Monday, January 21, 2013

LISTEN! Ibu Susuan tak salah lah!!!

Ibu Susuan

tak habis-habis.. lepas satu, satu.. isu yang berbangkit..



tapi isu kali memang aku agak tersentap jugak la..
sepatutnya benda ni bukan dianggap isu pun..

ok let me speak! LISTEN LISTEN LISTEN!

Ibu susuan..

aku pelik la.. apasal la sesetengah masyarakat berpandangan negatif kalau pasal isu susu ibu ni..
dulu isu nursing in public.. aku malas nak komen yg tu.. ikutla pandangan sendiri.. tp tolong la hormat sket kat pengorbanan ibu yg menyusu anak sendiri ni..

ni pasal ibu susuan plak.. tolong la buka minda sket boleh tak? pasal susu ibu ni dalam quran pun dah sebut memang disarankan ibu nyusu anak sampai 2 tahun.. dan manusia itu pun Allah jadikan sebaik-baik kejadian.. pasinya susu ibu itu pun sebaik-baik susu didunia ni.. pergi la tanya mana-mana pakar pemakanan satu dunia.. pastinya semua setuju susu ibu ialah susu yang terbaik sekali dan yang paling sesuai untuk semua bayi manusia..

aku bukan extreme pro susu ibu.. sampai pandang negatif susu formula.. susu formula yang diambil daripada susu lembu pun ada peranannya.. sebagai altenatif sekiranya ibu-ibu dah takde susu or kira masalah terdesak bolehla kasi kan.. anak-anak aku yg 6 dan 4 tahun masih minum susu formula.. so aku tak sangkal la susu formula juga perlu.. tapi hanya untuk 2tahun ke atas.. 2tahun kebawah elokla minum susu ibu.

Ibu susuan bukan haram ye adik-adik sekalian.. tolong la sape yang tatau tu jangan la sesuka hati jatuh hukum.. Nabi Muhammad SAW pun ada 2 orang ibu susuan. Sirah Nabi aku belajar dari darjah satu lagi ada cerita pasal ni.. dalam islam diharuskan menyusu dengan ibu lain  ye adik-adik..

aku tatau kenape la Hot FM buat isu pasal ni.. macam dah takde benda nak cakapkan..sengal!
pastu letak lak perkataan PERKHIDMATAN! tak baik la gitu.. ibu susuan tu bukan bagi perkhimatan dik non ooi.. diorang buat amal jariah.. benda baik bantu baby yang perlukan susu ibu, susu yang terbaik.


Aku tengok orang yang kata macam-macam ni, dorang macam pandang sinis sket dan faktor utama sebab TAKUT KANG TERKAWIN PULAK! jadi SUMBANG HARAM! ha tu la masalah utama dorang pandang rendah pada ibu/anak susuan ni. hadoi apa la sempit pemikiran ni.. ni zaman yagn tiada sempadan dunia la dik non.. dan komunikasi di hujung cari. In Shaa Allah.. perhubungan anak dan ibu susuan serta adik-beradik sesusuan tu takkan putus.. apa susah FB kan ada ;) bleh keep in touch dan adik-beradik sesusuan akan saling mengenali.. In Shaa Allah..  dan kita as parent ni doa-doakan benda-benda yang tak elok ni tak terjadi..so takyah la fikir macam-macam sangat!

ada plak komen yang sengal gak kata awat tak bg susu formula je.. amboi sedapnye bagi pendapat..
meh akak nak habaq..

Hikmah Ibu susuan..
  • macam kes akak dik, anak akak ni alergy semua laktose daripada susu haiwan.. dia tak boleh minum. kalau minum jugak merah-merah semua badan dia.. akak pulak dah cuba buat stok.. tapi sebab pantang kt umah mak peti es kecik tak leh buat stok awal-awal.. so memang stok tak berapa cukup bila start kerja. Akak dah cuba bagi susu soya juga.. takde dia mahunye.. sebab rasa tak sedap kot.. habis nak buat macam mana? takkan nak biarkan anak kelaparan. So Islam tu indahkan dik.. so telah diharuskan cari ibu susuan.. dengan susu daripada ibu susuannya,  anak akak dah kelaparan dah dik.. paham tak?
  • macam tu la juga kes lain macam bayi tak cukup bulan, susu ibu adalah susu yang terbaik.. tau jela kadang ibu yang baru bersalin espcially anak sulong kadang susu lambat keluar. Baby plak dah kena beri minum so macam mana nak dapat susu ibu yang terbaik ni.. again melalui ibu susuan.
  • Sekiranya mana-mana pasangan yang belum ada rezeki ada anak. Dorang nak bela anak angkat. Kita tau lakan anak angkat tetap bukan muhrim pada ibunya sekiranya anak tu lelaki dan yang perempuan bukan muhrim dengan bapa angkatnya.. So dengan menyusukan anak angkat ni (ikut syarat-syarat anak susuan, 5x kenyang) maka dia dah jadi muhrim dengan ibu bapanya.. Memang Islam tu indahkan dik..
  • Rezeki Allah tu luas dik.. sesetengah ibu Allah kurniakan dengan susu yang banyak.. ini pun rezeki juga. So rezeki Allah bagi kadang untuk kita kongsikan dengan orang lain.. Allah bagi peluang untuk dapat pahala dengan bagi susu ni untuk baby lain jugak. so ni la hikmah yang paling mulia bagi Ibu susuan.
  • Dan yang pasti sekarang ramai yang cari ibu susuan untuk anak dorang sebab utama stok dah tak cukup.. Sebab nak penuhi keperluan nyusukan anak dengan susu ibu sehingga dua tahun, kadang kita tak mampu.. yelah kita bekerja kadang tak sempat nak pump susu.. so susu beku (EBM) diperlukan untuk stok anak di nursery/babysitter. So dengan ada Ibu susuan masalah ni dapat diseleraikan

Ini Pearl Eiman adik susuan Arash

100% Susu Ibu.. Susu Mommy  + Susu Mommy Sueci 



Aku malas la nak komen panjang-panjang dah. Aku rasa Hot FM kena lebih sensitif lagi lepas ni. Dan tolong la.. apa la salahnya buat kenyataan maaf untuk semua ibu susuan dan keluarga anak susuan.

Dan pada mereka yang masih ragu-ragu pasal ibu susuan ni pi la tanya mana-mana ustaz/ ustazah ye..
or bleh cari link Ustaz Azhar idrus pun ada bg kenyataan gi tengok kt Utube..
kalau sayangkan Nabi Muhammad SAW.. terimala ni dengan hati terbuka dan melihat keindahan disebaliknya..

ni aku bagi noted daripada page FB Human Milk fot Human Babies mengenai hukum ibu susuan
https://www.facebook.com/notes/human-milk-4-human-babies-malaysia/hukum-penyusuan-faq/510916952274378

baca jangan tak baca.. memekak buat apa!


Qaseh...
alynn fazz

No comments: