Wednesday, August 11, 2010

Masak-masak



Ramadhan tahun ini saya cukup teruja untuk memasak..
dah selalu makan luar.. time puasa ni nak la masak kann..

Ramadhan kali merupakan tahun ke-4 berpuasa sebagai seorang isteri..
so kali ni saya bertekad nk masak untuk berbuka & bersahur..
yela tahun pertama tak dapat sbb en.suami kerja jauh.. lmbat balk.. smpai umah dah dekat waktu berbuka so tapau jela..

tahun ke-2 pulak saya dalam pantang... so mmg tak puasa
tahun ke-3 saya mabuk.. morning sicknes.. baru preggy 2bln lebih..
lembik.. saya puasa 10 ari jer..

so alhamdulilah tahun ni baru la dapat menghayati ibadah berpuasa smbil menjalankan tanggungjawab sebagai seorg isteri. untuk menyediakan juadah berbuka & bersahur..


semalam saya masak sambal tumis ikan tenggiri berulam bendi rebus.. huh berjam la jugak nk sudah masak.. sebab.. en.suami takde ada urusan diluar, si kecil asyraf.. asik-asik terjaga.. berapa kali saya tutup api dan masak semula.. tp berbaloi la.. en.suami makan banyak sahur tadi.. huhuhu...

so berbuka petang ni cadang nk masak Ikan Siakap Stim..
tp kene p beli ikan dulu .. ada pasar malam rini.. harap2 ada la ikan siakap.. if not masak la apa yg adoo.. n malam suruh en.suami pi cari ikan siakap kt pasar borong plak.. tak dapat makan hari ni bleh masak untuk esok pulak..

dan untuk bersahur.. saya teringnn nak makan Spagetti Carbonara.. nyum nyum nyum..
hrp2 en. suami bersetujula kan..

so resepinya mcm ni.. saya cedok disini..

IKAN SIAKAP STIM


Bahan-bahan ( 5 org makan )

ikan siakap
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
5 ulas bwg merah*
serbuk lada hitam
sos tiram 4-5 camca besar
2 biji limau nipis di perah air
2 biji lada besar
1 biji buah tomato potong dadu
daun sup
garam secukup rasa
* ditumbuk/ blend
Cara-cara

bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..

Spaghetti Carbonara - Hidangan untuk 6-8 orang diambil dr sini dan gambar dari sini


Bahan-bahan

2 peket spaghetti
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (mayang)
1/2 cawan daging cincang
4 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menumis
keju parmesan parut
Cara-cara

rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.

nk senang pakai je sos carbonara ni.. kasi tuang je.. dah siap.. hahaha


nota qaseh: hmm xtau la sedap ke idak.. tp tgk org tu makan sampai bertambah2.. hmm mesti kene dgn tekak kannn.. :P

Qaseh...alynn fazz

3 comments:

suzanne75 said...

hmmm nampak menarik..tertarik...kau mmg deboommmmm...hehehe

alin said...

ya tertaril sila cuba.. hehehe

noorzaimi said...

look nice, simple so delicious yum2 yum