Thursday, June 28, 2012

Ibu Susuan

Risau!

stok susu makin kurang..  perah lagi petang n malam ni cukup-cukup untuk esok je.. dah la bukan main semangat budak Arash ni nyusu..  sehari 16oz..  haiiizzz... ni akibatnya bila dekat 20 botol susu ku contaminated.. sebab apa tatau, yg tau ada dot-dot macam kulat dalam tu.. yang tu lain kali aku citer..


so lani.. APA NAK BUAT?
cari ibu susuan? or bagi je formula milk.. alahai sian la pulak.. baru 4 bulan kot.. at least nak fully breastfeeding sampai 6 bulan

hmm aku buntuuuuu... mana nak cari ibu susuan? sapa la nak jadi ibu susuan pada anakku
Arash Muzaffar Syah ni?

Qaseh...
alynn fazz

Sunday, June 24, 2012

kosong

Saat ni aku rasa sangat down! seriusly aku tatau nak luah kat mana or kat sape..
rasa sooo alone.. 

imej dari http://aedot86.blogspot.com/2010/03/jiwa-kosong.html


Lepas rasa down kat opis sambung terasa down pulak kat rumah.. hati ni rasa asik nak terkecil hati je.. :p
err tak baikkan dok syak wasangka.. tu mainan syaitan.. dan teringat nasihat En. Suami.. kita tak layak nak kecil hati dengan beliau.. siapa beliau??? biarla rahsia..

cam tula dah namanya manusia.. suka banding-banding.. mana yg hebat mana yang bagus mana yang ada kuasa mana yang kaya raya... suka membuat telahan sendiri padahal tatau masalah kita secara terperinci..

kat opis macammana kita telah berusaha jadi yang terbaik.. tapi akhirnya 2-3 perkara yang kurang memuaskan itu juga yang jadi bualan dan betapa kita tak bernilai dimata sesetengah orang.. 

tapi takpelah.. Allah ada sama aku.. ini ujian.. tabahlah.. kuat lah.. time cenggini baca la surah Insyirah banyak.. 

teringat lagu ni.. takde kene mengena pun.. tapi sebab rasa kosong tu adalah sama yang macam yang aku rasa sekarang ni..



Kosong by Najwa Latif


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong



Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/09/najwa-latif-kosong-lirik.html#ixzz1ydRUlsbm


Qaseh...
alynn fazz

Saturday, June 9, 2012

For Sale: Petite Toddler Neo Dream Carrier


For Sale: Petite Toddler Neo Dream Carrier

I bought this on December 2011 from a friend because of the cute robot but never wore it (i was pregnant). Sadly im not fit in standard straps. Dont want to hoard it anymore. So this one have to go.


It has contoured shoulder straps (standard straps lenght not petite), dual adjustable side release shoulder strap buckles, a supportive, structured 3 peice contoured waist band, dual adjustable webbing chest strap, elastic at the webbing ends to roll up loose webbing and flat hood. 

- Color/print: Robot Gear Garden for the body panel and Robot in The Garden (by weelife) for the flat hood and Graphite Straps
- Condition: Excellence used condition.
- Extra item(s): Chest Strap 
- Missing item(s): none

Selling this for RM600 including postage. 3x Payment Plan accepted.



Qaseh...
alynn fazz

Friday, June 8, 2012

JS Mesh Water Sling

Ritu rumah panas.. pakai la Jumpsac Mesh Water Sling



so Mesh sling ni walaupun tujuan sebenar Mesh Sling dibuat adalah untuk dipakai semasa bermain-main air samada di kolam renang atau di gigi sungai (READ "bermain-main air" bukan gi terjun dalam air dengan anak ye puan-puan.. lemas anak tu kang ;p) , tapi boleh juga dipelbagaikan penggunaannya semasa cuaca panas. Samada bersiar-siar di zoo negara, dalam khemah semasa kenduri kawin atau pun di rumah. Sangat selesa la pakai time panas sebab airy terasa angin masuk..

copy paste je my comment kt page Group Malaysia Babywearers


The fabric looks like the kain buaian but a bit rough and thicker. Ya could be slippery for a heavier baby, but can wrapup and tie the tail around the ring to avoid slippery. I really like it. My baby is 6.5kg and the mesh support it well n i feel really comfort wearing Arash with it.




Suka color biru dia, combine dengan gold ring sangat la menarik.
Dan kali ni pakai sangat selesa.. Dulu saya ada juga beli mesh sling ni color black. Tapi dah jual sebab Syaz owner Jumpsac dah restock color blue ama dah berkenan color blue ni,. Tapi dulu pakai macam sakit bahu dan susah nak adjust, agaknya sebab salah pakai kot.. now yang ni selesa.. dan i really love it!! 


Pada mak-mak yang nak bawa anak gi water park ke or berkelah ditepian pandai sambil nak BW anak.. boleh dapatkan Mesh sling ni di Jumpsac Baby ya..






Babywearing rocks!


Qaseh...
alynn fazz

Wednesday, June 6, 2012

H.E.R.O.E.S


My lovely Heroes.. 
3 Musketeers: 
Andika, Arjuna, Taruna :p

Abg Izz posing tak hingat.. 

Asyraf, Arash, Arizz

Tengok dia pegang kepala adik dia macam mana..

Nangis suda... Abg Izz buat!

Qaseh Bonda...
alynn fazz

Tuesday, June 5, 2012

OCAH in actions

Salam..

today nak buat review pasal Ocah Half Buckle yang saya tempah dulu.. boleh baca di sini


Disebabkan ini ialah wrap conversion, dan wrap ni masih belum lembut sepenuhnya so kat strapnya masih terasa stiff la.. eh lupa nak cakap ni ialah in between size (between baby and standard size) with these feature:
1. hybrid shoulder straps (wrap style straps tapi ada span kat tengah.. err boleh paham ke? kira sedap sket la kat bahu tu..
2. clippe waist (maksudnya half buckle la, kat pinggang pakai buckle)
3. Ams out and legs padding
4. Adjustable sleepy hood
Wearing my newborn Arash 1 week old

ok ramai tanya macam mana saya boleh dapat custom slot kat Ocah ni.. yelah bukan senang nak dapatkan..
saya rasa rezeki je.. duk tunggu la Kerry si owner Ocah ni buka custom slot kat FB group Ocah .. tak buka-buka so.. saya just try my luck bagi email kata from Malaysia dan puji-puji la sikit kata mamas kat sini suka admired her carrier.. dan bla-bla-bla (pujian semua tu) dan cakap boleh tak nak pos wrap terus kat address dia since saya beli wrap tu from UK mama jugak so nak safe shipping. dan sekali si Kerry balas katanya
Hi Alynn, 
thanks for getting in touch.  Can you send us an email at the end of October and I will see if I can allocate you a slot.  

Best wishes
Kerry


Kerry & Claire 
"Carry the Cuddle"
www.ocah.typepad.com  
http://uk.groups.yahoo.com/group/Ocah/        
pastu saya email lagi sekali dan dapat reply from Claire partner Kerry

Hello Alynn
 
Please do ask the mama you bought it from to send it to us.  
Could you ask her to pop your name in the package somewhere so we know who it's for. We'll allocate you a slot once we have all our current orders worked through.
 
Many thanks 
Claire
apalagi melompat la i uols..

bercakap pasal wrap, saya lama dah berkenan dengan Hoppediz Lille ni since tengok admin aka diva BW mama cik Farrah pakai.. putih dan pink sejuk je tengok.. duk hunting kat fsot TBW dan NM lama la jugak.. akhirnya.. dapat juga la kt NM.. even ada jugak la drama disebaliknya tu.. boleh si mama Mat Salleh ni silent dekat sebulan jugak la tak bgtau dah pos belum wrap tu kat Ocah.. saya dah cuak dah.. bila saya tanya can you answer  my pm? dah melenting pulak dia.. cakap saya rude la pulak.. haizz.. then saya explain elok-elok baru dia jawab dia baru pos.. haizz.. saba je.. takpe la janji dia pos.


okla berbalik pada Ocah ni, saya pulun la nak sangat Ocah ni pasaipa.. sebab satu nak tau pasai hybrid shoulder tu macam mana dan sebuat kedua, dia boleh buat adjustable waist, kiranya from newborn boleh pakai macam gambar ni..

Nampak tak waist dia boleh adjust.. kira boleh kecikkan
Sekali Kerry kata dia dah tak buat dah adjustable waist.. ada masalah apantah.. adoi!! so dia buat biasa jela.. sedih!..

ok la meh nak kasi review satu-satu..

Hybrid shoulder
Nampak tak ada padding kat tengah-tengah shoulder straps tu..
oh i love it !!!! Shoulder straps dia dipanggil wraps style, kira kat bahu tu ala-ala macam pakai wraps.. tapi Kerry Ocah sudah buat sikit penambahan dengan tambah span kat tengah-tengah kasi confort kat bahu.. tapi benda ni jadi isu kat TBW.. pasal hakcipta la.. katanya Hybrid shoulder ni pun bukannya Kerry yang first buat..ntah saya pun tak ikuti sangat.. tapi sapa yang punya idea ni memang genius la.. sangat la heaven!..
dan kat shoulder straps belah kiri ada poket kat hujung strap. tapi mcm hmm motif? tak perlu pun takpe kot!

poket.. takyah pun takpe


Waist straps..
padded kat waist agak pendek.. gambar saya compared dengan waist KP petite

Hmmm agak kureng sket la bagi saya.. sebab area padded kat pinggang tu tak cukup panjang bagi saya walaupun pinggang saya agak ramping.. hahhaha :p.. tapi betul agak pendek kalau nak dibandingkan dengan waist straps yang lain. Dan takla best sangat rasanya seperti yang digembar-gemburkan walaupun saya pilih untuk buat tops stitching kat padded waist tu (katanya untuk bagi more support) kira tak boleh lawan Kanga punya padded waist la.. bagi saya waist kanga terbaik.

Arms out padding..
Arms out padding kat atas body panel yang nampak bonggol tu..

memula saya duk cari jugak la tang mana dia letak padded untuk hands out ni.. laaa rupanya kat mana tau.. kat bahagian atas body panel.. saya pakaikan Arash jadi macam padded utk kepala..



 bagus la jugak.. hahahha.. now Ocah dah buat style baru.. All change Arm out padding

Adjustable hoodie
Hoodie boleh adjust kira boleh tarik kasi pendek la ikut kesesuaian kepala baby macam ni..


memula fikir macam mana la nak pakai hoodie dia nih? takde loop apa pun kat straps dia nih.. camno? so saya tanya la Kerry semula dan dia balas

on the Wrap Style and Harmony straps there are no loops for the sleephood ties as we find sewing loops on to a single layer of wrap fabric puts strain on the fabric causing damage.  When you are using the sleephood hood you can simply took it under the shoulder strap and you will find that it stays in place without the need to tie it, or you can wrap it around the shoulder strap and tie it back on itself.  If I am not making any sense with my explanation, please get back to me and I will take some picture to show you what I mean
ooo.. main selit-selit jela.. betul la jugak nak buat loop kt shoulder straps tu kang rosak pulak straps dia.. baru saya paham..
Breastfeed Arash.. ;)

so secara keseluruhan okla.. tapi dengan kos yang tinggi macam tak berbaloi pulak. Dah la bayar in Euro.. agak mahal la.. so nasihat saya kalau setakat nak buat Mei Tai atau Wrap Conversion Mei Tai (WCMT) atau Half Buckle.. boleh tempah je kat local carrier maker macam Snuggbaby, Jumpsac, Babyvibes or NezzaNeedle.. lagi berbaloi.. saya pulun nak Ocah sebab tu la adjustable waist tu.. sekali dia pun dah tak buat padan muka.. Saya terlupa yang Yasmin owner Babyvibes boleh buat.. OOO MAK SANGAT MENYESAL!!! if not boleh jimat separuh duit yang dah dispend utk Ocah ni.. rasa macam nak jual je pun ada.. tapi sayanggggg.. susah nak dapat wrap Hopp Lille nih..serius if jumpa hopp lille ni memang nak suh Yasmin Baby Vibes bikin satu.. cer tengok Baby V.I.B.E.S.. local maker pun hebat you!


Qaseh...
alynn fazz

Monday, June 4, 2012

Rimas!!! Potong!!!

Eeeeeee rimas!!

Potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak.. potong ke tak??? 
POTONG JE LAHHH!!! Rimas dah tak terurus.. dgn anak tak sihat.. tak cukup tidur dah macam zombie.. :p 
Lagi pun ni dah start nak gugur rambut banyak dah ni.. so harus bertindak now!


Hari ni half day.. sebelum gi kerja tengah hari tadi apalagi.. kucapai gunting.. gi  toilet and zasssss!!! pendek suda..


kemhor rambut baru :p..  dengan Arash yang masih tak berapa sihat..


Saya ada jugak skill potong rambut. Dulu ada gak potongkan rambut housemate. Dan banyak kali jugak potong rambut sendiri. Tapi tadi nak cepat agak herot berot gak.. lagipun mrmang nak gi salun nak cuci rambut sekali.. haiyo dengan anak kecil yang dah seminggu demam, mak tak sempat nak cuci rambut.. tau jela rambut panjang, amik masa jugak nak cucikan..tu yang nak potong pendek tu senang nak manage.


Lepas balik kerja tadi sempat la gi salon suh trim balik kasi cun sket.. cadang nak buat macam ni


comelkan. sesape yang tengah cari idea nak potong rambut pendek style apa boleh tengok blog ni .. pilih je nak buat rambut style apa   

Sekali dah hagak dah.. salon separa profesional kat Sri Serdang ni tak la pandai sangat memotong rambut so jadi la cenggini.. tu pun balik saya alter sket..


ye saya tak secantik retis diatas.. tapi puas hati gak la.. ringaaaannnn kepala  ai!



Yang bestnya kat salon tadi minachi (tapi slang dan gaya sebijik Chinese.. agaknya sekolah China dulu kot..terikut2 style chinese) yang potong rambut saya tu puji-puji mata brown macam pakai kontek lens la.. dan bila dah potong nampak muda la dan yang buat lagi terangkat bila dia bagi compliment kata macam minah korea la pulak.. hah? wahhh.. apa lagi saya pun balas "hamsahamida" hahahha.. terapung youu.. ye sila muntah :p
tang mana yang korea pun tatau.. :p okla dah orang pujikan.. tima kaseh jela.. tapi tang muda tu, mak setuju la noks.. memang terasa muda duaploh eh melampau sangat.. saploh tawun kurasa.. ahaks!


Muda tak.. hehhhee *mode perasan activated*



Tadi tengah hari pulun gunting sendiri sebab takut tak sempat gi salon hari ni. Hari ni kan Isnin, 11 Rejab. Bukan apa, mak saya pesan if nak potong rambut kena bulan (hijrah) naik, So rambut cepat tumbuh dan tumbuh elok.. entah betul entah tidak waallhualam.. dan ikut sunnah nabi potong rambut dan kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


Ada sahabat saya bagi tau (dia pun dengar kat mana ntah lupa dah) ada hikmat atau kelebihan pasaipa Nabi SAW suh potong pada 3 hari ni je.. sebabnya kalau kita potong kuku dan rambut, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat, penyakit yang tak elok dalam badan akan keluar melalui kuku dan rambut yang dipotong tu. sebaliknya if kita potong pada hari selain 3 hari tu, akan menandatangkan kemudaratan atau penyakit akan masuk melalui kuku dan rambut yang dipotong tu.. waallahualam.. tatau kebenarannya.. mungkin betul dan mungkin kajian secara saintifik telah dibuat, saya tak pasti. Tapi yang pastinya setiap apa yang dibuat dan disuruh nabi tu mesti ada kebaikkannya.. dapat pahala lagikan.. 




Okla tuje nak cerita hari ni. my new looks.. kat rumah je pun.. buat tatapan En. Suami.
eh lupa pulak nak cerita apa kata peminat-peminat no. 1 saya..

Peminat No.1
En. Suami : Macam Wan Sharmila  (yang berlakon sebagai Anida dalam citer Seindah sakura dengan Fasha Sanda tu) jer...
Saya: Eh mana ada lain la.. cer tengok betul-betul..
En. Suami: yelah..... tapi bagus la.. senang nak main! me: EH1 terkedu :p 

 itu saja komen dia.. +_+

Peminat No.2
Asyraf: wahh.. mommy potong rambut!
Saya: Cantik tak?
Asyraf: Cantik! tapi panjang la.. potong la macam Asyraf!
Saya: laa.. mommykan girl, rambut panjang la sikit.. mana boleh macam Asyraf.. Asyraf boy!
Asyraf: alaaa...

Peminat No.3
Izz: Eee mommy nih.. macam orang jahat la..
Saya: Orang jahat??? mana ada? orang jahat mana?
Izz: Ada.. orang jahat kat TV tu.. (merujuk kepada Wan Sharmila jugak yang pegang watak jahat dalam citer Seindah Sakura)
Saya: Izz ni macam papa la.. rambut mommy lain la.. rambut orang tu panjang lagi..
Izz: sama la.. macam orang jahat

waaaaaa.. izz ni kan selalu bagi statement dan komen yang tak membantu tau!





apa-apa jela.. yang pasti kurasa diriku begitu muda.. ahaks!!

Qaseh...
alynn fazz

Saturday, June 2, 2012

Manusia mati meninggalkan nama..

Pepatah mengatakan 'Harimau mati meninggalkan belang.. Manusia mati meninggalkan nama'

Jadi.. nama kena ada makna baik dan sedap..ngee..
Saya pernah cerita pasal makna nama-nama anak-anak saya kat sini dulu.

Now nak cerita pasal nama hero no.3 saya ni, Arash Muzaffar Syah
       

Kisahnya, saya memang dah lama berkenan nama Arash ni.. orang kata nama macam nama pelakon Arash Muhammad tu.. hahahha.. memang pun saya ambil nama dia. Tapi saya tak minat pun dia.. okla minat gak la dia berlakon tapi tak minat sangat.. err paham ker.. hahaha apa-apa jela.. Dan memang saya nak letak nama baby ni Arash Muhammad Syah. Sebab ingat pesan kakak saya, sekurang-kurangnya letak la seorang anak lelaki nama Muhammad. Tapi En.Suami tak setuju pulak. Katanya yang lain takde Muhammad, takkan tetiba seorang ni ada pulak. So he came out with Muzaffar bermaksud 'kemenangan' dan terus saya setuju... sambung dengan Syah jadila Arash Muzaffar Syah .. sedap juga so agreed! Tapi kadang saya panggil juga Arash Muhammad sebab nak gak wakil ada Muhammad. Lagipun sebab macam dah terniat so panggil la Muhammad walaupun di surat beranak takde :p.

Dan sekali lagi nama anak saya adalah gabungan nama yang diberi oleh saya dan En. Suami dan atas persetujuan bersama. Kita imbas kembali nama Izz, Arriz Iskandar Syah, Arriz: En.suami pilih, Iskandar: saya pilih. Asyraf, Ayraf Rayyan Syah, Asyraf: En. Suami pilih, Rayyan: saya pilih. So fair and square ^_^

Love this pic so much! Arash 1 week old
                                                                        

Bila orang tanya anak ni nama apa, bila saya sebut je nama, orang mesti ingat ambil nama sempena Dr, Sheikh Muszaphar angkasawan tu.. NO NO NO! kecuali kakak saya, dia dengar je nama terus dia kata.."memang macam kesultanan Melaka" yess! thats right! En. Suami ambil nama sempena nama Sultan Muzaffar Shah, Sultan Negeri Perak yang pertama, yang juga putera kedua Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ke-8. Menurut sejarah negeri Kedah pula, Raja ke-9 yang memerintah negeri Kedah pun bernama Sultan Muzaffar Shah, nama sebelum Islam baginda ialah Maharaja Derbar, kira sultan pertama memeluk Islam dalam pemerintahan raja Negeri Kedah. Nama Iskandar pun inspired from Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama. Gitu la sejarahnya.. so agak sikit perasan la nama anak-anak macam nama raja-raja.. hahhaa.. Eh nama Asyraf  pun ada gak nama raja.. nama dia kan Asyraf Rayyan Syah.. Nama 'Rayyan' tu nama raja Irish.. takpelah janji raja hahhaha..

Eh dah tersasar jauh.. lupa nak bagitau makna 'Arash' tu. Dalam arab 'Arasy' bermaksud singgahsana atau tempat bersemayam atau istana. Dalam bahasa Parsi pula Arash maksud kejujuran' atau 'bright'. Dan menurut sejarah Parsi, ada seorang Pemanah bernama 'Arash' yang telah diperintahkan oleh bangsa Turan untuk memanah bagi menandakan sempadan Parsi-Turan. Jadi beliau telah mendaki sebuah gunung dan terus memanah dengan anak panah berapi, sekuat hatinya. Anak panah itu terbang sehingga berjam-jam lamanya dan jatuh jauh di sebuah sungai iaitu sungai Oxus..(aku pun tatau kat mana.. korang google la ye kalau nak tau.. hahaha).. so orang anggap dia hero la. Jadi boleh la dikatakan Arash ni bermaksud hero.. hehhehe. Tapi kita ambil makna dalam arab jelakan.. Arash Muzaffar : 'Singgahsana Kemenangan'

gambar terkini.. demam dah 3hari.. batuk teruk sian anak mommy.. get well soon my hero!

ok ni saya ambil maksud nama anak-anak saya dari Behindthename

ISKANDAR/ALEXANDER
GENDER: Masculine
USAGE: ArabicIndonesian
OTHER SCRIPTS: إسكندر (Arabic)
Meaning & History
Arabic and Indonesian form of ALEXANDER
GENDER: Masculine
OTHER SCRIPTS: Αλεξανδρος (Ancient Greek)
PRONOUNCED: al-əg-ZAN-dər (English), ah-lek-SAHN-der (German), ah-lək-SAHN-dər (Dutch)   [key]
Meaning & History
Latinized form of the Greek name Αλεξανδρος (Alexandros), which meant "defending men" from Greek αλεξω (alexo) "to defend, help" and ανηρ (aner)"man" (genitive ανδρος). In Greek mythology this was another name of the hero Paris, and it also belongs to several characters in the New Testament. However, the most famous bearer was Alexander the Great, King of Macedon. In the 4th century BC he built a huge empire out of Greece, Egypt, Persia, and parts of India. Due to his fame, and later medieval tales involving him, use of his name spread throughout Europe.
The name has been used by kings of Scotland, Poland and Yugoslavia, emperors of Russia, and eight popes. Other notable bearers include English poet Alexander Pope (1688-1744), American statesman Alexander Hamilton (1755-1804), Scottish-Canadian explorer Sir Alexander MacKenzie (1764-1820), Russian poet Alexander Pushkin (1799-1837), and Alexander Graham Bell (1847-1922), the Scottish-Canadian-American inventor of the telephone.



 RAYYAN/RYAN
GENDER: Masculine
USAGE: IrishEnglish
PRONOUNCED: RIE-ən   [key]
Meaning & History
From an Irish surname which was derived from Ó Riain meaning "descendent of Rían". The given name Rían probably means "little king" (from Irish "king" combined with a diminutive suffix).

sebenarnya dalam Arab 'Rayyan' diambil dari sebuah pintu syurga dan bermaksud juga 'yang puas/tidak dahaga'



ARASH

GENDER: Masculine
OTHER SCRIPTS: آرش (Persian)
Meaning & History


Possibly means either "truthfulness" or "bright" in Persian. In Persian legend Arash was a Persian archer who was ordered by the Turans to shoot an arrow, the landing place of which would determine the new location of the Persian-Turan border. Arash climbed a mountain and fired his arrow with such strength that it flew for several hours and landed on the banks of the far-away Oxus River. 



ok mari kira lihat nama En. Suami pula..




ARMAN
GENDER: Masculine
USAGE: Kazakh
OTHER SCRIPTS: Арман (Kazakh)
Meaning & History
Means "dream" in Kazakh, of Persian origin.



oh mimpi maknanya dlm kazakh dan Parsi.. hehehe.. tapi dalam Arab 'Arman' bermaksud 'Inspirasi'

nama saya? takde makne ye dalam bahasa arab. Tapi kalau nama panggilan Lin ada la.. bermaksud 'lembut' dan Alin bermaksud "yang tinggi'


check sket nama Linda kat web ni

GENDER: Feminine
OTHER SCRIPTS: Линда (Bulgarian)
PRONOUNCED: LIN-də (English)   [key]
Meaning & History
Originally a medieval short form of Germanic names containing the element linde meaning "soft, tender". It also coincides with the Spanish word lindameaning "beautiful".

wahh.. beautiful u!!.. pasni if orang panggil saya linda mulalah mak perasan beautiful.. ahaks..
cer kita tengok nama Lynn pula
GENDER: Feminine & Masculine
USAGE: English
PRONOUNCED: LIN   [key]
Meaning & History
From an English surname which was derived from Welsh llyn "lake". Before the start of the 20th century it was primarily used for boys, but it has since come to be more common for girls. In some cases it may be thought of as a short form of LINDA or names that end in lyn or line.

hahaha.. asalnya nama lelaki.. hehe tak kisah lakan.. ni for fun je..

first family picture.. susah  betul nak ambil..




Qaseh... 
alynn fazz