Saya sering membaca blog-blog dan adakalanya terpesona dengan keindahan bahasa yang digunakan. Tiada singkatan ejaan dan tiada pencemaran bahasa.
Saya juga sangat terhibur baca blog yg lucu tapi dalam masa memberi kesedaran pada siapa yang membacanya.. dan ada juga blog yang agak kasar sumpah seranah orang tapi tak la over sangat tapi kemarahan itu saya rasa sesuatu yang munasabah dan mereka ni jenis yang tidak bemuka-muka.. kalau tak suka mmang cakap direct je..
Saya suka baca dua blog ini.. Diana dan Kahuna. sekali baca mungkin orang akan salah tafsir mereka ni jenis yang ada mulut laser.. tapi saya respect sebab dalam cerita blog mereka pasti ada mesej yang nak disampaikan. Saya adalah salah seorang pembaca tetap mereka. Dan apa yang saya respect.. Dia orang ni guna ejaan penuh.. takde lah shot form bagai sampai susah nak baca.. Malah si Kahuna tu kalau guna perkataan bahasa Inggeris dalam blognya pasti dia akan italic kan dan perkataan berganda pasti dia akan taip ejaan berganda juga.. tak macam saya sebelum ni if perkataan contohnya "masing-masing" saya akan taip masing2.. owh sungguh merosakkan bahasa. saya pasti akan mengikuti contoh yang bagus ni.. kalau fikir balik, bukan susah pun nk taip ejaan betul.. dan taip ejaan pendek-pendek tu bukannya akan cepatkan upload entry tu.. lebih kurang jer..
Bercakap mengenai bahasa.. saya meminati puisi, sajak pantun dan sewaktu dengannya.. kalau lagupun saya akan amati dan fahami lirik lagunya.. saya sering baca ruangan puisi dalam surat khabar (hari ahad) dan dalam majalah. Dulu masa selalu juga kumpul sajak dan puisi yang best tapi dah pindah-pindah.. tak tau dah mana letaknya..
Teringat saya pasal lagu "Tolong ingatkan aku" ciptaan dan nyanyian Ana Raffali.. ramai na yang protest lagu ni menang.. saya pun antara yang menentang.. sebab terus terang saya tak suka suara Ana ni.. bagi saya dia boleh menyanyi.. tapi pada pendengaran telinga saya ni.. suara dia tak sedap.. mungkin dia perlu belajar teknik nyanyian dan vokal dulu.. baru sedap kot.. sebab dia nyanyi suara dia errr leweh la.. ish tatau nk cakap mcm mana.. tapi bila saya hayati semula tiap bait lirik lagu ni.. memang puitis dan sungguh cantik sekali bahasanya.. gubahan lagunya juga sedap la juga.. No wonder M.Nasir begitu mempertahankan kemenangan Ana Rafali ni.. saya rasa if lagu ni dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ke, Yuna ke orang lain yang lagi lunak merdu mesti lagi sedap lagu ni.. cuba kalian hayati tiap baris lirik lagu ini..
Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
***
membisu seribu bahasa..
cuba menilik kebenaran..
muasabah diri dan mencari kekuatan..
agar pasrah dgn takdir kehidupan..
tak semua yang diinginkan dan diharapkan
berada dalam genggaman..
membisu seribu bahasa
cuba menghargai apa yg ada didepan mata..
mengapa sering cari salahnya
kita juga banyak kurangnya..
membisu seribu bahasa..
kerana ingin ke syurga
kerana takutnya dosa
bagaimana nak ke syurga
kalau layaknya hanya di neraka..
membisu seribu bahasa..
tidak bermakna sudah lupa
sudah tersemat di lubuk jiwa..
hingga ke akhir hayat ingat sentiasa
moga kita smpai ke syurga..
qaseh alin..
12.04pm, 22 Januari 2011
*****
nota qaseh: tiada kata secantik bahasa..
Qaseh...
alynn fazz
3 comments:
salam..
kak lyn, sedap madah yg akak wat tuh...
sweet sgt.. mmg ade bakat menulis la kak..
keep it up =)
wslm ummi Iman..
tq.. berbakat ker? huhuhu ntah ni la pertama kali menulis puisi..
kena tunggu ilham dtg.. ilham dtg dgn tetiba jer.. dan ikut gelodak perasaan masa tu..
AW tq again atas pujian.. sgt dihargai.. ;)
ur welcome kak..
saya suke org yg ade bakat menulis & melukis..
sebab bkn senang ilham@idea tu nk dtg kan... =)
Post a Comment