Thursday, January 12, 2012

Drama "Ombak Berlagu Sayu" la pulakk!

Isnin lepas turn Asyraf plak first time ke kindy.. ikutkan Asyraf baru 2 tahun 10 bulan tp Mac ni 3 tahun la..
Sebab dia tunjukkan potensi suka belajar baca buku dan fokus time kita mengajar.. dan beria naa nak gi sekolah.. so masukkan jela kat kelas 3-4 tahun kat Tadika Ho

Pagi tu saya pesan kat Izz..
saya: Abang Izz.. hari ni Asyraf pun gi sekolah tau.. nanti tengok adik ye.. naik van sama-sama.. pegang tangan adik tau!
Izz: (muka masam tak mau gi sekolah la tu) hmm.. tak nak!
saya: laa jangan la mcm tu.. sian Asyraf nanti.. tengok-tengok la adik..
Izz: tak nak!

saya berkata dlm hati.. hmm abg Izz still tak pandai nak carry tanggungjawab as abang lagi..hehehe.. dan sebenarnya dia takmau gi sekolah..
sekali Asyraf yang dengar conversation tadi bersuara
Asyraf: Jagalah kita! nanti kita hilang nanti macam mana?

hahahhaha.. Asyraf ni statement dia selalu buat kami speechless.. cakap mcm org tua.. so saya pesan kat asyraf jagn nangis kat school tau..
Asyraf: kita tak nangis la mommy.. abg Izz yang nangis!..
hahhaha.. pandai je komen orang nanti tengok sapa yang buat drama nanti..

Saya yang kena hantar Asyraf first day.. tapi cadangnya nak biar dia naik van sekali dengan Abang Izznya, (dari rumah pengasuh, sebab kelas diorang tengah hari) so saya follow jela dari belakang.. tapi saya and the geng lambat skit.. so van dah gi tadika dah..

Sampai kat tadika tengaok Asyraf duk elok je dalam kelas duk main block..mainan kegemaran dia..
tapi muka tu memang nampak tak happy la..Sian pulak saya tengok sebab patut saya yang hantar masuk ke kelas dia.. agaknya driver van tu la yang pimpin bagi kat cikgu..

leka main.. tapi muka tak happy

Bila Asyraf perasan saya masuk kelas dia.. dan-dan muka dah sebek..


saya gi je kat dia.. mulalah drama sayu.. berderaian air mata.. huhuhu.. terus tak nak gi sekolah nak balik.. hahahha.. menurut kata one mama yang sekali hantar anak dari rumah pengasuh katanya, mula Asyraf ok lagi.. tapi abang Izz dia start masuk van dah nangis.. boleh suruh mama pengasuhnya yang hantar.. apalagi.. Asyraf pun nangis jugak la.. tapi Izz memang tak lepas tangan adik dia.. dia punya la genggam erat tangan adik dia.. rupanya dia ingat jugak pesanan saya pagi tadi.. sayang jugak dia dengan adik dia.. huhuhu


Saya tunggu ugak la 45 minit.. pastu senyap-senyap saya keluar.. nangis gak la.. tapi kejap je.. 
saya puas hati la dengan peranan cikgu-cikgu kat tadika ni.. pandai tackle budak dan nampak semua suka budak-budak.. 


muka sedih!

sila abaikan muka tak cukup tidur ku itew.. :p
on 2nd and 3rd day, Asyraf ok dah.. tak nangis and happy je ank gi sekolah.. syukur lah..

nota qaseh: belajar rajin-rajin ye anak!

Qaseh...
alynn fazz

No comments: