Tuesday, April 28, 2015

Rawat Sakit Batu Karang dengan Ruqyah

Sakit Batu karang

Aku terpanggil untuk ceritakan pasal sakit batu karang dan ruqyah rawatan secara Islam. Kat ofis aku dah beberapa orang ngidap sakit batu karang ni. Tapi apa yang aku nak share kat sini ialah kaedah salah seorang pegawai kat ofis aku la.. dia tak buat operation lagi. Tapi dia dapat petua kaedah rawatan Islam atau ruqyah menggunakan ayat al-Quran. Alhamdulillah dah sembuh dan berjaya keluar batu karangnya tanpa pembedahan dengan izin Allah.

pic from google


Kebanyakkan kita taukan pasal sakit batu karang ni atau "kidneystone". Sape yang tatau korang boleh google sendiri la. kang aku cerita kat sini panjang berjela plak entry aku. Jenuh korang nak membaca. Aku cerita sikit la..

A kidney stone is a hard, crystalline mineral material formed within the kidney or urinary tract.
dalam website http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/penyakit/urologi-saluran-kencing

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.
pic courtesy from http://drzubaidi.com/blog/batu-karang-dan-darah-dalam-air-kencing/



Penyakit batu karang ni selalunya jadi kat lelaki la. Tapi ada je jadi kt perempuan. Selalu kat pundi kencing atau pundi hempedu. Kat ofis aku pun bos dan beberapa orang pegawai lelaki  dah ada penyakit batu karang ni. Dari cerita depa la.. memang sakit.. nyeri plak aku dengar. Dalam perawatan Islam ada juga ruqyah menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk merawat penyakit batu karang ni. Macam ruqyah demam panas yang aku penah share dulu.. aku yakin sebab yang bagikan penyakit Allah dah Dia lah yang Maha Menyembuhkan.  Tapi aku nak ingatkan la apa pun pesakit kena ikut nasihat doktor pakar la ye. Kita iktihar la mana yang boleh. Semua atas izinNya

So ni aku kongsikan kedah ruqyah Sakit batu karang.

1) Surah Al Baqarah ayat 74 dan Tembikai

Amalkan Surah al Baqarah ayat 74

A074
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74) |

Amalkan baca ayat ini 1X atau 3X pada air suam sebelum minum pagi. 

Ruqyah dan petua ni pun pegawai aku cakap ada ustaz bagi tau gak. Pegawai aku cakap, kena makan buah tembikai. Cari yang paling besar sekali. lepas tu kau kena habiskan sebiji tembikai tu sorang. Selagi tak habis, jangan berhenti. Sambil makan sambil baca ayat 74 surah Al-Baqarah ni. Pegawai aku cerita dia abiskan dalam masa 2 jam kot. Yelah giler kau sebiji besar buah tembikai tu kau kena makan sorang mau tak berjam nak abiskan.


Then lepas abis tu memang confirm kembung dan kenyang giler kot. kenyang air la. Lepas abis makan tembikai confirm kau rasa nak kencing sangat. Then masa ni kau akan asik nak kencing. Kencing kau dari pada keruh sampai jernih dan sampaila keruh semula bercampur darah dan jika diizinNya akan keluar sekali batu karang yang ada tu. Kau kena tahan la. pegawai aku tu cerita mmg sakit sampai nangis la. Tapi alhamdulillah bagi dia rawatan ruqyah dan tembikai ni berkesan. Sebab memang keluar 4 betul batu besar beras yang memang doktor scan nampak dalam pundi kencing dia.
Aku cuma nak tambah la, time sakit tu maybe korang atau pesakit boleh baca doa nabi yunus dalam perut ikan yu tu.. (yelah macam perempuan sakit time bersalin lakan.. banyakkan zikir doa tu. untuk ringankan rasa sakit tu).

Ayat ni memang macam kena sangat dengan batu karangkan. Sebab Allah ayat ni sebut pasal batu, ada yang pecah lalu kat sungai sebab takutkan Allah. So yakinla dalam hati masa duk baca tu niatkan agar batu karang tu pun pecah dan jatuh mengalir dalam air kencing.


Ada juga just bagi beberapa surah untuk diamalkan, aku dapat dari satu blog yangg aku dah lupa nama dia.. dia just letak surah yang patut diamalkan oleh pesakit

Batu Karang
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
3. Selawat Syifa

Dalam surah al -hayrs ayat 21 tu pun ada sebut pasal gunugn yang pecah kerana takutkan Allah, sangat kena juga dengan batu karang.

dan aku sertakan kaedah ruqyah lain bersama amalan surah dan makanan lain yang patut diamalkan. ada banyak kaedah. boleh cuba.


******************************************************************************

2) Delima dan beberapa surah

ustaz Sharhan Shafie ada juga kongsikan kaedah perawatn Islan untuk rawat sakit batu karang ni dengan menggunakan delima dan beberapa surah. Ustaz bagi tips, nak ambil buah delima ni kalau kat pokok bagi salam dulu.. bukan salam biasa, salam nabi Illyas, sebelum itu bagi salam kepada pemilik pokok, kalau pokok tu bukan pokok kita, dan masa ambil tuniat la ambil untuk merawat penyakit. Delima ni bukan diambil isi, tapi kulit dan sarang biji delima tu direbus, baru la diminum. Ada ustaz bagitau detail dalam video ni.

https://www.youtube.com/watch?v=2ITj95t-jk8



Then bila aku google memang ada rawatan Islam yang jugakkaedah lain aku dapat.


*******************************************************************************

3) Beberapa Surah, Madu dan Teknik Tepukan dan Hembusan

http://www.quranic-healing.com/2012/10/teknik-ruqyah-untuk-penyakit-batu-karang.html

sediakan air minum dan satu botol madu, kemudian lakukan ruqyah standart bersamaan dengan si sakit dengan posisi peruqyah berada di belakang si sakit, setiap selesai satu atau beberapa ayat tiupkan ke air dan madu dan juga ke arah pinggang si sakit dengan niat menghancurkan batu karangnya. 

Baca  surah Al-Ahqaf ayat 25, 


A025
"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.
(Al-Ahqaaf 46:25) |


surah Al-waqiah ayat 65, 


A065
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
(Al-Waaqi'ah 56:65)

dan surah Al-hasyr ayat 21, 

A021
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(Al-Hasy-r 59:21

setelah itu si sakit disuruh berdiri dan bacakan al-anfal ayat 17 beberapa kali di telapak tangan,


A017


Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal 8:17) 

kemudian sambil membaca suroh Al-Ahqaf ayat 25, Al-Waqiah ayat 65 dan Al-hasyr ayat 21 seperti diatas  tepuk tepukkan telapak tangan yang diruqyah tadi ke arah perut bagian bawah pada bahagian yang  sakit  dengan niat untuk menghancurkan batu karangnya. 

Setelah selesai minum air ruqyah itu 3 atau 4 x sehari, untuk satu gelas/setengah gelas air bersama satu sudu makan madu. Wallohu a’lam, Demikian semoga ada manfaatnya.


*******************************************************************************


4) Surah Al- Mukminum ayat 115-118 dan Nanas

cara ni dari blog http://www.rawatanislam.org/2010/03/nanas-sembuhkan-penyakit-batu-karang.html

Kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari.Sebaiknya sebelum minum,air nanas itu dibacakan fatehah 3x dan al mukminun ayat 115-118 3x dan tiup 10 saat pada air tu.




2 )Bacakan ruqyah pada air mineral dan ulang pada ayat 22-24 surah Al HASYR beberapa kali sambil niat memecahkan batu karang dan gunakan untuk mandi dan minum








*****************************************************************************

5) Beberapa Surah Al-Quran bersama Minyak Zaitun, Lemon, Epal dan Garam

dan kaedah ni pula di blog http://oliveasli.blogspot.com/2014/04/cara-membuang-batu-karang-atau-batu.html

Surah al-Anbiyaa’ ayat 74 hingga 81
Surah al-Qasas ayat 61 hingga 75
Surah al-Mukminun ayat 75 hingga 100
Surah al-Maidah ayat 48 hingga 55


(Korang cari sendirila ye.. letih aku nak masukkan satu-satu ayat-ayat ni..)

Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah al-Anbiyaa’ sebanyak tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah al-Qasas tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan.  

Ayat-ayat dari surah al-Anbiyaa’ dan ayat-ayat di atas berfungsi untuk memecahkan atau menghancurkan batu-batu karang di dalam buah pinggang atau di dalam pundi kencing.  Bila batu-batu ini hancur dan jadi halus seperti pasir, maka senang ia dapat dikeluarkan daripada tubuh pesakit melalui proses buang air kecil.  

Manakala secara praktik pula anda boleh mengikuti langkah yg dicadangkan oleh pakar pemakanan ini Lai Chiu-Nan, Ph.D. 

Cara-caranya:
Untuk 5 hari pertama, minum 4 gelas jus epal setiap hari atau makan 4-5 biji epal setiap hari (pilih mana-mana yang anda suka). Jus epal berfungsi untuk melembutkan batu karang.
Pada hari ke-5 makan seperti biasa tetapi pada hari ke-6 elakkan pengambilan makan malam.
Pada pukul 6 petang, makan 1 sudu teh garam Epsom (magnesium sulphate) bersama-sama segelas air suam.
Pada pukul 8 malam, ulangi perkara yang sama dilakukan pada jam 6 petang.  Magnesium sulphate berfungsi untuk membuka saluran pundi hempedu.

Pada pukul 10 malam, ambil separuh cawan minyak zaitun bersama separuh cawan jus lemon yang segar. Campurkan hingga sebati dan minum. Minyak berfungsi sebagai pelincir untuk memudahkan batu karang keluar melalui laluannya.
Pada keesokkan paginya anda akan menjumpai batu berwarna hijau di dalam najis anda.
“Pada kebiasaannya, batu-batu tersebut akan timbul,” kata Chiu Nan. “Anda mungkin mahu mengiranya. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang telah berjaya mengeluarkan 40, 50 atau 100 biji batu. Ianya sangat banyak!.

***************************************************************************************
ha itula berjela kaedah alternatif. Tapi lagi sekali aku ingatkan, dapatkan rawatan dan nasihat doktor juga.
Sekurang-kurangnya pengesahan doktor. Kalau tak kritikal dan masih boleh dirawat, boleh la cuba kaedah perawatan ni. Disertai dengan yakin pada Yang Maha Kuasa. 

Firman Allah SWT : Yang bermaksud: "Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)


Tapi if dah teruk sangat dan doktor kata takde cara lain melainkan operate, ikutla nasihat doktor.. selagi tak melarat. Apapun pun jangan berhenti berdoa. Dia yang Maha Menyembuhkan.. Insha Allah.. 
Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkan atau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai ’Bala’ balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakan ubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. Maha Penyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenis penyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelian makhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yang jelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah dan menjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.


Semoga bermanafaat dan selamat beramal :)



Qaseh...
alynn fazz

Tuesday, April 21, 2015

Cabaran Supermak 40 hari katanya

Salam Rejab

Hari ni dah 2 Rejab 1436H

Aku berazam untuk melakukan sesuatu secara konsiten selama 40 hari berturut-turut.
Orang kata.. (tatau dan aku tak pasti orang mana yang kata :p) if kita nak buat sesuatu tu secara istiqamah dan menjadi amalan secara berterusan dan menjadi benda wajib yang kita mesti buat.. so kita kena mulakan dan buat benda tu selama 40 hari.

Oleh yang demikian.. aku telah mulakan  2 hari lepas. Ingat nk mulakan semalam sempena satu Rejab 1436H tapi tak zabar nak start.. so aku mulakan sehari awal. Aku tatau aku mampu ke tak.. tapi takat ni aku masih bernafas la.. huhuhu.. tapi penatnye lahai jangan cakap. Tapi aku kena kuat, kena kental..

Apa benda yang aku buat tu? adalah beberapa perkara.. tapi setakat semalam masih ada dua perkara besar yang aku tak mampu nk buat lagi. Takpe slowly.. inshaAllah.. kita cuba tengok hari ni macam mana. Janji dah ada beberapa perubahan dah.

Just believe in youself and you can do it! gituh..


gambar sekadar hiasan yang takde kene mengena dengan entry.. ahak..
picture courtesy from http://www.playdoughtoplato.com/egg-head-planters/
boleh ajar anak-anak main tanam-tanam pokok dalam kulit telur macam ni ;)



Salam Qaseh...
alynn fazz

Friday, April 17, 2015

Berlian

Aku kena rajin tulis blog sekarang ni.

Lama dah aku tinggal blog ni.. tahun lepas satu apa pun aku tak tulis.
Tahun ni baru ada satu post.
ok azam tahun ni nak corat coret dalam blog ni..
ok korang bersedia..

aku dah tutup facebook aku atas sebab-sebab tertentu.
tapi aku tak leh nak tahan diri daripada nak coret sesuatu.

Di saat aku rasa pelbagai rasa..tetiba Allah ilhamkan sesuatu..dan Allah datangkan sesuatu..
Ya Tuhan.. Maha Pengasihnyamu ya Allah
wahai hamba
nikmat apakah yang masih engkau nafikan ..

Kadang Allah duga kita untuk kita kembali bangkit menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Mengambil kata-kata seorang sahabat.. katanya Alin yang aku kenal dulu penuh ambisi.. penuh semangat.. apa yang aku nak buat aku buat.. dulu berani sekarang banyak ragu-ragu.

Aku akui situasi sekarang tak macam dulu. Tapi now.. aku slowly kena ubah.


Berlian terhasil daripada tekanan yang kuat

pic courtesy form google
Shine bright like a diamond
Shine bright like a diamond


Find light in the beautiful sea
I choose to be happy
You and I, you and I
We’re like diamonds in the sky 


Im backkk!!!

Qaseh...
alynn fazz

Monday, February 9, 2015

2015

Assalamualaikum para pembaca yang dihormati..

Cewah... hahhaaha ayat permulaan  biasa aku menulis dalam majalah kompeni ku..

dah 2015 uols..

lama giler tak tak menulis di blog lebih dari setahun... last post aku is april 2013.. hahahah

bukan apa.. kerja aku kat ofis pun menulis.. sampai satu ketika aku dah tak boleh nak fikir dah nak baba ayat nak ngarang dan nak tulis apa..

ikutkan macam-macam aku nak tulis kat blog ni. Tapi tulah.. tiada kesempatan.. tapi main candy crush sempat.. hahahha..


permulaan tahun 2015 ni.. (dah masuk bulan dua dah ni oii)
ingat nak menulis sesuatu..
curahkan isi hati.
malas nk nulis kat fb atau twitter.. ramai yang kenal..
aku rasa blog aku ni takde sapa baca pun kann..


aku cuma nak luah..

kadang penah tak kau rasa macam nak lari jauhhhhh...
tinggalkan semua..
sebab kau dah rasa sangat penat..

then tetiba rasa insaf.. eh macam tak boleh tahan kesusahan..
fikir ramai lagi orang yang lebih susah

then tetiga otak kau fikir..
eh lebih baik aku gi palestin ke syria ke
atau mana-mana negara susah..  jadi sukarelawan.. tolong orang..
at the same time kau boleh lupakan semua kesusahan diri kau sendiri..
dan nikmati kesusahan yang sebenar..


aku nak sangat macam tu..
lari jauhhh
pergi jauuhh...

Namun..
tetiba.. terbayang 3 pasang mata anak-anak..
terus langkah kaku..

im stucked.. -.-

then..

aku baca kt IG adik arlinabanana.. she quotes

"Semua orang tahu hidup ni ibarat roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah.
Tapi tak semua orang tahu macam mana nak bersabar bila kita berada di bawah.
Lagi-lagi bila kau rasa yang kau tak akan pernah ke atas balik. Ada masa, kau rasa nak keluar dari roda kehidupan dan terus rebah ke bumi. Aku faham. Aku pernah rasa macam tu.
Betapa kau rindukan langit biru, betapa kau rindukan bangunan tinggi, aku nak kau tahu yang rumput hijau pun cantik juga.
Supaya nanti, bila roda kau ke atas, hati kau masih lagi berada di bawah. Supaya nanti, bila roda kau ke bawah, harapan kau masih lagi tinggi mencecah langit.
Its not about where you are in life, but rather, who you are inside."



im crying :'(

... tq dik...  for the beautiful words..




Tuhan.. hanya Kau yang mengerti...



Qaseh...
alynn fazz

Friday, April 19, 2013

VCO


Aku rasa ramai yang dah tau pasal VCO kan atau lebih dikenali dengan Minyak Kelapa Dara.
Dan ramai juga yang dah tau khasiat dan kelebihannya. Tapi aku nak cerita jugak la kat sini,
Asyraf dari kecil memang ada eczema. Kulit dia sensitif, especially kalau berpeluh mesti gatal-gatal punya la..
ni kira masalah la juga kat aku. Time malam mesti 2-3 kali jaga merengek-rengek sebab gatal. Aku hari-hari dah macam zombie sebab tak cukup tidur.

Dulu aku bergantung dengan cream yang doktor bagi la.. termasuk yang ada steriod tu.. tapi lepas aku dengar penerangan/ ceramah oleh pegawai MARDI, Dr. Kamariah Long, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARID, khasiat dan keberkesanan minyak kelapa dara/ virgin coconut oil, aku try la bagi kat asyraf dan sapu.. alhamudulillah, dengan izin Allah beRkesan.. ruam-ruam semua hilang dan masalah eczema pun tak berkurangan. syukur serasi.

Dr. kamariah Long dengan produk VCO dah ada dipasaran dengan brand itsworks! gambar dari hmetro

Aku pun uar-uarkan la pasal VCO ni, dan syukur ada member yang anak dia eczema, berkerak kepala anak dia macam ada kelemumur sebelum ni semua dah hilang pakai VCO. Tapi ada juga la jenis eczema yang serius tu tak bekesan jugak.. tapi taksalah if kita cuba kan manatau serasi.

Ni En. Arman tengah sapu VCO kt belakang Asyraf (tak pakai baju tu), tengah gatal-gatal la tu.. so sapu VCO.. yang si kecil tu menyibuk nak jugak pegang botol tu. eh! ya.. i know u love my darling.. i lap u too ;)

Kajian Dr. Kamariah Long mengenai minyak kelapa dara ni lama dah.. since 2004.. dan dah dikomersialkan dengan jenama It's Work.. kalau nak beli bleh layari web ni http://www.itworks.com.my/catalog/product_info.php?products_id=27.. RM40 je sebotol untuk 40ml VCO. Tapi if korang nak beli brand lain pun tak kisah.. Aku cuma nak sampaikan khasiat VCO ni je.
Sebenarnya nenek moyang kita dah lama amalkan minyak kelapa.. tapi sebab nenek kita buat minyak tu cara goreng santan, so minyak tu bau nya adalah sangat tengik.. kita pun tak mau la pakai or minumkan.. tapi dengan Biotek, minyak kelapa kita dapati dengan cara cold press di makmal/kilang, tanpa guna pemanasan, so minyak tu tak berbau dan kita dapat khasiat 100%.


Aku boleh cakap la VCO ni lebih kurang la khasiatnya dengan olive oil. Perancangan Allah tu hebatkan.. kat asia tenggara dan negara tropika kita dikurniakan juga pokok yang kaya dengan khasiat macam pokok Kelapa ni, di negara Arab dengan pokok Zaitun. Tapi khasiatnya sama hebat. VCO ni khasiat yang paling best ialah dia berfungsi sebagai antimicrob.. termasuk bakteria/kulat. Sebab tu VCO sangat sesuai untuk mereka yang ada sakit kulit. Panau ka, kurap ka.. try buh VCO tengok insya Allah mesti baik cepat. Aku pun sejak ada VCO ni dah tak pakai dah nappy cream yang ada kat pasaran.. pakai VCO je.. ruam cepat ilang.

Lagi satu yang best dengan VCO ni, kalau amalkan makan, bleh la menyumbang pada penurunan berat badan. Tak percaya? cuba tengok.. tapi kena istiqamah la amalkan.. n korang pun kena la kurangkan makan dan exercize.. barula boleh turun berat tu. Minyak kelapa ni ada lemak yang menyerupai karbohidrat dan apabila diminum akan terus ke hati dan bertukar menjadi tenaga. Dengan bahasa yang mudah minyak kelapa ni akan buat kita kenyang dan bagi tenaga segera untuk kita.So  kita tak mudah rasa lapar. So bleh la amalkan. Dan khasiat yang lain.. bagi senang ko nak membuang.. smooth je nak kuar.. hahahha..

dan yang ni yang terbaik la.. minyak ni boleh jugak buat as pelincir.. apa tu? ala paham-paham sendiri la.. korang try tgk.. aku malas nak tulis betul-betul kat sini kang aku dah jadi penulis porno plak.. ngee.. takyah pakai pelincir chemical yang berada di pasaran tu. Pakai VCO je.. bagus luaran dan dalaman.. ahaks ;)


Dr. Kamariah kata, minyak kelapa merupakan antara minyak yang berkhasiat tinggi dari segi kandungan nutriennya. Minyak kelapa didapati rendah kandungan kolesterol berbanding dengan minyak sawit, minyak soya dan minyak jagung.Minyak kelapa tergolong dalam asid lemak tepu berantai sederhana. Asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan oleh badan dalam kadar yang cepat untuk membekalkan tenaga yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.0 kcal/ gram berbanding dengan tenaga daripada glukosa hanya sejumlah 4.0 kcal/gram.

Dan taklama lagi akar keluar Extra Virgin Coconut Oil

And aku petik kata-kata Dr. Hamit Arshat, Pakar perbinanan tu dlm FB dia..
"

Minyak kelapa dara ( virgin coconu oil) memang banyak khasiat kesihatan sebab kandungan lauric, capric dan caprylic acids. Ia juga kaya dengan linoleic acid, oleic acid, polyphenols, vit E, vitK, logam iron dan sulfur.
Khasiat kesihatan bahan2 tersebut untuk tubuh dan organ2 adalah sangat banyak. Jadi pelindung dari serangan kuman2 dengan meningkatkan immunity, meningkatkan kesihatan rambut dan kulit. Membaikki fungsi organ2 penting liver, kidney, thyroid. pancreas. Juga penting untuk fungsi otak.
Allah kurniakan sesuatu kawasan dengan jenis makanan yang baik , diTimor tengah - minyak zaiton, kurma, anggor dan buah teen(fig) , dikawasan kita buah kelapa dan lain buah tempatan. Mari kita menfaatkan."


Teringat kata seorang pegawai Herba.. dia kata kat aku.. kadang-kadang rumput atau tanaman liar yang tumbuh di halaman rumah kita tu sebenarnya bermanfaat untuk kita / kesihatan kita. Tapi kita yang tatau. Aku rasa betul jugak.. dulu aku tatau pun tanaman renek "dukong anak" tu pun sejenis herba baik utk kesihatan. Banyak tumbuh kat laman umah aku. tapi sebab tatau pokok bleh buat ubat.. buang je la.

Sebenarnya santan kelapa pun berkhasiat sama macam minyak kelapa. Tapi kita dimomokkan dengan pendapat yang santan ini ada kandungan kolestrol yang tingggi. Mengarut semua tu. Dah ada kajian yang membuktikan minyak daripada santan kelapa ni merupakan minyak yang paling rendah kandungan kolestrolnya berbanding sumber minyak lain.. nanti la aku cerita pasal santan kelapa pulak dalam entry yang lain. Cuma aku boleh cakap korang tak yah la takut-takut nak makan nasi lemak tu.. santan tak bersalah.. kot yang bersalah tu maybe nasi lemak yang korang hadap tu sepinggan penuh so kenyang sangat sampai mengantuk la jadinya dan menyebabkan berat badan korang pun bertambah.. salahkan nasi dan kuantiti yang korang makan tu.. tolong jangan salahkan santan ;)


Qaseh...
alynn fazz

Friday, April 5, 2013

Kali Pertama



Suka giler lagu.. suara Asmidar sgt mantap dan mendayu-dayu. Tau tak siapa Asmidar ni? Ala ni la juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, musim pertama di TV3. Lagu ni ala-ala lagu klasik zaman 50s. Lebih kurang genre lagu Yuna, Terukir Di Bintang tu.. Aku memang taste sangat lagu-lagu klasik cenggini.. Layan sangat!



Kali Pertama – Asmidar


Setiap kali terlihat warna senja
Pastu ku teruja walau sayu
Setiap kali terbenam sang suria
Aku bersedia untuk bertemu dirimu
Namun semuanya hanyalah ilusi
Namun ku pejamkan mata dan berdoa
Untuk kembali pada
Korus
Kali pertama aku bersamamu
Telah tiba beribu-ribu kupu-kupu
Menari bersamaku
Kali pertama aku bersamamu
Terus ku terbayang berjuta-juta cahaya mata
Menari di istana kita
Dan bila terjaga dari alam mimpi
Aku dikurungi dalam cerita… derita
Kerna semuanya hanyalah ingatan
Namun ku pejamkan mata dan berdoa
Untuk kembali pada…..
Ulang Korus
Dan bila ku terjaga lagi
Dan bila ku terkenang lagi
Oh hari kau diambilnya pergi
Oh pergi….
Ku cuba untuk memahami
Ku cuba untuk melupai
Tapi hati memaksai dan ku hanya ingin bermimpi
Kali pertama
Kali pertama
Kali pertama aku bersamamu
Kali pertama aku bersamamu
Kali pertama



Qaseh... alynn fazz

Thursday, April 4, 2013

Update pantas!


Sindrome malas update blog telah kembali.. hahahha

update pantas
25 Februari lepas.. Arash dah setahun.. aku tak buat apa party ke sambutan ke sebab mcm Izz dulu,
Arash alergy telur so takyah beli kek :p..

15 Mac lepas.. Birthday Asyraf plak.. dah empat tahun.. aku balik kulim.. so Umi dia (kakak aku) belikan kek.. kek utk budak perempuan.. hahhaha belasah je itu je yg adoo kt kedai kek tu time tu..
gambar nanti aku upload

minggu lepas aku kena gi Sabah.. terpaksa.. dah boss tanya bleh ke tidak. takkan aku nk ckp tak bolehkan.. gi pun ofismate yg lain kena gi Langkawi, so aku pilih gi Sabah sbb kena gi satu hari 2 malam je.
Aku ingat ok la tinggal Arash ngan papa dia. Sekali melalak dia.. sian.. malam-malam cari mommy.. sedih aku dibuatnya.. tapi mmg seronok Sabah ni.. patut la ramai yg berebut nakkan Sabah.. Mudah-mudahhan ada rezeki lagi ke Sabah.

Muka orang susah hati tinggal anak.. duk cakap ngan anak.. tp sompek senyum.. muka takpakai apa pun.. tak mood  :p

Sejak kebelakangan ni aku kerap susah hati.. mcm-macam benda aku fikir.. pasal anak, pasal kerja, pasal kawan-kawan, dan juga pasal mati :p.. mula muahasabah diri.. apapun boleh aku katakan.. aku perlu hidup untuk anak-anak dan yg penting cari keredhaan Allah.. sabar dan sentiasa bersyukur..Bersangka baikla dengan Allah..

dan yang terbaru..  aku dah dapat permission nak citer pasal inovasi yg MARDI hasilkan..
yeayyyyyyy! lama dah terniat kat hati nak cerita.. yela kang benda yang baik, elok la dikongsikan bersama kan.. banyak benda sebenarnya aku nak kongsi.. tapi takut plak kang kena marah plak.. yela kitakan SYMP (Saya yang menurut perintah). Tapi now boss cantik aku dah bagi kebenaran.. terbaikk la..

So nantikan entry aku pasal inovasi MARDI.

tungguuuuuuuuuu.................

Qaseh...
alynn fazz

Monday, February 18, 2013

Pa&Ma Mac 2013: behind the scene

Oh yeah.. Arash dalam Pa&Ma keluaran Mac 2013 uols..


Dapatkan sekarang *wink* ;)

Orang tanya macam mana Arash boleh terpilih jadi cover ni?.. Alkisahnya.. aku nak hantar borang untuk Arash sertai Pertandingan Bayi Pa&Ma 2012 tahun lepas.. tapi masa tu lepas raya puasa.. dengan cuti la so aku tak sempat nak hantar borang tu.. sampai la dah due date.. tapi aku masih berharap.. aku selamba hantar juga even dah tarikh tutup. Bukan apa. or orang Pahang kata selok sangat nak masuk, sebab terbayangkan hadiah dia banyak gila kot.. banyak sponsor la katakan.. hadiah saguhati pun hamper tinggi separuh pinggang.. semua branded punya barang plak tu.. syiok. teringat dulu Abang Iskandar pun ada masuk Pertandingan Bayi Pa&Ma ni tahun 2009.. ada entry kat sini

Ternyata pencalonan Arash dah tak diterima. Pemilihan dah dibuat.. So aku tak kisah sangat la.
Sekali dapat phone call dari orang karangkraf. PA&MA Cik Intan, terperanjat gegurl tau.. katanya sori sebab Arash tak dapat masuk semi final Pa&Ma .. sebab dah tutup pencalonan. Tapi dorang nak buat fotografi for Arash as a cover page.. wahhh.. Mak suka!.. hahaha dengan harapan dapat la hadiah apa-apa kann :p. Cik Intan suruh bawa baju Sweater dan dua-tiga helai baju yang cantik-cantik. Gigih ni aku ngan En. Arman cari baju semata-mata untuk fotografi ni. Tapi beli kat Jusco je terhad la pemilihan. Sweater tu tatau nak beli macam mana.. bukan duk ada pun. Arash sejuk aircond pun dia bleh berpeluh. So memang takde la sweater. Kita orang belasah beli selai sweater dan 4 baju baru.. huhuhu..

So arrangement dibuat on 20 November 2012. Gile kau.. time tu aku punya la sibuk nak MAHA 2012. Yelah MAHA kan start 23 November.. tapi seb baik part aku tak la kritikal sgt.. jadi emcee untuk majlis pelancaran padi jer untuk first day MAHA tu.. so aku pun gigih minta cuti dari Boss Cantik aku.. dapat la gi. Macam biasa tengahari Arash tidur, so sepanjang dari umah Serdang ke Pejabat Karangkraf di S.Alam Arash tidur.. dah sampai pun dia tidur lagi. So call penyelaras Cover Pa&Ma, Cik Intan dia kata ok bleh tunggu jap dia pun tengah pump susu. ok la.. lebih kurang 10 minit Arash bangun, agaknya dia rasa kereta dah tak berjalan, dan dan jaga. Aku pun bagi la makan dulu.. dah kenyang senang bagi kerja huhuhu..

Masuk je terus Intan tegur dan bawa kita orang ke studio.. Tapi kena menjelajah satu pejabat Karangkraf tu.. Melopong gak la aku.. punya la ramai staf dan besar ofisnya.. semua department aku dapat tengok, Karangkraf sebab studia dia kat belakang sekali.

Masuk studio.. kosong.. yang ada beberapa batang lighting.. aku macam pelik la jugak. Bukan apa, aku terbanyakan studio colour full, penuh mainan utk budak.. kira macam taska la atau palyroom. takpe jangan banyak tanya ikut jela arahan :p. Photog dah tunggu kami dengan beberapa orang lagi staf karangkraf. Cik Intan tanya ada bawa baju tak? Kami pun cakap la ada bawa 5 helai. Termasuk 2 helai sweater macam yang disuruh.. Cik Intan tengok sekali imbas dan ambil keputusan pakai baju yang disediakan jer.. Sweater tu sekali dengan topi, muat-muat je dengan Arash. Agak ketat gak la topi tu.

Bermulalah sesi fotografi. Arash memula nangis juga. Tapi lepas tengok bola yang kami bawa dan En. Arman main peranan as a clown dan cheer leader..baru la Arash senyum. Bukan senang ye nak dapatkan shot yang terbaik.. Sampai menonggeng-nonggeng cik Photog tu. Aku pun bermandi peluh.. sebab berapa kali kena angkat Arash letak kat center balik, dia duk la kedepan merangkak nak pi ambil bola tu.
 

 Berapa kali take, Arash mula rimas dengan topi tu.. dia nak buka.. lepas je terbuka topi terus dia buat bunyi
"aaaahhhhhh.." huhuhuh.. lega gamaknya.. alahai sian anak mommy.. topi tu ketat. Aku pun sapu-sapu dan urut-urut lembut dia kasi lega sket. pastu kena pakai balik.. 2-3 kali take dia buka lagi dan ualang sebut "aaaahhhh" siann..Dalam hati macam nak cakap bleh tak tak payah pakai topi tu.. aku ada je bawa topi tapi dorang tak tengok pun.. lebih kurang sebenarnya cuma color brown dan aku rasa cantik lagi kot. Tapi maybe dorang nak sama dengan baju tu kot. Dan pereka tema tu cakap nak buat Arash macam bear.. oo gitu kekdahnya.. tapi sayang tak nampak la rambut Arash yang mahal itu.. ngeee...
 
Arash dah kedepan nak ambil toys

Agak-gak setengah jam, Arash dah tak mo dah.. Lepas tu Cik Intan pasang lagu chicken dance. Apa lagi terus Arash berjoget sakan. Di goyang-goyang badan dan kepala dia.. hahahha Arash kan pantang dengar lagu mesti nak dance. Lagi la susah nak ambil gambar.. huhuhu. Aku ada rakam aksi tu dlm hp tapi dah delete sbb En. Arman pun ada rakam dalam S Note dia. sekali hp En. Arman hilang. abes semua gambar dan video Arash ni. Sayang betul. ok sambung balik tak berapa lama pastu, Arash tak mo dah. Then take a break. aku kasi nenan dulu. Kasi refesh. katanya dah dapat Photo yang cun, tatau la aku tak tengok pun. Pas tu aku dengan cik Intan kata kat cik Photog suh amik gambar Arash pakai baju yang kita orang beli baru tu. Tukar baju, tengok Arash nampak selesa sket la. Yelah dah buka topi dan tukar baju, baju sweater tu kan macam tebal sket. Ada ambil beberapa shot then Arash dan nak buat perangai.. bosan dah latu. Ok its a wrap. Done.

Usai sesi fotografi, kami terus diiring balik. Err ingat ada la minum-minum ke.. hahhhaa.. ko ingat ni gomen ke semua ada minum-minum.. ni swasta takdenye.. ok takpela.. aku tanya nanti dapat apa, Cik Intan ckp nanti dapat boucer Tesco..ooo ingat dapat hadiah apa-apa.. ok la marila kita berbelanja di Tesco nanti..huhuhu.. nilainya aku tatau lagi.. until now takdapat lagi. Bulan Mac ni la kot.

Balik je rumah petang tu nampak Arash letih sangat. Kasi mandi dan nenen dia terus tidur.. Sian penat agaknya.. Sedikit sebanyak aku ralat sebenarnya.. Bukan apa.. macam gi dera anak je. Penat sangat dia, gi pun teringat-ingat dia pakai topi ketat tu. Sian. Duk ulit-ulit Arash.. dengan aku-aku tertidur.. fuh mak pun penat nok.. berkejar, angkat dan bersorak bagai.. huhuhu.
   

Awal bulan Febuari tu, aku tengok kt FB page Pa&Ma, keluaran Mac dah siap, akan keluar start 12hb.. wah.. teruja..


Tapi aku dah beli 7hb lagi.. apek yang hantar surat khabat kat opis ni dah bawa.. oo teruja semua orang kat opis aku ni. betul la.. Arash macam bear dorang buat.. grafik je semua tu.. hahaha.. Sampai semua orang kat opis eh tak semua la.. ada gak la yang beli semata-mata nak tengok dan simpan buat kenangan gambar Arash dalam magazine :p. Termasuk geng aku yang tersayang Serangkai. Tq Uols. Muaah! dan sedara mara.. mak-ayah sedara Arash pun pakat beli.. cuma kat Kuantan lambat sket.. lepas raya Cina baru ada.. ok la semua pun dah tengok Arash. ;)

Aku bawa balik majalah tunjuk kat Arash.. dia macam pelik.. hahahha.. selalunya dia kalau tengok gambar baby mesti dia kiss.. ni macam dia fikir plak.. "macam kukenal rupa ni.. tapi di mana ya?" huhuhu..
yang abang-abang pun teruja.. siap tanya macam mana gambar Arash ada dalam majalah ni? masa bila?
huhuhu..


Tapi yang tak berapa syiok.. tang cover story kat tengah-tengah.. tajuk gempak tu.. "Arash Cepat paham" hahahha.. erkk.. macam poyo je kan bunyi dia.. huhuhu..


memang "INI SEMUA POYO!!!" hehehe..  kalau korang baca jangan salah anggap ye.. aku cuma jawab soalan cik Intan tanya melalui email. Dan aku ceritakan dan bandingkan Arash dengan abang-abang dia je.. aku tau ramai lagi budak lebih cerdik dari Arash. Takde niat nak bangga-bangga atau riak. Jangan salah anggap ye. Tapi semua dalam tu betul la.. aku ada amal makan badam dah biasakan komunikasi dengan Arash dengan sign language.


Ok la kalau nak tengok sendiri boleh beli Pa&Ma keluaran Mac 2013 ye uols.

Terima Kasih bebanyak untuk Majalah Pa&Ma terutama sekali Cik Intan Jaslina kerana memilih Arash untuk cover Mac 2013. 
Akhir sekali ada 2 helai baju Arash yang aku beli hari tu tak pakai lagi.. Sapa nak Brand Kiko. Aku jual murah-murah. Nanti aku upload foto. ;) 

Terima Qaseh atas semua pujiaan kata Arash comel.. doakan moga akhlaknya juga comel dan baik juga ya.. itu yang paling penting. :)

Qaseh...
alynn fazz

Friday, February 15, 2013

Sape nak jadi Ibu Susuan Arash?


Salam Jumaat

Arash perlukan ibu susuan seorang lagi. Ibu Susuan Arash, Mommy Sueci dah habis stok. So kena cari seorang lagi. Prefer duduk dekat-dekat dengan rumah kami di Serdang. Area Puchong, Kajang, Bangi atau Equine boleh la.

Kemain suka main air


Ni gambar selingan.. hahaha takde kena mengena dengan entry ni.. tapi nk cerita gak la.. cuti Tahun Batu Cina ritu kami tak kemana-mana.. bukan hapa dah serik nak ngadap jem time laya Cina.. so nk hilangkan bosan anak-anak.. aku ajak hubby bawa anak-anak gi  mandi kt  Splash, The mines, tingkat atas sekali, dekat dengan K Karaoke tu.. free je.. ada pool untuk budak-budak dan juga fountain. Arash mandi kat fountain tu.









Iskandar dan Asyraf memula terperanjat tengok ada pool. Memang surprise betul la. Aku tak bagi tau pun nak gi mandi. Memula Iskandar malu-malu.. nak buka baju pun malu.. dah masuk pool, dia suruh Asyraf berenang dulu (huhuhu berenang la sangat kann) tapi takdan beberapa minit.. terus naik syeh.. dah tak malu dah..

Nampak tak lutut tu merah.. kesan merangkak atas lantai.. hehehe.. tapi Arash tak kisah.. bleh bersantai katanya.. yg penting sapu losyen dulu uols.. ;)


Arash pulak.. kemain suka main air.. kt situ dia punya lantai berbatu halus.. so time dia merangkak sakit la kot lutut dia.. tapi pandai terus merangkak cm kura-kura, merangkat angkat lutut.. hahaha.. tapi ok la budak-budak seronok dan ada tempat salin dan mandi.

tengok tu Arash, dia merangkak angkat lutut.. hahha pun boleyy! Asyraf sampai berbaring-baring :p pun boleyy! :D


Lepas mandi kita org gerak gi umah Auntie kt putrajaya.. duduk sampai malam. Lama betuk tak gi rumah Ayah Ma n Auntie Sheila.. Best cousin buat kapkek best. sempena birthday En. Arman katanya.. hehhehe.. tq Thasya.

Thank you Thasya for making this cute yummy cuppies ;). Orang Putrajya kalau nk order bleh ya.   pm facebook Tengku Thasya



Then baru gerak gi Umah Mommy Sueci. Kira amik stok terakhir dari Mommy Sueci. Terima kasih Mommy Sueci.. kerana susu Mommy Arash kenyang dan dapat membesar dengan sihat. Sayang Mommy Sueci.. Sebak sebenarnya masa ambil susu ni.. Moga Allah membalas jasa Mommy Sueci sekeluarga dan dilimpahi rahmat dan rezeki berlipat ganda.. Aminn.

Arash dengan adek Pearl. Last gi amik susu. Arash takde mood baru bangun tidur + penat mandi-mandi petang tu. Pearl macam biasa ceria je :)

Err entry ibu susuan dah jadi entry sehari di hari cuti lak.. :p
Moga Arash mendapat Ibu susuan yang terbaik. Aminn..

Qaseh...
alynn fazz

Thursday, February 14, 2013

Surah Dhuha

Aku buat entry ni untuk rujukan aku.. senang sket.. dan untuk dikongsi dengan semua.. mari kita amalkan..

Diambil dari website www.surah.my

Surah Adh-Dhuha - سورة الضحى

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi waktu dhuha,
(Adh-Dhuha 93:1

A002
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
(Adh-Dhuha 93:2) |
A003
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Adh-Dhuha 93:3)
A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(Adh-Dhuha 93:4)
A005
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
(Adh-Dhuha 93:5
A006
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
(Adh-Dhuha 93:6
A007
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
(Adh-Dhuha 93:7)
A008
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
(Adh-Dhuha 93:8
A009
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
(Adh-Dhuha 93:9
A010
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
(Adh-Dhuha 93:10)
A011
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Fadilat Surah Dhuha (diambil dari p.kasih.blogspot dan alhishamz.blogspot )


Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 di dalam al-Quran dan mengandungi 11 ayat. Surah ini telah ditetapkan susunannya oleh Allah selepas kedudukan Surah Al-Lail di mana pasti ada hikmahnya. Semua surah yang ditentukan susunannya di dalam al-Quran ada hubungkait antara satu sama lain bermula dari Surah Al-Fatihah yang pertama sehinggalah kepada yang terakhir iaitu Surah An-Nas. Surah Ad-Dhuha dimulakan Allah dengan satu sumpah iaitu "Demi waktu Dhuha." Kita sebagai hamba Allah hendaklah perhatikan hakikat betapa pentingnya waktu Dhuha itu sehingga Allah bersumpah dengan waktu Dhuha dan juga dengan waktu malam bahawa ia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik. Allah SWT memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh musuh Islam.

Banyak yang kita boleh ambil darinya mengenai fadhilat dan juga faedahnya,

  • diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam,insya allah akan terselamat dari kecurian atau kehilangan.
  • sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian maka kerjakanlah solat dhuha 3 kali yakni 6 rakaat pada setiap pagi jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali,selepas memberi salam maka berdoalah memohon kepadanya.
  • sesiapa yang mengamalkan membaca surah Adh Dhuha 40 kali setiap hari, selama 40 hari dan berdoa memohon kepadanya, insya Allah hidupnya akan terjauh dari keadaan fakir. 
  • Ni mak aku la yang bagi tau (love you mak.. muaahhss!) kalau kita sesat jalan kt mana-mana especially dalam hutan, baca surah Dhuha ni.. In sha Allah dengan izinNya.. kita akan menemui jalan sebenar.. kesahihannya aku pun tak sure..tapi yakin la dengan al-Quran dan kebesaran Ayat-ayatNya.. tengok pada ayat 5 A007
    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 
    (Adh-Dhuha 93:7)  so yakin la mohon betul2.. mudah-mudahan diperkenankan.. waallahualam


Ternyata di waktu itu ada satu ibadah yang amat digalakkan kita melakukannya iaitu Solat Sunat Dhuha. Biasa orang kata,
"..takpe sunat je... buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa..."
Hakikatnya dalam membicarakan Solat Sunat Dhuha ini, kita sebaiknya tukar pendapat tersebut biar jadi... "Jika buat dapat pahala, tapi kalu tak buat rugi besar lah kita..." 


Cara solat Dhuha nanti aku buat entry yang lain..




Qaseh...
alynn fazz