Friday, April 19, 2013

VCO


Aku rasa ramai yang dah tau pasal VCO kan atau lebih dikenali dengan Minyak Kelapa Dara.
Dan ramai juga yang dah tau khasiat dan kelebihannya. Tapi aku nak cerita jugak la kat sini,
Asyraf dari kecil memang ada eczema. Kulit dia sensitif, especially kalau berpeluh mesti gatal-gatal punya la..
ni kira masalah la juga kat aku. Time malam mesti 2-3 kali jaga merengek-rengek sebab gatal. Aku hari-hari dah macam zombie sebab tak cukup tidur.

Dulu aku bergantung dengan cream yang doktor bagi la.. termasuk yang ada steriod tu.. tapi lepas aku dengar penerangan/ ceramah oleh pegawai MARDI, Dr. Kamariah Long, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARID, khasiat dan keberkesanan minyak kelapa dara/ virgin coconut oil, aku try la bagi kat asyraf dan sapu.. alhamudulillah, dengan izin Allah beRkesan.. ruam-ruam semua hilang dan masalah eczema pun tak berkurangan. syukur serasi.

Dr. kamariah Long dengan produk VCO dah ada dipasaran dengan brand itsworks! gambar dari hmetro

Aku pun uar-uarkan la pasal VCO ni, dan syukur ada member yang anak dia eczema, berkerak kepala anak dia macam ada kelemumur sebelum ni semua dah hilang pakai VCO. Tapi ada juga la jenis eczema yang serius tu tak bekesan jugak.. tapi taksalah if kita cuba kan manatau serasi.

Ni En. Arman tengah sapu VCO kt belakang Asyraf (tak pakai baju tu), tengah gatal-gatal la tu.. so sapu VCO.. yang si kecil tu menyibuk nak jugak pegang botol tu. eh! ya.. i know u love my darling.. i lap u too ;)

Kajian Dr. Kamariah Long mengenai minyak kelapa dara ni lama dah.. since 2004.. dan dah dikomersialkan dengan jenama It's Work.. kalau nak beli bleh layari web ni http://www.itworks.com.my/catalog/product_info.php?products_id=27.. RM40 je sebotol untuk 40ml VCO. Tapi if korang nak beli brand lain pun tak kisah.. Aku cuma nak sampaikan khasiat VCO ni je.
Sebenarnya nenek moyang kita dah lama amalkan minyak kelapa.. tapi sebab nenek kita buat minyak tu cara goreng santan, so minyak tu bau nya adalah sangat tengik.. kita pun tak mau la pakai or minumkan.. tapi dengan Biotek, minyak kelapa kita dapati dengan cara cold press di makmal/kilang, tanpa guna pemanasan, so minyak tu tak berbau dan kita dapat khasiat 100%.


Aku boleh cakap la VCO ni lebih kurang la khasiatnya dengan olive oil. Perancangan Allah tu hebatkan.. kat asia tenggara dan negara tropika kita dikurniakan juga pokok yang kaya dengan khasiat macam pokok Kelapa ni, di negara Arab dengan pokok Zaitun. Tapi khasiatnya sama hebat. VCO ni khasiat yang paling best ialah dia berfungsi sebagai antimicrob.. termasuk bakteria/kulat. Sebab tu VCO sangat sesuai untuk mereka yang ada sakit kulit. Panau ka, kurap ka.. try buh VCO tengok insya Allah mesti baik cepat. Aku pun sejak ada VCO ni dah tak pakai dah nappy cream yang ada kat pasaran.. pakai VCO je.. ruam cepat ilang.

Lagi satu yang best dengan VCO ni, kalau amalkan makan, bleh la menyumbang pada penurunan berat badan. Tak percaya? cuba tengok.. tapi kena istiqamah la amalkan.. n korang pun kena la kurangkan makan dan exercize.. barula boleh turun berat tu. Minyak kelapa ni ada lemak yang menyerupai karbohidrat dan apabila diminum akan terus ke hati dan bertukar menjadi tenaga. Dengan bahasa yang mudah minyak kelapa ni akan buat kita kenyang dan bagi tenaga segera untuk kita.So  kita tak mudah rasa lapar. So bleh la amalkan. Dan khasiat yang lain.. bagi senang ko nak membuang.. smooth je nak kuar.. hahahha..

dan yang ni yang terbaik la.. minyak ni boleh jugak buat as pelincir.. apa tu? ala paham-paham sendiri la.. korang try tgk.. aku malas nak tulis betul-betul kat sini kang aku dah jadi penulis porno plak.. ngee.. takyah pakai pelincir chemical yang berada di pasaran tu. Pakai VCO je.. bagus luaran dan dalaman.. ahaks ;)


Dr. Kamariah kata, minyak kelapa merupakan antara minyak yang berkhasiat tinggi dari segi kandungan nutriennya. Minyak kelapa didapati rendah kandungan kolesterol berbanding dengan minyak sawit, minyak soya dan minyak jagung.Minyak kelapa tergolong dalam asid lemak tepu berantai sederhana. Asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan oleh badan dalam kadar yang cepat untuk membekalkan tenaga yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.0 kcal/ gram berbanding dengan tenaga daripada glukosa hanya sejumlah 4.0 kcal/gram.

Dan taklama lagi akar keluar Extra Virgin Coconut Oil

And aku petik kata-kata Dr. Hamit Arshat, Pakar perbinanan tu dlm FB dia..
"

Minyak kelapa dara ( virgin coconu oil) memang banyak khasiat kesihatan sebab kandungan lauric, capric dan caprylic acids. Ia juga kaya dengan linoleic acid, oleic acid, polyphenols, vit E, vitK, logam iron dan sulfur.
Khasiat kesihatan bahan2 tersebut untuk tubuh dan organ2 adalah sangat banyak. Jadi pelindung dari serangan kuman2 dengan meningkatkan immunity, meningkatkan kesihatan rambut dan kulit. Membaikki fungsi organ2 penting liver, kidney, thyroid. pancreas. Juga penting untuk fungsi otak.
Allah kurniakan sesuatu kawasan dengan jenis makanan yang baik , diTimor tengah - minyak zaiton, kurma, anggor dan buah teen(fig) , dikawasan kita buah kelapa dan lain buah tempatan. Mari kita menfaatkan."


Teringat kata seorang pegawai Herba.. dia kata kat aku.. kadang-kadang rumput atau tanaman liar yang tumbuh di halaman rumah kita tu sebenarnya bermanfaat untuk kita / kesihatan kita. Tapi kita yang tatau. Aku rasa betul jugak.. dulu aku tatau pun tanaman renek "dukong anak" tu pun sejenis herba baik utk kesihatan. Banyak tumbuh kat laman umah aku. tapi sebab tatau pokok bleh buat ubat.. buang je la.

Sebenarnya santan kelapa pun berkhasiat sama macam minyak kelapa. Tapi kita dimomokkan dengan pendapat yang santan ini ada kandungan kolestrol yang tingggi. Mengarut semua tu. Dah ada kajian yang membuktikan minyak daripada santan kelapa ni merupakan minyak yang paling rendah kandungan kolestrolnya berbanding sumber minyak lain.. nanti la aku cerita pasal santan kelapa pulak dalam entry yang lain. Cuma aku boleh cakap korang tak yah la takut-takut nak makan nasi lemak tu.. santan tak bersalah.. kot yang bersalah tu maybe nasi lemak yang korang hadap tu sepinggan penuh so kenyang sangat sampai mengantuk la jadinya dan menyebabkan berat badan korang pun bertambah.. salahkan nasi dan kuantiti yang korang makan tu.. tolong jangan salahkan santan ;)


Qaseh...
alynn fazz

No comments: