Thursday, October 27, 2011

selebat hujan yang turun



Salam.. Entry luahan perasan..

lately saya rasa emosi tak begitu stabil.. rasa sedih sangat.. kadang bila mengenangkan perjalanan hidup.. hmm bukan tak bersyukur tapi tatau la.. maybe hormon imbalance i guess. Tetiba rasa kita selalu disingkirkan, selalu tak diberi peluang, tak nampak kebolehan kita.. dan orang tak peduli pun pasal kita.. Tetiba kita rasa tiada tempat, tetiba rasa keluarga pun jauh, betapa beruntungnya mereka yang ada mak duduk dekat-dekat.. arrggghhhhhh!!

Kadang hairan dan sedikit cemburu bila ada orang sentiasa happy.. macam takde masalah dalam hidup dia..
dan untuk kesekian kalinya... saya menyelak helaian buku oleh Andrew Matthew "Happiness Now"



Kena igtkan diri sendiri.. hidup tak selalunya berada diatas.. kadang dilanda ujian dan dugaan agar kita lebih dekat denganNya.. ya saya akui bila ujian melanda.. mula la baru nk solat awal waktu.. solat hajat dan zikir. Mungkin Allah beri dugaan ini atas khilaf diri sendiri.. hukuman pada kesalahan yang lalu.. ya banyak sangat dosa.. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa saya.. :'(

Dan saya akui kene lebih muhasabah diri.. maybe have to be outspoken.Tried to build good relationship with others and improve my public relation. It not easy.. coz dilahirkan sebagai seorang yang pendiam dan tak banyak cakap kadang saya susah nak mingle around. esp with others yang tak kenal lagi or tak berapa kenal. Saya ada tahi lalat di atas bibir belah kanan.. (bibir mulut aaa bukan bibir lain.. huhuhu). Dulu kecil-kecil selalu kene ejek dengan boys kata saya mulut murai la mulut lancang la sbb ada tahi lalat ni.. padahal.. hakikatnya mulut ni la paling pendiam.. memang tak reti nak menjawab and self defends if orang cakap apa-apa. Mak saya selalu marah bila saya cerita orang kata saya apa-apa, saya cuma diam, mak kata saya mulut berat.. berat la kut ada tahi lalat.. hahaha.. banyak kali juga orang kata (yang tak kenal saya lagi) saya sombong, padahal saya memang tak reti nak bersembang. Tapi sekarang saya dah belajarcommunicate dengan orang esp dengan org baru kenal dan sejak daya kerja di PR Department ni.. automatikly kene pandai cakapkan.. tapi ya belum cukup sempurna.. Pelik tapi benar.. saya selalu jadi Emcee yang perlukan saya bercakap dan handle the event situation.. syukur i can make it and handle it.. tetiba je bila pegang mic terus boleh bercakap.. hahhaha..

Saya risau sepanjang mengandung baby ni.. emosi sering terganggu.. kadang nak marah kadang rasa sedih.. bukan apa orang kata tak elok untuk baby nanti.. takut nanti baby pun terikut-ikut perangai ibu masa mengandungkannya. Saya cuba control tapi kadang tu memang out of control! saya cuma mampu berdoa moga anak ni dikurniakan akhlak yang mulia dan tidak terikut-ikut emosi saya mengandungkannya..

Ya Allah hilangkan rasa ni..

Surah Al Inshirah atau Surat Alam Nasyrah (سورة الشرح) adalah surat ke-94 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surat-surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Adh-Dhuha. Nama Alam Nasyrah diambil dari kata Alam Nasyrah yang terdapat pada ayat pertama, yang bererti: bukankah Kami telah melapangkan.

Terjemahan ayat Surah Insyirah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.



Isi Kandungan


Penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahawa disamping kesukaran ada kemudahan kerana itu diperintahkan kepada Nabi agar tetap melakukan amal-amal saleh dan bertawakkal kepada-Nya.



KETERANGAN 
(diambil dari http://soni69.tripod.com/Juz-Ama/94_1-8.html)


Ada ahli tafsir yang mengatakan bahwa melapangkan dada ialah yang terjadi pada malam israa mi'raj ketika Nabi sw. dibelah dadanya untuk ditambah nur iman, keyakinan dan kesabaran.

Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi nama sebutanmu? jawab Nabi saw. Allahua'lam. Tuhan berkata: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku".


Anas bin Malik ra. berkata: Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda:
"Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka tutunlah ayat 5 - 6.
(HR: Ibnu Abi Hatim).

Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah saw. bersabda:
"Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap".



KETERANGAN SURAH AL INSYIRAH 
(diambil dari http://subiharon.blogspot.com/2010/02/terjemahan-surah-al-insyirah.html )
Orang-orang beriman kepada Allah swt dan hari kemudian, jika ditimpa sesuatu bala ujian, dia teringat akan firman Allah swt ini : Disamping kesusahan ada kesenangan, disamping kesempitan ada kelapangan, sesudah bala teruji, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu dia tidak suka berdukacita atau berkeluh kesah terhadap ujian dari Allah. Kerana dia yakin setiap kesusahan yang ditempuhi pasti dijanjikan kesenangan selepas itu. Inilah sifat orang yang bersabar dan tidak putus asa jika ditimpa bala ujian dari Allah. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah swt, maka dia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa musibah hidup. Kadang-kadang kerana tidak sanggup menempuh ujian hidup dia memilih jalan dengan cara menamatkan riwayat hidupnya. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.


Nota qaseh: Ya Allah lapangkanlah jadikan hambaMu ini dari golongan yang beriman dan sentiasa sabar dan bersyukur.. 

Qaseh...
alynn fazz

No comments: