Monday, February 18, 2013

Pa&Ma Mac 2013: behind the scene

Oh yeah.. Arash dalam Pa&Ma keluaran Mac 2013 uols..


Dapatkan sekarang *wink* ;)

Orang tanya macam mana Arash boleh terpilih jadi cover ni?.. Alkisahnya.. aku nak hantar borang untuk Arash sertai Pertandingan Bayi Pa&Ma 2012 tahun lepas.. tapi masa tu lepas raya puasa.. dengan cuti la so aku tak sempat nak hantar borang tu.. sampai la dah due date.. tapi aku masih berharap.. aku selamba hantar juga even dah tarikh tutup. Bukan apa. or orang Pahang kata selok sangat nak masuk, sebab terbayangkan hadiah dia banyak gila kot.. banyak sponsor la katakan.. hadiah saguhati pun hamper tinggi separuh pinggang.. semua branded punya barang plak tu.. syiok. teringat dulu Abang Iskandar pun ada masuk Pertandingan Bayi Pa&Ma ni tahun 2009.. ada entry kat sini

Ternyata pencalonan Arash dah tak diterima. Pemilihan dah dibuat.. So aku tak kisah sangat la.
Sekali dapat phone call dari orang karangkraf. PA&MA Cik Intan, terperanjat gegurl tau.. katanya sori sebab Arash tak dapat masuk semi final Pa&Ma .. sebab dah tutup pencalonan. Tapi dorang nak buat fotografi for Arash as a cover page.. wahhh.. Mak suka!.. hahaha dengan harapan dapat la hadiah apa-apa kann :p. Cik Intan suruh bawa baju Sweater dan dua-tiga helai baju yang cantik-cantik. Gigih ni aku ngan En. Arman cari baju semata-mata untuk fotografi ni. Tapi beli kat Jusco je terhad la pemilihan. Sweater tu tatau nak beli macam mana.. bukan duk ada pun. Arash sejuk aircond pun dia bleh berpeluh. So memang takde la sweater. Kita orang belasah beli selai sweater dan 4 baju baru.. huhuhu..

So arrangement dibuat on 20 November 2012. Gile kau.. time tu aku punya la sibuk nak MAHA 2012. Yelah MAHA kan start 23 November.. tapi seb baik part aku tak la kritikal sgt.. jadi emcee untuk majlis pelancaran padi jer untuk first day MAHA tu.. so aku pun gigih minta cuti dari Boss Cantik aku.. dapat la gi. Macam biasa tengahari Arash tidur, so sepanjang dari umah Serdang ke Pejabat Karangkraf di S.Alam Arash tidur.. dah sampai pun dia tidur lagi. So call penyelaras Cover Pa&Ma, Cik Intan dia kata ok bleh tunggu jap dia pun tengah pump susu. ok la.. lebih kurang 10 minit Arash bangun, agaknya dia rasa kereta dah tak berjalan, dan dan jaga. Aku pun bagi la makan dulu.. dah kenyang senang bagi kerja huhuhu..

Masuk je terus Intan tegur dan bawa kita orang ke studio.. Tapi kena menjelajah satu pejabat Karangkraf tu.. Melopong gak la aku.. punya la ramai staf dan besar ofisnya.. semua department aku dapat tengok, Karangkraf sebab studia dia kat belakang sekali.

Masuk studio.. kosong.. yang ada beberapa batang lighting.. aku macam pelik la jugak. Bukan apa, aku terbanyakan studio colour full, penuh mainan utk budak.. kira macam taska la atau palyroom. takpe jangan banyak tanya ikut jela arahan :p. Photog dah tunggu kami dengan beberapa orang lagi staf karangkraf. Cik Intan tanya ada bawa baju tak? Kami pun cakap la ada bawa 5 helai. Termasuk 2 helai sweater macam yang disuruh.. Cik Intan tengok sekali imbas dan ambil keputusan pakai baju yang disediakan jer.. Sweater tu sekali dengan topi, muat-muat je dengan Arash. Agak ketat gak la topi tu.

Bermulalah sesi fotografi. Arash memula nangis juga. Tapi lepas tengok bola yang kami bawa dan En. Arman main peranan as a clown dan cheer leader..baru la Arash senyum. Bukan senang ye nak dapatkan shot yang terbaik.. Sampai menonggeng-nonggeng cik Photog tu. Aku pun bermandi peluh.. sebab berapa kali kena angkat Arash letak kat center balik, dia duk la kedepan merangkak nak pi ambil bola tu.
 

 Berapa kali take, Arash mula rimas dengan topi tu.. dia nak buka.. lepas je terbuka topi terus dia buat bunyi
"aaaahhhhhh.." huhuhuh.. lega gamaknya.. alahai sian anak mommy.. topi tu ketat. Aku pun sapu-sapu dan urut-urut lembut dia kasi lega sket. pastu kena pakai balik.. 2-3 kali take dia buka lagi dan ualang sebut "aaaahhhh" siann..Dalam hati macam nak cakap bleh tak tak payah pakai topi tu.. aku ada je bawa topi tapi dorang tak tengok pun.. lebih kurang sebenarnya cuma color brown dan aku rasa cantik lagi kot. Tapi maybe dorang nak sama dengan baju tu kot. Dan pereka tema tu cakap nak buat Arash macam bear.. oo gitu kekdahnya.. tapi sayang tak nampak la rambut Arash yang mahal itu.. ngeee...
 
Arash dah kedepan nak ambil toys

Agak-gak setengah jam, Arash dah tak mo dah.. Lepas tu Cik Intan pasang lagu chicken dance. Apa lagi terus Arash berjoget sakan. Di goyang-goyang badan dan kepala dia.. hahahha Arash kan pantang dengar lagu mesti nak dance. Lagi la susah nak ambil gambar.. huhuhu. Aku ada rakam aksi tu dlm hp tapi dah delete sbb En. Arman pun ada rakam dalam S Note dia. sekali hp En. Arman hilang. abes semua gambar dan video Arash ni. Sayang betul. ok sambung balik tak berapa lama pastu, Arash tak mo dah. Then take a break. aku kasi nenan dulu. Kasi refesh. katanya dah dapat Photo yang cun, tatau la aku tak tengok pun. Pas tu aku dengan cik Intan kata kat cik Photog suh amik gambar Arash pakai baju yang kita orang beli baru tu. Tukar baju, tengok Arash nampak selesa sket la. Yelah dah buka topi dan tukar baju, baju sweater tu kan macam tebal sket. Ada ambil beberapa shot then Arash dan nak buat perangai.. bosan dah latu. Ok its a wrap. Done.

Usai sesi fotografi, kami terus diiring balik. Err ingat ada la minum-minum ke.. hahhhaa.. ko ingat ni gomen ke semua ada minum-minum.. ni swasta takdenye.. ok takpela.. aku tanya nanti dapat apa, Cik Intan ckp nanti dapat boucer Tesco..ooo ingat dapat hadiah apa-apa.. ok la marila kita berbelanja di Tesco nanti..huhuhu.. nilainya aku tatau lagi.. until now takdapat lagi. Bulan Mac ni la kot.

Balik je rumah petang tu nampak Arash letih sangat. Kasi mandi dan nenen dia terus tidur.. Sian penat agaknya.. Sedikit sebanyak aku ralat sebenarnya.. Bukan apa.. macam gi dera anak je. Penat sangat dia, gi pun teringat-ingat dia pakai topi ketat tu. Sian. Duk ulit-ulit Arash.. dengan aku-aku tertidur.. fuh mak pun penat nok.. berkejar, angkat dan bersorak bagai.. huhuhu.
   

Awal bulan Febuari tu, aku tengok kt FB page Pa&Ma, keluaran Mac dah siap, akan keluar start 12hb.. wah.. teruja..


Tapi aku dah beli 7hb lagi.. apek yang hantar surat khabat kat opis ni dah bawa.. oo teruja semua orang kat opis aku ni. betul la.. Arash macam bear dorang buat.. grafik je semua tu.. hahaha.. Sampai semua orang kat opis eh tak semua la.. ada gak la yang beli semata-mata nak tengok dan simpan buat kenangan gambar Arash dalam magazine :p. Termasuk geng aku yang tersayang Serangkai. Tq Uols. Muaah! dan sedara mara.. mak-ayah sedara Arash pun pakat beli.. cuma kat Kuantan lambat sket.. lepas raya Cina baru ada.. ok la semua pun dah tengok Arash. ;)

Aku bawa balik majalah tunjuk kat Arash.. dia macam pelik.. hahahha.. selalunya dia kalau tengok gambar baby mesti dia kiss.. ni macam dia fikir plak.. "macam kukenal rupa ni.. tapi di mana ya?" huhuhu..
yang abang-abang pun teruja.. siap tanya macam mana gambar Arash ada dalam majalah ni? masa bila?
huhuhu..


Tapi yang tak berapa syiok.. tang cover story kat tengah-tengah.. tajuk gempak tu.. "Arash Cepat paham" hahahha.. erkk.. macam poyo je kan bunyi dia.. huhuhu..


memang "INI SEMUA POYO!!!" hehehe..  kalau korang baca jangan salah anggap ye.. aku cuma jawab soalan cik Intan tanya melalui email. Dan aku ceritakan dan bandingkan Arash dengan abang-abang dia je.. aku tau ramai lagi budak lebih cerdik dari Arash. Takde niat nak bangga-bangga atau riak. Jangan salah anggap ye. Tapi semua dalam tu betul la.. aku ada amal makan badam dah biasakan komunikasi dengan Arash dengan sign language.


Ok la kalau nak tengok sendiri boleh beli Pa&Ma keluaran Mac 2013 ye uols.

Terima Kasih bebanyak untuk Majalah Pa&Ma terutama sekali Cik Intan Jaslina kerana memilih Arash untuk cover Mac 2013. 
Akhir sekali ada 2 helai baju Arash yang aku beli hari tu tak pakai lagi.. Sapa nak Brand Kiko. Aku jual murah-murah. Nanti aku upload foto. ;) 

Terima Qaseh atas semua pujiaan kata Arash comel.. doakan moga akhlaknya juga comel dan baik juga ya.. itu yang paling penting. :)

Qaseh...
alynn fazz

Friday, February 15, 2013

Sape nak jadi Ibu Susuan Arash?


Salam Jumaat

Arash perlukan ibu susuan seorang lagi. Ibu Susuan Arash, Mommy Sueci dah habis stok. So kena cari seorang lagi. Prefer duduk dekat-dekat dengan rumah kami di Serdang. Area Puchong, Kajang, Bangi atau Equine boleh la.

Kemain suka main air


Ni gambar selingan.. hahaha takde kena mengena dengan entry ni.. tapi nk cerita gak la.. cuti Tahun Batu Cina ritu kami tak kemana-mana.. bukan hapa dah serik nak ngadap jem time laya Cina.. so nk hilangkan bosan anak-anak.. aku ajak hubby bawa anak-anak gi  mandi kt  Splash, The mines, tingkat atas sekali, dekat dengan K Karaoke tu.. free je.. ada pool untuk budak-budak dan juga fountain. Arash mandi kat fountain tu.









Iskandar dan Asyraf memula terperanjat tengok ada pool. Memang surprise betul la. Aku tak bagi tau pun nak gi mandi. Memula Iskandar malu-malu.. nak buka baju pun malu.. dah masuk pool, dia suruh Asyraf berenang dulu (huhuhu berenang la sangat kann) tapi takdan beberapa minit.. terus naik syeh.. dah tak malu dah..

Nampak tak lutut tu merah.. kesan merangkak atas lantai.. hehehe.. tapi Arash tak kisah.. bleh bersantai katanya.. yg penting sapu losyen dulu uols.. ;)


Arash pulak.. kemain suka main air.. kt situ dia punya lantai berbatu halus.. so time dia merangkak sakit la kot lutut dia.. tapi pandai terus merangkak cm kura-kura, merangkat angkat lutut.. hahaha.. tapi ok la budak-budak seronok dan ada tempat salin dan mandi.

tengok tu Arash, dia merangkak angkat lutut.. hahha pun boleyy! Asyraf sampai berbaring-baring :p pun boleyy! :D


Lepas mandi kita org gerak gi umah Auntie kt putrajaya.. duduk sampai malam. Lama betuk tak gi rumah Ayah Ma n Auntie Sheila.. Best cousin buat kapkek best. sempena birthday En. Arman katanya.. hehhehe.. tq Thasya.

Thank you Thasya for making this cute yummy cuppies ;). Orang Putrajya kalau nk order bleh ya.   pm facebook Tengku Thasya



Then baru gerak gi Umah Mommy Sueci. Kira amik stok terakhir dari Mommy Sueci. Terima kasih Mommy Sueci.. kerana susu Mommy Arash kenyang dan dapat membesar dengan sihat. Sayang Mommy Sueci.. Sebak sebenarnya masa ambil susu ni.. Moga Allah membalas jasa Mommy Sueci sekeluarga dan dilimpahi rahmat dan rezeki berlipat ganda.. Aminn.

Arash dengan adek Pearl. Last gi amik susu. Arash takde mood baru bangun tidur + penat mandi-mandi petang tu. Pearl macam biasa ceria je :)

Err entry ibu susuan dah jadi entry sehari di hari cuti lak.. :p
Moga Arash mendapat Ibu susuan yang terbaik. Aminn..

Qaseh...
alynn fazz

Thursday, February 14, 2013

Surah Dhuha

Aku buat entry ni untuk rujukan aku.. senang sket.. dan untuk dikongsi dengan semua.. mari kita amalkan..

Diambil dari website www.surah.my

Surah Adh-Dhuha - سورة الضحى

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi waktu dhuha,
(Adh-Dhuha 93:1

A002
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
(Adh-Dhuha 93:2) |
A003
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Adh-Dhuha 93:3)
A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(Adh-Dhuha 93:4)
A005
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
(Adh-Dhuha 93:5
A006
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
(Adh-Dhuha 93:6
A007
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
(Adh-Dhuha 93:7)
A008
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
(Adh-Dhuha 93:8
A009
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
(Adh-Dhuha 93:9
A010
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
(Adh-Dhuha 93:10)
A011
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Fadilat Surah Dhuha (diambil dari p.kasih.blogspot dan alhishamz.blogspot )


Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 di dalam al-Quran dan mengandungi 11 ayat. Surah ini telah ditetapkan susunannya oleh Allah selepas kedudukan Surah Al-Lail di mana pasti ada hikmahnya. Semua surah yang ditentukan susunannya di dalam al-Quran ada hubungkait antara satu sama lain bermula dari Surah Al-Fatihah yang pertama sehinggalah kepada yang terakhir iaitu Surah An-Nas. Surah Ad-Dhuha dimulakan Allah dengan satu sumpah iaitu "Demi waktu Dhuha." Kita sebagai hamba Allah hendaklah perhatikan hakikat betapa pentingnya waktu Dhuha itu sehingga Allah bersumpah dengan waktu Dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik. Allah SWT memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh Islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya,

  • diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.
  • sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepadanya.
  • sesiapa yang mengamalkan membaca surah Adh Dhuha 40 kali setiap hari, selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya, insya Allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir. 
  • Ni mak aku la yang bagi tau (love you mak.. muaahhss!) kalau kita sesat jalan kt mana-mana especially dalam hutan, baca surah Dhuha ni.. In sha Allah dengan izinNya.. kita akan menemui jalan sebenar.. kesahihannya aku pun tak sure..tapi yakin la dengan al-Quran dan kebesaran Ayat-ayatNya.. tengok pada ayat 5 A007
    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 
    (Adh-Dhuha 93:7)  so yakin la mohon betul2.. mudah-mudahan diperkenankan.. waallahualam


Ternyata di waktu itu ada satu ibadah yang amat digalakkan kita melakukannya iaitu Solat Sunat Dhuha. Biasa orang kata,
"..takpe sunat je... buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa..."
Hakikatnya dalam membicarakan Solat Sunat Dhuha ini, kita sebaiknya tukar pendapat tersebut biar jadi... "Jika buat dapat pahala, tapi kalu tak buat rugi besar lah kita..." 


Cara solat Dhuha nanti aku buat entry yang lain..




Qaseh...
alynn fazz

Wednesday, February 13, 2013

Happy Birthday Papa

Happy Birthday Papa..



9 Februari ritu birthday papa. yang ke? 37 taun la... perghh banyaknya no.. hahahha

ni masa Arash 3 bulan.. tahun lepas.. masa kenduri kawin sepupu.. pipi sama tembankan dengan papa.. hahahah



Iskandar dan Asyraf buat kad birthday khas untuk papa.. Pop-up kad lagi tu..
Gigih mommy ajar buat malam-malam tau..
Jadi jugak..



Cer korang tengok.. hahaha mommy siap suruh lukis kereta dan duit lagi tu.. hahahha mata duitan kan mommy..


Apapun
Happy Birthday Papa.. moga dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah, diberi kesihatan yang baik, dirahmati Allah dimurahkan rezeki, kekal jodoh kita,  bahagia dan sukses dunia akhirat.. amin.. muahhhsss..

Papa cekci la.. hahahaha

we All love you papa.. muahhhsss
Gambar Raya tahun lepas




dan ingat pesan Akak Ju..
HB aman, moga pjg umo,dimurahkan rezki,diberkati Allah dan dipjgkan usia perkahwinan hingga ke akhir hayat. klu 4 series ni kena hati2 jg lin elok2.....

oh lupa untuk Akak jugak..
happy belated birthday.. sayang Akak ketat-ketat.. moga dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki bahagia dan sukses dunia akhirat aminn..

Luv you Hubby
Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, February 12, 2013

FAQ Ibu Susuan

sticky pos.. Aku gam pos soalan lazim mengenai isu susuan ini untuk rujukan semua..

Soalan-soalan Lazim (FAQ) ini telah dikompilasi selepas kami berhubung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, iaitu pihak berkuasa tentang hal-hal agama Islam di Malaysia) dan blog Ustaz Naim (ustaznaim.blogspot.com yang disahihkan oleh JAKIM sebagai sumber yang kredibel). Soalan-soalan Lazim berikut tidak lah menyeluruh, dan bukan untuk menggantikan tanggungjawab anda mengkaji sendiri tentang perkongsian susu dalam aspek Islam. Sila rujuk dengan Imam dan ulama' Islam yang lebih berpengetahuan tentang hukum-hukum Islam jika anda mempunyai sebarang soalan. 

Human Milk 4 Human Babies - Malaysia tidak bertanggungjawab untuk menyimpan atau mengurus-selia sebarang butiran tentang persaudaraan susuan yang timbul daripada perkongsian susu ibu. 

A. SIAPAKAH YANG BOLEH MENYUSU DAN DISUSUI?

A1. SAYA MAHU MENJADI IBUSUSUAN
1. Adakah saya boleh menyusukan bayi selain daripada anak kandung saya
2. Saya mahu menjadi ibu susuan. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran suami saya?

A2. SAYA MAHU MENCARI IBUSUSUAN
4. Siapakah yang boleh menjadi ibu susuan?
5. Bolehkah seorang wanita menyusukan anak susuan yang bukan dari kalangan keluarga atau sahabat-handai? (Ini kerana kami dapati di Malaysia ramai orang yang tidak gemar mencari orang luar).
6. Bolehkah wanita Muslim menyusukan anak yang bukan Muslim? 

A3. BAYI YG BOLEH DISUSUI
7. Perlukah anak susuan seorang wanita sama jantina dengan anak kandungnya? (kerana khuatir akan terjadinya permasalahan perkahwinan antara mahram sesusuan)
8. Apakah umur bayi yang boleh disusukan sebagai anak susuan?
9. Bolehkan saya menyusukan anak tidak sah taraf (contohnya anak luar nikah dan anak sumbang mahram)?
10. Bolehkah saya menyusukan anak-anak yang asal-usulnya tidak diketahui? Contohnya jika berlaku bencana alam dan ibubapanya tidak dapat dikesani
11. Bolehkah wanita bukan Muslim menyusu bayi Muslim?
12. Memandangkan tiada larangan untuk ibu bukan Muslim untuk menyusukan anak Muslim, apakah agama anak atau ibu itu kekal selepas penyusuan?


 B. CARA PENYUSUAN ANAK SUSUAN
13. Apakah rukun Hukum Penyusuan atau Al-Radha'ah?
14. Bolehkah saya memberikan susu saya yang telah diperah (EBM) kepada bayi yang bukan bayi/anak kandung saya?


C. ISU MAHRAM
  • SYARAT YANG MENJADIKAN WUJUDNYA HUBUNGAN MAHRAM
15. Berapa kali penyusuan sehingga bayi/anak berkenaan disabit sebagai anak susuan saya?
16. Apakah yang dimaksudkan dengan 'kenyang' semasa menyusu?
17. Apakah syarat komposisi susu ibu supaya tersabitnya Hukum Penyusuan?
18. Memandangkan hukum penyusuan hanya tersabit apabila seorang bayi berumur bawah 2 tahun qamariah minum sehingga kenyang sebanyak lima kali, bolehkah seorang bayi minum daripada ramai ibu tidak sampai 5 kali? Contohnya saya mahu mencari susu ibu untuk anak saya tapi tidak mahu pening memikirkan implikasi saudara susuan jadi saya berikan anak saya susu 10 orang wanita lain tetapi setiap orang dia minum hingga kenyang sebanyak empat kali sahaja. Adakah ini dibenarkan?
  • HUKUM MAHRAM & SUSURGALURNYA
19. Berapa orang ibu susuan dibenarkan untuk seorang anak? Jika tiada had, apakah implikasinya?
20. Siapakah yang menjadi mahram kepada anak susuan?
21. Siapakah yang menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan?
22. Adakah adik beradik anak susuan itu juga dianggap sebagai mahram kepada ibu susuan? 
23. Apakah suami dari ibu susuan termasuk mahram bagi bayi yang disusui?
24. Jika lebih dari seorang bayi yang bukan bersaudara disusukan oleh seorang ibu, adakah mereka dianggap sebagai saudara susuan?
25. Bolehkah anak susuan berkahwin dengan anak-anak bapa susuannya yang terhasil daripada perkahwinan bapa susuan dengan wanita lain?
26. Jika saya menyusukan seorang anak yang lebih daripada dua tahun qamariah, adakah Hukum Penyusuan tersabit dalam hal ini?
27. Bolehkah nenek menyusukan cucu dan kakak menyusukan adik?
  • LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA MAHRAM
28. Saya risau terjadinya perkahwinan antara mahram susuan. Apakah yang harus saya lakukan?

D. TANGGUNGJAWAB SIAPA MENYUSU
29. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan seseorang bayi itu dapat disusukan sepenuhnya?
30. Adakah ibu susuan perlu dibayar upah untuk susunya?

-----------------------------------------------------------------------------
1. Adakah saya boleh menyusukan bayi selain daripada anak kandung saya?
Ya. Ini dibenarkan oleh Islam. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai ibu susuan (Thuwayba dan Halimatus-sadia). Ibu-ibu susuan tersebut dipandang tinggi oleh Allah swt sebagai pengasuh Nabi Muhammad saw ketika kecil. Walaubagaimanapun, menyusui anak orang lain akan mewujudkan pertalian saudara susuan antara keluarga ibu susuan dan anak susuan.

(Rasulullah SAW pernah disusukan oleh Thuwaybah sebelum menjadi anak susuan Halimah As-Saadiah. Sirah ini dapat diteliti daripada hadith berikut:
Maksudnya
`Urwah bin al-Zubair menceritakan kepada ku (Az-Zuhriy), Zainab anak perempuan Abu Salamah memberitahunya, Ummu Habibah binti Abu Sufyan memberitahunya, beliau berkata: “Wahai Rasulullah, kahwinilah saudara perempuanku”. Lalu Rasulullah bersabda, “Atau kamu sukakan hal itu?”. Aku berkata, “Ya, tidaklah aku bersendirian. Dan aku suka jika saudara perempuanku berkongsi yang terbaik denganku.” Rasulullah SAW bersabda, “Itu (berkahwin dengan dua adik-beradik) tidak halal bagiku”. Aku berkata, “Kami mendapat tahu bahawa engkau mahu berkahwin dengan anak Abu Salamah”. Rasulullah bersabda, “Anak Abu Salamah?”. Aku berkata, “Ya”. Rasulullah kemudian bersabda, “Sekalipun dia bukan anak kepada isteriku, ia tidak halal bagiku kerana dia anak kepada saudara sesusuanku. Thuwaybah telah menyusukanku dan Abu Salamah. Maka tidak boleh bagiku untuk berkahwin dengan anak-anak kamu dan saudara-saudara perempuan kamu”.


2. Saya mahu menjadi ibu susuan. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran suami saya?
Ya. Seseorang wanita yang telah berkahwin perlu mendapat persetujuan suami kerana
ia melibatkan nasab keturunan yang secara tidak langsung berkait dengan suami.

3. Bolehkah seorang wanita yang belum pernah berkahwin menjadi ibu susuan menerusi kaedah pencetus laktasi/induced lactation?
Seseorang wanita yang belum berkahwin boleh menyusukan bayi dengan menggunakan kaedah-kaedah teknologi terkini untuk menghasilkan susu. Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-41 pada 14 hingga 15 Oktober 2005 telah membincangkan isu ini dan mesyuarat memutuskan bahawa hukum menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan wanita adalah harus dengan syarat seseorang wanita itu tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran jantina dan wanita tersebut telah baligh.

4. Siapakah yang boleh menjadi ibu susuan?
Seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya. Syarat-syaratnya ialah:
  • Seorang wanita anak adam. Tidak terkesan hukum pertalian kekeluargaan sekiranya bukan dari kalangan anak adam, seseorang lelaki atau seseorang yang bukan wanita asli.
  • Wanita yang menyusukan itu masih hidup sewaktu bayi disusukan.
  • Wanita itu mempunyai susu sama ada hamil atau tidak, berkahwin atau tidak, atau telah menopaus atau belum.
  • Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sifat ihsan.Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini. 
  • Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.

5. Bolehkah seorang wanita menyusukan anak susuan yang bukan dari kalangan keluarga atau sahabat-handai? (Ini kerana kami dapati di Malaysia ramai orang yang tidak gemar mencari orang luar)
Tiada larangan dalam Islam untuk menyusukan anak-anak yang bukan daripada kalangan saudara-mara atau sahabat-handai. Sejarah hidup Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa ibu susunya bukan daripada kalangan keluarganya. Saidatina Halimah Al-Saadiah adalah daripada kalangan Bani Sa`ad. Berkemungkinan rakyat Malaysia lebih gemar mencari anak susuan di kalangan keluarga dan rakan kerana ia lebih mudah dan lebih dipercayai oleh ibu bapa anak yang ingin disusukan.

6. Bolehkah wanita Muslim menyusukan anak yang bukan Muslim?
JAKIM : "Tidak disyaratkan bayi tersebut beragama Islam memandangkan tiada nas yang melarang seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam. Namun begitu, perlu ditekankan penyusuan tidak mengubah agama seseorang. Syeikh Attiyyah Saqar menjelaskan bayi akan kekal dalam agamanya dan begitulah sebaliknya. 

Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sifat ihsan.Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini.

Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.

7. Perlukah anak susuan seorang wanita sama jantina dengan anak kandungnya? (kerana khuatir akan terjadinya permasalahan perkahwinan antara mahram sesusuan)
Tidak menjadi kewajipan kepada seseorang ibu susuan untuk mencari anak susuan yang sama jantina dengan anak kandungnya. Seorang ibu susu boleh menyusukan seseorang bayi tanpa mengira jantina. Ini kerana tiada jaminan seseorang ibu itu hanya mempunyai anak lelaki sahaja atau sebaliknya.

Untuk mengelakkan berlakunya perkahwinan antara adik-beradik susuan, digalakkan supaya kedua-dua buah keluarga, iaitu keluarga ibu susuan dan keluarga anak susuan sentiasa menjalin hubungan yang rapat agar masing-masing dapat mengenali antara satu sama lain. Hubungan adik-beradik susuan juga perlu dijaga sepertimana hubungan dengan adik-beradik kandung.

8. Apakah umur bayi yang boleh disusukan sebagai anak susuan?
Umur bayi tidak melebihi dua tahun.

9. Bolehkah saya menyusukan anak tidak sah taraf (contohnya anak luar nikah dan anak sumbang mahram?)
Boleh. Anak yang hendak disusukan tidak disyaratkan statusnya. Mana-mana bayi tanpa mengira jantina, agama dan status, yang berumur kurang daripada dua tahun qamariah boleh disusukan.

10. Bolehkah saya menyusukan anak-anak yang asal-usulnya tidak diketahui? (Contohnya jika berlaku bencana alam dan ibubapanya tidak dapat dikesani).
Tidak disyaratkan identiti ibu bapa bayi tersebut diketahui. Bagi bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka, ia lebih mudah diuruskan.

Ayat 233 daripada surah Al-Baqarah telah menyebutkan, jika ibu kandung tidak mampu menyusukan bayinya, dia boleh mengupah orang lain untuk menyusukannya. Daripada umumnya lafaz yang digunakan dalam Al-Quran, ia menunjukkan tiada halangan untuk menyusukan bayi yang diketahui identiti ibu bapa mereka, walaupun mereka adalah anak-anak yang terbiar.

11. Bolehkah wanita bukan Muslim menyusu bayi Muslim?
Tidak disyaratkan agama tertentu bagi wanita yang menyusukan seseorang bayi. Memandangkan tiada dalil yang melarangnya, dibolehkan bagi wanita bukan Islam untuk menyusukan bayi beragama Islam. Ia merupakan sebahagian daripada sifat ihsan.Perkara ini disebutkan oleh Syaikh M.S. Al-Munajjid ketika beliau menjawab soal jawab kemusykilan agama berkaitan isu ini.

Walau bagaimanapun, makruh memberikan seseorang wanita bukan Islam menyusukan bayi beragama Islam. Ini kerana susu itu tidak selamat daripada makanan atau minuman haram yang sebati dalam makanan dan minuman wanita tersebut. Justeru, ditakuti bayi akan mewarisi sifat buruk kesan daripada pemakanan tersebut. Perkara ini dikiaskan kepada hukum makruh mengupah wanita yang tamak untuk menyusukan seseorang bayi yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab sunannya.

12. Memandangkan tiada larangan untuk ibu bukan Muslim untuk menyusukan anak Muslim, apakah agama anak atau ibu itu kekal selepas penyusuan?
Agama seseorang anak yang disusukan oleh ibu yang berlainan agama dengannya tidak akan berubah hanya disebabkan faktor susuan. Dia kekal dalam agama asalnya.

13. Apakah rukun Hukum Penyusuan atau Al-Radha'ah?
Al-Radha'ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu.

Definasi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu

i. Bayi
Seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT :
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” (Surah al-Baqarah 2: 233)

ii. Ibu yang menyusu :
Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.

iii. Kaedah penyusuan
Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha. ”

a. “Al-Murdhi‘ = iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.
b. Ar-Radhi‘ = iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.
c. Al-Laban =  iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
"Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."(Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. 
(Nota : Walaubagaimanapun, Yusuf Qardhawi berpendapat memberi EBM kepada bayi/anak orang lain TIDAK mewujudkan pertalian saudara susuan. Sila klik di sini untuk membaca pendapat beliau

14. Bolehkah saya memberikan susu saya yang telah diperah (EBM) kepada bayi yang bukan bayi/anak kandung saya?
Boleh. Kebanyakkan ilmuan Islam termasuk JAKIM berpendapat bahawa dengan memberi EBM anda kepada bayi/anak orang lain, jatuh hukum penyusuan sama seperti anda menyusu terus bayi/anak orang berkenaan, dan ia mewujudkan pertalian saudara susuan antara keluarga anda dan bayi/anak berkenaan.
(Nota : Walaubagaimanapun, Yusuf Qardhawi berpendapat memberi EBM kepada bayi/anak orang lain TIDAK mewujudkan pertalian saudara susuan. Sila klik di sini untuk membaca pendapat beliau

15. Berapa kali penyusuan sehingga bayi/anak berkenaan disabit sebagai anak susuan saya?
Menurut JAKIM dan Ustaz Naim, anak berkenaan perlu hanya minum susu sebanyak lima kali TANPA perlu kenyang sebelum dia dianggap anak susuan anda.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan 'kenyang' apabila menyusu?
Menurut JAKIM, anak itu hanya perlu disusukan sebanyak lima kali TANPA perlu kenyang.

17. Apakah syarat komposisi susu ibu supaya tersabitnya Hukum Penyusuan?

" Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:
Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang. "

"Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak damit itu.
Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak damit itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut.

Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak damit tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5) "

18. Memandangkan hukum penyusuan hanya tersabit apabila seorang bayi berumur bawah 2 tahun qamariah minum sehingga kenyang sebanyak lima kali, bolehkah seorang bayi minum daripada ramai ibu tidak sampai 5 kali? Contohnya saya mahu mencari susu ibu untuk anak saya tapi tidak mahu pening memikirkan implikasi saudara susuan jadi saya berikan anak saya susu 10 orang wanita lain tetapi setiap orang dia minum hingga kenyang sebanyak empat kali sahaja. Adakah ini dibenarkan?
Tiada halangan untuk menyusukan bayi kurang daripada lima kali susuan. Namun begitu, hubungan saudara susuan bukanlah sesuatu yang membebankan berbanding usaha mencari ibu yang boleh menyusukan bayi tersebut yang mungkin memerlukan dua atau tiga orang ibu setiap hari. 
Hubungan saudara susuan tidak meninggalkan sebarang implikasi negatif. Malah, bayi tersebut akan mempunyai ahli keluarga yang lebih ramai. Jika keadaan ini berterusan, dikhuatiri kesihatan bayi akan terencat kerana kesukaran mendapatkan bilangan wanita yang ramai dan jumlah susu yang mencukupi.

19. Berapa orang ibu susuan yang dibenarkan untuk seorang bayi/anak?
  Tiada had bilangan ibu susuan bagi seorang bayi. Ini bermakna, anak susuan tersebut berpotensi mempunyai lebih ramai adik-beradik susuan. Jika seorang bayi menyusu dengan dengan dua orang ibu susuan atau lebih, hubungan anak susuan dengan semua anak-anak kandung ibu-ibu susuan adalah mahram iaitu tidak boleh berkahwin. Ia berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW

Maksudnya : 
Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda mengenai anak perempuan Hamzah, “Dia tidak halal bagiku untuk berkahwin. Haram oleh sebab susuan sepertimana haram oleh sebab keturunan. Dia merupakan anak perempuan kepada saudara lelaki susuanku”.
Selain itu, hukum ke atas anak susuan sama seperti sebahagian hukum ke atas anak kandung seperti aurat, khalwat dan tidak membatalkan wuduk apabila bersentuhan. Namun begitu, hukum-hukum lain seperti perwarisan harta, nafkah, pengguguran hukum qisas, tertolak kesaksian dan hukum-hukum lain yang khusus bagi anak kandung.

20. Siapakah yang menjadi mahram kepada anak susuan?
JAKIM : 
“ Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh
penyusuan:
  • Wanita yang menyusukannya;
  • Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  • Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  • Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  • Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  • Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  • Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  • Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah. 
  • Perempuan yang menyusukan
  • Suami ibu susuan
  • Ibu bapa kepada ibu susuan
  • Ibu bapa kepada suami ibu susuan
  • Adik beradik kepada ibu susuan
  • Adik beradik kepada bapa susuan
  • Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
  • Anak-anak kepada ibu susuan
  • Anak-anak kepada bapa susuan 
…manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah."

21. Siapakah yang menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan?
"... ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah."

22. Adakah adik-beradik anak susuan itu juga dianggap sebagai mahram kepada ibu susuan?
Tidak. Hanya anak susuan dan ke bawah, iaitu anak dan cucunya sahaja yang dianggap sebagai mahram kepada wanita yang menyusukannya serta ahli keluarganya.Ini kerana adik-beradik anak susuan tidak berkaitan dengan wanita tersebut sama ada nasab atau susuan

"... ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah."

23. Apakah suami dari ibu susuan termasuk mahram bagi bayi yang disusui?
"...perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak damit itu. Adapun dalil dalam perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata:
"Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu‘aisy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu‘aisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu‘aisy."

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu‘aisy)."

Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu."

‘Urwah berkata: "Oleh kerana itu ‘Aisyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari)" 
Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut.

24. Jika lebih dari seorang bayi yang bukan bersaudara disusukan oleh seorang ibu, adakah mereka dianggap sebagai saudara susuan?
Ya.

25. Bolehkah anak susuan berkahwin dengan anak-anak bapa susuannya yang terhasil daripada perkahwinan bapa susuan dengan wanita lain?
Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan anak bapa susuan kerana mereka telah dianggap seperti adik beradik melalui susuan sama seperti haram berkahwin kerana nasab keturunan.

26. Jika saya menyusukan seorang anak yang lebih daripada dua tahun qamariah, adakah Hukum Penyusuan tersabit dalam hal ini?
Tidak.

“ Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
 "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Tidak mengharamkan daripada penyusuan itu kecuali apa yang menyerap di dalam tali perut pada ketika menyusu dan penyusuan itu sebelum bercerai daripada menyusu."(Hadis riwayat Tirmidzi

27. Bolehkah nenek menyusukan cucu dan kakak menyusukan adik? 
Boleh seorang nenek menyusukan seorang cucu atau seorang kakak menyusukan seorang adik. Bayi yang disusukan tetap kekal mahram sepertimana ia menjadi mahram kerana nasab.

28. Saya risau terjadinya perkahwinan antara mahram susuan. Apakah yang harus saya lakukan?
Untuk mengelakkan berlakunya perkahwinan antara adik-beradik susuan, digalakkan supaya kedua-dua buah keluarga, iaitu keluarga ibu susuan dan keluarga anak susuan sentiasa menjalin hubungan yang rapat agar masing-masing dapat mengenali antara satu sama lain. Hubungan adik-beradik susuan juga perlu dijaga sepertimana hubungan dengan adik-beradik kandung.

( HM4HB Malaysia :
Sila rujuk link ini untuk membaca cadangan-cadangan untuk memelihara silaturrahim penyusuan )

29. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan seseorang bayi itu dapat disusukan sepenuhnya sehingga 2 tahun?
1. Bapa
2. kemudian, Ibu.

Uztaz Naim :
" 1.  Bapa
Apabila lahir seorang anak damit, maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa anak damit itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut. Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran (al-liba’)

Sekalipun pada lazimnya seorang ibu akan menyusukan anaknya, namun perkara tersebut bukanlah wajib ke atasnya untuk berbuat sedemikian jika ada perempuan lain yang boleh menyusukan anak damit itu. Tetapi jika ibu tersebut menyusukannya pembiayaan penyusuan itu adalah wajib ke atas bapa anak damit itu sekiranya anak tersebut tidak memiliki harta. Oleh yang demikian si suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya bagi menyusukan anaknya. Jika terjadi pertelingkahan antara suami dan isteri sama ada pada menyusukan atau[y] pembiayaannya, maka bolehlah suami meminta perempuan lain untuk menyusukannya. Dalam hal ini suami juga berkewajipan membiayai penyusuan tersebut. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
"Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."(Surah At-Thalaq: 6)
Jika si ibu itu berkehendak untuk menyusukan anaknya, maka dia berhaklah menyusukannya. Menurut pengarang Al-Minhaj, berdasarkan pendapat yang ashah suami tersebut tidak berhak melarang isterinya menyusukan anaknya sendiri sebagaimana yang telah dishahihkan oleh kebanyakan ulama’. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
"Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya."(Surah Al-Baqarah: 233)
Ini kerana larangan suami terhadap isterinya bagi penyusuan anak damit itu, boleh mendatangkan kesengsaraan kepada si ibu itu sendiri, kerana si ibu lebih rapat dan condong hatinya kepada si anak. Begitulah juga dengan susu ibu, ianya lebih serasi dan sesuai jika diberikan kepada anaknya sendiri. (Nihayah Al-Muhtaj: 7/222, Mughni Al-Muhtaj: 3/573)

Kewajipan suami membiayai penyusuan anaknya - sekalipun anak damit itu adalah anak isterinya sendiri - adalah berasaskan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala
"Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu maka berikanlah kepada mereka upahnya."(Surah At-Thalaq: 6)
Jika si isteri itu meminta upah yang tinggi daripada suaminya sehingga melebihi upah yang sebanding atau ada perempuan lain yang mendermakan susunya atau perempuan lain itu meminta upah yang lebih rendah daripada upah yang sebanding, maka harus bagi suami untuk tidak memenuhi kehendak isterinya itu sebaliknya mengupah perempuan lain itu untuk menyusukan anaknya. (Mughni Al-Muhtaj: 3/573)

2. Ibu
Berlainan halnya, jika anak itu tidak berbapa atau bapa dan anak damit itu tidak memiliki harta atau pun anak itu tidak menerima susu perempuan yang lain atau anak damit itu anak zina atau tiada diperolehi perempuan lain yang boleh menyusukan, maka dalam hal ini penyusuan itu wajib ke atas ibunya. “

30. Adakah ibu susuan perlu dibayar upah untuk susunya?
Ibu susuan perlu dibayar upah sepertimana firman Allah SWT:
...Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu secara yang patut...”.



Renung-renungkan :)

Qaseh...
alynn fazz