Tuesday, August 9, 2011

Ampat tahun laa!!


Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu 
Allah selamatkan Anak Mommy Izz
Allah selamatkan Anak..


Happy 4th Birthday Arizz Iskandar Syah. sudah ampat tahun la... tak sangka kejap na masa berlalu.. 
macam-macam perangai.. so selalu la kena marah dengan mommy and papa. Memang saya selalu hilang sabar dengan Izz.. cakap sekali susah nak dengar.. Mungkin asuhan mommy masih tak betul. Insya Allah mommy akan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk mendidik anak-anak mommy dan mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran yang tinggi buat mommy dan papa dalam melayani kerenah anak-anak. Walau pun mommy dan papa marah Izz dan kadang-kala hukum Izz, tapi mommy dan papa sayang Izz sangat-sangat tau.. kehadiran Izz dalam hidup mommy dan papa adalah anugerah Allah yang cukup indah dan sangat kami nanti-nantikan waktu itu.. masih jelas diingatan saat melahirkan Izz. cerita kelahiran Izz ada mommy coretkan kat sini



Dan apa yang sangat mommy terharu Izz selalu prihatin bila mommy sedih or nangis.. mesti izz datang kat mommy pujuk mommy.. satu hari mommy nangis..

Izz: mommy! mommy nangis?
Mommy hanya mampu senyum pahit..

Izz: nape mommy nangis? ok dah dah.. 
sambil kesat air mata mommy dan peluk mommy

Izz: papa la nih.. marah-marah.. sian mommy
lagi laju air mata mommy mengalir.. tak sangka anak sekecil ini tau perasaan mommy dia..

Izz: ok dah ya mommy.. sayang mommy..
hatiku cair....


dan banyak kali juga saya mengalir air mata bila tengok drama kat tv.. tak kisah la cerita atau rancangan apa pun.. yang pasti if sedih atau mengharukan pasti air mataku gugur.. yelah saya memang ratu air mata.. ngee..
sekali Izz datang terus tarik bahagian leher t-shirt saya dan kesat air mata saya.. saya dan En.Hubby terus gelak.. macam tula dia selalu buat dengan baju dia.. kesat mulut/muka/air mata dengan baju.. tula baju cepat kotor.. tak pela anak.. nati besar pandai la ya.. 


dan banyak juga aksi Izz yang sempat saya rakamkan.. ada yang telah dimuaturun di laman youtube dan masih banyak tersimpan. kadang malas nak tunggu upload tu lambat sangat. Ini antara aksi Izz saya kongsikan..

video pertama masa umur izz hampir setahun.. masa ni tengah deman ni.. ni aksi bila tgk iklan ribena dengan lemon. Iklan ni mula disiarkan masa tahun 2007. Masa tu saya tengah mengandungkan Izz.. tiap kali iklan ni saya mesti tekun tengok.. suka tengak muka lemon tu.. sangat comel.. tak sangka bila Izz dah pandai tengok tv.. iklan ni pasti mencuit hati dia.. dia punya teruja tak tau nak cakap macam mana.. tengok la sendiri..  sampai meleleh air liur..






Ni pulak aksi Izz nak take  a nap.. dia dah mengantuk sangat.. tapi tak mau tidur.. dah letak dalam buaian pun dia boleh duduk tak mau baring.. akhirnya rebah jua.. sebenarnya ada satu lagi aksi macam ni.. tapi En.Hubby pi amik jugak gambar saya yang masa tu tengah mengandung Asyraf.. muka adalah sikit warok (buruk) maleh la akak nak tunjuk kat uols.. tapi ni pun best.. err.. please abaikan akak yang nyanyi berterabur tak hafal lirik dan suara macam suara katun.. ngeee



Rasanya darah seni yang ada pada papa dan mommy turun jugak pada Izz.. Deria pendengaran Izz sangat peka.. (Ni ikut belah papa lani.. pandai main muzik, so telinga mesti peka). Izz sangat pandai tiru bunyi-bunyian barang-barang electric contohnya bunyi vacumm, blender, breast pump mommy dan ada lagi mommy dah lupa.. siap bunyi macam mana alat tu semua bila start dan bila nk stop.. hehhehe.. ada lagi video Izz main gitar dan drum tak sempat nak upload lagi. Dan ini adalah aksi yang sempat dirakam, Izz tiru bunyi blender masa umur setahun lebih.. enjoy!!





kalau dah nama boy tukan tetap la suka aksi-aksi super hero.. esp. Ultraman.. saya dah pesan awal-awal kat En.Hubby jangan sekali-kali tunjuk cerita ultraman wat so ever kt Izz. Tapi sekali tu En.Hubby lupa.. dia kasi Izz tengok.. start dari situ.. Ultraman dan Izz tidak dapat dipisahkan.. haizz.. ini antara aksinya.. masa usia dah menjangkau 2 (di hospital Az-zaharah, sunatkan adik dia) dan masa umur 3 tahun.



Izz sayangkan adiknya.. sayang la sangat kannnn.. huhuhu.. ni aksi dia mendodoi Asyraf tidur dalam buai..



dan seperti yang dijangka.. dia suruh adik dia bangun sebab dia nak naik buai pulak... haizz.. nangis-nangis nak naik buai... macam-macam..


nota qaseh: Ya Allah kurniakan bagiku dan jadikanla anak-anakku seorang anak yang soleh, taat perintah Mu, berakhlak mulia, cerdik dan berguna pada ibu bapa, agaman, bangsa dan negara.. dan berilah kesabaran yang tinggi bagi kami sebagai ibu bapa dalam mendidik dan melayani karenah anak-anak.. amin..


Qaseh...
alynn fazz

Sunday, August 7, 2011

batu-belah baru bertangkup.. isk!

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

baru-belah batu bertangkup..
telan la aku makan la aku!
aku kempunan HATIAYAM GORENG MASAK KICAP!!!
(sambil berlari-lari anak mengesat air mata menuju ke hutan cari batu belah).. eh!

Pic: oleh En. Gugel.. poster cerita antik Batu Belah Batu Bertangkup
istigfar byk2.. bulan puasa.. tak baik cik Alin ooii.. ini la pengarauh teebee

qesahnya.. semalam masak tengahari untuk anak-anak. Alang-alang diorang suka makan ayam dengan kicap so saya masak la ayam masak kicap nak kasi sedap sket kann..akak gigih uols berdiri lama basuh sekoq ayam (masak beberapa ketul je tapi alang-alang kasi bersih semua senang sok nak masak yang lain).. sampai sakit-sakit pinggang.. selalu organ dalaman ayam macam hati, jantung dan pedal ayam tak masak bagi je kat weekend maid.. yelah katanya tak elok kan makan organ dalaman ni. Tapi semalam saya masak jugak la sebab teringin nak makan hati ayam dan lagi satu sebab nak bagi tambah darah sikit.. saya ni tiap kali pregnant mesti HB (hemoglobin darah) kurang.. last pregnancy dah sampai tahap anemia (kurang darah) dan pressure darah pun too low.. (last week BP akak 85/56 je uols.. jalan rasa macam terbang je kaki tak jejak tanah.. ngee..
Pic dari selera4u

ok la dah masak ayam dan hati masak kicap itu tadi.. time berbuka saya tak makan nasi lagi.. memang selalu tak makan nasi pun.. makan kuih or bubur lambuk je. Dan time sahur perangat semula masak kicap tu dengan semangat nak makan hati ayam.. sekali Asyraf bangun nangis pulak cari mommy.. so saya kejut la En. hubby suh makan dulu.. dah kasi tidur Asyraf, nak makan ni.. sekali ku kuis-kuis masak kicap itu tadi mencari-cari si hati ayam.. TAKDE!!!!.

saya: hubby makan ye hati ayam
En. hubby: yelah..
saya: nape makan.. laa orang baru nak makan.. (dengan mncung bibir dan tarik muka masam)
En. hubby: laa nape tak cakap nak makan.. lain kali simpan la..
saya: alah dah tahu ada satu je.. tanyala orang dulu.. pastu makan semua pulak tu.. kalau separuh tak pelah jugak..
En. hubby: laa manalah hubby tahu sayang nak makan..
saya: alah.. selalu macam tu.. (padahal tak selalu pun saje je nk kasi sedap cakap.. nge... sambil berlalu gi makan depan tv)
En. hubby: hah mula la tu...

ngeee...

sampai sekarang duk terbayang hati ayam itu tadi.. ish tak baik kan.. bulan-bulan puase ni nak merajuk2 bagai dengan suami.. takdela.. cuma sikit kempunan.. takde rezeki hari ni nak makan hati ayam.. tu mesti En. hubby pun tak sedap hati tu.. hehehe..

okla tu je nak cerita.. buat sesi luahan hati pulak.. ngee..

ok sempena bulan Ramahdn yang mulia ni.. diucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah sepanjang bulan ini. Moga ibadah kita diterima dan mendapat keberkatanNya.. dan moga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita InsyaAllah... aminn..

Ramadhan Kareemm


Qaseh...
alynn fazz