Maulidur Rasul hari tu.. Aku sempat la join Seminar Pendidikan Awal Kanak-kanak anjuran Genius Baby On Board.
Alhamdulillah.. lama dah dok follow Teacher Watie punya blog.. sejak time Iskandar lagi.. Masa tu Teacher Watie baru ada seorang anak, Qarissa,, baby lagi. Masa tu kagum giler aku tengok baby dah boleh baca. Macam tqk percaya pun ada. So memang nak belajar la dengan Teacher Watie. Tapi ni baru la gigih dan dapat jugak join seminar kelolaan beliau. Join seminar ni bukan apa.. Sebab Azam tahun baru juga. Nak jadi ibu yang baik.. gituuu..
Aku bukan tatau kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ni.. lama dah tau.. tapi tula aku ignore.. dan ingat nanti anak-anak tu boleh catch up kat kindy nanti..
So pasai pa join semunar ECE ni plak? haa.. sebab utama aku join seminar ni sebab aku nakkan solusi atau penyelesaian masalah pada karenah anak-anak aku dan macam mana aku nak kawal sesuatu situasi tu dengan bijak. Aku akui aku dan En. Arman ni jenis parent yang terpekik terlolong dah macam tarzan dan garang macam rimau (err tarzan? rimau? macam hutan la pulak :p... tetiba teringat macam citer tarzan :P) tambah lagi sangat la cepat tangan.. tak kata En. Arman, aku pun sama. Tatau la kenapa aku kalau dengan anak ni punya la baran.. kadang dengan En. Arman pun. Eh!
Bak kata En. Arman la.. dengan orang lain tak reti plak nak marah-marah dan laser-laser.. Aku jawab err sebab sayang kot! ngee... Korang pun mesti pernah baca post luahan hati aku Am I A Good Mother?
Itu baru satu cerita dan ikut kan kes kecil je tu.. sebenarnya banyak jugak la kes besar-besar yang aku hilang akal marah anak-anak ni.. belum citer aku meroyan marahkan Asyraf lagi sampai.. hmmm malas la nak citer.. kang korang report polis kata aku dera anak plak.. ngee..
Tapi aku sedar.. aku dan En. Arman dan banyak buat silap dalam mendidik anak-anak.. bukan tak pernah baca parenting book, tengok kat tv, baca motivasi.. dah applied cara Nanny 911 dah.. tapi tak berjaya sangat.. Dan aku sedar bukan anak-anak yang bermasalah, tapi aku dan En. Arman as a parent yang bermasalah.. masalah takleh control emosi, perasaan marah tu, dan masalah tak tau nak handle anak-anak..
Sebab tu la aku join seminar ni.. tapi macam salah seminar je kan.. huhuhu.. patut pi class Anger Management kot! :p.. tapi aku belasah jela.. dan sebab kedua sebab aku nakkan jawapan macam mana nak ajar Iskandar ni membaca dan minat belajar.. pening aku tatau nak buat macam mana. Dia susah nak fokus bila kita ajar.. Cikgu kat kindy pun ada cakap, Iskandar salah seorang murid yang ada masalah nak belajar. Nak buat macam mana? so aku join la seminar ni dengan harapan ada jawapan pada permasalahan aku..
Early Childhood Education.
Aku tau pendidikan untuk anak bermula sejak 9 bulan usia dalam kandungan lagi. Pernah baca arikel "Mengapa Yahudi Bijak" memang aku ada amalkan sepanjang aku mengandung amalan depa ni. Tapi lepas je baby keluar aku macam takde masa. Ye itu alasan jangan ikut. So aku serah kat cikgu kat tadika mengajar anak-anak aku. Aku ingat takpe, nanti cikgu depa ajar.. Pandai la nanti.. ternyata pendapat tu salah ye puan-puan.. apa yang hilang tidak akan berganti.. itu satu kerugian.. usia anak-anak sejak lahir sehingga usia 6 tahun adalah satu tempoh kritikal dan sangat bernilai emas untuk kita meneroka dan memperkembangkan potensi dan kebolehan anak-anak. Ternyata aku dah buang masa emas dan bernilai pada Iskandar. Iskandar dah nak masuk 6 tahun Ogos ni. Tapi aku percaya there is always a hope. Aku ada masa lebih kurang 7 bulan untuk aku bayar hutang memenuhi perkembangan otak Iskandar. In shaa Allah. Aku percaya aku masih ada masa, aku boleh berubah dan aku percaya Iskandar juga boleh. Setiap anak-anak tu dilahirkan genius dengan akal yang sempurna. Kita cuma perlu bantu depa rangsangkan je. Dan shukur, langkah aku join seminar ni dapat buka mata dan minda aku dan ternyata tindakan aku ni satu langkah yang betul.
cilok gambar from page FB GBOB. Peserta. Nape aku takde? Cis.. takde bukti lak.. huhuhu.. Ni time lunch break.. ada masa lagi 10minit sementara nak sambung balik, aku tak siap lagi, solat dan pump susu. Tapi ada bukti gak.. tu tengok ada nama aku Alin.. nampak tak? nampak tau? baik korang cakap nampak! if not.. hehehehe.. tu kat meja kosong depan sekali tu. Semangat uols duduk depan sekali.. dont play-play.. hahaha bukan apa aku ni kan rabun-tapi-takde-spek-mata.. kang tak nampak plak.. so harus duk depan. Ngee.. tu yang satu lagi kerusi kosong tu Maria gambar dia kat atas yang ayu tu. So Maria if U baca blog ni bleh la amik gambar tu buat bukti datang seminar.. Gambar yang ni yang En. Suami Teacher Watie amik ni kita tak de.. hehehe.. |
Dan secara kesimpulannya dapat aku rumuskan..
- Apapun kita mesti positif.. hehehe mesti korang kata.. la ni je kesimpulannya.. yelah.. kesimpulannya kita kena sentiasa positif.. tak percayakan?.. betullakan.. marah tu kan sifat negatif? so lepas ni takyah nak marah-marah sangat la.. marah boleh tapi kena ada caranya.. dengan maksud lain mengajar membetulkan kesilapan anak-anak dengan cara yang paling berkesan. takyah la sampai nak pukul-pukul.
- Fahami perasaan dan fitrah anak-anak. tengok badan pun tau kan depa kecil lagi.. yang ko sampai nak pukul tu kenapa? Orang dewasa yang buat kes jenayah pun kena masuk mahkamah dan ambil masa untuk hakim jatuhkan hukum.. yang ko senang-senang nak hukum anak dengan pukul-pukul ni dah kenapa? soalan ni memang khas buat aku.. supaya aku sedar diri.. *sambil tangan tampar-tampar muka berkali-kali agar sedar cepat* :p
- Apa yang paling penting ialah masa bernilai bersama anak-anak. Dan azam aku tahun ni salah satunya.. nak jadi ibu yang terbaik buat anak-anak aku dan luangkan masa bernilai dengan depa. Macam mana aku balik lambat sekali pun, aku akan buat satu atau dua aktiviti learn and play dengan depa.
Tula yang aku dapat rumuskan.. rumusan ni kena padat dan ringkas cikgu aku kata dulu. sebenarnya.. banyak yang aku dapat. Lotih aku nak citer satu-satu pi la seminar ni kalau nak tau. Tapi apa yang penting sekali aku dah dapat jawapan pada permasalahan aku. Syukur alhamdulilllah.. Terima kasih kepada Teacher Watie yang telah berkongsi ilmu bernilai ni.. didoakan moga Allah merahmati keluarga beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah sentiasa dan moga Allah kurniakan ilham dan ilmu yang berguna pada beliau agar dapat dicurahkan pada kita semua... Amin..
So kalau nak tau apa yang aku dapat.. join la seminar ni.. highly recomended! :)
Anak-anak Mommy.. sekiranya nanti hangpa baca blog mommy ni.. mommy nak bagi tau, mommy buat semua ni untuk hangpa. Mommy akui mommy dah buat silap.. mommy selalu marah-marah, kadang pukul-pukul.. sekali lagi mommy minta maaf banyak-banyak. Bukan mommy tak sayang bukan mommy tatau hangpa sakit.. tapi mommy jahil. Tatau cara mana yang terbaik. :'(. Tapi now mommy dah tau. Mommy janji mommy akan berubah.. mommy akan selalu dengar, jawap soalan, main sama-sama, akan ada masa selalu, peluk dan cium selalu, dan akan selalu bagi kata-kata semangat.. Mommy sayang anak-anak mommy.. Hangpa la salah satu sebab mommy mohon agar Allah panjangkan usia mommy. Amin.. Moga hangpa akan jadi anak yang soleh dan berguna pada semua..hangpala anak-anak syurga Mommy.
Qaseh Mommy...
alynn fazz
No comments:
Post a Comment