu ckp..
"saba ye puan skit lg.. 3 lapisan ni.. ni nk jahit bhgian.. luar plak..." adusss....

hmmm... tula secebis kisah saya melahirkan seorg insan di dunia tiga tahun yang lalu... mudah2an IZZ mnjadi seorg yg soleh, berakhlak mulia, cerdik, rajin, btggjwb n berguna pd mummy n papa, agama, bangsa dan negara.. aminnnnnn.....





nota qaseh: IZZ u will alway be my 'Awang Sulong Merah Muda'.. hadiah tunggu papa dpt payment ye anak.. mommy sayanggggggggg Iskandar!!! muahhhhh!!!

Qaseh...alynn fazz

Friday, August 6, 2010

Bicara seorang lelaki...


Perempuan bagaikan angin… Lembutnya melenakan… ributnya menggusarkan…

Adakalanya mereka seperti ibu… menyaji kasih, menghidang sayang…
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakan…
Adakalanya mereka seperti nenek… berleter seadanya, merungut semahunya…

Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini…
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka…

Pssttt…
Tiba-tiba isteri merajuk… pandai-pandailah memujuk…
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya…
teliti dengan hati yang terseni… rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu… jangan cuba dihadapkan secara rasional…
kerana si dia tak akan terdaya… mengunyah hujan,
berilah walau seribu sebab…
lengkap dengan perangkaan statistik… atau dokumen saintifik…
beserta dengan beberapa affidavid…
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu…

Dalam siuasi ini… fikiran telah ditawan perasaan… sebaiknya, perhaluskan kata,
perindahkan bahasa, jinakkan perasaan, hadiahkan seyuman….

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian....

Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda… emosi isteri… bagai riak-riak air dalam cawan…
Jangan digongcang…. Buat selamba… lambat laun gelombang akan tenang…
Air dicawan akan kita minum jua…

Tapi awas…
Kalau ternyata rajuknya berfakta… masamnya berdata… geramnya berilmiah…
marahnya ada prima facie… ini rajuk taraf tinggi namanya….
Perlu ditangani berhati-hati… kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima…
mengaku lalu berjanji serta berikrar “Sayang abang tak ulang lagi.”
Katakan “ Sayang… abang alpa”
Bisikkan “ Darling… I lupa...”
Hulurkan tangan… minta kemaafan…
Pendekatan kasanova … tapi hati suci…

Rajuk isteri seperti mangga muda… perisanya masam…
Tetapi….
Kalau kena cicahnya… enaknya yang terasa…
Ingat api yang panas, padamkan dengan salji yang dingin…

Arghhh…
Tiba-tiba isteri merungut…
Malah kadang kala agak mengugut… minta aksesori atau perabot…
Minta villa yang tersergam indah… atau mahligai di lerang bukit…
Sedangkan kita bukan Shah Jehan… yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya….
Tetapi isteri pula persisi Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya…
Katanya “Seabadi permata… segemerlapan intan…”
Sedangkan ditangan kita hanya cincin tembaga…

Aduh…
Peritnya mengukur cinta… dalam ukuran mayam atau menimbang setia…
Menerusi Bursa Saham papan utama…
Kasih isteri, turun naik…
Mengikut kadar tukaran asing…

Tiada guna menyesali diri… diakan dulu pilihan kita?
Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji….
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita…
Sudah takdir…
Permata yang dipilih, perlu digilap semula…

Namun,
Putus asa jangan sekali… terimalah dia, dengan redha…
Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami…
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok….
Luruskan dengan berhati-hati… bertegas tapi jangan berkeras… Lembut tapi jangan reput…

Katakana RM bukan segala-galanya…
Lalu pada saat yang kudus… setelah bersolat bersama…..
Bisikkanlah “Duhai isteriku… marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati…
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci,
mari kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya…
padamu isteri… istanamu, di hati ini…
padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini…”

Puuuh…
Akan tiba masanya apabila isteri dihati… tapi kurang dimata…
Usia meningkat, kecantikan tergugat…
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus…
Betis, tidak lagi bunting padi…
Pipi, bukan lagi pauh dilayang…
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita…
Selama ini cinta dimata bertapak di body…
Tapi jika cinta tetap kekal… malah semakin bertambah…
Ertinya cinta kita dihati, berpasak di budi…
Itulah cinta sejati…

Namun tidak salah…
Di samping menyanjung budi… kita merampingkan body,
Kalau ada kesempatan… ajaklah dia bersenam… amalkan puasa sunat…
Tapi ingat niat kerana Tuhan… bukan kerana ingin kuruskan badan…
Tapi Tuhan Maha Penyayang…
Dia sentiasa membantu isteri yang ingin keredhaan suami…
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecerdasan…
Sama-samalah merampinkan badan…
Yang terlebih dikurangkan… jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh...
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan…

Bukan masanya lagi merenung dara…
Tapi kini saat menghitung dosa..
Lalu ajaklah isteri menambah bakti…
Moga-moga cinta kita hingga ke hujung usia…
Di dunia ini dan di akhirat nanti…
Itulah yang dikatakan…
Hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama…

Uuuhhhhhh…
Kekadang isteri mengamuk…
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu…

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
Kekadang disergahnya kita…
Ketika keringat masih membasah…
Baru menjengah pintu rumah…

Ketika itu nilailah diri…
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan…
Atau bersalah dengan insan…
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan, yang telah kita lakukan…
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan…
Secara ‘indirect’ dari Tuhan…
Hadapkanlah diri ke cermin hati…
Kalau liar, berhentilah…
Kalau berdosa, bertaubatlah…

Sebaliknya, jika ternyata isteri yang melulu…
Nasihatkanlah baik-baik…
Bukan senang nak senang…
Ingatlah mastika dalam kitab-kitab tua…
Suami yang sabar dengan isteri yang jahat…
Akan mendapat pahala Nabi Ayub…
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khatab…
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri…

“Bersabarlah kerana isteri telah banyak membantu kita…
Dia yang menyelamatkan kita dari amukan nafsu…
Dia yang membantu menjaga makan minim kita…
Dia yang mencuci kain baju kita…
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya…?”

Marilah sama-sama kita tabur sedikit salji pada segengam api…
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan…
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini…
Walaupun sudah berdekat-dekat lamanya…
Institusi ini adalah kubu terakhir kita…
Marilah kita pertahankan bersama si dia…
Si diaku, si diamu…
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber…
Biar setia kita makin waja…
Biarlah skrin-skrin internet atau internet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri rumahtangga kita…

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan…
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad lahir isteri…
Atau kad ulang tahun perkahwinan…
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja dihalaman hatimu pada malam nanti…
Aku hanya seorang suami…
Yang menerima setulus hati seorang isteri…
Janji yang termeterai…
Di akad nikah kita musim yang lalu…
Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur…
Bersamalah kita harungi derita yang datang…
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang…
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata…
Biar kita rasa
Rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya…

Isteri…
Tidak ku tagih setia, sesetia Hawa…
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam…
Terimalah kehadiranku…
Di sudut tersuci di dalam hatimu…
SEORANG ISTERI….



nota qaseh: sajak diambil drp noted fb seorang kawan. ada permintaan supaya saya meng'copy'nya ke dalam blog.. so kalian.. hayati sajak ini. sungguh puitis sajak ini dan sgt mendalam pengertiannya.. ku sebagai seorang perempuan bernama isteri sgt setuju dgn kandungan sajak ini.. pengarangnya sungguh memahami hati isterinya.. beruntungnya si isteri punya suami yg sgt memahami ini...
p/s gambar vee & aja dalam teater "mahsuri" di celok drp sini
dan gambar vee & rashidi dlm cerita 8 bulan dicelok drp google image- sekadar gambar hiasan memeriahkan entry ini. hrp maklum


Qaseh...alynn fazz